Monday, September 28, 2009

terbanglah merpati cinta

pada pohon cinta yang ku belai
telah gugur rantingnya berderai
kering luput dimamah masa

pada dedaun kasih yang merimbun
telah layu lerai ditiup bayu
hilang bersama waktu yang tinggal kaku

pada akar-akar sayang yang mencengkam
sekeping tanah bernama hati
telah mati kekeringan di danau hati
biar ku siram secangkir salju setia

terbanglah wahai merpati cinta
usah kau menoleh lagi
usah kau kembali lagi
pohon cinta ini telah mati
gersang tanah di danau hati
salju setia tak mungkin bereti

terbanglah merpati cinta
bahagia mu menanti di sana
sebuah pulau bernama bahagia
lautan madu berombak syahdu
di situ mimpi mu menjadi satu



p/s di waktu itu apakah ia akan kembali seperti dulu

28 comments:

sayu=pilu said...

erm syahdu nya... terasa sebak di hati.. tingat dia gi.. mengapa sukar benar untuk meembuka lembaran baru yea... kenapa keras benar hatiku ini... huhuhu

tika gelora cinta melanda hati
lupa lah segala nya pada realiti
yag ada sebenar nya cuma lah mimpi
mengaburi dek diri ku ini

sayang di anyam
janji di sulam
kasih di kait
umpama itu lah penghujung nya cinta
bila tersedar ia nya dusta..

sue-ab said...

huh...awal awal senin dah jiwang!!!

Solehah said...

eh jangan biarkan merpati tu terbang..hmm..biarkan merpati terus menemani sampai bila2..

IkanMasin90(IM90) said...

selamat kembali jiwang ek mamai..hehehe

bessst

eiza in the house.. said...

kuharap...
panas akan terus ke petang...
bukan gerimis di tghhari..

-boleh ke ayat cmnie?..he3

Cik Cookie said...

semua org feeling jiwwanggg jiwanggg...

Unknown said...

hehe.. pakcik dh start bermadah pujangga dh.. buat apa di tahan org yg nak pergi kan pak cik... masing2 ada hidup masing2

mamai said...

sayu=pilu:
susah di simpan perasaan itu lepaskan. kita harus belaajr kehilangan

suhaila:
monday blues nie aku pun tak tahu kenapa

soleha:
kalau dia tak terbang nanti jadi lauk

azzalinea:
jiwang di pagi senin

eiza:
boleh tapi nampak gaya cuaca dah mendung

cookie devine:
lom ada idea nak wat citer otak tersumbat kuih raya

Amal said...

huhu~
best!!

Unknown said...

mari kita terbang bersama ;)

beskot said...

rs cm nk curik je skit pemikrikan mamai nih..
sgt menarik..

slagi x cuba,kita xkn tau..
terbang je..
mungkin tmpt merpati cinta bkn di pohon itu..

mamai said...

cahaya chenta:
bukan apa tak ada idea nak update hehehehe
ya betul usah di halang orang nak pergi kita cari ganti

miss Siv:
thank you

chipsmore:
kita nak terbang ke mana yer

en.beskot:
boleh sajer nak curi tapi kena mintak izin dulu.

ya betul kita harus mencuba

adibah said...

kau memang suka buat aku nanges eh? ish ish ish

AbcdeFtyyhahh; said...

suke la baca puisi si mamai. manusia sastera ke?

Beruwang said...

perasaan cinta itu indah

mamai said...

adibah:
ala jangan la nangis aku tak ada tisu nie

fatyyhahh:
terima kasih kerana suka...sikit lebih kurang la tu

ber_uwang:
cinta itu memang indah dan sering yang parah

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

saya la yg parah tu..
hukhuk....

imHepPie said...

huuu...sedey2..

adess chenta mmg menyakitkan...huu

al-lavendari said...

merajuk nampaknya ! orang kata lelaki kalau merajuk ... buruk.

zia said...

amboi..berpuisi lak..zia beraya kat perak la mana lagi..cuma lepas raya ni mls betul nak wat keje huhuhu

mamai said...

nur:
kalau parh kena rawat cepat takut rebah nanti

imheppie
sakit apabila kita di khianati

al lavendari:
hehehehe bukan merajuk la bawa diri ajer

zia:
masih bercuti lagi ke...weh balik perak kat area mana

@tune® said...

merpati dua sejoli tuh...merpati cinta yg kau maksudkan kah?

fadzilah said...

jiwang jgk bro mamai ni ye..
kim salam pada awek awk yg cun tu ye!!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

nak rawat di mana bri
takde hospital yg leh kesan luka
pesakit je yg tahu lokasi luka tu

mamai said...

atune:
mungkin juga merpati dua sejoli yang mabuk janji teranguk-anguk setuju pada yang tak pasti

fadzilah:
sekali-sekala syok gak jiwang nie

Nur:
memang tak ada hospital dan doktor yg boleh merawat luka tu. tapi hanya satu yang mampu iaitu diri kita sendiri. segalanya terpulang pada kita sejauh mana kita mahu menderita atau kita ingin memilih bahagia walau tak mampu bersama. luka itu bawa bahagia pada bro

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

luka tu bawa bahagia..

nur suka ayat tuu

enyheartsdiamond said...

hehe..uncle menjiwang;)

*jgn biarkan butterfly terbang jugak;)

enyheartsdiamond said...

jgn lepaskan butterfly terbang jugak!;)