situasi dalam kereta semasa balik dari lunch dari seksyen 7, kami lunch di restoran nasi ayam gemas berdepan dengan bangi kopitiam kepunyaan kid search katanya.
staf 1: Encik Raman, budak-budak warehouse mintak buat kem motivasi.
aku: kenapa nak buat kem motvasi lagi bukan ker dah buat team building
staf 2: ya encik Raman, semalam dah kena lecture ngan encik mereka semua rasa tak bersemanggat.
( ya sehari sebelum semalam aku buat briefing untuk yang pertama kalinya pada tahun ini setelah sekian lama kau tak buat)
aku: apa yang saya cakap semalam tu salah ker, apa yang saya marah tu tak betul ker, bukan semua tu mereka buat for the past one year.
staf 1: betul apa yang encik raman cakap semalam tu dan mereka rasa bersalah, so mereka rasa mereka semua perlu berubah sebab tu mereka nak encik raman adakan kem motivasi.
aku: kak, bukan saya tak nak buat tapi rasanya tiap-tiap tahun company buat team buiding dah tu kita hantar traning lagi, tak cukup saya bagi nasihat lagi every week dalam meeting.
( staf aku no 1 nie merupakan seorang perempuan yang sudah berumur dekat 50 tahun tapi masih kuat dan bersemanggat untuk berkerja)
staf 3: betul tu, masalahnya sekarang bukan motivasi tapi sikap, sudah berapa banyak peluang yang encik raman beri kat mereka tapi mereka buat tak kisah ajer.
aku: pada saya walau siapa pun saya panggil untuk beri motivasi, hatta malaikat sekalipun andai mereka tidak mahu berubah maka tak akan ada perubahan dalam hidup mereka. kalau akak tak percaya tengok la lepas seminggu nanti mereka akan kembali kepada perangai lama mereka.
staf 2: ya la encik raman, dah banyak kali cakap pun macam tu juga pentingkan diri sendiri mereka nie. bila dah kena marah tau pulak nak terasa hati pada hal sendiri yang buat salah.
staf 1: terpulang la pada encik raman, akak cuma sampaikan ajer apa yang mereka cakap pada akak.
aku: nanti saya fikirkan, saya tak mahu buang duit company tapi hasilnya tiada, macam team building yang kita buat tiap tahun. pada saya sekarnag ini untuk buat mereka berubah adalah dengan cara punishment rasanya saya terlalu banyak berlembut dengan mereka pada masa lalu. ini buat mereka ambil kesempatan kerana saya tidak pernah ambil tindakan selain nasihat.
p/s; walau seberapa banyak nasihat dan kata semanggat serta dorongan yang diberi, andai diri kita sendiri tidak mahu berubah maka semuanya tiada makna. segalanya kita yang pilih, kita yang tentukan hala tuju kita. andai segala usaha sudah di curahkan dan doa telah dipanjatkan maka kita harus bertawakal. setiap usaha pasti ada kejayaan dan kegagalan satu ujian dan cabaran. kerana apa yang indah dalam hidup ini bila kita mengencapi kebahagian dari setiap kegagalan.