sampai sahaja aku di kolej terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat empat dan juga bernombor empat. kalau ikut orang cina nombor nie tak ada ong pasal tu la aku selalu tak bernasib baik agaknya. Tapi aku bukan jenis orang yang percaya pada nombor aku percaya pada yang satu dan yakin dengan diri aku.
masuk bilik tengok roomate tak ada, bagus juga saat macam nie aku lebih suka berseorangan. Jam menunjukan hampir pukul 12 malam. biasanya ini prime time aku untuk study untuk tidak menyalahgunakan jadual yang aku buat maka aku mengambil buku micro economi.Aku cuba membaca teori ekonomi yang diperkenalkan dan keluk-keluk permintaan dan penawaran yang berjenis tapi tak satu pun masuk dalam kepala aku.
fikiran ku masih terkenangkan peristiwa di kedai buku tadi, dan jawapan sue cukup tidak mengembirakan hati ku..
"kenapa kau nak bersedih man. Dia bukan ada apa-apa hubungan dengan kau" bisik hati ku untuk memulihkan semangat
"tapi aku rasa seperti suka pada dia" hati ku berkata lagi...melemahkan semangat kembali
"tapi dia dah ada yang empunya,tak baik buat begitu" hati kecil ini masih memberi semangat
"tapi aku dah suka, peduli apa aku kalau dia dah ada yang empunya, orang dah kawin lagikan bercerai inikan pula baru jadi pak we" herdik hati ku.
"woit mangkuk apa yang kau nak risau pasal dia yang sorang tu,masih ramai lagi awek kat U nie cari ajer la" balas hati nulari ku...ya benar bukan dia seorang sahaja perempuan dalam U nie...
"mate kau baca buku ker kau tilik nasib..dari tadi page yang sama" tiba-tiba roomate aku bersuara...ciss bila masa dia masuk dah lama ker dia ada kat sebelah aku.
roomate aku nie besar orangnya ( gemuk )dia tahun dalam tahun tiga masa tu and ambil course accounting asal orang pekan Pahang. roomate aku nie memang seorang yang baik hati dan peramah orangnya. hobi dia tengok TV makan dan tido jarang sekali aku tangok dia buka buku tapi hairanya dia selalu score bila exam. mungkin otak dia memang cepat tangkap apa yang lecture ajar kot.
"man, malam nie ada cerita Thai best jap lagi start, apa lagi tugas kau sedang menanti tu, tak tengok semut putih dengan hitam ajer nanti" kata-kata roomate aku tu berupa arahan.aku paham dah apa yang dia nak aku buat dah menjadi tugas aku setiap kali nak tengok tv saluran Thailand aku kena jadi mekanik kejap.
"okay mate aku ambil spanar dan screw drive, kau panggil tok penghulu tunggu aku kat tempat biasa" aku pulak memberi arahan.
dengan segera roomate aku melaung nama tok penghulu, aku ke tempat biasa di mana terletaknya ariel tv yang betul-betul di hujung anjung block aku. panjat tembok berpijak pada bucu tembok sambil aku membetulkan ariel tv. Tok penghulu jadi tukang jaga kat bawah kot-kot felo nampak mati aku.
"okay mate clear...aroy!aroy! boleh lock dah" suara roomate aku menjerit dari bilik tv.
aku lock semula ariel tv tu dan turun sambil beri isyarat clear kat tok penghulu. memang tiap kali kau nak tengok citer thailand aku akan jadi tukang adjust ariel sebab tak ada orang lain yang berani nak memanjat anjung kolej tu kalu jatuh dari tingkat empat boleh arwah paling busuk pun cedera parah.
"citer apa malam nie mate best ker" aku masuk ke bilik rehat yang menempatkan tv untuk kami merehatkan minda. seperti biasa roomate aku akn ambil tempat paling depan dan di kerusi panjang bersama dengan seteko air milo ais dan satu bungkus biskut.
"citer best kau tengok ajer...tak ada censor nie" kata roomate aku dengan tak berbaju tebaring menampakan perutnya yang bulat dan besar mengalahkan orang mengandung 9 bulan. sebenarya kami tengok citer thai nie bukan pasal paham bahasa thai tapi pasal citer thai tak ada sensor beb.
malam itu rasa gelisah aku hilang dek citer thailand dan merapunya roomate aku,tok penghulu dan kawan satu level aku terutama bila bab yang tak dicensorkan tu. Prime time aku juga hanyut malam itu hanyut bersama dengan persoalan tentang N.
seminggu berlalu sejak malam itu aku tak jumpa N walaupun aku ada satu subject yang sama dengan dia dan sue dan juga kawan aku. Seperti biasa aku saja tak nak tanya sue walaupun aku nak berbuat begitu. lepas kuliah aku pie makan dengan sue dan kawan aku kat kafe lego, mamang biasa kami makan bersama lepas habis kuliah.
"Man, malam nie kita jumpa kat dataran yer, kau, sue, N dan kawan aku" sue bersuara..
"kenapa sue..apa hal lak nak jumpa kat dataran kat tempat lain tak boleh ker" balas aku bukan apa, aku malas ke sana pasal nyamuk banyak.
"kau nak jumpa N tak" balas sue..pasti ada sesuatu nie
"okay la kol berapa kat sana"..tanya aku ada rasa gembira dalam hati
"kol 8.30 malam"jawab sue dengan ringkas
"man, aku datang bilik kau malam nie kita pie sama yer"..kawan ku pula bersuara..dia diam di kolej perwaja jadi on the way ke dataran mesti lalu depan kolej aku.
"okay no hal tapi awal sikit" jawab ku rasa macam lama ajer lagi kol 8.30 malam tu dah tak sabar nie.
seperti yang dijanjikan tepat 8.30 malam kami berjumpa di dataran, aku dan kawan ku sampai awal hahahaha nak jumpa pujaan hati punya pasal aku tak jogging pun petang tu takut penat..ciss mangkuk betul la aku..
"so apa citer sebenarnya nie nak jumpa malam nie" strait to the point aku tanya pada sue dan N
"camnie sebenarnya N nak minta tolong dari kita semua nie" sue buka cerita "N ada masalah dengan "abang" dia yang hari tu..N sebenarnya tak suka kat abang tu tapi abang tu tak boleh terima dan cakap macam-macam kat N tu pasal la N nangis dan tak datang kuliah seminggu" jelas sue dengan ringkas dan padat..
"so, nak kita orang tolong macam mana, nak aku belasah abang senior tu ker kang aku pulak kena belasah"....tapi aku tak takut pun...anak melaka mana tahu takut lagi pun depan awek beb ego mesti tinggi mesti ada keyakinan diri baru awek terpikat tak gitu...
"macam nie N nak minta tolong one of you menyamar jadi pak we baru N, sebab N dah cakap kat abang yang N dan jumpa orang lain dan dia tak percaya selagi N tak tunjuk"...baru aku dengar N bersuara ada nada sedih di situ..ohh jangan kau bersedih pujaan ku pasti akan ku tolong..fuhh jiwang siot.
"Sue nak kau tolong N dalam hal nie Man cuma kau ajer boleh tolong"...wehh ingat aku nie gigolo aper...
"naper lak aku yang kena menyamar jadi pak we N bukanya kawan aku tu"...aku cuba jual mahal..
"Man kau nak tolong ker tak, kalau kawan kau tu sue yang punya dan abang N tu dah tau pun" jelas sue sambil tangannya mencubit aku dan serentak dengan tendangan kawan aku..
"okay,okay kawan punya pasal aku tolong tapi dengan satu syarat boleh"...aku masih menjual mahal..
"apa syaratnya" serentak sue and N bertanya...
"syaratnya mudah sahaja, pertama aku nak contract ini berjalan selama 4 tahun, kedua dalam contract ini juga selama 4 tahun kita kena berlagak macam couple yang lain tak lebih dan tak kurang...amacam setuju".... aku mengenakan syaratnya
"tu dah dua syaratlah ngok balas kawan ku"...ehh mamat nie aku yang nak kena menyamar ler. nanti aku menyamar jadi pak we sue baru kau tau...
"teruk la kau nie Man minta tolong pun kena ada syarat ker" balas sue...
"kau nak ker tak nak aku tolong nie"...ada nada mengungut sedikit tapi dalam hati cuak juga kalau dia tolak, aku juga yang melopong nanti..
"baik N setuju dengan syarat man tu"...N menyatakan persetujuanya hati ku gembira..
"okay deal mulai esok misi kita berjalan...hanya kita berempat sahaja yang tahu"...aku meminta persetujuan dan kami semua bersetuju...
bermula pada malam itu cinta contract kami bermula. aku,N,Sue dan kawan aku sering kelihatan bersama. kemana sajer kami bersama yang pasti aku dan N tidak seperti orang yang menyamar pun dan "abang" N juga percaya tapi masih menyimpan rasa pada N. tapi itu aku tak peduli yang penting aku bahagia,namun perjalanan cinta contract masih jauh....
Saturday, August 1, 2009
Friday, July 31, 2009
sebelum aku berangkat
aku mencari hormat
aku minta dihormati
tapi aku tak pernah menghormati
aku mencari kekayaan
aku meminta agar dikayakan
tapi aku tidak pernah berkongsi kekayaan
aku mencari kemaafan
aku meminta kemaafan
tapi aku tidak pernah memaafkan
aku mecari kesilapan
aku membuat kesilapan
tapi aku tak pernah mengakui kesilapan
aku mencari keredhaan
aku meminta keredhaan
tapi aku tidak pernah meredhakan
sebelum aku berangkat
ingin aku menghormati
ingin aku berikan kekayaan
ingin aku memaafkan
ingin aku menebus kesilapan
ingin aku meredhakan.....

Thursday, July 30, 2009
aku masih melayu
pagi semalam sebelum aku pie audit supplier aku pie BF tempat biasa macam selalu yang tak jauh dari opis aku. oleh kerana lewat keluar sikit maka semua table dah penuh kecuali ada satu table yang cuma ada seorang pakcik berbangsa Melayu sedang menikmati sarapannya sambil membaca surat khabar.
"pakcik boleh saya duduk" aku minta izin sambil memberi senyuman...hormat la katakan aku nie orang melayu yang penuh dengan adap dan sopan.
"ya silakan" kata pakcik itu tanpa membalas senyuman aku...tak apa aku tak minta pun
aku duduk dan buat pesanan seperti biasa roti canai kosong dan teh o...biasa la sarapan rutin orang melayu...
"pakcik selalu minum kat sini ker jarang saya nampak" aku cuba membuka bicara untuk beramah mesra.
"tak, hari ini ajer sebab saya antar anak perempuan saya kerja kat sini tadi" balas pakcik tu sambil terus membaca suratkhabar.
"anak pakcik kerja kat mana sebagai apa" tanya ku lagi menghidupkan suasana
"anak saya kerja kat bangunan tu kat tingkat lima" sambil menunjuk ke arah bangunan tempat di mana aku juga berkerja di situ.
"dia kerja sebagai executive, besar gaji dia kat company tu" ada sedikit rasa bangga dengan kerja anaknya itu.
suasana sunyi seketika, kebetulan pesanan aku sampai dan aku ingin menikmatinya sebelum sejuk.
"makan pakcik" lawa aku masih lagi bersopan dan hormat...aku nikan orang melayu yang penuh dengan sopan santun dan menghormati orang yang lebih tua.
sedang aku menikmati sarapan aku tiba-tiba pakcik yang satu table itu meninggikan suara.
"kau tengok, inilah jadinya bila pembangkang jadi pemerintah semuanya dia nak bagi kat orang cina dan india. dulu PAS perintah Perak bagi tanah dan geran pada orang cina padan muka kena rampas semula dengan BN. nie Penang pulak nak bagi tanah kat orang India senang-senang ajer rang india dan cina dapat tanah. orang melayu apa dapat esok lusa semua tanah jadi orang cina dan india punya". dengan muka tak puas hati pakcik itu mencampak suratkhabar ke atas meja.
"apa salahnya pakcik bagi tanah pada orang cina dan india mereka pun rakyat Malaysia juga macam kita orang melayu. lagi pun tanah tu dia bagi kat orang cina dan india yang miskin ajer" aku menyampuk dengan penuh sopan lagi.
"mana boleh mereka tu keturunan pendatang sekarang nak jadi tuan kat sini. nenek moyang kita kesian bagi tumpang kat sini sekarang mereka dah pandai minta itu dan ini dasar tak sedar diri"...pakcik tu masih meninggikan suara lagi orang lain cuma memerhatikan kami.
"itu nenek moyang mereka dulu...tapi yang ada sekarang semuanya lahir kat sini bukan kat india atau cina pakcik" jelasku masih kekalkan adap dan sopan orang melayu.
"betul tapi mereka masih lagi keturunan pendatang mereka tak berhak..aku tak suka dengan orang cina dan india nie kau tengok berapa banyak kes rompak dan ah long melibatkan orang cina da india"..marah pakcik tu.. dalam hatiku apa kena menggena pendatang dengan kes rompak dan ah long pulak nie..
"macha, tolong kira semua nie saya bayar pakcik punya sekali ya" aku minta izin sajer nak bagi pakcik tu sejuk hati kalau tak aku pulak yang hangat hati..
"terima kasih belanja pakcik" pakcik tu senyum bila aku belanja dia...
"tak apa pakcik tak payah terima kasih kat saya, tapi pakcik boleh berterima kasih kat tokey cina yang bayar gaji saya dan anak pakcik yang bergaji besar tu"...aku minta diri untuk teruskan tugas aku...
"pakcik kenapa tak marah dekat orang melayu dan nenek moyang kita yang jual tanah kat orang cina dan india dulu"......sempat aku berkata sebelum berlalu pergi...dalam hati berkata "aku masih melayu kalau aku orang lain dah lama gigi palsu pakcik tu tanggal"..
pada aku melayu,cina dan india atau bangsa lain selagi dia menetap di Malaysia dan lahir di Malaysia mereka berhak dapat hak yang sama....salah ker kita menghormati antara satu sama lain dengan tidak ada perasaan prejudis

Wednesday, July 29, 2009
demokrasi....demontrasi...
atas nama demokrasi
tangan ku digari
atas nama demokrasi
aku di lokap tidak diadili
atas nama demokrasi
suara ku tak pernah dipeduli
atas nama demokrasi
mereka hanya menjaga kepentingan diri
atas nama demokrasi
ISA tercipta untuk kepentingan pribadi
atas nama demokrasi
aku bertanya apa itu ISA
atas nama demokrasi
Ikut. Suka. Aku. kata mereka
atas nama demokrasi
aku berhak berdemontrasi
atas nama demokrasi
ingin ISA itu aku hapusi
...buat mereka yang ingin berdemontrasi pada 1 ogos pastikan anda mematuhui kod demokrasi....

Tuesday, July 28, 2009
satu masa sebelum waktu itu
satu masa sebelum waktu itu, seperti biasa setiap petang aku akan turun berjogging, kerana jogging itu hobi aku, kalau tak masakan depa gelar aku man lipas kudong masa sekolah dulu. sekarang pun masih suka ber jogging cuma sudah tidak sekerap dulu. aku akan berjogging dari kolej eon melalui hadapan kolej misc dan terus ke kolej guthrie dan menuju ke dewan mu'adzam syah sebelum mengelilingi tasik di kolej petronas tempat ku diam. aku suka ikut laluan ini sebab ianya mencabar laluannya berbukit dan yang paling penting sepanjang laluan itu semuanya block kediaman budak perempuan.
pada waktu petang itu sedang ku buat senaman ringgan di tepi tasik aku lihat dua orang gadis manis juga sedang berjogging menuju ke arahku. aku pasti seorang darinya aku kenali tetapi yang seorang lagi siapa boleh tahan juga bisik hati ku.
"hai man dah lama sampai" sapa gadis yang ku kenali itu
"tak baru ajer nak mula" balas ku sedangkan peluh dah basah satu badan beserta bau masam. sambil mata ku memandang gadis yang seorang lagi.
"ini N kawan sue, kami satu bilik" kata sue sambil menunjuk ke arah gadis bernama N itu.
"hai N saya man" aku mengenalikan diri sambil membuat muka mancho...cuma bau masam peluh sedikit menggangu.
"man, N nie orang Kelantan, ambil jurusan IT" tambah sue lagi..
"Oooo orang Kelantan patut la manis" cubaan pertama masuk ayat dari aku
"N budak IT mesti terrorkan dan glamour" percubaan kedua.
"Saya budak ekonomi org biasa tak glamour macam budak IT" ayat beli jiwa lagi.
"N, man nie solo lagi dan dia nie minat dengan Mek Kelantan" sue tolong cucuk jarum macam faham-faham ajer tapi kau memang sporting sue. Sebab tu aku suka kau dulu tapi kerana sahabat dah minat kau dulu, aku diam ajer la.
pada petang itu bermula detik pekenalan aku dengan gadis bernama N itu. tapi perkenalan itu hanya sekadar perkenalan biasa kerana lepas petang itu aku tak jumpa N lagi. walau aku kerap berjogging melalui laluan yang sama walaupun aku sering berjumpa dengan sue tapi malu nak bertanya.
sehingga pada satu malam disuatu tempat bernama the Mall ( tempat student membeli barang keperluan hariaan dan membuat temu janji) hanya tempat ini sahaja yang hidup pada malam hari ditenggah hutan ini. sedang aku sibuk membelik buku bersama kawan aku yang juga merangkap teman sue. tetiba mata ku terpadang seorang gadis di satu sudut gadis yang aku kenal pada petang waktu itu. Tapi mengapa gadis itu aku lihat begitu suram tak seperti petang masa aku jumpa bersama sue pada waktu itu. Aku pasti dia tidak perasan akan aku pada masa yang sama aku mencari di mana sue tapi tidak kelihatan kelibat sue.
Aku cuba mendekati gadis bernama N itu tetapi langkah ku terpaksa ku matikan bila aku lihat ada seorang lelaki bersama N dan aku lihat N sedang menanggis matanya merah aku pasti dan lelaki itu sedang memperkatakan sesuatu pada N. Ya lelaki tu aku kenal dia budak senior juga budak jurusan IT yang glamour tapi menggapa N menanggis dan apa hubungan dia dengan N. Aku tak sedap hati, aku kembali mencari sue di mana sue aku harus mendapatkan cerita dari sue. mata ku melilau mencari sue tak nampak juga,lupa pula mana kawan aku tadi dia pun dah tak ada. aku cari kawan aku pula, sedang aku melilau mencari kawan ku ditenggah orang ramai itu. tiba-tiba suatu suara menjerit nama ku
"man aku kat sini" aku kenal, itu suara kawan aku, aku menoleh suara itu datang dari arah kanan ku di satu sudut di dalam restoran aku lihat kawan ku itu sedang berborak dengan pujaan hatinya sue.
"ciss patut la kau hilang" kata ku sambil membuat muka marah..(bukan marah tapi jeles ajer).
"sue, aku nak tanya kau sesuatu kau mesti bagi tau aku" tanpa pedulikan kawan ku ( sorry kawan ini lebih penting aku dah berkorban untuk mu) .
"kau nak sue tolong apanya Man" tanya sue.
"aku nak tahu siapa dengan N kat dalam kedai tu dan menggapa dia menanggis" direct to the question.
"Oooo abang senior tu ker naper kau jeles ker" sue cuba provoke aku
"Ini bukan pasal jeles cuma nak tau" masih berlagak mancho lelaki kan penuh ego
"itu pak we N la" jelas sue pada aku
dengan tiba-tiba pada masa itu aku jadi mamai sekejap seperti yang dah aku jangka....
"kawan aku nak balik dulu kau date ler dengan sue"...
kenapa aku harus emo, bukan aku ada apa-apa dengan N getus hati ku sepanjang perjalan aku balik ke bilik......

Monday, July 27, 2009
monday blues...mengapa perlu susah hati
as usual asal monday ajer mesti moody, asal monday ajer mesti malas nak kerja and as usual asal monday ajer mesti ada problem.
this morning aku betul feed up tak pernah dalam meeting aku meletup tapi hari nie..... semua orang terdiam. aku sendiri pun hairan dengan diri aku sendiri masalah kecil ajer tu (takan wife aku period aku pulak yang moody kot).
anyway aku sempat minta maaf kat HOD tapi depa cakap its okay apa yang aku cakap tu benar all the time they all senyap ajer tak berani nak cakap takut dengan CEO.
why must scare....if you not tell the truth so how people will know. best part big boss tak marah pun malah suka aku cakap yang truth.
what so difficult to tell the truth even it might be hurt someone. actualy aku pun susah hati juga tadi hope tak ada yang terasa hati. I know they are professional enough to understand between personal and work.
what I need to do is think positive so why should I worried.....

Sunday, July 26, 2009
homework dari anak laut siap dah
Homework dari cikgu anak laut untuk aku nie dah lama. cuma hari ini aku berkesempatan nak buat homework maklumlah dah berbelas tahun tinggalkan sekolah. lagipun aku nie bukannya paandai sanggat
1. Bekas kekasih saya adalah : - Soalan yang aku susah nak jawab pasal ada banyak kekasih kot hahah perasaan jap( suatu ketika dulu )
2. Saya sedang mendengar :- entah apa yang aku dengar sekarang aku pun tak tahu
3. Mungkin saya patut :- apa patut aku buat sekarang masih mamai lagi
4. Saya suka :- ha ini best aku suka tido dan tido dan tido
5. Sahabat-sahabat baik saya :- bila dia jadi kawan aku maka dia sahabat baik aku
6. Saya tak faham :- tak pernah paham sebab tu selalu fail
7. Saya kehilangan :- ssuatu masa dahulu
8. Ramai yang kata :- ada orang kata aku ker tak apa kata la apapun aku tetap aku
9. Cinta itu adalah :- bila ada yang frust dan kecewa bila putus cinta hahahaha aku hanya ada satu cinta sahaja.
10. Di suatu tempat, seseorang sedang :- bergembira dan menangis
11. Saya akan cuba :- aku tak pernah mencuba cuma try ajer ( membuat orang gembira bukan mudah ) baik aku gembirakan hati aku
12. Ayat SELAMANYA membawa maksud :- dulu kini dan selamanya macam pernah dengar ajer motto nie tapi dah tak relevent lagi kot hehehehe.
13. Telefon bimbit saya :- buat aku selalu tak ada privacy
14. Bila saya terjaga dari tidur :- alhamdulillah aku hidup untuk sehari lagi
15. Saya paling meluat bila :- bila saya meluat tak ada pun...
16. Pesta/Parti adalah :- nie sama macam pesta malam muda mudi ker kalau sama aku tak ambil port pasal aku dah tua
17. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :- anak kucing ( bob namanya )
18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:- bila saya dewasa
19. Hari ini :- hari ahad yang blues dok rumah lipat baju
20. Malam ini saya akan :- malam nie ada F1 lepak depan TV sama al wafiq,al hazeq dan al maliq
21. Esok saya akan :- pie kerja macam biasa
22. Saya betul-betul inginkan :- agar semua orang bahagia
23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :- pagi tadi tak sempat tengok cermin tapi wife aku kata aku hansem okay la tu
24. Pusat Membeli belah atau arked permainan :- aku wakilkan isteri aku jer arked permainan apa tu
25. Makanan barat atau Jepun :- masakan isteri dan mak aku lagi sedap
26. Bilik yang terang atau gelap :-bilik terang untuk aku buat kerja bilik gelap untuk aku tido
27. Makanan Segera adalah :- mee maggie la 2 minit ajer
28. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :- tunggu bila aku dah nak mati nanti
29. Siapa yang anda mahu TAG: aku nak tag semua orang boleh tak tapi yang bawah nie aku harap sgt depa jawab homework nie
* sulela alam desa ( turn aku lak )
* ida dunia ku ( sambil kau buat cerita antu )
* a.k.u.p.e.n.t.o.i. ( gua mau kasi lu susah )
* ber_uwang ( aku nak pinjam duit )
* adibah september sebelas ( hehehe adib kau jawab yer )
* sharamli ( budak nie aku suka tgk dia makan )
* ije ( siapkan kerja sekolah nie )
* intan anak abah ( dia selalu bercerita yang benar )
okay cukup dah nie kot anak laut aku memang tak pandai tapi kalau ada markah kesian bagi la kat aku
jawab tag sulela dulu
2.Link/ceritakan kembali siapa yang menberikan award inikepada anda.
sulela - http://desaalam.blogspot.com
Time kasih lela...aku tak pandai benda nie
3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
Adoi la...apa aku nak bagitau ni ye...huhuhu...
1-* Aku suka tido
2-* Aku suka sport
3-* Tak suka tempat yang crowded ngan orang yang nie kau sama dengan aku
4-* Aku suka tengok pokok
5-* Aku suka makan buah-buahan
6-* tak suka bakar sampah takut api
7-* aku suka tengok orang makan
8-* aku suka semua binatang
9-* Tak suka membasuh tapi lipat baju tu kerja aku...hehehe
10-* internet kegemaran aku juga
4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Aku hadiahkan award beserta tag ni untuk:-
semua orang
kira siap la nie yer
Subscribe to:
Posts (Atom)