aku ingat minggu nie aku nak berehat di rumah sahaja memandangkan aku dah berjalan jauh last week. tapi nampaknya hajat tak kesampaian bila aku dengan berat hati menjadi driver lagi untuk ke gerik. ada undangan perkahwinan dari saudara sebelah wife aku, nak biar dia bawa kereta sendiri hahaha aku tak percaya lagi pun tak sampai hati tengok mak mertua aku yang datang dari pahang tumpang kereta orang lain nak gerik.
rasanya penat drive ke jitra last week masih belum hilang lagi nie dah kena sambung drive untuk satu perjalanan yang jauh lagi. oleh kerana aku belum pernah lagi ke gerik maka aku gagahkan juga diri ini. first time aku tengok pekan gerik tidak la besar sanggat tapi menarik juga aman dan tenang rasanya.
cuma masalahnya nak cari hotel di sini susah sikit bukan tak ada tapi aku tak selesa dengan hotel low budget nie ( ada pengalaman ngeri yang pernah aku alami ). nasib aku baik bila dapat bilik di rumah rehat gerik lega rasanya. aku sudah berkira jika tiada hotel yang baik sedikit di gerik aku akan terus ke resort hutan belum or ke resort lenggong.
dalam perjalanan ke gerik aku amat kagum dengan bentuk muka bumi yang bergunung- ganang di sepanjang jalan. malah aku tidak rasa letih dan mengantuk bila melihat keindahan dan kehijaun bumi tuhan ini. dalam kepala otak aku tadi aku sudah berkira cuti sekolah hujung tahun nie aku ingat nak repeat sekali lagi mungkin aku nak ke hutan belum sebelum ke kelantan seterusnya ke terengganu dan menuju ke pahang kemudian singgah di negeri sembilan dan johor dan balik ke melaka dan akhirnya berehat di selangor. rasanya macam tak larat BLM 1300 cc aku nak meronda sebegitu jauh...perlukan kereta yang lebih besar nampaknya...
aku harap masih sempat untuk aku menghadirkan diri di event MIMPI BERAT malam esok, hajat di hati nak jumpa kawan-kawan dari blog yang hadir di sana. ( aku akan berusaha ke sana )
p/s: tak sangka LIVERPOOL kalah dengan SUNDERLAND ini sedikit merosakan mood aku nak bercuti.....
Cuti Sekolah 2025 & Cuti Panjang 2025
2 hours ago