Tuesday, September 29, 2009

bob oh bob,I am so sorry

actualy aku dalam kesedihan minggu ini, asyik terkenang kat bob tidur malam pun teringat kat bob. aku sedih bila semalam dan tenggahari tadi melawat bob di klinik tengok keadaan bob yang tercungap-cunpag menahan kesakitan buat aku ingin menangis pulak.

bob ialah seekor anak kucing ku yang baru berumur empat bulan, masih ingat entry ini ayah kitten under car
di sini segalanya bermula cerita bob dari kecil sehingga besar actualy lom cukup besar lagi. dalam empat orang adik beradik bob hanya dia yang manja dan special.

last firday night around 11.00 am aku dengan tidak sengaja telah terlanggar bob semasa balik dari kedai. bob yang memang suka mengejar kereta aku bila setiap kali aku pulang dari kerja atau dari mana sajer. tapi malam itu aku sangka bob ada dalam rumah so awareness aku sedikit kurang.



inilah bob masa lepas di kena langar aku sangka tiada apa-apa kecederaan kerana tiada sebarang tanda pendarahan atau luka. aku lihat bob masih mampu berdiri dan berjalan.

namun sebentar kemudian aku lihat nafas bob turun naik dengan cepat aku jadi panik sekejap. aku cuba periksa bob masih gagal mengesan sebarang kecederaan tapi bob sudah tidak dapat berdiri cuma baring. aku suspect ada tulang yang patah dan mengalami kecederaan dalam.



hendak ku bawa ke klinik sudah tak sempat kerana sudah lewat malam sudah pasti tiada klinik yang buka di shah alam. cuma pada ke esokkan harinya aku dengan segera membawa bob ke klinik di shah alam.



pemeriksaan doktor didapati kecederaan dalam bob adalah serius doktor mengatakan usus bob telah menutupi paru-parunya dan ini yang membuatkan bob sukar bernafas. namun hari itu hari sabtu so x ray tak dapat dijalankan untuk mengesahkan punca sebenar cuma hari isnin baru boleh x ray.

dan semalam bob telah di x ray. doktor call aku dan mengesahkan yang kecederaan dalaman bob agak parah dan chances untuk servive 50-50.



ini gambar x ray bob yang sebelah kiri tu menunjukan hampir keseluruhan usus bob telah menutupi paru-parunya. dan yang sebelah kanan adalah gambar paru-paru seekor kucing yang normal. doktor suruh aku buat pembedahan tapi hanya UPM sahaja yang melakukan pembedahan sedemikian rupa. namun mengikut padangan doktor walau dengan cara pembedahan sekalipun risk amat tinggi dan chances bob nak survive adalah rendah.



lepas lunch tadi sempat melawat bob di klinik dia amat teruja bila nampak aku tadi. mungkin dia juga menanti kedatangan aku.



bob gagahkan diri untuk banggun bila nampak aku, bila buka pintu sangkar terus hulur kepala mintak aku ambil dia. mungkin bob nak balik rumah agaknya dia boring kat klinik tu.

sempat juga berborak dengan doktor tadi, dia cakap operation masih tak pasti dapat menyelamatkan but kalau aku nak pergi ke UPM dia tak halang cuma dia cakap the operation cost very high and chance to survive very low most of this case bila operation will casuse death. arghhhhh pening aku....sorry bob aku tak tahu nak buat apa

malam tadi nak tido masih terbayang bob, dia yang suka cium ketiak aku kadang-kadang sampai dia tertidur dok meyondol ketiak aku....

mana ada binatang or orang yang suka cium ketiakkan hatta wife or aweks kita pun lom tentu sanggup cium ketiak walau sayangnya melanggit....

35 comments:

al-lavendari said...

mula2 baca memang sedih giler ... tapi bila hujung2 dah masuk bab ketiak, sedih bertukar menjadi gelak dan geli !

Daun said...

memang penyayang mamai ni...

sayu=pilu said...

comel giler pakcik.. bagi la sekor dah lama tak bela kucing sejak meow kesayangan mati sebab makan tikus yang makan racun..hukhuk sedey nya...

hurm kucing tuh anggap pakcik ayah dia lah tuh... sian dia gi la brubat cara traditional lak mana tau leh sembuh...kihkihkih

betulbetulbetul u al-lavendari... memula perasaan aku sedey bertukar senyum gelak geli nak muntah ahakzz..trasa diri macam otomen lak betuka..kihkihkih

myQza said...

aku belum baca tp aku nak komen dulu. harap cerita dia x sedih sangat..

bismillah... aku baca skang!!

myQza said...

Ya Allah!! Aku menangis... Tiada tuan yang sengaja mahu melanggar. Bob akan maafkan kau!

Kesian Bob. Nampak okey tetapi di dalam parah.

Aku harap kau buat yang terbaik untuk Bob!

Bob! Semoga cepat sembuh! Aku akan doakan kamu!! :( :( :(

beskot said...

adeh..
split decision nih..
so ape keputusan??
sian lak kt bob..

IkanMasin90(IM90) said...

huhu..rangka die memang lebih kurang manusia jugak..
ohh..
kesian nyye die bile ususs dah menutupi paru2..
goshh....

tp kelaka jugak bile time ketiakk tuh..hahaha

saba k :)
semoge die cepat sihatt

Unknown said...

kesian gile.. camne la pakcik boleh langgar dia.. tp nk buat camne dh nak jadi...

mamai said...

al lavendari:
yang bab akhir tu mmg aku purposely letak akhir sebab tak mahu kalain bersedih

che la:
aku memang suka kucing

sayu=pilu
nak bagi camner dah tinggal seekor ajer tu

hahaha itu sebab pakcik letak akhir sekali supaya kau tak menanggis

sItEDI:
aku pun tak tahu nak buat apa dah nie. tak sampai hati engok dia menderita

en.Beskot:
entahlah aku nak bawa bob balik dulu malam nie aku fikirkan

azzaliena:
ngah bersabar nie...tapi pening juga

cahayachenta:
tak perasaan selalu memang pakcik berhati-hati

abgBro said...

abu hurairoh...moga brtambah rejeki hang mamai...:)

fadzilah said...

menitis air mata ku bila baca entri ni...sian kat bob..
mesti dia sakit tp tak boleh nak bgtau kat pakcik mamai..jaga dia elok2 mamai.

imHepPie said...

wuu sedey...bob cpt2la baek eh...nnti org bgi dwet raya...

sharamli said...

eleh..dy nak amek ati je ckp ketiak tu best k0t

myQza said...

aku cuba tanya kawan-kawan n try masuk forum kucing.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum

inalilah buat bob

tp tkpe bro..
kalo la bob tau kasih syg bro terhadap dia mcmni, mesti dia tk kisah cium ketiak bro..hehe

ayampinko said...

bro wa pun suka kucing bro..wa harap kucing lu ok.. apa2 pun sabar bro..

Puan Ninie said...

CIANNYER BOB PAK cik...
da sehat lom bob tu?

ninie pon kat spital nie..
mama masuk wad...

sayu=pilu said...

yea ker..yang lain gi mana pakcik.. datang amek kad di blog..

Solehah said...

siannya bob..hisk2, rasa nak nangis plk..brapa kos operation dia? dah decide ka nak operate ke tak? risau nih..

Sulela said...

Alaaaa...bergenang ayaq mata aku baca kisah Bob. Kalau dah sampai ajal dia, apakan daya kita. Tapi jauh di sudut hati, aku harap Bob sihat macam selalu. Comel gile tu!

p/s: aku selalu cium ketiak suami aku, apa...

Cik Cookie said...

Cik Cookie mmg xleh cita bab kucing.sgt sedeyyy.Kucing Cik Cookie mati sebab Cik Cookie xtau dia demam.alih2 dah nazak.kalau kamooo perasan blog cik Cookie nmnya musangthecat.blogspot.Kucing Cik Cookie nm musang.

mamai said...

abgBro:
terima kasih....alhamdulilah

fadzilah:
memang dia tak dapat nak beritahu tapi aku dapat rasa bila tiap kali aku tengok dia mengeraskan badan menahan sakit

imheppie:
terima kasih...tadi daha bawa bob balik rumah seronok tengok dia dapat ciumbau rumah

sha:
memang best tu hehehe

sItEDI:
terima kasih aku tahu kau selalu take care dak utih

yusuf mujahidin:
aku harap dia tahu aku sayang akt dia

ayampinko:
bila tengok dia tahan sakit tu rasa macam nak menanggis pun ada

miez Sha:
masih belum sihat sepenuhnya lagi

sayu=pilu:
yang lain2 dah kena ambil dengan orang

soleha:
kena bawa bob jumpa specialist dulu kat UPM. tapi harapan amat tipis

sulela:
aku juga berharap bob boleh sembuh dengan cepat...

kau memang isteri soleha la lela hehehe

cookie devine:
tu la perasan juga dengan URL tu ingat musang berjangut...
aku juga dulu ada banyak bela kucing tapi oleh kerana anak dan wife aku takut kucing aku berenti kejap..sampai la bob datang baru bela semula

lumut said...

comelnye bob..sedih la lumut baca.
bagus pakcik ni.xsume org syg kan haiwan begini rupa...lumut xnak ada entry tentang pemergian bob nnt..tak nak2...huhu..

cintaleaixora said...

mak oi... syg smpi cmtu skali... sy xsuke kucing.. so xth la cmne feel syg binatang nie... huhu...

cintaleaixora said...

erk... sy takut kucing... tp xsgke org syg kucing sggp wt smpi cmni..huhu

Kay said...

jgn putus asa...
u try call "home vet practice"
03 55117019 - veterinary surgeon
(Dr Zulkifli Abd Ghani)

mamai said...

lumut:
biar dia seekor binatang namun dia tetap punya nyawa dan dia juga mahluk tuhan...pakcik ingat nak bawa dia ke UPM minta advise dari pakar

lea ixora:
kamu samadengan wife pakcik takut binatang hehehehe

kay:
thansk for advise I will call...for bob

enyheartsdiamond said...

uncle is abu hurairah;)

enyheartsdiamond said...

comelnya uncle ney;)
penyayang...

Nbl Fzr said...

ha3.








..

Anonymous said...

alahaii..sian nye bob!! Takpe la mamai, klu dia pjg umur..gembiralah kau.
Tp klu setakat itu hidupnya bersama kau..redhakanlah. Dia menanggung sakit..kesian dia. Tapi itu semua kuasa Allah kan!!

Apepon..aku pernah dgr Ustaz kata, binatang2 peliharaan kita ni akan mendoakan kita klu kita buat baik padanya. Dan di 'sana'..dia akan menjadi biatang yg bermain2 di tmn2 syurga....

cik bunga said...

pakcik....

kem salam kat itu bob..
ckp kt die jgn lupe mkn ubat..
pkcik...

bg die mkn sayur..
not kidding tau...
bg die siht

Ibu Ammar said...

sedey nya..sian nya kat bob tu...
berhati2lah di lain kali...jgn disakiti kucing peliharaan..

isk..isk!

misznarney said...

aduh...cian nya c bob.
apa la jadi pd dia skang??

Anonymous said...

Try hantar kat Animal Hospital Jln Tun Razak atau di Pet Safari Ikano. Memang kos agak tinggi terutama untuk kes operation dan kena admitted. Tapi so far kalau ada kes serius dengan kucing saya, saya akan hantar ke sana. memang sakit la sebab mahal, tapi puas hati with the service, consultation etc. 3 hari lepas pun saya baru hantar 5 kucing saya yang kene jangkitan flu and sakit mata, terus buat deworm sekali. memang la vet yang owner tu membebel sbb lambat hantar (sbb my cats dah badly infected) tapi dorang bagi advice and nasihat la so it won't happen again in future.
Tai vet kat situ semua ok dan saya sangat puas hati cara diorang handle my cats.
Kalau ada budget (and actually sayang kat cat tu lebih), try le refer ke sana.
Semoga Bob cepat sembuh ye!