Thursday, October 1, 2009

idiot, bodoh, bebal dan seangkatanya....

aku bayar cukai tiap-tiap tahun dengan potong tiap-tiap bulan dan tiap tahun bila aku isi borang taksiran pasti ada lebih. tapi aku tak pernah dapat balik yang lebih tu..namun itu aku tak marah sebab aku kira duit itu akan disedekah pada orang yang kurang mampu (angapan baik ku).

tapi aku jadi marah bila aku sebagai pembayar cukai yang tak mintak lebihan bayaran tu diperbodohkan sebegini rupa. aku sangka mereka nie dah benar-benar berubah tapi masih cam hampeh lagi ada la, dulu kini dan selamanya tak berubah...

macam dah tak ada orang lain lagi ker nak dicalonkan untuk jadi wakil orang ramai nie. hari tu kata didapti bersalah kerana terlibat dalam rasuah last-last boleh pulak jadi calon wakil rakyat. hanya kerana untuk memastikan kemenangan satu kerusi maka segala yang salah itu dengan relanya jadi benar.

apa kebodohan yang menimpa kita nie, dah terusan diperbodohkan dari dulu kini dan selamanya. rasanya kita ini mengundi untuk siapa yer untuk menolong diri kita atau untuk menolong orang yang kita undi jadi lebih kaya....

sekarang aku terpikir haruskah aku bayar cukai sedangkan aku tak pasti mana duit tu akan pergi. rasanya baik aku bayar zakat semuanya lagi baik dari pada duit tu lesap untuk beli undi. sekurang-kurangnya aku tak telibat dalam gejala nie.

harap kemenangan satu kerusi ini membawa kepada kekalahan puluhan kerusi dikemudian hari...

p/s : ini bacaan sewel untuk orang yang gila politik...harap mereka yang mengundi kat bagan pinang tidak terus diperbodohkan

27 comments:

myQza said...

calon yang kelakar!!

anaklaut said...

salam..bro,


sikap mcm2 nilah yang membuatkan orang ramai makin meluat..

dah tak ada yang lain dah ker?..

enyheartsdiamond said...

heheheee...x layank mangundi lagi;)

Kay said...

salam pagi Jumaat....
(^_^)
alhamdulillah kita masih bernafas...

mamai said...

sItEDI:
memang kelakar pun....

anaklaut:
betul tu ingat dah tau mereka tak akan buat lagi dah

eny:
hehehe awak masih sekolah lagi jangan terlibat

kay:
salam syukur kita masih dapat bernafas untuk satu hair lagi

al-lavendari said...

yang awak konfiden sangat ni dia akan menang, kenapa? kecik hati saya.

cik bunga said...

heheee...
memang menjijikkan..

hidup untuk wang memang begitu...
pakcik baru tengok da rasa meluat..
saya hidup dalam arenanya.. lagi rasa menyampah...
sy tak penah mendaftar..
coz resultnya tetap tak berubah...

Cik Cookie said...

Hurmmm....susah nih nak uruskan.Pangkah je dia kalau xnak.Xgiteww??Hehehe...

p/s:Atok cakap kalu xsuka orang tuh pangkah dia.HUHUHUhu...

sharamli said...

sy lagik la B0d0H bab2 p0litik ni...

mamai said...

al lavendari:
memang tak nak menang tapi firasat nie..lain macam ajer

niena:
huh tak boleh bayang macam mana kotornya depa nie

cookie devine:
yang atok pesan tu pangkah lain kot

sha:
jangan terus di perbodohkan

AbcdeFtyyhahh; said...

salam.. ehem nak mncelah..

erm..kte undi yg mne kte rase selari dgn agama Isalm.. kerana andai terslh pilih pmimpin..jawablah kita kelak di ari pengadilan..


syukrn. *budak2 pnye komen. huhu. sorii.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro

tktaula knape ketandusan calon smpai t'paksa amik org yg ade rekod rasuah

mgkin dia sudh insaf - tu hal yg lain

tp skurg2nya muka br patut diberi ruang dn pluang utk membw agenda br..

negara kita dipimpin oleh org2 tua yg tk nmpak kepentingan golongan tk berkepentingan mcm kita ni..

depa ni tkmau berubah

belum serik. akhirnya yg trus jd mangsa - kita

krn kita pn k serik2

wallahualam

TuYa said...

salam bro..
Tuya x pernah mengundi..
boleh ke????
hehehhheehhe..

Unknown said...

sapakah orang itu.. aduii sungguh ketinggalan aku ini

Anonymous said...

baik bayar zakat.....dapat pahala dunia akhirat

A.K.U.D.O said...

tangkebeloh...

Aloy Paradoks said...

wah.... betul punya marah ni

IkanMasin90(IM90) said...

wakakaka..
politik sgt bosan n xbest..huhu

Daun said...

bayar zakat dulu sebelum bayar tax..jimat dan selamat

cintaleaixora said...

hm.. xmnt politik sbb politik tu sume kotor... huhu

abgBro said...

sudah terang lagi bersuluh siapa perasuah siapa perompak...jgn sokong jgn bagi...

keluarkan zakat pd pusat2 pengajian agama dan tahfiz...ambil resit pembayaran sebagai bukti...

mamai said...

ftyyhahh:
oleh itu kita jangan salah buang undi kelak kita juga dipersoal nanti

yusuf Mujahidin:
aku setuju...mereka tidak mahu berubah dan untuk itu kita harus merubah

tuya:
rugi tak mengundi nie...best wooo bersesak-sesak hehehehe

cahayachenta:
dah layak megundi tak kalau tidak...anada di kecualikan hehehehe

jaja:
ya kita mau bayar zakat lagi bagus

akudo:
memang belo

aloy:
marah dan panas hati nie...

azzaliena:
memang bosan tapi kena ambil tahuh juga

che la:
tu la ingat tahun nie bayar zakat semua

cinta lea ixora:
memang kotor sebab ti ramai yang suka...

abgBro:
aku harap kemenangan dipihak kita

Solehah said...

betul tu..saya pun tak ikhlas nak bayar cukai.hehe..cam bagus jek..nasib baik boleh tolakkan yg kita bayar zakat..

bias® said...

tarik jek lesen tivi dia!

Precious said...

Aiyooo ... politik mitik ni haku memang tok gemor. Tak cuke!!

triple x malaya said...

tepok dada tanye iman..jgan tepok dada tanye selere..sebab selere mesti besar..so bagi pengundi..undilah ikut iman...pasti aman dan damai..

mamai said...

soleha:
ya kita ramai-ramai bayar zakat

bias:
nak tarik macam mana yer...aku ingat nak padamkan ajer

precious:
kalau boleh aku juga mahu tak suka itu politik

triple X malaya:
takut bila suruh tepuk dada dia pie tepuk meja la pulak heheheh