Selesailah sudah babak perbicaraan kes pembunuhan paling sensasi dalam Malaysia apabila pembunuhan ini dikaitkan dengan tokoh politik negara...
Semalam hukuman mati telah dijatuhkan ke atas Sirul dan Azilah kerana didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya seorang warga Mongolia. Satu pembunuhan yang paling kecam apabila C4 digunakan untuk meletupkan mayat...
Namun masih ada persoalan yang belum terjawab.....
1. Siapakah yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah supaya Altantuya dibunuh, kerana sirul dan Azilah tiada kaitan dengan Altantuya dan pada mulanya tidak mengenali mangsa....
2. Benarkah yang akan digantung nanti Sirul dan Azilah kerana sepanjang perbicaraan kita tak pernah nampak muka Sirul dan Azilah
3. Darimana datangnya C4 yang digunakan oleh Sirul dan Azilah untuk meletupkan jasad Altantuya......jika dari pasaran gelap maka Malaysia dalam bahaya.
4. Mengapa tindakan dan siasatan tidak diambil oleh Polis Malaysia bila mana ada akhbar luar melaporkan bahawa terdapat individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan ini...
Apa pun hukuman telah dijatuhkan oleh tuan hakim, dan yang pasti aku akan terus menyusuri persimpangan Altantuya ini, pagi, petang dan malam setiap hari. dan persimpangan ini kekal misteri