Thursday, June 4, 2009
5 hari yang...sunyi...sibuk...dan sedih...
5 Hari yang sunyi....
Bermula dari hari 1 June hari tu sehingga 5 June esok merupakan hari yang paling sunyi dalam office aku. Mana taknya semua staff aku yang seramai 19 orang tu aku bagi cuti selama 5 hari..bermula dari isnin sampai jumaat..
Kenapa aku bagi dia orang cuti sebab aku boss yang baik..sempena cuti sekolah nie aku bagi la chance kat dia orang tu bawa anak bini berjalan-jalan...so tinggal la aku sorang-sorang kat dalam office..actually one of our main customers shutdown operation one week so kerja pun tak banyak sanggat....
Nasib baik department lain tak ambil cuti so boleh juga aku tumpang kemeriahan dia orang semua....
5 hari yang sibuk...
Sejak 1 June yang lalu aku amat sibuk dekat office semua kerja aku kena buat...pasal staff aku semua dah aku bagi cuti...padan dengan muka aku....
Mula ingat tak banyak kerja nak kena buat...sekali customer lain ubah schedule pula penyudahnya aku sendiri yang jadi boss dan kuli...padan muka aku kena buat stock count sendiri,pack barang sendiri,buat deliver sendiri dan sendiri kena pie meeting..boss aku awal2 dah cakap dia pun ambil cuti....tapi tak apa aku dah biasa buat kerja macam nie yang penting kerja aku siap......tapi aku penat kerana aku nak jadi pekerja terbaik...
5 hari yang menyedihkan...
Sejak 1 June lalu aku amat sedih pasal anak aku tak ngam dengan aku...kerana aku terpaksa mungkir janji....sepatutnya aku bawa anak-anak aku dan wife aku pie bercuti ke utara...tapi semua kena reschedule pasal tak ada orang kat office...staff semua aku dah beri cuti...
Paling sedih malam tadi bila anak sulung aku blow up dia nangis pasal aku tak bawa pie holiday kawan lain semua dah pie lagi pun aku dah janji...lagi tak best semua orang kat rumah kena marah pasal aku penat kat office...
" sorry abang kita pie next week ayah janji" itu ajer yang aku boleh cakap...
Semuanya silap aku kerana nak jadi boss yang terbaik dan pekerja yang terbaik akhirnya aku terpaksa jadi ayah yang tak baik...this coming saturday is father day...kalau aku tak dapat wish dari anak aku pun aku paham.....i deserve it.....
.....susahnya kita bila ingin terlalu menjadi yang terbaik.....
Wednesday, June 3, 2009
World Environment Day 2009: 5 June
Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional...Yang Rebah
Kuala Lumpur minat teknologi hijau, nuklear
pagi ini terbaca berita dalam surat khabar berita hairan...
Malaysia berminat belajar dari Korea Selatan untuk membangunkan teknologi berskala kecil..sebagai sumber tenaga alternatif..
wahhhh ini satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional yang mega...
selepas wilayah iskandar,koridor utara, dan bermacam lagi projek mega...
siapa yang dapat manfaatnya selepas ini...kau orang fikir sendiri...
cuma aku nak bagi tau tambang teksi dengar nak naik 30%....ini pun satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional....
Persoalannya mampu ke kita melaksanakan projek mega ini atau akan hanya menjadi projek pembaziran berskala mega..tak mustahil dah banyak yang kita nampak dan terjadi...
bukan menidakkan kebolehan orang tempatan cuma....aku nampak banyak projek Kerajaan Nasional Yang Rebah...
kita buat stadium yang tak secanggih stadium sarang burung.....tapi masih boleh rebah..
...makmal komputer sekolah pun runtuh...
...Buat rumah atas bukit yang ada bintang pun boleh rebah...
...lagi menyedihkan nak rebahkan bangunan yang dah runtuh pun masih kita tak mampu...
Sebenarnya perkara macam ni tak perlu terjadi kalau pihak berkuasa memainkan peranan dan semua projek tu telus bukan pasal komisyen...dan janji dapat kontrak...
tak ada gunanya dah terjadi baru kita sibuk nak kaji...
we should thing like this
"do right at first time" "do right all the time" and "continues improvement"
berbalik pada minat Malaysia ( minat Najib ) dengan teknologi nukler tu aku rasa elok la pikir panjang-panjang....
bila dah jadi projek Kerajaan barisan nasional yang rebah nanti saper yang susah....
.....aku tak larat nak angkat sampah dah.....

Monday, June 1, 2009
Aku Takut Tapi....
antara sifat manusia itu lemah dan sentiasa takut....
begitu juga dengan aku...
...aku takut dengan seksa neraka...
...tapi aku kerap buat dosa...
...aku takut dengan seksa kubur...
...tapi aku kerap terlalai sembahyang...
...aku takut lidah ku kelu tak berkata...
...tapi aku kerap berdusta...
...aku takut mati kekeyangan...
...tapi aku jarang berpuasa...
...aku takut dengan kegagalan...
...tapi aku malas nak berusaha...
...aku takut dengan kemiskinan...
...tapi kau malas nak bekerja...
...aku takut dengan kekecewaan...
...tapi aku sering bercinta...
...aku takut di malukan...
...tapi aku sering tergoda dengan syaitan...
...aku takut tidak di hormati...
...tapi aku susah untuk menghormati...
...aku takut orang membenci...
...tapi aku payah untuk menggasihi...
...aku takut kena saman dengan majlis bandaran...
...tapi aku suka buang sampah tepi jalan..

Subscribe to:
Posts (Atom)