menjadi manusia ini memang tidak pernah ada mudahnya, hidup memang penuh dengan cabaran, hidup penuh dengan godaan. bila nafsu mengatasi fikiran sering sahaja yang dikejar tak kesampaian apa yang dikendong bertaburan.
mengapai bulan tidak pernah ada salahnya yang silapnya bila telupa pada bumi tika bulan ditelapak tangan. andai diri tidak tahan dilambung badai usah kau idam mutiara di dasar lautan. cukup berlabuh di pengakalan mengutip teritip di batuan.
hidup ini umpama meniti titian, keseimbangan harus diutamakan, andai tidak keruan maka tergelinjir dicerunan. mungkin hidup tidak banyak pilihan namun pasti ada sesuatu pada setiap bahagian.
kala melihat bintang berkelipan usah kau leka mengayam kaca ditangan, ini bukan bidalan tapi kenyataan agar menjadi tauladan. hidup bukan sekadar ikutan, tapi harus bijak mencari jalan, usah sesat dalam kesesatan, maka tiada guna segala sesalan.
waktu-waktu yang berlalu itu bukan untuk kau tinggalkan tapi untuk dijadikan pengajaran.kesilapan adalah lumrah kehidupan tapi usah jadikan alasan. ianya untuk kau perbetulkan agar tahu arah tujuan.
benar hidup penuh tafsiran, itulah gunanya akal dan fikiran, andai hilang pedoman ikatkan diri pada tiang iman. ingat hidup bukan bersendirian, jangan alpa pada gurauan, setiapa perkara ada batasan begitu juga dengan perbuatan.
andai hidup dalam kesepian usah kau tangiskan kerana itu hanya ujian, sekadar menguji ketabahan. benci dan dendam usah kau jadikan amalan, kerana itu kawannya syaitan. memaafkan itu satu pujian di dalamnya penuh ketenangan.
ini sekadar satu ingatan agar menjadi renungan. sebesar-besar kapal di lautan masih kecil pada pandangan. sebesar-besar manusia kita di daratan namun masih kecil disisi Tuhan.
p/s: aku bukan tuhan tapi hanya sekadar menjalankan suruhan. andai ia mnegores perasaan maka angap sahaja ini coretan picisan......