Friday, March 6, 2009

Go Green part 1


Kali nie aku tak nak cerita pasal politik tapi aku nak cerita pasal go green.
aku nie bukan la seorang ahli pencinta alam sekitar or greenpeace.
tapi aku rasa bertapa pentingnya kita semua untuk menjaga alam skitar.

Aku mulanya tak berapa ambil port pasal go green nie tapi makin lama aku makin terasa akan kesannya.
cuba bayangkan lately kita kerap kali dilanda banjir kilat walaupun hujan sekejap malah kian kerap kita dengar
berlakunya tanah runtuh contoh yang baru seperti di Bukit Antarabangsa.

Apa yang membuatkan aku amat terasa bilamana satu hari semasa balik kampung aku teringin nak pie memancing kat tempat aku selalu memancing masa kecil dulu, aku amat terperanjat bila lihat sungai tempat aku selalu memancing dan berenang dulu yang airnya jernih kini hitam pekat. Tempat yang dulunya aku dan kawan berkhemah di hujung minggu kini jadi tempat pembuangan sisa kilang.

Tapi siapa nak aku salahkan, sekarang aku dah sedar bertapa pentingnya alam sekitar nie untuk dijaga. memandangkan aku bukan seorang pejuang alam sekitar yang sanggup berdemontrasi. namun apa yang aku mampu laku kan ialah dengan berkongsi maklumat dengan kalian semua melalui blog aku nie...

Menyusul nanti bagaimana kita boleh menjaga alam skitar ( kalau nak cepat rejuk ajer kat laman web go green )

Raja minta Kuasa di Kembalikan


hari ni aku cukup gembira, aku gembira bukan pasal aku dapat staff baru or dapat naik gaji tapi aku gembira yang amat bila aku baca Malaysiakini hari nie bilamana Majlis Raja-Raja diminta tuntut imuniti dikembalikan....
baru sedar ker mereka nie selama nie mereka memang tak berkuasa dan siapa yang ambil kuasa tu daripada mereka selama
nie....tak lain dan tak bukan mereka yang sibuk memperjuangkan kedaulatan raja yang menuduh orang lain penderhaka....tapi mereka la penderhaka terbesar pengkhianat negara, malangnya raja-raja kita nie tak nampak sekarang dok kecoh nak buat apa..

"Kalau imuniti raja-raja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul," ini ,one of the statement yang aku petik dari Malaysiakini....kesian pun ada pada mereka sekarang nie baru mereka sedar yang kuasa rakyaat lagi power dari mereka........

Tiada rakyaat maka tiada raja.......
tiada raja rakyaat tetap ada....

tidak mudah untuk jadi raja terutama raja yang adil.....

Thursday, March 5, 2009

Hari-Hari Yang Berlalu....

hari-hari yang berlalu
ceritanya tetap satu
ceritanya yang begitu
ceritanya cerita pilu
ceritanya masih kaku

hari-hari yang berlalu
mereka tetap membisu
mereka tetap membeku
bukan mereka tak mahu mengaku
tapi kerna hatinya dah beku

hari-hari yang berlalu......

Atas Nama Demokrasi


atas nama Demokrasi
kita digari kerna berdemontrasi
atas nama demokrasi
kita dipenjara tanpa diadili
atas nama demokrasi
kita perjuang hak dan harga diri
atas nama demokrasi
Mereka hilang maruah diri
atas nama demokrasi
kita bersidang tak berkerusi
atas nama demokrasi
Kita teguh berdiri
atas nama demokrasi
perjuangan ini tak akan terhenti
atas nama demokrasi
pasti ku tunggu sinar mentari

Wednesday, March 4, 2009

Pohon Demokrasi




Bukan aku nak memuja pokok nie nanti orang kata aku syrik pulak...tapi aku rasa bangga bagaimana demokrasi tetap berjalan walau hanya perlu bersidang dibawah pokok ditenggah panas......pada mereka yang cekal memperjuangkan hak demorkrasi aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah teruskan perjuangan kamu semua akan dikenang didalam sejarah...
Biar mereka katakan kamu perderhaka pada sultan dan negara...........namun anak cucu kan tahu juga kebenarannya berbanggalah kamu semua......

Bertapa indahnya pemandangan dibawah pokok tu bila kulihat seperti keindahan pohon nyiur ditengah sawah yang menghijau.....

Monday, March 2, 2009

Another Sad day


today is my another sad day....seperti biasa aku sedih bukan pasal dewan rakyaat perak tak boleh bersidang atau
sedih Pak Lah nak bagi kuasa kat Najib ( Mimpi ngeri aku jadi kenyataan )atau ramai rakyaat Malaysia yang derhaka....

Tapi aku sedih hari nie sebab lagi staff aku berenti and last day dia orang kerja kat sini...walaupun aku dah tau awal pasal depa dah bagi notis sebulan. Aku sedih sebab kehilang pekerja yang bagus, rajin dan berdikari bukan senang nak cari perkerja yang bagus nie...

Bukan aku nak kata staff lain tak bagus mereka semua bagus pasai tu la aku cukup sedih bila mereka semua berenti.
aku kerja kat sini pun bukannya lama sanggat pun baru 3 tahun lebih ajer tapi. sokongan dan kerjasama yang mereka berikan amat baik. Tapi aku tak boleh nak buat apa-apa bila depa nak berenti and bukan suka-suka dia ornag nak berenti tapi sebab ada komitment lain yang tak dapat dielakan....

anyway life must go on......wish you all the best.

To Kak Fadizah selamat maju jaya dengan business make sure ada diskaun bila saya pie makan kat restoran nanti

To Izan take care your future baby nanti bagi tau la blila ah bersalin yer.....

and to my good friend Fezah, Miri terlalu jauh tapi ada masa balik la semenanjung.....jagn lupa call yer and jaga menantu aku tu baik2.

CPR: Cardio Pulmonary Resuscitation


Last week aku attend one first aid course conduct by Malaysian Red Crescent ( Klang )
actually this course is talk about the first aid. and one of the topic is about CPR
and I find this topic very intresting to learn.

We talk about how we can safe people life by doing the CPR. Just Imagine with the simple step we could help to save people. Of course we are not the one yang akan tentukan who should live and who should not but there is always have a hope.

So yang ada kat luar sana take the chance and learn the CPR you will not regreat
belive me.