sekarang nie sibuk kita bercerita dengan hal samseng jalanan..atau dulunya lebih dikenali dengan nama mat rempit...
pada aku tiada bezanya pun keduanya tetap glamer...( hari-hari ada cerita kat dalam tv dan surat khabar)...fasha sanda pun tak dapat liputan macam nie....
tapi apa yang aku nak cerita kat sini kenapa aku sakit hati dengan samseng jalanan....
Pertamanya sebagai bekas samseng jalanan atau mat rempit kenapa sekarang baru mereka dapat liputan meluas siap boleh buat movie lagi...mana aci zaman aku dulu tak ada orang nak ambil peduli pun...nie yag aku kecik hati ni...
Keduanya kenapa samseng jalanan nie skopnya kecik terhad pada mat-mat motor ajer....rugi la mereka yang drive kereta,lory dan tunggang basikal...tak aci la tak dapat publisiti...
kenapa aku kata yang bawa kereta tu juga termasuk dalam kategori samseng jalanan....
ceritanya begini....one day dalam perjalanan aku balik ke rumah dari shah alam ke puncak alam dan bersama aku dalam kereta adalah anak aku yang no 2...oleh kerana waktu hampir senja jalan kurang sibuk maka terdapat la sebuah kancil di hadapan aku yang bergerak dengan 5 kilometer sekaki dan romantiknya walaupun jalan kat depan kosong...bukan aku tak boleh nak memotong tapi ada double line so aku ikut peraturan...
oleh kerana aku jenis yang bawa keta laju sentiasa mengejar waktu so dalam hati aku pun meyumpah "apa punya orang da nak makan angin pie kat taman la"...bila aku berkesempatan memotong kancil yang sentimental nie sempat juga aku slow sajer nak tengok saper yang drive kot pemandunya perempuan...rupanya lelaki rasanya melayu sempat pulak senyum kat aku...tetiba anak aku berusara "Ayah kenapa pompuan tu baring kat peha lelaki tu".....kau orang sendiri tahu....aku tak jawab pertanyaan anak aku cuma dalam hati aku berkata lagi...."patutla kau bawa kereta so sentimental"...tak ke samseng ker namanya tu...itu tak kira yang langgar bontot orang pas tu samun, berlumba macam F1....itu termasuk la aku...
Kenapa driver lori tu juga termasuk dalam kategori samseng jalanan.......yang ini lagi besar samsengnya....
aku akan automotik jadi sakit hati sebab selalu terjadi terutama waktu pagi....
bagi sesiapa yang selalu ikut jalan yang lebih gemar aku panggil hiway antaltuya....ada dua bukit yang siap dengan lorong mendaki. Lorong mendaki ini kegunaanya untuk kenderaan yang laju memotong kenderaan berat atau yang slow. Tapi apa yang terjadi tiap pagi bila lori potong lori kat lorong mendaki maka terjadi deretan kereta yang berkaki-kaki panjang....mana aku tak sakit hati...itu yang dapat isyarat jari dari aku tiap-tiap hari....
yang bawa basikal nie kategori samseng kecik bagi aku mana tak yang tunggangnya pun kecik lagi. Tapi dah pandai nak wily nak tunjuk aksi....nak ajer kau langgar lari tapi di orang nie tak habis tumbuh gigi lagi....
aku dah tak larat nak tulis lagi.....sebab aku kecik hati tak dapat publisiti kerana aku bawa kereta....oleh itu berhati-hati di jalan raya dan sentiasa periksa tayar kereta lebih elok pakai michelin...tapi bukan yang kat bawah nie
......jangan buang sampah di jalan raya......