Satu trip yang gagal pada 16 dan 17 Mei 2009, hari Jumaat 15 mei 2009 abang aku call kata trip ke one phantom bank on. Trip nie sepatutnya kami pie last month tapi batal pada saat akhir kerana yang pegang kuasa pun sibuk nak memancing dengan keluarga..
Tepat pukul 11.30 pagi kami bertolak dari Jeti Tanjung harapan menaiki boat oleh kerana yang pie kali ni ramai so terpaksa naik 2 bot, 14 orang satu boat so semua ada 28 orang....ramai tu dan aku dah mula rasa tak seronok pasal terlalu ramai sure bersesak masa memancing nanti...13 orang kira dah cukup baik...tapi nak buat camner aku cuma menumpang orang so ikut ajer la...

Ini salah satu boat yang digunakan...kami sampai ke one phantom bank tepat kol 12.30 tghari kira awal sebab cuaca baik dan laut tak bergelora. Dalam perjalanan aku tangok masing-masing dah excited nak mancing dan plan apa teknik nak guna...dari casting,bottom,trolling dan jigging semua nak dicuba...last aku tertidur syok pulak kena angin laut...

ini lah dia one phantom bank ianya adalah sebuah rumah api terletak ditenggah laut sempadan antara Malaysia dan Indonesia kalau boat terlajak kau orang tidur dalam rumah pasung Indonesia itu dah kira baik kalau tak jadi rezeki lanun...actualy ini rumah api yang baru yang bawah ni rumah api lama

Sebaik sampai saja masing-masing terus sediakan joran nampak sanggat tak sabar nak mancing, aku dan abang aku terus pie ke rumah api sejukkan badan dengan aircond lepas tu mencari makanan dan tolong masak untuk lunch. kat rumah api nie ada dua penjaga dan satu orang navy dok mengawasi rumah api nie...

ini adalah antara deretan joran....28 orang seorang bawa 3 joran kecuali aku 2 batang joran. So berapa banyak joran semuanya cukup untuk menggelilingi rumah api ini. Tu yang buat aku tak ada mood nak pancing...dan sudah seperti yang aku jangka mmg akan ada masalah, bila kerap kali tali bersimpul dah tu berebut-rebut nak mancing..

Dari pagi sampai petang belum ada seorang pun dapat medaratkan ikan yang bersaiz besar malah selar dan tamban boleh dikira berapa ekor....masih tak putus asa ini lah sifat seorang kaki pancing sabar....woi!!! dah mahgrib tak tau nak berenti dulu ker

Aktiviti malam hari cari umpan dengan mencandat sotong dan mencari todak hajat hati nak pancing alu-alu...malang sekali sotong dan todak tak mahu timbul boleh kira berapa ekor yang dapat dah tu berebut pasal masaing-masing nak umpan...paling tak best malam tu aku dah hampir berjaya mendaratkan seekor alu-alu tapi disebabkan tali pancing yang bersimpul dengan orang lain ikan yang dah depan mata terjun kebawah semula...pendek kata malam tu ramai yang kempunan pasal banyak tali yang putus. Tido lagi baik...

aktivit sebelah pagi mood nak mancing tak ada aku ambil gambar nie demi mengagumi kebesaran ilahi...dalam tak ada mood dapat juga naikkan tamban dan selar dua tiga ekor ( aku saja tak ambil gambar malu ikan besar tapak tangan ) cukup buat lauk lunch nanti...

aku dah kemas joran malas nak memancing rasa seronok dah hilang lagi pun dah nak balik walau yang lain masih belum putus harapan, aku tengok kapal lagi baik....

17 mei 09 tepat jam 11.30 pagi kami bergerak balik.....masa dalam boat semua muka layu dan letih ikan tak dapat tak ada sesiapa nak berborak..cuba kalu dapat ikan besar tentu cerita sampai kat darat tak habis punyer....dalam dok diam tetiba abang aku bersuara patut la tak ada ikan air "mati" salah haribulan dah....air mati maknanya laut tak berarus dan ikan jadi pasif...dalam hati aku berkata dah balik baru nak tengok haribulan....anyway trip ini akan berulang lagi one phantom bank bulan tujuh kami kembali selama seminggu trip gagal harus ku tebus....