Saturday, June 20, 2009

creative thinking and multitasking

I am a bit boring today and feel so lazy to wake up from this sofa most important I have no idea to update this blog..

so relax our mind and let see what you can find from this picture below



what you can see it just not a tree



do you think this only a rose



it just not a mural



I believe most of you have seen this beautiful picture....

MULTITASKING :
when you can do two thing or work at a time....now days most of the big company will prefer a person who have this skill.

below is a simple multitasking that we do everyday

I am able to reply my email and do my report while I am in the meeting room without miss the topic and important subject that we discuss in the meeting.
or
I am still can update my blog and the same time I can watch my favourite movie or sport channel

let's think do we are the multitasking person.....waaa I am so sleepy

Thursday, June 18, 2009

aku ingat aku bagus...rupanya

oleh kerana aku mendapat pujian hari nie kerana kejayaan aku so aku rasa aku nia sudah cukup bagus.....

aku ingat aku bagus sebab aku ada rumah macam kat bawah nie berkonsep mesra alam lagi...



aku ingat lagi bagus sebab aku ada kereta sport cam nie.....kau orang nak tumpang sorry la yer kereta nie boleh naik dua orang ajer



aku ingat aku bertambah bagus sebab aku dapat makan semua makan yang best kat dunia nie....



apa susah kalau tak habis ada tong sampah menanti....sorry la tak ajak kau orang makan sekali...



aku akan rasa lagi bagus sebab aku dapat tidur kat tempat yang empuk cam nie...siap ngan aircond lagi maklum la musim panas sekarang...



tapi aku silap rupanya aku tak cukup bagus pasal one of kawan aku nie lagi bagus..

kawan aku lagi bagus sebab rumah dia lagi mesra alam dari aku....



kawan aku sanggat bagus pasal dia ada satu kenderaan yang boleh naik ramai-ramai...



kawan aku bertambah bagus sebab dia makan ramai-ramai walau hanya ada satu pinggan makanan...



dan lebih bagus dari aku pasal sering tinggalkan makan untuk orang belakang...sebab belum makan...



kawan aku terlalu bagus dari aku pasal dia dah bagi semua tilam empuk dan aircond kat aku...dia kata semua tu dah tak bermakna andai tidur dia tak lena...



aku akui memang kawan aku nie terlalu bagus dari aku....dia kata dia bersyukur kepadaNya kerana dia masih lagi ada nyawa...walau ada yang dah tunggu jasadnya sebelum nyawanya dicabut....






.....aku tak cukup bagus rupanya...tukang sapu mungkin lebih bagus dari aku....

semuanya ada rahmat.....

pagi nie aku buat presentation kat customer yang datang audit tempat aku...
senang citer mereka dari Honda...ada 5 orang semuanya 3 dari Jepun 2 local...
aku kena buat presention pasal Supply Chain Management process kat company aku nie especially in logistics side...

Aku memang panic kejap pagi nie pasal material untuk presentation aku tak complete gara-gara broadband aku yang slow malam tadi...aku pening apa nak cakap kat depa semua nie especially kat boss aku kalau presentation aku fail maka projek mungkin tak lepas....tapi nak buat camner bukan salah aku mana aku nak cari bahan pasal last minute boss bagi assingment nie...

aku nekad juga buat presentation tadi.......masa aku buat introduction tu aku minta apologies pasal aku tak banyak slide nak tunjuk tapi aku kata "why dont we do "Genba" activity instead of we look at the slide" ( genba maksud dalam bahasa jepun tu kira macam turun padang dan lihat sendiri ) out off sudden this idea came. Tak ku sangka 3 orang Jepun tu terus setuju dengan aku.....

Tanpa buang masa aku terus bawa customer nie genba aku punya production floor, Logistics dan warehouse sambil Genba tu aku explain kat customer about the process at all location....kurang dari 30 minit selesai semua location....

Yang tak ku sangka masa closing meeting tadi mamat Jepun nie puji aku punya presentation more practical, short and most important they witness the actual process compare to others huh bangga aku sekejap......"Boss I prove it one more time"....mana increment aku tahun nie jangan buat lupa yer...

anyway ada rahmatnya dari broadband yang slow tu apa yang penting kita kena selalu think positive and jangan gabra...

tapi aku masih marah kat TM............bila la dia orang nie nak improve...

Wednesday, June 17, 2009

cam hampehhh....

cam hampeh tul la malam nie...apa kehalnya semua jadi lembab....
broadband aku lembab, server kat opis lembab dan otak aku turut jadi lembab..
udah ler aku nie mamai..aku nak buat kerja pun tak boleh esok nak buat presentation...
nak antar email pun tak boleh memang hampeh tul la...
dan lagi sakit hati nak baca blog kengkawan pun susah slow bebenor....

camnie tido lagi baik ler...


sorry la yer aku tak dapat nak merayau buang sampah kat laman kengkawan....

Tuesday, June 16, 2009

Time is Money.....

video

time is money...
time wait no man...
time is gold....
time at.....

just for fun.....

Monday, June 15, 2009

komputer dulu dan sekarang

baru-baru nie aku ada beli sebuah laptop jenama compaq ( actualy HP )aku beli kononnya nak bagi anak dan wife aku guna dan belajar. Sebab aku sendiri dah ada laptop yang company aku bagi. Laptop yang aku beli tu memang berguna tiap-tiap hari anak aku on tapi buat main game ajer termasuk la lap top aku.......

zaman sekarang nie laptop dah jadi perkara biasa semua student ada laptop kalau buat servey majoriti setiap rumah kat malaysia nie ada laptop atau sebiji komputer especially kat bandar. Percaya atau tidak bila tiap hujung bulan bila semua adik beradik aku balik kampung maka rumah mak aku akan jadi sebuah pusat cyber cafe penuh dengan laptop dan itu tidak termasuk komputer yang memang sedia ada kat rumah tu....dan semua komputer tu akan on dari pagi sampai malam sebab anak buah aku termasuk anak aku sibuk main game...

zaman aku dulu komputer ni merupakan perkara ajaib....barangsiapa yang ada komputer kat rumah maka dialah orang paling grand masa tu. Kalau cakap pun pasal komputer ajer dan yang tukang dengar akan melopong mulut....masa tu nak pegang komputer pun takut tengok ajer boleh....lagi bangga kalau dapat pie belajar komputer walau hanya tau guna word dan lotus 123...

perkara macam nie berlanjutan sampai aku masuk U.. masa tu baru la kurang sikit jakun kat komputer....namun komputer masih lagi barang mewah. Kalau ada kawan-kawan yang ada komputer kat bilik maka bilik itu akan jadi tempat tumpuan ramai hehehehehe tumpang buat assingment la apa lagi...Biasanya yang ada komputer nie budak-budak IT la...dan budak IT nie biasanya poyo sikit rasa macam dia ajer yang bagus. Awek-awek kat U pulak memang suka kat mat IT nie ada masa depan katanya....
kalau ada presentation group pasti awek nak joint budak IT pasal cangih presentation guna komputer kalau tak guna slide bodoh ajer la...

Namun tak semua budak IT tu cerdik ada juga yang kurang cerdiknya...pernah one of our friend IT student yang dok satu level ngan aku kat kolej. Bapak dia belikan dia satu komputer baru untuk dia kalau tak silap aku komputer tu IBM brand yang paling cangih masa tu dan terbaru di pasaran ada 4RAM kira paling laju masa tu dan monitor kaler lagi...nak di jadikan cerita oleh kerana komputer tu baru maka ramai la yang teruja nak pinjam...dan mamat cyborg ( gelaran dia ) nie jenis yang tak kedekut kalau kedekut kita orang pulaukan dia....

oleh kerana ramai yang guna maka one day komputer nie kena virus so tak boleh la guna...mamat cyborg nie mengadu la kat kita orang macam mana nak buat komputer dia dah ada virus...so kami cakap kat dia kalau dah kena virus pie la clean komputer tu...mamat cyborg tu tanya lagi camner nak cleankan computer tu so kami cakap guna la sabun lepas tu cuci macam basuh baju( sebenarnya kami melawak ajer)...dan hujah kami diperkuatkan lagi oleh one of senior kat situ yang juga student IT kami panggil dia tok penghulu dan dia cadangkan lagi bagus kalau komputer tu direndam dulu. Tok penghulu nie memang kira terror la bab komputer nie. Tiap kali kalau ada masalah komputer ramai student refer kat dia termasuk student pompuan... kami suka ikut dia bila pie repair computer kat blok pompuan cuma itu ajer cara nak masuk pun walau kami terpaksa jadi balaci angkat komputer hehehehehe.....

berbalik kepada mamat cyborg nie aku tak pasti nie nie betul student IT atau dia nie memang jenis yang lurus bendul....one fine morning masa aku dan geng nak pie mandi macam biasa untuk ke kuliah kami semua terperanjat beruk kat dalam bilik mandi tu...
mana tak dalam tab basuh baju tu kami terlihat ada sebiji CPU berwarna hitam yang cantik berendam dalam air sabun...kami berpandangan antara satu sama lain dengan mata yang terbeliak dan mulut telopong....dan dengan serentak kami jerit cyborg!!!!!!!!!!!!!!

pagi tu kami ponteng kelas ekonomi....dan pikir macam mana nak selesaikan masalah mamat cyborg nie...kalau bapak dia tahu sure mampus kami woooo...dalam hati menyesal tak sudah lawak tak kena tempat tak pasal-pasal kami kena pie lab nak buat assingment dan sure kena beratur panjang sambil mengadap komputer yang cam hampeh....dan dengan berkat kepakaran tok penghulu berjaya juga kami betulkan komputer tu hehehehehe tukar ajerla mother bord dalam lama luar ajer baru apa lagi yang boleh buat...tapi cara bersih virus tu memang berkesan sebab lepas tu dah tak ada lagi virus hehehehehehe.....

first time aku beli laptop aku sendiri masa tu aku final semester beli second hand dari abang senior yang dah graduate. Aku beli guna duit sendiri hasil jadi part time perpustakawan setiap malam....aku beli sebab nak buat tesis aku dan awek aku sambil ditumpang oleh roomate aku dan kawan-kawan aku...

la nie student kalau tak ada laptop tak nak pie belajar macam anak-anak buah aku nie sanggup berhutang janji dapat beli laptop dah tu nak yang cangih.....walhal bukan ambil course IT pun.....la nie kalau mabil course IT pun hehehehe lom tentu dapat kerja sebab la nie komputer tak pie kelas pun dah boleh guna....lain la dulu kalau ada sijil komputer sure orang ambil kerja walau SPM tak lepas.....







by the way cyborg dah jadi orang berjaya sekarang........

Sunday, June 14, 2009

Hang Tuah menangis.....

Hang Tuah menangis...
bukan kerana mengkhiyanati cinta sang Teja....
Hang Tuah menangis...
bukan juga kerana mati sang Jebat sahabatnya...
Hang Tuah Menangis...
kerana setia akan sultanya...
Hang Tuah menangis...
kerana keldai yang di jungjungnya...
Hang Tuah Manangis...
kerana hilang melayu di dunia...
Hang Tuah menangis...
kerana mati bahasanya...
Hang Tuah menangis...
kerana bangsanya...


pesan Hang Tuah....
jangan kau ulangi kesilapan aku...
selamat berjuang pahlawan melayu...
setia mu biar bertempat...
derhaka mu biar yang benar...
warisi semanggat si Jebat...