telah ku hantar sepasukan penjejak yang pakar bagi mencari dia yang hilang. namun hampa, pulang sang penjejak membawa khabar duka "kami tidak mampu mencarinya dia begitu hebat tiada jejak dapat dikesan"...aku kecewa.
aku tidak berputus asa lalu aku kerahkan kumpulan anjing pengesan terbaik ku. untuk menghidup setiap udara dan bayu mungkin ada rasanya di situ. namun anjing ku pulang dengan lidah terjelir meminta makan.
demi dia aku teruskan usaha. ku cari pendeta dan tabib terhandal di seluruh pelusuk dunia namun hampa tidak pernah hilang."maaf bayangnya juga tidak dapat kami lihat"...
aku termanggu hilang usaha, buntu dan kesal hilang segala akal..."di sana ada sungai pergi kau berwudhu dan sujud di sini..kau akan ketemu jawapannya"...tiba-tiba suara itu menyapa "segalanya ada dalam diri hilangnya kerana kau tak menghargai"....suara itu berkata lagi..
........................................................
bila mata ku tertutup
kala mata ini terbuka melihat
keindahan itu ingin ku miliki semuanya
ku telanjangi segala yang tertutup
ku selimuti segala yang termaktub
tika mata ku terbuka melihat
kilau kaca bersinar di mata
buat aku terleka pada kerdip cahaya
malap permata tidak ku gilap
kala mata ku tertutup
keindahan itu amat meyeksa
yang termaktub itu syurga
indahnya dunia itu sementara
tika mata ku tertutup rapat
kilau kaca mematikan jiwa
malap permata menyinar gelap
sesal permata tidak ku gilap