date: 9/10/09
departure: 6.30am from office shah alam
arrival: 11.30am bandar darul aman Jitra kedah
transportation: BLM 1300cc
pilot: mamai
co-pilot: chooman
average speed: 140km/hrs
best speed: 160km/hrs ( ingat nak tekan lagi tapi co-pilot dah tekan padel breke dan kerap kali tengok speedo meter so tak jadi )
mission: vendor audit...
date: 9/10/09
departure: 5.00pm from bandar darul aman jitra kedah
arrival: 9.15pm shah alam office
transportation: as above
pilot: as above
co-pilot: as above
average speed: 160km/hrs
best speed: 170km/hrs ( co-pilot dah lena dibuai mimpi )
mission: reach office asap another problem is waiting
boss I am not a superman even though my name is Ab Rahman Osman but it doesn't mean that I am a iron man too,of course I am a MAN.
boss taiko.... we already have our own problem please don't take other peoples problem as ours. I can help but not all the time, see what happened it became our responsibility.
hallow boss, because of two bottles of livita and a cup of kopi radix I cannot sleep already. today morning we have another meeting, all doc's is ready, up to you how to read it, I want to sleep if you not mengerti, well you have my 10 digits number. if you call masuk itu peti hope you understand sendiri. but do not so worry in this meeting semua orang buat tak peduli, you just present for syok sendiri.
p/s: untuk perjalanan sejauh 918 kilomter dalam masa setenggah hari memang memenatkan tambahan bila memandu seorang diri. kala ini di pejabat jebatsari tengok dia dah macam orang setahun tak jumpa bini.
Saturday, October 10, 2009
Thursday, October 8, 2009
politik
bolehkah hidup ini lari dari politik, sepanjang aku lihat politik ada di mana-mana bukan sahaja di dewan parlimen atau dewan rakyat atau di balai raya atau di kedai kopi, malah politik ada di office ada di rumah ada di makamah ada di supermaket dan paling tak best politik juga ada surau dan masjid. dan terkini politik di blog, di facebook di myspace dan apa saja bentuk dan medium pasti ada politik
politik juga ada dalam berbagai bentuk dan rupa, politik ekonomi, politik pentadbiran, politik kemasyarakatan dan politik kenegaraan, politik agama dan berbagai bentuk politik lagi. oleh sebab itu kita belajar sains politik masa di kolej dan universiti atau mungkin juga di sekolah menengah.
rasanya memang susah untuk kita lari dari politik dan hendak atau tidak kita hidup dengan politik di sekeliling kita. politik itu bukan tidak baik yang cuma pemahaman dan sifat fanatik individu itu buat politik jadi tak baik.
apa yang selalu kita lihat dan dengar dan buat angapan politik itu tidak baik ialah sasiah politik atau politik kenegaraan atau yang melibatkan pentadbiran. ilmu politik ini amat besar tapi kerap kita sempitkan pada satu perkara sahaja....
mitos atau fact "nak kaya jadi ahli politik" paling teruk pun YB adakah itu dogengan atau mitos atau memang itu satu fakta.
untuk membuktikan sama ada ianya hanya mitos atau tidak kita perlua buart analisis mungkin kita boleh ketemu kawapan. aku tak mahu ulas panjang nanti di kata aku "bias"...tapi memang aku bias pun rasanya itu lebih baik dari tak ada pendirian hanya di atas pagar.
p/s: hanya sampah politik tak ada ilmiahnya di sini

Wednesday, October 7, 2009
hikayat cinta kita
berakhirnya kisah cinta
dari dua jiwa berjanji setia
meniti bahagia ke akhir usia
namun ombak duka datang melanda
indahnya cinta kini hanya satu cerita
bila hati tak lagi sanggup dinista
kata rindu tidak lagi mengundang syahdu
dua hati tidak mampu bersatu
andai ini takdir dari yang satu
terimalah ia walau hati berlagu sayu
mungkin rahmat menanti di situ
kerana lebih baik dari dikuasai nafsu
masa yang berlalu usalah disesali
jadikan riwayat di sudut memori
buangkan jauh rasa benci
kerana itu membawa damai di hati
hikayat cinta kita sampai di sini
syair cinta ini ku gubah menjadi lagu
buat teman kita kala malam sunyi
untuk ku rawat luka menanggung rindu
p/s: cuaca mendung otak pun mendung mood pun mendung...aduss jiwang datang tak diundang

Tuesday, October 6, 2009
alasan....
staff A: boss saya emergency leave balik kelantan nenek sakit
boss : baiklah, tapi ini nenek yang ke berapa, bukan bulan lepas kata nenek dah meninggal....
staff B: boss saya nak apply cuti hari ni,wife nak bersalin
boss : baiklah, tapi ini bini no berapa terror kau ramai bini boleh bagi aku petua....
staff C: boss saya MC hari ini, sakit kepala la
boss : baiklah, tapi kepala mana yang sakit...
staff D: boss saya pun nak cuti juga hari ini, penat kerja tak ada orang hari ini
boss : baiklah, tapi jangan lupa isi surat berhenti sekali dan tolong bagi tahu kawan-kawan sekali...
lepas ini saper-saper nak mintak kerja tolong pastikan anda ada alasan cukup kukuh kenapa anda perlu saya terima bekerja.
sebab boss anda tak kisah kalau kena buat kerja sorang-sorang....
p/s: ingatlah ramai lagi yang sedang mencari kerja di luar sana

Monday, October 5, 2009
apa lagi yang bakal runtuh
kita harus bersyukur kerana Malaysia adalah negara yang diluar kawasan gempa bumi dan bencana alam (statement standard menteri-memteri kita)tapi kenapa banyak yang runtuh kat Malaysia ini....
okay yang ini paling hot kat Terengganu...stadium runtuh walau tak ada ribut taufan malam gegaran gempa bumi juga rasanya tak sampai kat sini.
pelik tapi benar macam mana boleh runtuh..ada banyak teori sampai melibatkan ultraman...tapi yang pasti kocekman (projek komisyen ) pada aku punca runtuh semuanya ini...
paling baru di Terengganu juga bumbung masjid yang bernilai RM2.1 juta runtuh, lucky tak ada yang maut cuma cedera, to bad kalau ada maut pasti mati dalam iman, nak pulak tenggah sembahyang.
ini pun baru juga berlaku di Ipoh Perak...tak payah cakap panjang nie banggunan yang nak diruntuhkan. Kerja mudah tapi tak boleh nak buat hasilnya 2 maut, murah sungguh nyawa..tak payah susah-susah tunggu gempa bumi.
masih ingat lagi dengan supermaket yang hendak diruntuhkan di PJ tiga empat bulan yang lepas, juga meyebabkan kematian. masih basah lagi dakwat pen kertas kerja yang dibuat untuk mengenal pasti punca runtuhan.
di Ipoh ada lagi satu kes runtuh bila mana bangunan PTNP di Banding (Perbandan Taman Negeri Perak)yang juga bernilai jutaan ringgit runtuh. Kes masih dalam siasatan seperti biasa entah bila nak selesai tak tahu.
itu belum lagi di kira kes-kes lain seperti banggunan sekolah runtuh,bumbung hospital runtuh dan yang lagi best bumbung dewan Parlimen pun runtuh..(elok juga kalau banggunan parlimen tu runtuh masa mereka tengah bersidang).
itu cerita banggunan runtuh, kalau nak di senarai benda yang runtuh kat malaysia nie banyak rasanya seperti tanah runtuh, jalan runtuh, jambatan runtuh, jeti runtuh, dan bukit sampah pun boleh tuntuh....
belum lagi ada gempa bumi yang berlaku di Malaysia ni..kalau berlaku gempa bumi kita sendiri mau ingat apa pulak yang akan runtuh dan berapa ramai yang hilang nyawa....
kalau kita selidik dan siasat mengapa perkara ini berlaku pasti kita akan ketemu jawapanya, tak perlu ada badan penyiasat yang sesat tiap kali buat siasatan.
P.S: kes ahlak anak muda melayu yang runtuh baik lelaki mahu pun perempuan banyak juga, dengar cerita kertas kerja sedang dibuat untuk mengatasi masalah ini, tapi tak tahu la pulak sama ada depa nie kerja ker tidak

Subscribe to:
Posts (Atom)