Terima Kasih Kawan
kerana sudi datang menziarah aku
maaf aku tak perasaan akan kehadiran mu
kau muncul tanpa salam
hanya seketika aku beredar...
maaf kawan tiada teh atau kopi
hatta sekeping biskut kering dapat ku jamu
dari jauh kau datang...
maaf kawan tida tempat enak buat untuk mu beistirehat
mungkin jauh perjalanan mu
ku lihat kau keletihan...
ambillah tempat asal kau selesa
lepaskan lelah mu aku tak akan ganggu...
wahai kawan ingin ku tahu
sudah berapa jauh perjalanan mu
mungkin beribu batu atau mungkin hanya sebatu..
tapi aku tak mahu ganggu kau berehat la dahulu...
maaf kawan aku tak boleh tunggu
kerana sudah sampai waktu
keluarga ku sedang menunggu
aku terpaksa beredar dulu
maaf kawan bukan aku tak sudi melawa mu
cuma aku bimbang akan diri mu
rumah ku tidak sesuai buat mu
tiga AL pasti tak sebulu...
Al Wafiq si sulung mungkin pemalu
Al Hazeq si tenggah bersifat ingin tahu
Al Maliq si bungsu bertindak melulu
khuatir riwayat mu hilang sebelum waktu...
selamat tinggal kawan
ada umur kita ketemu esok hari
selamat jalan kawan andai kita tak ketemu lagi...
nota : buat kawan kecil ku.....andai aku dapat melihat dari mata mu