Sunday, November 8, 2009

sudah ku kata

betul aper aku cakap semalam, mesti ada beritanya, tadi citer banjir kat kedah semakin buruk banyak sawah musnah, pak menteri tu cakap tiap-tiap tahun macam nie banyak kerugian berlaku. Ohhh kita mesti bantu tahun lalu kita dah bantu tahun nie kita bantu tahun depan kita bantu lagi. saban tahun macam tu saban tahun pun pak menteri dan pak perdana menteri buat budget katanya mesra rakyat.

cuma pelik dalam budget tak ada pulak kata nak buat budget untuk pikir macam mana cara nak atasi banjir guna teknologi terkini. yang ada cuma gotong royong bersih parit, gali sungai dan lebarkan sungai.macam biasa la pak mneteri datang tunjuk muka pegang cangkul dengan but yang tinggi, kais sekali lepas tu bagi ceramah next pilihanraya jangan lupa undi sekali lagi. lepas ceramah ada kenduri buat pak menteri untuk dihargai bukan menghargai. lepas makan pak menteri entah mana pergi tak nampak lagi.

rasanya budget RM60 Billion yang buat hari tu masih ada lebih lagi walau dah pakai separuh untuk poket kroni. apa kata kita peruntukkan untuk buat satu projek tebatan banjir, aku suka tengok teknologi yang dan daya ffikir orang kat belanda tu buat projek tebatan banjir mereka. kalau dah usaha dengan seperti itu andai berlaku banjir juga barulah kita kata itu takdir dari yang maha esa.

dalam boring-boring pagi nie baca juga la news paper sealiran yang hairan seperti biasa cerita muka depan cerita picisan yang sama taraf macam baca cerita ruangan hiburan. aku baca ruang dalam ada sedikit rasa begang katanya kerajaan selangor benar semula projek lereng bukit dengan sedikit penambahan. sebagai seorang anti pencemaran alam dan hutan maka aku anggap ini satu tindakan bodoh sama seperti yang dulu juga. esok lusa bila terjadi lagi tragedi maka sibuk lagi buat siasatan yang tak selesai pastu buat kajian yang tinggal dalam lipatan. akhirnya yang mati yang susah kita sendiri.

ada satu lagi aku baca katanya wakil rakyat akan jadi mata dan telingga kerajaan dalam menjayakan projek kerajaan sempena budget mesra rakyat yang di umumkan. hahahahaha bagus satu pendekatan yang bagus, cuma aku harap bukan rakyat yang akan jadi mata dan telingga kerajaan untuk pastikan wakil rakyat buat kerja. sebab dah banyak kali rakyat yang kena wakilnya entah hilang ke mana.



p/s: banyak sangat kritik nie nanti aku pulak kena black list susah pulak aku nak mencalon jadi YB.....ada sesiapa nampak atau rasa oppss silap merasa budget RM60 bilion tu tak.

20 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

bantu2 la..
bantu la....
saya berada si kedah
saya tak nak tenggelam

betul tu pakcik
tak kretip langsung
duit abih banyak
tapi.. hurmm entah la

Yuki Yusuf said...

aiyakkk

byk merepek ni pakcik

hehe..

sampai bila nak main pusing cerita sama ni

takde kena mengena dgn bosan, tapi efek die tiap2 tahun yg kena amik kira

kerugian rakyat yg kena banjir tu tahap juta2 jgk kalau campur dari johor ke kedah kan..amik kau

mamamin said...

sesak nafas dah dengan selangor ni mamai, semua bukit dia nak tarah, semua hutan dia nak bagi clear..

Nampak bukit jerk, dia dah kira berapa bakul ringgit dia leh angkut..
aduh..

banyak komplain karang x leh cari makan plak.. lalalala

sayu=pilu said...

heheh tul tuh pokcik...erm gali lah parit sebesa mana pun kalo dah nak banjir2 gak... sian kt org2 sana kan...

duit tuh utk kegunaan lain kot..tuk tutututtuuttu hehehe

jaga2 pokcik kang kena tahan isa naya,,,,

lumut said...

tolong ah jgn nak menebang ke ape..
bukan nak ckp ape..
tp malaysia tuh dah teruk sgt pencemaran and pemusnahan pokok2..
bukan nak banding2kan..


cume melayu ni kurnag bijak..
kalau kat sini..
tak banyak rumah yg sebijik2 sume nak kaut tanah bagai..
rumah teres memang kurang..
ssh lah nak jmpe taman sentosa,taman titiwangsa,taman ape jadha lah taman kan..

sebab mereka jaga alam sekitar...
isk...simpanlah pokok2 ngan hutan2..,malaysia tuh dah cukup panas dan byk penyakit dah tu..

adeh...kereta plak bertimbun...
asap jalanan lg...
sbb tuh la H1N1 dkt malaysia bebulan pon x hilan glg..
sbb mungkin persekitran yg x sehat..

oo yeah [pakcik..
ku dha terlalu emosi ni.tata

Beruwang said...

BANJIR bole makan free.... orang tak banjir lak banjir bantuan masuk poket

Ibu Ammar said...

boleh caya ke bajet 60bilion tu untuk rakyat?..

bleh caya ke rakyat diutamakan?..


sy tak percaya..

itu hanya propaganda saja..huh

mamai said...

bulan;
ya pakcik nampak dalam berita tadi kamu jgn main air yer

koyuki:
memang merepek pun hehehe..

mamamin:
kadang-kdang hendak ajer aku berharap agar tanah bukit itu semua runtuh masa depa ngah dok tarah...tapi terasa kejam pulak

sayu=pilu:
nie yang pakcik risau banyak cakap nanti dapat ISA pulak

lumut:
mereka kat malaysia ni lebih pentingkan keuntung dari kebajikan..

kadang-kadang rasa macam nak marah bila tengok terlalu banyak rumah di tarah untuk buat rumah. kaya sungguh orang malaysia dengan rumah tapi last kosong

ber_uwang:
memang dah selalu terjadi macam tu pun..orang tak banjir selalu tersenyum

TuYa said...

semua tu betul2 belaka..
saya sokong!!!!

Kay said...

(^_^)

(selamat berhujung minggu)

Anonymous said...

pakcik, tamau jd calon ka???

PuanPepel said...

saya sokong pakcik!!!


p/s : pakcik..jd pnyokong ada byrn x??? haha... nada sinis d ctu..

Anonymous said...

asik nk berpolitik...
ntah bila kita akn trus hadapi pkr ni..


yusuf

Maiyah said...

bnjir oh banjir.. jgn ditenggelamkan sudah :)

anaklaut said...

salam...

sapa menteri ckp mcm tu?

@tune® said...

cakap lebih senang daripada melakukakn...

janji politik..dah biasakn??

mamai said...

tuya:
terima kasih kerana sokog mari kita suruh semua orang yang ada dalam kabinet sokong rakyat pulak hehehe

kay:
sudah kehujung minggu nie hehehe

schakeyra:
nak juga tapi tak cukup pengundi hahaha

mier:
bayaran ada-ada nanti pakcik masukan bagi no akaun hehehehe

yusuf:
depa dok sibuk pasal parti dari kepentingan rakyat

maiyah:
harap tak sampai begitu sekali

anak laut:
meteri yang nama dia m...pa tut.. yang dari kelate tukan

atune:
janji yang tinggal janji

Lia3003 said...

sal politik..yb sekang macam asik pk nak lawan2 je, bukan nak pk rakkyat..

Amal said...

wahahaha
betul la pakcik!
;p

Anonymous said...

Merlimau tak banjir ke?

Nnt blh la YB turun padang..keh keh kehhh!