Monday, November 9, 2009

di pentas dunia

di pentas dunia
kita menyanyi irama kita
kita menari rentak kita
kita melakon watak kita
kita bercerita tentang kita

di pentas dunia
siapa bertepuk untuk kita
siapa berdendang irama kita
siapa menari lagu kita
siapa ketawa dengan kita
siapa menanggis bersama kita

di pentas dunia
di mana penonton kita
di mana juri kita
di mana diri kita

34 comments:

Naz said...

best2... poem ko ni ada ala2 lagu 'opera hidup'... boleh wat lagu rock nih... hehehehe

mamamin said...

mamaiku:

kesimpulan nya "diri kita ada dalam diri kita sendiri"

sayu=pilu said...

pokcik herm terkedu pokcik punya puisi nih..

di mana diri kita
hanya kita yg tentukan nya
di mana diri kita
hanya kita tau jawapan nya
di mana diri kita
hanya kita hanya kita hanya kita...

erkk apa yg di repek kan di sini

setuju ngan mamamin

Koyuki said...

di pentas dunia hidup hanya lakonan semata

di akhirat sana??

ke manakah kita??

waaaaaaaa~

mier@merr said...

siapa yang anta undian sms...? ekeke

{lumut} said...

dipentas dunia,
jangan nak berebut watak ok.

Solehah said...

ya betul..kitalah pelakon2 tu..ada yang bawa watak jahat, baik, kesian, zalim..kita lupa ada juri yang mengadili kita..

mamai said...

naz:
meh kita buat lagu rock ya teringat lagu pentas opera nyanyian wing tu

mamamin:
mencari diri yang tak jumpa tu

sayu=pilu:
tapi kita tak hidup sorangkan

koyuki:
kita cari ketua ajer nanti masa kat sana

mier:
nanti pakcik check ngan telekom

lumut:
tapi ada banyak watak nak di lakonkan

soleha:
pakcik nak pegang watak hero

J@J@ / Bini The Rock said...

sekali imbas mcm lagu kumpulan rock la...

Kumpulan ape ye?? Wing's ke??

maiyah said...

pentas dunia ni trlalu luas tnpa smpadan, pentaskanlah babak yg baik :)

jebat_durhaka said...

di pentas dunia...
aku tetap aku...hehehehe

Mawar_berduri said...

wa..pandai btol pak cik ni berpuitis...hihi :)

dipentas dunia
dipenuhi boneka
Boneka bernyawa
siapa tuan nya??

noorlara said...

apa apapun sayang dan dahulukan diri sendiri sebelum yang lain. Teman ketawa ada di mana-mana teman menangis payah nak jumpa.

mamai said...

jaja:
tu lagu pentas operakan lagu wings aku memang minat lagu tu

maiyah:
begitulah hajat di hati

jebat :
kadang-kadang aku ber tukar jadi dia juga hahahaha

mawar berduri:
boneka tak bertuan bergerak sendiri hahahaha macam puppet master

noorlara:
lama sungguh tak nampak kamu...ya kita dahulukan diri kita tapi jgn pentingkan diri

adibah said...

sah kau raja cinta!! :-)

sI tEDI said...

kita masih jaguh kampungkah?

sharamli said...

perlu menjadi diri sendiri

enyheartsdiamond said...

ada2 je idea unclenuntuk puisi..love it!;)

~~~ kay ~~~ said...

kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan...

Aku Beskot™ said...

di pentas dunia..
terlalu bayak watak berbeza..
sehingga dri berasa curiga..

kne knal dri sendri..

mamai said...

adib:
itu tak boleh disangkah hehehe

sItEDI:
mungkin juga selagi kita tak keluar dari kepompomg

sha:
itu yang sebaik-baiknya

eny:
terima kasih nampak ceria sekarang

kay:
watak apa dan cerita apa kita lakunkan itu

aku beskot:
kamu pandai mentafsir

cinta lea ixora said...

agak2nye pentas akhirat camne pula yer..? ;)

cahayachenta said...

pakcik..

baca dekat 10x pun still takleh faham..

si sengal mungkin said...

pak cik mamai...
kenal tak
kenal tak???
muahahaha

blog baruu ;p

BuLaN iTu aKu said...

kadang2 kita lupa sape diri kita

bias® said...

ada yakin ka ini malam?

abgBro said...

dunia bkn milik kita...huhuuu

mamai said...

lea ixora:
tak terjawab pakcik kalau pentas yang itu

cahaya chenta:
hahahaha pakcik pun tak faham

si sengal:
dah kenal dah

bulan:
selalu terlupa pada diri

bias:
aku yakin ajer tapi draw la ciss

abgBro:
tetapi ramai juga yang kejar duniakan

Rozita said...

di pentas dunia,
kita punyai watak sendiri,
yg berbeza-beza..
ciptaan ilahi

tetamu said...

salam, cik mamai, tumpang ty, apa sik mamai punyain ym atau enggak?

@tune® said...

oh,...kire juri tetap sepanjang zaman??

Precious said...

Pentas dunia persediaan pentas kekal abadi ...

cik EPAL said...

ni tuju kat artis ke?? hehe

mamai said...

rozita:
ada juga watak ciptaan sendiri

tetamu:
ya kamu boleh YM saya disini mamai72@yahoo.com

@tune:
pasti dia cuma tak tahu berapa markah dia nak beri

precious:
sudah pasti tapi kita pasti terleka