Friday, October 16, 2009

sedikit cerita dari kisah lalu

kala membaca entry sItEDI yang bertajuk jawapan pada persoalan, aku dapat tahu yang dia juga bersekolah di satu sekolah dengan aku dulu di Sekolah Menengah Agama Islam or SMAI atau lebih galamer sekolah LAPIS di Merlimau sebelum di tukar kepada SMKA Merlimau. sItEDI adalah junior aku walau aku tak berpeluang jumpa dengan dia...tapi cerita sItEDI membuat aku terkenang kisah lalu suka duka aku bersekolah di sana.

sekolah LAPIS (aku suka panggil begini) bukan sekolah bantuan penuh kerajaan tapi adalah kepunyaan majlis agama islam. so keadaan sekolah ini amatlah daif sekali. terus terang aku katakan bahawa kelas aku adalah menumpang di sekolah rendah kebangsaan merlimau kala itu. dan di sekolah rendah itu jugalah aku belajar dari darjah satu sehingga darjah 6. lepas tu sambung dari tingkatan satu sampai tingkatan lima huh jemu rasanya bersekolah di tempat yang sama.

kedaifan sekolah LAPIS memang ketara bila mana bilik darjah kami hanya di pisahkan oleh sekeping papan hitam yang tergantung separuh. kami boleh melihat pelajar sebelah dengan hanya membongkokan badan sahaja. kalau nak pinjam kapur pun tak payah ikut pintu, cuma raba sahaja dari bawah pasti dapat dan kalau lebih sopan lagi hulurkan tangan pasti ada yang bagi kapur. worst thing kelas aku tiada dinding yang proper hanya terdiri dari papan pembahagi dewan. andai hujan maka tempias hujan akan masuk ke dalam kelas, lagi teruk jika hujan lebat kami tidak dapat belajar kerana semua berkumpul di tenggah-tenggah kelas macam kambing takut hujan. but I am always wait for this moment pasal masa nie la dapat duduk rapat dengan girls hahahahaha

antara peristiwa yang tak dapat aku lupakan one bright day sedang aku belajar bahasa arab (dont ask me in arabic aku dah lupa segalanya what a shame)..tetiba sebiji telur ayam jatuh betul di depan ustaz subuh ( guru bahasa arab) and sepontan ustaz aku bersilat dalam kelas dan melompat atas meja. yang buat ustaz aku bersilat tu bukan sebab telur ayam jatuh tapi ayam betina tu yang berkokok kat atas alang papan hitam kelas kami dah tu betul-betul atas kepala dia. jujurnya aku katakan kelas aku memang tempat ayam bertelur well early morning kami akan bersihkan kelas dari tahi ayam dan burung and telur ayam rezeki untuk budak-budak yang dok asrama. asrama kami tak jauh hanya di tinggkat atas kelas bagi girls and boys a bit far tapi still boleh dengar kalau menjerit. anyway aku tak dok asrama sebab rumah dekat ajer.

tapi kami tak pernah rasa malu dengan keadaan itu sebab kami datang menutut ilmu bukan nak glamer pada masa itu. berkat usaha dan derma orang ramai kami berjaya menaik taraf kelas dengan lebih baik dinding kelas di ganti dengan tembok batu. cuma papan hitam masih lagi sebagai pembahagi kelas.

di LAPIS ini studennya tak la ramai mana pun pada masa tu cuma ada satu kelas tiap tingkatan and average student tiap kelas dalam 30 students max pun 37 students. ustaz dan ustazah pun tak ramai boleh di kira malah kami boleh kenal semuanya. di LAPIS nie aku ada seorang guru yang aku sayang namanya Rokiah or lebih glamer as cikgu rocky tapi aku selalu panggil dia ibu kala orang lain panggil dia bonda (hanya mereka yang rapat dengan dia panggil begini).cikgu rocky ajar aku subject sastera pada masa tu (jgn ingat budak sekolah agama tak belajar satera yer) aku rapat dengan ibu kerana dia banyak bagi dorongan pada aku. jujur ku katakan aku bukan student kegemaran ustaz dan ustazah lain sebab aku tak sehebat pelajar lain,yang ini akan ku ceritakan kemudian nanti...

jasa ibu pada aku tak akan aku lupa, pada aku dia seorang guru yang baik dan memahami off course pasti ada yang tak sebulu dengan ibu bukan sahaja student tapi guru lain juga begitu.cuma aku tak mahu campuri urusan itu pada aku ibu tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mengahadapi dugaan. aku terkilan aku tak dapat berada bersama dengan ibu kala dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat menderita sakit buah pinggang. sungguh lama dia menderita sakit itu sejak sebelum aku kenal dia lagi....

Al Fatiha buat Ibu Rokiah Hj Ahmad...guruku.....kamu tetap dalam ingatan

39 comments:

caluk@cencaluk said...

teringatlak kat cikgu2 lama aku he he

Unknown said...

rindu nye tyme skola..walaupon mase skola x sbr2 nk abeh skola(sbb xske paki bju skola.pelik kn? =P)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

oh..budak skolah agama rupanya. tapi brutal. hikhik! gurau je bro.

jasa guru tiada galang gantinya.. harapnya ada kanak2 ribena akan igt kat nur..kan bro? hehe

Kay said...

Al-Fatihah

cintaleaixora said...

mak oi... siap ade ayam lam kelas? huhu...
best la leh men2 tgkp2 ayam tem cls...
hm... camtu kalo ujan lebat xblaja la ek?

cegu yang annoying said...

sekolah yang betul2 buatkan betapa ilmu lebey penting!!

Amal said...

pakcik...
hehehe~
nakal jugak nak dekat2 dgn girl..
hehehee

Solehah said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..
ooo satu sekola hdgn ms.Tedi rupanya..isk3..dunia ni kecik saja kan..
nak komen sikit boleh, sekolah agama ni selalu dianak tirikan..kenapa ya?tak paham diskriminasi di bumi yang agama rasminya adalah islam..
Pak Cik, saya dahulu pun sekolah agama..daif saja sekolah kami..

Fir Firdausi (Bro Fir) said...

bagus sekolah cmni nak banding dgn sekolah yg lgkap..

tp xdhrgai..lantas timbul byk maslah..kan?

ayam pun nak blaja..hihi

sayu=pilu said...

ala desey lak...al-Fatihah...

ooo pokcik nakai erk dulu2 hurm kita pun nakal gak dulu ragas pokok berbaju kurung sama suar katok..hahaha

mamai said...

caluk@cencaluk:
ada masa cari la diorang semula

master teddy:
ya masa zaman sekolahmemang amat mengusik jiwa hahahah

terima kasih kerana melawat

NUr:
hahaha nantikan cerita brutalnya

kay:
terima kasih

cinta lea Ixora:
sekolah kami hanya sekolah kampung jadi ayam itu perkara biasa

schakeyra:
benar itulah sekolah yang mengajar aku menghargai erti hidup..terima kasih kerana ziarah

miss Siv:
peluang buakan datang selalu hahahaha

soleha:
kerana pada mereka sekolah agama tidak menjamin masa depan dan tak dapat membantu perkembangan ekonomi katanya

bro fir:
biar daif tapi ilmu itu yang berkat..

ayam kampung tu bro thanks for visit

A.K.U.D.O said...

sekolah sy ditengah bendang..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

seronok ingat zaman sekolah, asrama, cikgu. warden, prep, outing, fly.....semua tu dah jadi kenangan terindah ....waaa sedih la pulak ..

Frodo Baggins said...

Bro mamai ~

perghhhh ~ syahdu glerr pengalaman skolah dulu. ayam? telor ayam? huhuhuhu kenangan yg pastinya sangat mahal tuk dibiarkan hilang. erkkk ~ dak skolah agama ke bro?? "Ganaz"!! hahahhaaha

>>>________<<<


p/s: alfatihah buat ibu.

PuanPepel said...

aiceh..... sesi mengenang kisah lalu...mengimbau memori...
best kn klu skali2 tingat cmni...

haha...nakal yek pakcik.... bgus2...bru meriah zmn skola....

mamai said...

sayu=pilu:
dah tua nie pun masih nakal lagi pakcik nie hahahaha

akudo:
sekolah ngah bendang megah berdiri...

mawar berduri:
paling best cabut lari keluar ngah malam panjat pagar

the hobbit frodo:
sekolah ajer agama hahahaha ya kenangan yang harus di simpan

miera:
la nie budak sekolah lagi ganas

mamamin said...

seorang murid akan kenal dan ingat guru nye hingga ke akhir hayat, walaupun guru selalu lupa siapakah anak2 murid nye..(guru hanya seorang, murid beratus orang.. )

Anonymous said...

wah zaman2 persekolahan.
erm surroundings mempengaruhi kita...

Fir Firdausi (Bro Fir) said...

haha..tibe2 bersemangat menjdi seorg pendidik..

cz anak2 murid akan igt kita..

rasa bertuah di pilih allah..he

alhamdulillah..

beskot said...

sonok ble kenang blk zaman muda² dlu..

oo..pkcik..
mau rapat sama gadis ye..
haha..

al fatihah ntok cekgu rokiah..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kalo leh jadi kecik balik wa mau jd cikgu..

Seroja Jingga said...

tetiba teringat masa nakal dulu

salam mamai.thnks sebab singga komen smalam..lets the ball rolling ok!

Unknown said...

al-fatihah ;)

myQza said...

mamai : aku dok asrama kat bangunan sebelah.. pagi2 naik bas g sekolah masa tu menumpang kat sra pulai.
lepas sekolah kat serkan siap baru pindah sana.

bangunan kayu kelas ko tu dulu buat tempat kitorang menngaji. tapi aku naik panjat tangga pun aku takut.

takut bangunan runtuh.

yup! Cikgu Rocky sebenarnya memang banyak berjasa. banyak yang pahit dari yg manis dia lalui.

macam mana aku tgk kesakitan dia bila balik selepas sahaja habis dialisis.

kawan baik aku juga ada seorang sakit buah pinggang. Arwah selalu bergurau dengan dia.

"siapalah yg akan pergi dulu".

rupa2nya kawan aku meninggal dunia terlebih dahulu.

Al-Fatihah untuk Bonda Rocky!

Precious said...

AlFatihah buat cikgu Rocky. Itulah seronok jadi cikgu kalau anak murid macam ko, mamai! Harap2 bekas anak2 muridku masih ingatkan haku lagi ... dan berdoa utk haku gak! Amin!

Sulela said...

Nostalgia masa skola ye Mamai...hehehe. Aku gelak baca pasal ustaz yang bersilat tuh...wakakaka

Al-Fatihah buat guru kau...

fadzilah said...

cerita zaman sek mmg best...ada suka dan duka..tapi saya akan tetap pegi ke sek dari kecil sampai la ke tua nanti...huhuhu

@tune® said...

lama aku xdatang sini

aku masih teringat dan knal cikgu tadika aku yang garang itu

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

cikgu matemetik paling garang

mamai said...

mama min:
sukar buat cikgu utnuk megigati semua nama anak muridnya kecuali yang popular la...tapi anak murid tak sukar nak lupakan cikgu mereka
nak pulak yang garangkan hahahaha

ftyyhahh
ya keadaan sekeliling selalu mempergaruhi kita dari dulu dan kini

selamat berangkat buat kamu jaga diri

bro fir:
semoga kamu jadi seorang pendidik yang baik

aku beskot:
bila ada peluang usah di lepaskan hahahaha

akupentoi:
one off cita-cita aku tapi aku tak berani pasal takut anak murid buli aku

seroja jingga:
terima kasih atas kunjungan...let it be..

chipsmore:
terima kasih

sItEDI:
aku suka kalau gilrs balik asrama sebab kena lalu kat kelas aku hahaha

ya dia tabah hadapi dugaan one thing dia pernah cerita dengan aku kenapa dia lambat kawin dulu...

precious:
aku harap anak-anak murid sekarang menghargai jasa guru mereka

sulela:
ustaz tu la nie dah tak berapa sihat lagi

fadzilah:
psai tu aku tak jadi cikgu sebab aku malas pie sekolah hehehehe

@tune:
ya lama tak nampak kamu....meh layan mimpi berat this weekend

bulan:
pakcik pernah di sangkut kat papan hitam oleh cikgu matematik

enyheartsdiamond said...

whohoaaa!x sangka!
tp uncle rox ouh;)

Aloy Paradoks said...

al fatihah...

abgBro said...

wah bro...naik sentap la pulak aku baca kesah dolu2 kau ni...

lumut said...

salam pakcik..thanx sudi bagi komen yg panjang lebar..tahnx sbb memahami.pakcik mmg la ah lalui byk benda.sbb umur pakcik pon kan dah byk.=p.
pakcik nak saye hepi kan.nak saye brutal..hehe...
take care pakcik.
smoga Allah melindungi pakcik dan keluarga pakcik.Amin~..
teruskan berkarya..saye akan slalu skodeng pakcik.jgn sedih nnt kene lempang.=)

al-lavendari said...

awak dulu sekolah agama rupanya ...
bolehlah panggil Usatz Mamai !

Unknown said...

aku juga sayangkan bonda

dan aku simpati pada nasib bonda

menahan kesakitan bertahun2...

Cik Cookie said...

teringat zaman sekolah CC.Cikgu CC nm Cikgu Rodziah a.k.a Cikgu Rock ngajar Sejarah.Windu ahh dia.

DaliaLiyana said...

teringat dalia kat cikgu yg paling dalia syang...
i luv my teacher....

misznarney said...

zaman dlu skola buruk pn xpe..murid jd pndai..zaman skang?? huhu...skadar mengingati diri sndiri jgk nih.