Monday, October 12, 2009

tenanglah wahai hati

wahai hati tenanglah dikau
sesungguhnya itu hanya ujian
usah dituruti bisikan syaitan
kelak kemusnahan melanda diri
sesal kemudian tidak bermakna lagi

wahai hati tenanglah dikau
benci itu sifat yang keji
bersamanya iblis menyertai
kesesatan itu amat disukai
usah kau robek iman yang nipis ini

wahai hati tenanglah dikau
kemaafan itu sifat terpuji
usah kau tambah titik hitam di sini
anggaplah kesilapan itu kelemahan diri
kepadaNya kita berserah agar diberkati

wahai hati tenanglah dikau
biar setenang air di kali
sejuknya mendamaikan sekali
riaknya membias amarah ke tepi
sujudlah dikau pada Ilahi

p/s: adakalanya kemarahan ini menguji kesabaran hati, ingin sahaja ku laungkan kebencian ini tapi untuk apa jika tidak dimengerti.andai kebencian ini menguatkan diri aku rela terima agar tiada yang merana sesungguhnya itu lebih bermakna

35 comments:

al-lavendari said...

jangan di turutkan hati yang benci kelak diri yang rugi. jangan di istiharkan perang, kelak diri terkenang2. jangan ikutkan amarah, ia tidak ada penyudah.

mamamin said...

kejahatan dibalas kejahatan itu adalah dendam..

kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa..

kebaikan dibalas kejahatan itu
adalah zalim..

dan ...

kebaikan dibalas kejahatan itu adalah yang paling mulia..

p/s:

wahai hati yang sedang amarah
tenanglah ...
setenang kesepian malam
wahai hati yang sedang amarah..
dingin lah..
sedingin titik titik hujan..

:)

lumut said...

best..thumb up!!

semoga hati2 ini tenang~

enyheartsdiamond said...

eny patot bc ney b4 manifesto td..
sgt berdebar2..apa yg nk ckp x terkeluar:)

abgBro said...

sdr ku...hendaknya begitu lah...tenang dan sabar, biar apa pun trjadi kita tetap pertahankan bukit uhud ini...:)

IkanMasin90(IM90) said...

wahai hati tenanglah dikau dari perangai manusia..

sesungguhnya ak sedang sakit hati...huhu

imHepPie said...

pakcik..marahkan sape tu??

Unknown said...

tenang hati saya baca sajak pakcik ni... tp susah la pakcik bila nk memberi kemaafan ni... susah seperti meminum air menggunakan straw yang bocor...

myQza said...

banyakkan istigfar.. semoga hati yg gundah menjadi tenang!! InsyaAllah

p/s : Bob camne?

mamai said...

al lavendari:
benar sungguh madah mu itu wahai al lavendari..usah diikut amarah di hati

mamamin:
semoga hati ini akan lebih tenang seperti malam,sejuk seperti rintik hujan

lumut:
tenangkan hati kamu juga ya agar semuanya lebih cerah

eny:
ya sweetbutterfly harus lebih tenang mengahadapi audince

abgBro:
sama-sama kita berjuang bro

azzaliena:
perangai manusia itu memamng berupa sabar itu satu yang mulia

imheppie:
pakcik marah kat diri sendiri ahaks

raihan:
memang susah tapi jika kita usaha dan bersabar pasti akan berjaya dan kita akan rasa manisnya, pakcik tahu apa yang kamu lalui

fadzilah said...

jangan marah2..tenangkan hati anda..
esok jumpa lagi kat blog dgn mood mamai yg happy okeh!!

mamamin said...

oopsss pembetulan

* kejahatan dibalas kebaikan itu
adalah yang paling mulia..

heeee... soriii

Yuki Yusuf said...

owh yeah..

kemarahan itu api syaitan..jgn diikutkan sangat..

hadapi dengan senyuman..

senyum banyak2..nanti syaitan tu larik

=D

Sulela said...

Kekadang marah tu perlu. Kata orang, usah pendam rasa marah. Luahkan...

p/s: pi jerit kat atas bukit...huhuhuuu

Kay said...

istigfar byk2

PuanPepel said...

kemaafan dendam yang terindah...~~pinjam lagu aishah... :)

sabar ye pakcik......

mamai said...

SItEDI:
yan aku sedang belajar agar lebih bertenang...

bob dah okay sikit

fadzilah:
terima kasih nanti akan kembali dengan ceria...

mamamin:
tak mengapa aku faham apa yang hendak di samapaikan

koyuki:
satu teori yang bernas aku juga jarang senyum patut syaitan suka kot

sulela:
aku nak menjerit atas bukit tu tapi takut pulak kena kejar nanti ahaks

kay:
aku sedan berusaha ke arah itu

miera:
ya lagu itu sungguh indahkan suka dengan liriknya

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

moga kita semua tenang..
dan dpt tersenyum biarpun dilanda ombak yg menggila..

cewah...
ayat nur ni tak bleh blah betul..
hikhik

Ibu Ammar said...

huhu,

tadi sy pun sedang bengang..

dah tenang baca entry nih..

mekacih

Solehah said...

amin..semoga hati kembali tenang ya..

ILA HonEyBuNNy said...

hati akan tenang jika tiada kekacauan ....hahhahaha....so sbr itu mmg amat pntg...hatiku juga tng bca entry pak cik..ihihi

Solehah said...

amin..semoga hati kita semua ditenangkan..

Maiyah said...

kene slalu pujuk hati cam sy ler, manja hati nih slalu nak kita bik perhatiannya :)

mamai said...

nur:
okay tu cair hati bro baca

nursarah:
thanks for visit semoga kita akan lebih damai

soleha:
ya semoha hati ini kembali mendapat ketenangan

honeyBunney:
suka pakcik jika kamu juga turut tenang..

maiyah:
ya hati ini kena selalu di manjakan agar dia tidak memberontak

Anonymous said...

ikut hati mati. ikut perasaan?

hmm sabar ye .. salam..

ubaidillah alqasam said...

buat hati.. jangan jadi mati dengan memaki.. tapi perbaiki hati dengan ayat2 suci.. supaya hati jadi lebih suci dari serbuk pencuci daki,,,

sabar bro.. saya tahu mamai ni penyabar orangnya..

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

ikut hati mati

beskot said...

akn ku tenangkn ati nih..
cayalah mamai..
best..

Shoujiroh said...

meruntun jiwe..
huhu~

mamai said...

ftyyhahh:
kalau ikut perasaan boleh jadi gila dik oi hehehehe sabar ajer la

ubaidillah:
aku belajar agar menjadi lebih sabar

bulan:
mati tak mau lom benar bersedia lagi

aku beskot:
ya mari kita bersama-sama tenangkan hati

azrul amigo:
salam ziarah terima kasih

Precious said...

Aiii ... jangan ler menci2. Uhuk uhukkkk!

Rozita said...

wahai hati
tak tau apa nak komen
wahai hati..
baca je lah senyap2

patungcendana said...

tenang lah wahai sahabatku....senyum untuk kau...:-)

Cik Cookie said...

dalam hati ada taman.jadi penuhi dgn kegembiraan.

Frodo Baggins said...

wahai hati ~

tenanglah dikau ...

bro mamai bnyakkan bersabar!

wahai hati >>> berhati-hatilah


>____< peace!