Monday, October 19, 2009

mimpi-mimpi

dari sebalik mimpi-mimpi
kau jelmakan menjadi realiti
bersama berat akal mentafsiri mimpi
tidak seberat beban yang kau galasi
kala kau jinjing mimpi satu persatu
lalu kau cantum menjadi satu

puisi-puisi mentera mimpi
membangkitkan "cendana" dari peraduan
jauh dari dasar tasiknya
kini ku sedar berat itu bukanya beban.

berat hati ini meninggalkan mimpi
di sini telah aku dipertemukan
dunia maya menjadi nyata
indahnya mimpi tidak ku duga
biar malam tidak berpurnama

berat kaki melangkah pergi
dengan harapan mimpi kembali lagi






p/s: to team paradoks you all really great and to all friends that I meet. PC,Pentoi,Adib and Adi nice to know you guys

42 comments:

Precious said...

Mimpi tetap kan datang dan pergi. Layan jer ...

Solehah said...

mimpi dtg dan pergi dengan sendiri..mimpi indah, ngeri, seram suka2 hati menjelma..

Yuki Yusuf said...

mimpi buruk da sama indah dengan mimpi indah..

haihhh~

Rozita said...

mimpi tak selalunya indah..
ada mimpi ngeri..ada jugak mimpi menakutkan..mimpi hantu :)

sharamli said...

mungkin akan datang kembali mimpi itu

Kay said...

mamai,
aku dgn segala upaya memang berhajat utk turut serta namun masih belum kesampaian... takdir mengatasi segalanya.

Amal said...

pena mimpi bercouple dgn iqram dinzly..
bgn tidor pun senyum2 agy..
hehehe

Naz said...

best!!! ko karang sendiri bro? aku suka topik pasal mimpi ni... sungguh miseri.... ;)

PuanPepel said...

rasa tak maw pejamkan mata bila kadangkala nyata realiti lebih indah dari mimpi..
wakaka

triple x malaya said...

berape berat lu malam tadi bro?ape2 pun lu sempoy..happy dapat live jumpe same lu..

al-lavendari said...

mimpi hanyalah perencah tidur. bermimpi di siang hari bermaksud bermimpi ketika jaga. yang kita perlu bukan mimpi tapi impian.
"We must have a dream" .

Sulela said...

Mimpi...indahnya mimpi di Casablanca...hehehe. Kalau masa tu mimpi indah, tak kesah la. Buatnya mimpi ngeri...hohoho!

Cik Cookie said...

sedang mencari dimana pantun Jawa Cik Cookie yang hilang.

bias® said...

yeah!

noorlara said...

kalu tidur tanpa mimpi samale macam tak tidur, mimpi indah mempersonakan kalu mimpi ngeri tu yg takut nak tidur...teruskan menganyam mimpi tapi jgn takut dengan realiti

mamai said...

precious:
aku layan mimpi la malam tadi hahaha

solehah:
itu mipi kadangkala tak basuh kaki

koyuki:
kalau dah sama indah tu maknanya kau dalam khayalan hehehehe

rozita:
mimpi indah buat tak bangkit dari tidur
mimpi ngeri buat aku tak mau tidur

sha:
aku ingat kamu hadir semalam

kay:
next event kita ketemu jua...

miss siv:
kenapa banggun sambung la mimpi lagi....hahaha mana tau jadi realiti

naz:
idea spontan pagi tadi..hahaha mimpi misteri...

miera:
nanti kamu tidur berdiri hilang pulak seri

triple X malaya:
hahaha malam tadi aku sungguh berat 51kg...biasa 48 ajer. harap lepas nie kita akan selalu ketemu

al-lavendari:
ya impian yang menjadi kenyataan

sulela:
kalau mimpi seram aku tak tido la jawabnya

cookie devine:
kalau kamu turut serta alangkah bagusnya...

bias:
lu sempoi la malam tadi..tahniah buat semua

noorlara:
jangan pula dok di buai mimpi realiti dilupai..

zachatta said...

Masa bersekolah dulu saya selalu suka tidur. Kerana dalam tidur saya selalu mimpi.Saya percaya mimpi juga boleh direka sehingga benar2 menjadi mimpi yang indah.

Cuma kadang2 sahaja mimpi hantu, sampai sekarang pun waaaaaaalaupun telah dewasa. Sampai saya mengigau dan terjaga.

Semoga esok saya dapat terjaga dari tidur walaupun tiada mimpi.

;)

Ibu Ammar said...

dah lama tak mimpi indah..uhuu

DaliaLiyana said...

bro...senang je nak mimpi kembali lagi...
malam kang tido tak yah r basuh kaki k...hehehhee....

adibah said...

mamai,

nice to know u. harap2 jumpa lagi, insyaAllah. sampaikan salam pada suri kau.. lain kali.. ajak dia join sekali okay.. mesti! boleh sembang panjang panjang :-)

fadzilah said...

perjumpaan bloggers ke?..bestnya!!!
semoga mlm ni mimpi2 yg indah saja..

abgBro said...

eratkan silaturrohim kukuhkan ukhwah...ia satu tuntutan, moga prsahabatan ini dicatat sbagai amalan soleh utk bekalan di sana nnti

myQza said...

aku tak suka bermimpi. sebab selalunya mimpi tak seindah kenyataan..

Unknown said...

mimpi lebih indah dari realiti..

mimpi buat kita tersenyum lagi..

walaupon mimpi jugak boleh buat kita rase penat bila bgn pagi..

tp mimpi mampu jadi pengubat hati..

(ops..sori uncle,,termelalut =P)

Maiyah said...

mimpi tu mmg akan hadir, kekadang indah kekadang haru gak, kekadang ada makna tersirat jgn asyik bermimpi dah ler :)

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro

dh lama tk mimpi

Naz said...

memang menarik poem ni... cayalah bro...

pelangi said...

pakcik,sori kacau,nk tye ni.leh x bkk blog frodo?knp dia private kan?
(nnti reply kt blog sy ye)

Aloy Paradoks said...

terima kasih banyak,,, gua mcm nak nangis tengok lu hensem sangat... next kalau terasa nak buat show kat MIMPI PARADOKS lagi cakap la.

kalau ada nak kritik on je,, gua ok.
salah silap mintak maap bebanyak...

imHepPie said...

mimpi kdg2 besh kdg2 langsung x besh..besh kalo mimpi dipatuk ulor haha

iamredranger said...

mmipi itu mainan tdo..

mamai said...

zachatta:
awah lama kau tak nampak kau..bermimpi ker

nursarah:
kena tidur baca bismillah tu

daliya:
kalau tak basuh kaki nanti mimpi seram datang...takutttt

adibah:
aku juga begitu...next time aku angkut dengan soljar aku sekali

fadzilah:
pertemuan ynag tak dirancang pun

abgBro:
next kamu pula yang akan aku cari

sItEDI:
tapi kita kena ada impian

master teddy:
adakalany mimpi itu menenagkan kita

maiyah:
aku dah lama terjaga nie

yusuf mujahidin:
rasanya kamu telah tersedar dari lena

naz:
terima kasih

baby:
dah boleh buka dah

aloy:
huhuh jgn begitu bro tapi memang best jumpa you all malam itu..memang gempak aku tunggu next mimpi

imheppie:
kena patuk tak apa jgn kena makan ulor hahahahaha

adjla:
kalau tak ada mimpi tido tak bestkan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

kadang2 mimpi tu adalah apa yang kita fikir b4 tido...sampai terbawak2 jadi mimpi ....huhu..nak tido basuh kaki baca doa ...baru mimpi yang indah2...hahaha :P

Anonymous said...

wohhhh....

ade makan2 & jumpa2 an dgn blogger's ye..

cayokk bro!

patungcendana said...

salam mamai....gembira dapat jumpa kau dan isteri kau...kau berdua memang best...nanti kalau kau orang datang kuantan...aku pulak bawa kau orang jalan2 ok...

harap dapat jumpa kau orang lagi...
next MIMPI....pasti...:-)

Mak Su said...

selamat bertemu, salam kenal.

maksu,
http://ceritakosong.blogspot.com/

http://lepaskansajaburungitu.blogspot.com/

enyheartsdiamond said...

dah lama x mimpi2;)

A.K.U.D.O said...

dr mimpi menjadi realiti..best..

addyaholix said...

seronok kenal kau jugak mamai. walau sebelum ni kita saling tak tahu satu sama lain, tapi MIMPI buat kita jadi kawan. jumpa lagi nanti!

mamai said...

mawar berduri:
kalau tak nak basuh kakai pakai stokin boleh tak

jaja:
bila la turn kau nie yer

patung cendana:
ya memang seronok dapat jumpa kamu semalam....ya kita pasti jumpa lagi aku dah ada perancanagn nie hahahaha

mak su:
nanti saya ziarah mak su yer

eny:
you shoul joint the mimpi event next time

akudo:
best dapat ponteng kerja dan berjalan-jalan yer

addyaholix:
ya kau memang gempak la bro bila mau turun shah alam roger aku wehhh

patungcendana said...

akudo: jom karaoke....:-D

abrodam said...

yahooo!!!