Tuesday, October 20, 2009

hidup kena kreatif....

hidup di dunia ini berbagai bentuk dan kerenahnya, dan masalah ada di mana-mana. adakala masalah yang sama kita temui namun penyelesaianya berbeza kerana manusia berbagai ragamnya.

kita bukan hidup bersendirian dalam dunia ini tapi bersama-sama,walau adakala kita kata aku ingin berdikari namun pada hakikatnya kita perlu bantuan untuk berdiri, yang ini kita tak boleh lari.

teguran bukan bermakna membenci tapi mengambil peduli kerana kita punya sifat mengasihi. walau sering disalah erti malah kerap kali yang berkata "ada aku kesah". tapi itu usah diambil hati kerana tugas kita sebagai khalifah harus menegur benda yang salah. atau kita juga turut akan ditimpa musibah.

memberi tidak bermakna kita tidak boleh menerima walau adakala kita nampak seperti hina. namun itu adalah lebih mulia dari sombong kita yang tidak bertempat.

hidup ini harus berani, andai takut jatuh usah berlari tapi harus ingat jika lambat kita yang rugi. kecewa bukan bermakna itu pengakhiran pada hidup ini. biar esok tidak pasti tapi pengalaman pasti jadi pengajaran untuk hidup yang bakal dilalui.

memaafkan itu lebih baik dari membenci kerana dendam bukan sifat terpuji tapi yang dikeji. tiada guna amal berhari-hari andai hati tidak murni.

hidup ini memang tak pasti tapi perlu kreatif, dewasa itu bukan pada usia baik yang muda, remaja atau yang tua tapi pada masa dan keadaan yang disesuaikan.....

31 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Hidup ni kena kreatif ...
kreatif nak selesaikan masalah
kreatif nak "selamatkan diri"
kreatif nak mengena orang ...??
kreatif merancang perbelanjaan ..

semua ni memerlukan kemahiran kreatif ..hihihi :P

mamamin said...

mamai:

life is such..

PuanPepel said...

kak KT ibrahim: hidup ini tiada apa yg pasti Osman!


kita harus flexible... zaman skng xleh terlalu rigid.. perlu disesuaikan dgn keadaan...n bersikap lebey terbuka...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kreatif itu kurnia tp jgn dislh guna..

Solehah said...

betul tu pakcik..terima kasih nasihat beguna mcm tu..kemana pun kita kat dunia ni mesti hidup dikongsi..mana ada hidup sorang2 bawah tempurung, katak pun tanak duk bwh tempurung saja..btl ckp pakcik kene kreatif dan pandai menyesuaikan diri..

imHepPie said...

dulu mada darjah 1 dok kelas 1 kreatif...kira org kreatif la ni kan pakcik...

Rozita said...

kembali & ikut aje ajaran Islam.
insya-allah tak tersesat & tak tersasul..
kreatif biar kena tmptnya :)

mamai said...

mawar berduri:
kalau tak mati kita kena pijak nanti

mamamin:
that what we call life

miera:
siapa kak KT Ibrahim tu...sorry bro tak tahu. ingin sekali mengenalinya

akupentoi:
ya jgn salah guna tapi perlu di gunakan bro...lu memang kreatif wa tau

soleha:
cuma pandangan dari seorang yang jauh ajer

chipsmore:
kamu memang kreatif..pakcik nampak dari entry kamu

imheppie:
itu terlebih kreatif tu

Precious said...

Wahhh ... tazkirah bagus ni. Peringatan untuk hati yg lalai ...

beskot said...

btol²..hidop kne kreatif.
x slh nk memberi dan menerima..asalkn kne pd tmptnye..

*kop bley mng x mlm ni??hikhik..

bias® said...

kreatif..ya..perlu.

lumut said...

"hidup ini harus berani, andai takut jatuh usah berlari tapi harus ingat jika lambat kita yang rugi. kecewa bukan bermakna itu pengakhiran pada hidup ini. biar esok tidak pasti tapi pengalaman pasti jadi pengajaran untuk hidup yang bakal dilalui.""

big clap!!!
bro wa nak copy ayat ni.izinkan.

hidup kena ada pendirian,supaya kita tak dungu kalah bila berperang.

enyheartsdiamond said...

setuju yg memaafkan lebih baik dr membenci..
itu apa yg selalu eny praktikkan;)

myQza said...

berlari atas landasan kebenaran dan kejujuran.. pasti tidak tergelincir.. :)

PuanPepel said...

uit... iklan yang ada khatijah ibrahim la... iklan planta kot..

dia nga hafal skrip... ank dia dtg ckp lpr...

Anonymous said...

life is so complicated, just live it simple.. tapi ada orang suka wat menda ni jadi complicated that influence aku blik.. adoyai...

mamai said...

rozita:
itu sebaik-baiknya akal di anugerah untuk kita berfikir...

precious:
sekadar berkongsi...

aku beskot:
malam nie mesti menang bro kalah teruk dah nie

bias:
kamu semua memang kreatif

lumut:
go ahead...seklai nampak kamu di sini dengan wajah yang lama terasa besar di hati

tetapkan pendirian seru semanggat agar kita banggun biar tersungkur di medan perang tapi kita belum tewas selagi ada nafas

eny:
ya sweetbutterfly kamu bertindak bijak

sItEDI:
jangan lari atas landasan kereta api yer merbahaya

mier:
hahahahaha baru ingat thanks..

schakeyra:
ya tidak susah untuk hidup cuma susah kalau tak nak hidup

zachatta said...

Ada orang kata kreatif itu lahir daripada orang seni. Barangkali orang itu menidakkan seni berada di dalam dirinya, kerana seni itu terlalu sensetif dan berada di dalam ketidakpastian (misteri). Bagi saya semua orang patut ada seni dalam diri masing2. Saya percaya dengan itulah kreatif lahir.. ;)

Kay said...

hidup kreatif merupakan sikap inisiatif yang diawali dgn cara berfikir luar biasa..

kagum kpd hasil karya Walt Disney dengan kegembiraannya utk melakukan hal2 yg tidak masuk akal.

lumut said...

terharu bro.may God bless u.
hidup terlalu pendek utk ditangisi.

@tune® said...

dulu mmmg berlumba untuk kreatif...tp skang seakan malas untuk ke arah tuh..
haih

mamai said...

zachatta:
kreatif itu seni yang lahir dalam semua orang cuma kita tak tahu membangkitkan

kay:
ya mereka kreatif menukarkan sesuatu biasa menjadi luar biasa

lumut:
kamu sudah ketemu jawapannya...

tune:
jgn la malas-malas kamu adalah satu dalam seribu

iamredranger said...

lumrah kehidupan..

al-lavendari said...

saya setuju benar dengan apa yang awak nukilkan. semua betul dan benar. tapi nak amal dengan sepenuhnya, sulit sekali. tapi ia satu 'benchmark' yang elok untuk dijadikan sasaran atau pedoman.

SUXX said...

teringat time sekolah KBKK.

kemahiran berfikir secara keatif dan apa ntah.

mamai said...

adjla:
oleh itukita kena selalu peka

al-lavendari:
kalau tidak nanti kita kena makan dek harimaukan hehehehe

suxx:
salam ziarah...crative thinking hahahah aku juga ada belaajr itu masa di U dulu

fadzilah said...

pernah amik subjek creative thinking & problem solving masa di kampus...tapi ku tak tau samada aku kreatif ke tak...hehehehe

tetamu said...

salam.. pendatang baru.. bwu stat nak bejinak2 ngan penulisan blog.. sila beri tunjuk ajar

kongsi sikit sal kreatif.. saya x berapa faham sgt sal the word kreatif itself.. tapi btol la tu.. kite x ble hdup di takuk lamanye, kene ade anjakkn paradigma, kene kreatif dan kene jd berbeza dari yang lain untuk dapat hasil yg berbeza (wlupun untuk jd berbeza byk dugaannya)..

Sulela said...

Aku tengah dok pikir2 lagi. Nak kretif tapi takde daya. Ikut je apa yang aku mampu...hehehe

Anonymous said...

Mlm td aku rasa aku dah anto komen..pesal tak kluar??

kau sabotaj ekk bro?

**aku yg tak kreatif... xS

eiza in the house.. said...

satu peringatan yg berguna utk eiza tu bro..tq :)