telah ku hantar sepasukan penjejak yang pakar bagi mencari dia yang hilang. namun hampa, pulang sang penjejak membawa khabar duka "kami tidak mampu mencarinya dia begitu hebat tiada jejak dapat dikesan"...aku kecewa.
aku tidak berputus asa lalu aku kerahkan kumpulan anjing pengesan terbaik ku. untuk menghidup setiap udara dan bayu mungkin ada rasanya di situ. namun anjing ku pulang dengan lidah terjelir meminta makan.
demi dia aku teruskan usaha. ku cari pendeta dan tabib terhandal di seluruh pelusuk dunia namun hampa tidak pernah hilang."maaf bayangnya juga tidak dapat kami lihat"...
aku termanggu hilang usaha, buntu dan kesal hilang segala akal..."di sana ada sungai pergi kau berwudhu dan sujud di sini..kau akan ketemu jawapannya"...tiba-tiba suara itu menyapa "segalanya ada dalam diri hilangnya kerana kau tak menghargai"....suara itu berkata lagi..
........................................................
bila mata ku tertutup
kala mata ini terbuka melihat
keindahan itu ingin ku miliki semuanya
ku telanjangi segala yang tertutup
ku selimuti segala yang termaktub
tika mata ku terbuka melihat
kilau kaca bersinar di mata
buat aku terleka pada kerdip cahaya
malap permata tidak ku gilap
kala mata ku tertutup
keindahan itu amat meyeksa
yang termaktub itu syurga
indahnya dunia itu sementara
tika mata ku tertutup rapat
kilau kaca mematikan jiwa
malap permata menyinar gelap
sesal permata tidak ku gilap
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
4 hours ago
21 comments:
cube cari ngan mata hati..kot..kot ..jumpe..
aku pun nak cari org hilang nie ha ha
ketenangan ke yg dicari??
**bila mataku tertutup..
ini puisi or sajak??
x kesah la ape pon..yg penting ia sgt menarik..
terbaek!!
eloklah tu ... jangan pulak yang di kejar tak dapat, yg di kendong berciciran !
dulu kat sekolah ade affair ngan cikgu bahasa melayu ek?
len macam je hebat sastera pakcik neh..hehe
hmm..takutnya kita termasuk golongan yang tersedar bila sudah tiba masanya eh..
huh..
sastera gileee laaahh..
hehehe....
mawar berduri:
mata hati tak terbuka kala mata melihat
caluk@cencaluk:
mari aku tilikkan
aku beskot:
sajak kot..hahaha terima kasih
al lavendari:
betul syukur apa yang kita ada
lumut:
bukan affair tapi scandal ajer hahaha..
hehehhehe ~ kene cari guna khidmat ahli nujum yg handal ni bro mamai. ahli nujum marang kerapu sepunden parang sekeper. muhahhahaha ~
xoxoxoxooxoxo
>>_______<<
skali lagi ko suro aku kaji dan paham apa citer ko ni bang!...huh..aku tahap ala sastera ni zero..sedey tau..aku kurang genius..
hanya Jauhari mengenal Manikam!
hati2
bila hati tenang
jiwa aman
semuanya akan selesai
tiada pencarian lagi
soleha:
jgn terlewat untuk sedar
frodo:
ya aku terlupa sama itu nujum pak belalang
azzaliena:
sastera ke tu hehehe merapu ajer
suhaila:
hehehe bukan suruh kaji suruh baca ajer tak paham tak apa aku pun baru nak fahamkan nie
kay:
itulah kepakaran jauhari
rozita:
bagaimana hati hendak tenang jika yang di cari tak ketemui
aku teringat buku :
"permata yang hilang" lah
xD
cari sapa ni
bro, mencari sesuatu yg tidak dapat dirasa tak dpt dilihat ni memang payah...namun kerana ianya sgt berharga teruskan pencarian mu itu...
sape hilang ekk?
Cik Cookie kehilangan monkey the luffy je.nape dia ekk?
mencarik permata yg hilang?
sapa yg hilang ni bro..?
cuba bagitau...kot2 dia ader menyorok kat belakang umah saya...hehehe
jaja:
hahaha mana hilang buku tu..rasanya dah tak payah baca lagi kot dah expert
manusia:
mencari yang hilang
abgbro:
kamu tahu ya
cookie devine:
ya dia juga sudah hilang entah ke mana
sha:
permata asli sukar di cari..tak becahaya tapi berseri
fadzilah:
bahaya tu kalau dia menyorok belakang rumah
Akupun mencari yang hilang tapi dah surrender...huhuhuuu. Sekarang aku nak pegi carik abc...hehehe
Post a Comment