sampai sahaja aku di kolej terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat empat dan juga bernombor empat. kalau ikut orang cina nombor nie tak ada ong pasal tu la aku selalu tak bernasib baik agaknya. Tapi aku bukan jenis orang yang percaya pada nombor aku percaya pada yang satu dan yakin dengan diri aku.
masuk bilik tengok roomate tak ada, bagus juga saat macam nie aku lebih suka berseorangan. Jam menunjukan hampir pukul 12 malam. biasanya ini prime time aku untuk study untuk tidak menyalahgunakan jadual yang aku buat maka aku mengambil buku micro economi.Aku cuba membaca teori ekonomi yang diperkenalkan dan keluk-keluk permintaan dan penawaran yang berjenis tapi tak satu pun masuk dalam kepala aku.
fikiran ku masih terkenangkan peristiwa di kedai buku tadi, dan jawapan sue cukup tidak mengembirakan hati ku..
"kenapa kau nak bersedih man. Dia bukan ada apa-apa hubungan dengan kau" bisik hati ku untuk memulihkan semangat
"tapi aku rasa seperti suka pada dia" hati ku berkata lagi...melemahkan semangat kembali
"tapi dia dah ada yang empunya,tak baik buat begitu" hati kecil ini masih memberi semangat
"tapi aku dah suka, peduli apa aku kalau dia dah ada yang empunya, orang dah kawin lagikan bercerai inikan pula baru jadi pak we" herdik hati ku.
"woit mangkuk apa yang kau nak risau pasal dia yang sorang tu,masih ramai lagi awek kat U nie cari ajer la" balas hati nulari ku...ya benar bukan dia seorang sahaja perempuan dalam U nie...
"mate kau baca buku ker kau tilik nasib..dari tadi page yang sama" tiba-tiba roomate aku bersuara...ciss bila masa dia masuk dah lama ker dia ada kat sebelah aku.
roomate aku nie besar orangnya ( gemuk )dia tahun dalam tahun tiga masa tu and ambil course accounting asal orang pekan Pahang. roomate aku nie memang seorang yang baik hati dan peramah orangnya. hobi dia tengok TV makan dan tido jarang sekali aku tangok dia buka buku tapi hairanya dia selalu score bila exam. mungkin otak dia memang cepat tangkap apa yang lecture ajar kot.
"man, malam nie ada cerita Thai best jap lagi start, apa lagi tugas kau sedang menanti tu, tak tengok semut putih dengan hitam ajer nanti" kata-kata roomate aku tu berupa arahan.aku paham dah apa yang dia nak aku buat dah menjadi tugas aku setiap kali nak tengok tv saluran Thailand aku kena jadi mekanik kejap.
"okay mate aku ambil spanar dan screw drive, kau panggil tok penghulu tunggu aku kat tempat biasa" aku pulak memberi arahan.
dengan segera roomate aku melaung nama tok penghulu, aku ke tempat biasa di mana terletaknya ariel tv yang betul-betul di hujung anjung block aku. panjat tembok berpijak pada bucu tembok sambil aku membetulkan ariel tv. Tok penghulu jadi tukang jaga kat bawah kot-kot felo nampak mati aku.
"okay mate clear...aroy!aroy! boleh lock dah" suara roomate aku menjerit dari bilik tv.
aku lock semula ariel tv tu dan turun sambil beri isyarat clear kat tok penghulu. memang tiap kali kau nak tengok citer thailand aku akan jadi tukang adjust ariel sebab tak ada orang lain yang berani nak memanjat anjung kolej tu kalu jatuh dari tingkat empat boleh arwah paling busuk pun cedera parah.
"citer apa malam nie mate best ker" aku masuk ke bilik rehat yang menempatkan tv untuk kami merehatkan minda. seperti biasa roomate aku akn ambil tempat paling depan dan di kerusi panjang bersama dengan seteko air milo ais dan satu bungkus biskut.
"citer best kau tengok ajer...tak ada censor nie" kata roomate aku dengan tak berbaju tebaring menampakan perutnya yang bulat dan besar mengalahkan orang mengandung 9 bulan. sebenarya kami tengok citer thai nie bukan pasal paham bahasa thai tapi pasal citer thai tak ada sensor beb.
malam itu rasa gelisah aku hilang dek citer thailand dan merapunya roomate aku,tok penghulu dan kawan satu level aku terutama bila bab yang tak dicensorkan tu. Prime time aku juga hanyut malam itu hanyut bersama dengan persoalan tentang N.
seminggu berlalu sejak malam itu aku tak jumpa N walaupun aku ada satu subject yang sama dengan dia dan sue dan juga kawan aku. Seperti biasa aku saja tak nak tanya sue walaupun aku nak berbuat begitu. lepas kuliah aku pie makan dengan sue dan kawan aku kat kafe lego, mamang biasa kami makan bersama lepas habis kuliah.
"Man, malam nie kita jumpa kat dataran yer, kau, sue, N dan kawan aku" sue bersuara..
"kenapa sue..apa hal lak nak jumpa kat dataran kat tempat lain tak boleh ker" balas aku bukan apa, aku malas ke sana pasal nyamuk banyak.
"kau nak jumpa N tak" balas sue..pasti ada sesuatu nie
"okay la kol berapa kat sana"..tanya aku ada rasa gembira dalam hati
"kol 8.30 malam"jawab sue dengan ringkas
"man, aku datang bilik kau malam nie kita pie sama yer"..kawan ku pula bersuara..dia diam di kolej perwaja jadi on the way ke dataran mesti lalu depan kolej aku.
"okay no hal tapi awal sikit" jawab ku rasa macam lama ajer lagi kol 8.30 malam tu dah tak sabar nie.
seperti yang dijanjikan tepat 8.30 malam kami berjumpa di dataran, aku dan kawan ku sampai awal hahahaha nak jumpa pujaan hati punya pasal aku tak jogging pun petang tu takut penat..ciss mangkuk betul la aku..
"so apa citer sebenarnya nie nak jumpa malam nie" strait to the point aku tanya pada sue dan N
"camnie sebenarnya N nak minta tolong dari kita semua nie" sue buka cerita "N ada masalah dengan "abang" dia yang hari tu..N sebenarnya tak suka kat abang tu tapi abang tu tak boleh terima dan cakap macam-macam kat N tu pasal la N nangis dan tak datang kuliah seminggu" jelas sue dengan ringkas dan padat..
"so, nak kita orang tolong macam mana, nak aku belasah abang senior tu ker kang aku pulak kena belasah"....tapi aku tak takut pun...anak melaka mana tahu takut lagi pun depan awek beb ego mesti tinggi mesti ada keyakinan diri baru awek terpikat tak gitu...
"macam nie N nak minta tolong one of you menyamar jadi pak we baru N, sebab N dah cakap kat abang yang N dan jumpa orang lain dan dia tak percaya selagi N tak tunjuk"...baru aku dengar N bersuara ada nada sedih di situ..ohh jangan kau bersedih pujaan ku pasti akan ku tolong..fuhh jiwang siot.
"Sue nak kau tolong N dalam hal nie Man cuma kau ajer boleh tolong"...wehh ingat aku nie gigolo aper...
"naper lak aku yang kena menyamar jadi pak we N bukanya kawan aku tu"...aku cuba jual mahal..
"Man kau nak tolong ker tak, kalau kawan kau tu sue yang punya dan abang N tu dah tau pun" jelas sue sambil tangannya mencubit aku dan serentak dengan tendangan kawan aku..
"okay,okay kawan punya pasal aku tolong tapi dengan satu syarat boleh"...aku masih menjual mahal..
"apa syaratnya" serentak sue and N bertanya...
"syaratnya mudah sahaja, pertama aku nak contract ini berjalan selama 4 tahun, kedua dalam contract ini juga selama 4 tahun kita kena berlagak macam couple yang lain tak lebih dan tak kurang...amacam setuju".... aku mengenakan syaratnya
"tu dah dua syaratlah ngok balas kawan ku"...ehh mamat nie aku yang nak kena menyamar ler. nanti aku menyamar jadi pak we sue baru kau tau...
"teruk la kau nie Man minta tolong pun kena ada syarat ker" balas sue...
"kau nak ker tak nak aku tolong nie"...ada nada mengungut sedikit tapi dalam hati cuak juga kalau dia tolak, aku juga yang melopong nanti..
"baik N setuju dengan syarat man tu"...N menyatakan persetujuanya hati ku gembira..
"okay deal mulai esok misi kita berjalan...hanya kita berempat sahaja yang tahu"...aku meminta persetujuan dan kami semua bersetuju...
bermula pada malam itu cinta contract kami bermula. aku,N,Sue dan kawan aku sering kelihatan bersama. kemana sajer kami bersama yang pasti aku dan N tidak seperti orang yang menyamar pun dan "abang" N juga percaya tapi masih menyimpan rasa pada N. tapi itu aku tak peduli yang penting aku bahagia,namun perjalanan cinta contract masih jauh....
Lirik lagu Hati Meraung - Danial Ismail
2 hours ago
31 comments:
hebat la bro ni siap dgn kontrak sumer..
tak sabar nak tau citer ni lebih lanjut...
bro nmpk tak nur buat muka ala2 kucing cumel dlm citer shrek tu..
cumel kan?
ape lagi bro post cepat2 ye sambungan entry ni
hehe...
best jln citer ni, ko bleh wat skrip film, musti melatop beb! hehehe...
wow! awesome nostalgia...
hehehe
(ko memang ade bakat menulis..)
(^_^)have a lovely weekend!
sambungan plzzz
boleh percaya ke cakap N tu...hehehe...provok...
untung la badan dapat cinta kontrak... kalau kena keje kontrak macam mana ada bran?
4 tahun tu.. saja lah tu minta contract sampai 4 tahun.. itu bukan conract dah tu.. ha ha ha
waahhhh...best! best! best!
lagi..lagiii...
aku tak sabar nak baca cerita seterusnya....
sblm tu aku nak tye, ini kisah hidup realiti kau ye mamai?
lepas ni..hari2 aku masok & baca N3 hang....huhuhu!
nur:
sabor la yer kena ikut kronologi citer nie panjang lagi heheheheh...
macam muka bob kucing aku jer mmg comel
abgbro:
aku tak mao wat filem cinta aku tulis sebab aku suka ajer...
dah kat mana sekarng bro jadi turun tak
kay:
suka-suka ajer Kay berdasarkan pengalaman sendiri ajer
have a lobely weekend to you to
intan:
tunggu yer cik intan payung anak abah..
patungcendana:
provok kau menjadi...tunggu kesudahannya
ber_uwang:
kerja kontrak aku pernah buat jap dulu tak tahan la wehh
SItEDI:
itu alasan la biasa...tak melepas
jaja:
woit tunggu yer....ya ini cerita adalah realiti hidup aku pada suatu masa dahulu..
bro..ada lagi tak kontrak tu? hehehe..
Wah wah wah, geligat btl otak bro neyh. Haha
(JGN PUBLISH) ko emailkan tulisan tuh: editor.wanita@karangkraft.com
atleast ko dpt bayaran tau. 03 5101 3888 wish u all the best.
best citer nih..
sinopsis taruk sekali, tak sabar nak tunggu ending.
..
berpinar mata aku bacer.
Uihhhh...dah jatuh tabik tahap spring lak aku kat ko neh, Mamai. Ni yang tak sabar nak tahu sambungan neh...hehehe. Buat cite novel, best gak...wakaka.
Ok, sambung...sambung...
pergh...
bende datang bergolek...
mmg untung la si pembuat syarat
scene ni berlaku bila? tahun bila ? tak pernah nampak muka mamai kat the mall dulu...
hmmmm...
cam crite benar je nih.. :)
Boleh buat duit lg byk klu tulis novel remaja beb! rasa lu bleh kot...
bestnyer!!!reality is fun kan???!!!!
dari sejak gua singgah blog lu dulu,gua dah agak lu memang berbakat menulis..cite menarik...boleh buat drama ni...kasi lawan itu drama nur kasih...
sue tu makwe lu dulu ke..?wife tau x?atau sue tu wife lu skrang..hehehe
haha..syarat ko kreatif gile...pas 4 thn klu die xnak smbung kontrak cmne?
anak laut:
kontrak dah tamat pada satu ketika itu
fia:
sekadar kenangan ajer
akudo:
dah ada sinopsis tak yah baca lagi la
bias:
hahahahaha lu pakai cermin mata kalis sinar
sulela:
terima kasih sabar la yer kena ikut peristiwa dan jalan cerita ngan betul
@tune:
memang lumayan hehehehe
saya kurus:
kat sana juga ker dulu kita terlalu ramai mungkin tak jumpa berlaku 13thn yang lalu...
redynne:
kisah benar yang reality
kacik kamarudin:
aku tak erpikir nak buat macam tu buat masa nie
eny;
ya reality is fun walau da yang pahit
dkama:
aku lom tengok lagi cite nur kasih tu...aku tulis berdasar pada kenangan aku jer nie...
wife aku hahahaha dia tahu tapi buat-buat tak tahu...sue kawan baik aku
Aku dah baca citer ni tadi, tapi malam baru sempat komen.
Wah, cerita sambung-sambung. Beb, ko boleh jual citer ko ni dekat Yusuf Haslam.
Harap citer ni tak habis, aku nak tahu lagi kesudahan citer ni, especially citer pasal abang senior tu. Jadi tolong sambung.
Bagus betul siap ada awek contract dekat UUM dulu selama 4 tahun.
salam...bro,
tq singgah anaklaut..
eh..jam dah hampir 4.00 pagi lum tido lagi ker bro?
menarik cerita ni...
salam kenal..
hah??cinta kontrak??mcm ila gk eh...hehheehheh......best x??uhuuhu
razman:
kena tunggu kesudahannya...terima kasih singgah
grunge:
citer nie mana boleh jual itu kenangan untuk aku dan kawan-kawan hehehehe
anak laut:
baru balik dari dataran shah alam tgk bro pyanhabib perform
zino:
salam kenal juga...terima kasih sebab ziarah
honeyBunny:
ya cinta contract tapi belum ada ending lagi
Aihhh ... boleh wat drama tv ni ...
eh...btol ke ni???? atau ader tmbh2 n rekaan semata2?? musykil plak..
precious:
drama tv kena ambil royalti nie hehehehe
nani:
apa ingat apak tak boleh jiwang ker hehehehehe....kau dah dekat sana tu boleh la jumpa dengan dia..masih ingat lagikan
Post a Comment