satu masa sebelum waktu itu, seperti biasa setiap petang aku akan turun berjogging, kerana jogging itu hobi aku, kalau tak masakan depa gelar aku man lipas kudong masa sekolah dulu. sekarang pun masih suka ber jogging cuma sudah tidak sekerap dulu. aku akan berjogging dari kolej eon melalui hadapan kolej misc dan terus ke kolej guthrie dan menuju ke dewan mu'adzam syah sebelum mengelilingi tasik di kolej petronas tempat ku diam. aku suka ikut laluan ini sebab ianya mencabar laluannya berbukit dan yang paling penting sepanjang laluan itu semuanya block kediaman budak perempuan.
pada waktu petang itu sedang ku buat senaman ringgan di tepi tasik aku lihat dua orang gadis manis juga sedang berjogging menuju ke arahku. aku pasti seorang darinya aku kenali tetapi yang seorang lagi siapa boleh tahan juga bisik hati ku.
"hai man dah lama sampai" sapa gadis yang ku kenali itu
"tak baru ajer nak mula" balas ku sedangkan peluh dah basah satu badan beserta bau masam. sambil mata ku memandang gadis yang seorang lagi.
"ini N kawan sue, kami satu bilik" kata sue sambil menunjuk ke arah gadis bernama N itu.
"hai N saya man" aku mengenalikan diri sambil membuat muka mancho...cuma bau masam peluh sedikit menggangu.
"man, N nie orang Kelantan, ambil jurusan IT" tambah sue lagi..
"Oooo orang Kelantan patut la manis" cubaan pertama masuk ayat dari aku
"N budak IT mesti terrorkan dan glamour" percubaan kedua.
"Saya budak ekonomi org biasa tak glamour macam budak IT" ayat beli jiwa lagi.
"N, man nie solo lagi dan dia nie minat dengan Mek Kelantan" sue tolong cucuk jarum macam faham-faham ajer tapi kau memang sporting sue. Sebab tu aku suka kau dulu tapi kerana sahabat dah minat kau dulu, aku diam ajer la.
pada petang itu bermula detik pekenalan aku dengan gadis bernama N itu. tapi perkenalan itu hanya sekadar perkenalan biasa kerana lepas petang itu aku tak jumpa N lagi. walau aku kerap berjogging melalui laluan yang sama walaupun aku sering berjumpa dengan sue tapi malu nak bertanya.
sehingga pada satu malam disuatu tempat bernama the Mall ( tempat student membeli barang keperluan hariaan dan membuat temu janji) hanya tempat ini sahaja yang hidup pada malam hari ditenggah hutan ini. sedang aku sibuk membelik buku bersama kawan aku yang juga merangkap teman sue. tetiba mata ku terpadang seorang gadis di satu sudut gadis yang aku kenal pada petang waktu itu. Tapi mengapa gadis itu aku lihat begitu suram tak seperti petang masa aku jumpa bersama sue pada waktu itu. Aku pasti dia tidak perasan akan aku pada masa yang sama aku mencari di mana sue tapi tidak kelihatan kelibat sue.
Aku cuba mendekati gadis bernama N itu tetapi langkah ku terpaksa ku matikan bila aku lihat ada seorang lelaki bersama N dan aku lihat N sedang menanggis matanya merah aku pasti dan lelaki itu sedang memperkatakan sesuatu pada N. Ya lelaki tu aku kenal dia budak senior juga budak jurusan IT yang glamour tapi menggapa N menanggis dan apa hubungan dia dengan N. Aku tak sedap hati, aku kembali mencari sue di mana sue aku harus mendapatkan cerita dari sue. mata ku melilau mencari sue tak nampak juga,lupa pula mana kawan aku tadi dia pun dah tak ada. aku cari kawan aku pula, sedang aku melilau mencari kawan ku ditenggah orang ramai itu. tiba-tiba suatu suara menjerit nama ku
"man aku kat sini" aku kenal, itu suara kawan aku, aku menoleh suara itu datang dari arah kanan ku di satu sudut di dalam restoran aku lihat kawan ku itu sedang berborak dengan pujaan hatinya sue.
"ciss patut la kau hilang" kata ku sambil membuat muka marah..(bukan marah tapi jeles ajer).
"sue, aku nak tanya kau sesuatu kau mesti bagi tau aku" tanpa pedulikan kawan ku ( sorry kawan ini lebih penting aku dah berkorban untuk mu) .
"kau nak sue tolong apanya Man" tanya sue.
"aku nak tahu siapa dengan N kat dalam kedai tu dan menggapa dia menanggis" direct to the question.
"Oooo abang senior tu ker naper kau jeles ker" sue cuba provoke aku
"Ini bukan pasal jeles cuma nak tau" masih berlagak mancho lelaki kan penuh ego
"itu pak we N la" jelas sue pada aku
dengan tiba-tiba pada masa itu aku jadi mamai sekejap seperti yang dah aku jangka....
"kawan aku nak balik dulu kau date ler dengan sue"...
kenapa aku harus emo, bukan aku ada apa-apa dengan N getus hati ku sepanjang perjalan aku balik ke bilik......
Lirik lagu Mesin Waktu - Budi Doremi
11 hours ago
28 comments:
hahaha lu lambat semenet jer la bro... PEACE...
0rg klantan memang manis..mulut manis jgk..
barang yang lepas jangan di kenang p.ramlee cakap.
Owh, mungkinkah sewaktu tu ada perasaan terminat sikit dekat N tu Mamai.
Tak pun ko emo sebab tengok senior tu buat N nangis.
Apa pun sebabnya, kau jer boleh jawab Mamai.
bro..
pak pandir suka angan-angan
ni sah citer mengimbau kenangan
hehe..
nur pakai tembak je ni bro..
ooo..ni kisah prmulaannye..
ayat membeli jiwa....tak tahan aku...hehehe
re:...ya...pasal cakap tak kena bayar...aku setuju dgn kau...nanti aku postkan comment kau tu...:-)
ni kisah flashback ni kan?...mcm ada sambungan je....
bersambung pas iklan ke ni
cerita ini macam tergantung.. apakah kesudahannya.. kenapa N menangis...? Apay yg pakwe beliau katakan?? chewaaah.. macam drama bersiri lah pulak..
Kenangan manis yang pastinya sukar bro.mamai dilupakan.. Sampai ketika ini dicatat terus menjadi coretan terindah..
;) Hahahaha..
dkama:
saper kata aku lambat hero selalu kalah dulu
shah:
ya betul kata kamu....
bias:
sajer nak mengimbau kenangan silam
grunge:
tunggu seterusnya
nur:
hanya kenangan silam citer betul
aisah:
nie intro ada lagi kalau larat tunggu ahaks
patungcendana:
itu baru sikit ada lagi meruntun jiwa hehehehe
thanks kalau dipublishkan
intan:
ya bersambung lepas iklan hehehehe
sItEDI:
tunggu sambungannya
mamai...n ke sue yang ko suka ni.aku tak faham.
pasai cite ni sekerat jalan? potong betull
zachatta:
kenangan indah kalau dilupakan rugi cuma untuk kenangan kala boring hahaha
Ida:
aku suka dua-dua
saya kurus:
sabor la penat nak tulis hehehehehehe
bro...jak dr peristiwa ko terus tuko jd mamai..kan kan kan...hehehe
nasib tak jadik sama N kalau tak jadi mamaN
salam....bro,
best baca cerita ni....tak pe..benda2 mcm ni perkara biasa saja..:))
cis....gua baru nak suruh lu tlg cucuk utk gua..potong poyos!..
lu mesti cari lain utk gua....hahahahaha...
hehe..kisah yg menarik!!!;)
kau dulu duk UUM yek? Kakak aku dulu duk kolej TNB :-)
sekarang masih lipas kudung lagi ke?
perlu jaga persahabatan
aku kompius
terkadang terfikir...
korban kn syg kerana persahabtan..
biar ilang kasih jgn ilang kawan kh antara kau dan sue itu?
abgbro:
lepas peristliwa satu ketika dulu ya kau betul
ber_uwang:
kalau aku mamaN aku sure tak makan saman
anaklaut:
mmg perkara biasa sajer cume terkenang kisah lalu hehehehehe
akupentoi:
no hal gua boleh tolong usha untuk lu kalau lu mau
eny:
lom habis lagi tu
adib:
mana kau tau kolej TNB tu jauh nun di hujung aku tak sanggup ker sana...anyway kakak kau batch taun bila yer
@tune:
biar hilang satu dari hilang dua-dua
bro,jgn emo hah, masih ada jalan nih..cepat sambung..
ntah lah.. tapi kalau ikut nama blog kau ni.. dia 3 tahun lebih tua.
akudo:
upah sikit baru boleh sambung
adibah:
senior aku la tu
Hehehe...patutnya bila ko dah masuk jarum tu, ko jalankanlah misi memikat pulak...ekeke. Lepas tu apa jadi?...sibuk lak aku nak tahu neh...
sulela:
tak terikir masa tu ingat nak jual mahal sikit....nanti aku sambung lepas kau sambung citer seram ko hehehehe
emmmmm.........laen mcm jer nih.
hik3..
Post a Comment