diam tak diam dah tiga minggu berpuasa, mak masih lagi bertanya tentang N yang tak datang ke rumah aku berpuasa. aku cuma menjawab "entah..mungkin dia sibuk nak periksa tu"...tapi mak seperti dapat menghidu sesuatu tetang aku dan N. di tambah pula lakonan aku dan Ina yang menjadi membuatkan mak lagi betambah bising.
so far so good semuanya berjalan lancar dan au masih dapat menyimpan rahsia ku dari pengetahuan semua orang. sehingga satu petang sue menjemput aku berbuka puasa di tumahnya.
"man petang nie kau berbuka puasa kat rumah aku yer"..sue call aku pada satu petnag semasa aku di tempat kerja.
"Al Amin pun dah lama takjumpa kau..dia asyik tanya mana apak..nanti sue buat sambal goreng untuk kau..petang nie kau datang tau"...sue sambung lagi.
"okay la sue nanti petang aku datang lepas balik dari kerja"..aku memberi persetujuan lagi pun dah lama aku tak jumpa sue dan kawan aku tu di tambah lagi Al Amin yang dah macam anak aku tu. Al Amin memang rapat dengan aku sehingga kini bila aku dah lama tak datang jumpa sue pasti dia akan bertanya. lagi pun aku rindu ngan sambal goreng sue dan dia memang tahu itu sejal dari kami di U lagi kalau aku melepak kat rumah dia pasti dia akan buat sambal goreng untuk aku. Sue memang dan kawan aku tu memang sahabat baik kau dan kerana itu juga ketiga-tiga anak aku pasti aku letak "AL" di permulaan nama agar sama dengan nama dengan anak-anak sue dan agar aku tak melupakan sahabat baik ku itu.
seperti yang dijanjikan petang tu aku berbuka di rumah sue dan memang amat menyeronokan bila dapat berbuka dengan sahabat lama. dan seperti biasa bila dah berjumpa pasti ada banyak cerita lama akn keluar dan kami tak pernah jemu menceritakannya. satu lagi kalau aku dah jumpa ssue dan kawan aku nie alamatnya memang aku kena bermalam di rumah mereka kalau tak Al Amin pasti akan ikut aku balik ke rumah. pernah sekali Al Amin tak nak balik rumah masa sue dan kawan aku tu datang ke rumah aku dan akhirnya aku juga yang kena hantar dia balik.
"man..sue nak tanya kau sikit nie boleh tak"..pinta sue dari aku sedang kami dok berehat semasa balik dari tarawih.
"la kau nak tnaya apanya sue..tanya ajerla macam tak biasa ajer"...kata ku.
"man..macam mana kau dengan N sekarang..kau nak nikah tak lama lagikan"..kawan aku menyampuk
"macam biasa la...aku pun dah ready semua..kenapa"..tanya aku pula.
"man..kau ada sorok apa dari kami ker man"..tanya kawan aku tu lagi...aik sejak bila pulak dia nie banyak tanya.
"nak sorok apanya nie...aku macam biasa ajer la"..dengan sedikit tergelak. tapi dalam hati dah ada cuak apakah mereka tahu apa yang sepatutnya mereka tak tahu.
"man...luarnya kau memang nampak biasa tapi hakikatnya kau tak seperti bisa"...jawab sue
"weh sejak bila aku jdi luar biasa nie"...cuba berseloroh
"kami dah tahu semunaya man..dah seminggu kami tahu..tapi kami nak tahu dari kau sendiri"...sue pula mencelah dan aku nampak ada sedikit kesedihan di wajah sue.
"apa..yang kau orang tahu nie cuba bagi tahu aku"..pinta ku pula.
"antara kau dengan N...kau dan dia dah berpisahkan..." jawab sue dan aku lihat sue dah mula mengalirkan air mata.
"dari sipa kau orang tahu semua nie..." aku bertanya lagi
"dia yang bagi tahu kami dan sekarang aku nak tahu dari mulut kau sendiri"...kata kawan ku
"kalau dia yang bagi tahu aku tak boleh nak cakap apa-apa lagi pada kau orang semua..maafkan aku bukan aku tak mahu beritahu tapi aku malu dengan kau orang"..jelas ku dalam hati ku ada sedikit kekesalan terhadap N kerana terburu-buru kenapa dia tak tunggu seperti mana aku arahkan.
"lagi pun aku yang silap dalam hal nie...aku kurang ambil tahu hal dia, aku sibuk bekerja...aku tak nak berithau aku takut kau orang marah pada aku nanti"...sambung ku lagi.
"kau jangan nak tipu lagi..N dah ceritakan semuanya pada sue..dan kami tahu kau bukan seperti itu"...jawab sue dan dia dah mula menanggis.
"sue marah kat N dan juga sue marah dekat N****din..kerna buat kau macam tu. tapi sue lagi marah kat kau kerana kau tak pertahankan hak kau..sue tahu macama mana kau sayang pada N"...terang sue dengan nada sendu.
"man..kau yang banyak tolong kami dulu..kau ingat macam mana kau nasihatkan kami dan beri semanggat pada aku dulu. sewaktu kami dalam situasi kau nie dulu. kau yang pujuk aku dan sue dan kau juga yang cakap dulu kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu...". kata kawan ku mengungkit cerita lalu. ya cerita yang sama bila mana sue masa tu juga sudah jadi tunangan orang.
"bukan kau juga yang cakap dulu man yang kita kena utamakan diri kita dan hati kita sebelum kita jaga hati orang lain. sue dengar cakap kau dulu dan sue tak menyesal kerana sue bahagia sekarang"...sue pula menyampuk dengan diiringgi airmata.
"kau lupa macam mana kau bersusah payah untuk mendapatkan N dulu, kau saggup habiskan masa dan segalanya demi N dan kini kau lepaskan dia macam tu sahaja..kenapa kau buat macam nie man..atau kau dah ada yang lain dan sue tak rasa macam tu"..sambung sue lagi.
"sue dan kawan aku..bukan niat aku nak merahsiakan ini dari kau orang semua tapi aku terpaksa sebab aku tak mahu kau marah pada N"..aku cuba tenangkan perasaan sue.
"apa yang terjadi antara aku dan N tak sama dengan apa yang terjadi antara kau dan kawan aku dulu....dan kau ada sebab kukuh untuk meninggalkan bekas tunangan kau dulu sue...dan aku cuma memberi pandangan dan nsihat aku pada kau orang dulu yang lainnya kau orang yang usahakan sendiri sehingga kau bahagia sampai kini"...kata ku lagi
"tak ada bezanya man....kami percaya pada kau dan berterima kasih pada nasihat dan pandangan yang kau berikan dulu, kalau tak kami tak mungkin sampai kesaat ini"...jawab sue
"memang sue marah dan kecewa dengan N tapi suelagi marah dan kecewa pada kau Man..kau menyerah dengan mudah setelah kau bersusah payah pada awalnya"..wah aku pulak kena sekolah.
"sue...memang aku sayang N dan kau tahu itu dari dulu lagi dan kerana sayang itu aku belajar untuk melepaskan apa yang aku sayang demi masa depan orang yang aku sayang"...jawab ku
"aku tahu itu yang terbaik untuk dia dan aku pasti dia akan bahagia seperti mana kau bahagia sekarang"..aku sambung lagi
"jadi macam mana dengan kau...dengan perasaan dan hati kau"...tanya sue
"itu perkara yang akan ku uruskan kemudian..aku redha dan mungkin ini terbaik juga untuk aku"..jawab ku lagi dan malam itu suasananya memang tak ceria walau petangnya amat ceria....
dan hati ku lagi tak ceria kala melihat sahabat ku turut bersedih dan bagaimana pula nanti mak dan abah aku akan menerimanya nanti....
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
7 hours ago
34 comments:
hak exclusive yg dipertahankan.....
betul..lepaskan orang yang kita sayang...dia pasti bahagia kelak..
redha..
sungguh menyentuh perasaan..
tak sabar nak tunggu ending citer ni.
xsemestinya apa yg kita nak kita dpt wal0pun dah usaha nak pertahankan
langgar aje N...din tu.. senang senang ayat tunang org...
yeh.,.
dosa itu norrdin sebab kaco tunang org doe...
lepaskan orang yg kite sayang memang menyakitkan tapi nak buat cam ne kan
huhu.. cepatlah abis kan cerita, tak sabar nak tahu apa penghujungnya.
* tapi sue tu kwn yg baikkan? pandai dia nak korek rahsia, dia pelawa ajak makan la, bg umpan anak dia rindu kat mamai la..x delah main terjah je..
Sharifah Abu Salem pun nangis baca novel siri ni...
lepaskan org yg kite syg n kalo die kembali blk pde kite die adlh hak kite.. tp tu lah org kte cinta perlukan pengorbanan dan cinta juga xsemestinya memiliki...
salam..bro mamai,
cerita yg saya tak sabar-sabar nak tau apa kesudahan cete ni.
bro...buat novel la..
tq singgah anaklaut
kebahgiaan perlukan pengorbanan,
tapi pengorbanan belum tentu nak kebahagiaan tuh,,,
huhuhuuhuhuuu..
cinta yang menusuk jantung hati ...
begini ceritanyer yer bro ??
take care..
lebih baik lepaskan dari hati dia tidak bersama kita.
Sekali kau kene sekolah ngan Sue dan kawan kau tu. Aku setuju dengan apa yang mereka cakap tu tapi dalam masa yang sama tak sanggup nak terima N yang tak setia...Eh, ni bukan cerita aku...hahaha...over sudaaaa...
Sambung Mamai...hehehe
huhuhuhu..
nie rekaan ke betul2?
betul..kalu syg, lepaskan...
tu yg terbaik..
=)
bercinta tak semestinya harus memiliki..
huhuu....kembara seniman jalanan
itu sebab kita tak ditunjukkan takdir kita....
kalau kau tahu takdir kau akan begitu...adakah kau akan menerimanya?
ingat hepi ending...
melepaskan org yg kita syg mmg sakit tapi itu lebih baik.
erm
biarkanlah dia pergi..
kebahagian dia..
kebahagian kita jugak kan?
eh,
betul ke kita bahagia?
akudo:
dah tak exclusive lagi nie
lumut:
ya kita perlu melepaskan dan redha hati kita pasti tenang biar terluka
fadzilah:
citer nie dah habis cuma lom tamat ajer
sha:
tak apa sekurang-kurangnya kita tahu kita dah berusaha
anoy:
tak baik camtu...
azzalina:
dia sudah aku maafkan..tak baik tak maafkan orang
cik skaf:
ya sue kawan yang baik lagi memahami
che la:
saper tu...sharifah abu salem..maaf aku benar-benar tak tahu
cinta lea Ixora:
andai dia kembali...
anak laut:
his novel tak mampu lagi rasanya
kimisai:
ya kita perlu berkorban tapi jgn sampai terkorban
fia:
sekadar kenangan
sItEDI:
kalau dah utih pasti kau tak sanggup lepaskan betul tak
sulela:
N kawan lama kami dan aku tetap angap dia sebagai kawan
mis Siv:
ianya hanya sebuah kenangan
abgbro:
tapi ini dah lama jalan dah ahaks
chipsmore:
ya cinta tak semestinya bersatukan
patungcenda:
sukar juga buat kita untuk buat keputusan
bias:
happy la..
nape rse ending kawen ngan N gak..isk...tak sabar la.
salam.. wah mabam baca cite cerpen lak .. rasa terharu
Wah, sudah sampai penghujung novel raja cinta ni. Novel kisah benar. Tak sabar aku nak baca. Mungkin nanti leh timbul idea dari entry ko ni bro. Salam merdeka buat kau.
salam.bro mamai,
saya pun sama, kalau member sedih kita pun turut sama sedih..baru sahabt sejati namanya..
N?
SH aku tau laaa... kekekkeek
tak apa
sekarang pun ko dah kawen dengan jodoh ko kan
lg hepi
chenta tak semestinyer bersatewww bro..
lumut:
endingnyakan dah ada pada episod awalnya...satu ketika dulu yang ini cerita menuju ke ending ajer
maiyah:
kira cerpen la nie citer ni dah ada banyak siri...ini dah nak ujungnya
grunge:
rasanya dah nal abis nie kot ending pun kau orang dah taukan
salam merdeka juga buat ko
anak laut:
sahabat sejati..tempat kita berkongsi masalah
sojar tanpa c4:
SH akan aku ceritakan kemudian...itu petualang akan ku dedahkan hahahaha
monkey d lufy:
ya aku happy sekarang
en.me:
setuju....
Sharifah tu penulis novel cinta yang terkenal, dah berpuluh novel dia,antaranya dah difilem dan didramakan seperti Janji Diana, Sembilu, Salam Taj Mahal,tu dah lama,sekarang drama tengah shooting Cinta Bunian bulan 9 atau 10 ni keluar tv, tengah gigih tulis sekarang 20 episod Nenek Kebayan untuk tv3.
aku rasa, ko kawen dengan 'cinta lakonan' kau tu... kan? :-)
salam...
bro...tq singgah anaklaut.
doa tu leh guna pada yg telah kwin pun.
huhu..bila nk abis ni..gelojoh giler nk tau
Kau mmg tergolong dlm org yg kuat & tabah!
aku akan mengikuti episod seterusnyaaa.....
:(
Post a Comment