Saturday, September 5, 2009

Menanti Saladin

beribu tahun kau telah pergi
membawa bersama sejarah pahlawan
meninggalkan nama digeruni
namun hormat kau perolehi
biar kawan mahupun lawan

di sebalik ke ketegasan mu
tersimpan seribu kelembutan
bersama amarah mu
kau sertakan kemaafan
buat kawan mahupun lawan

datang mu membawa kebebasan
datang mu memberi pedoman
pergimu mu dengan ketakwaan
pergimu bersama tangisan
dari kawan mahupun lawan

hari ini aku menanti
adakah Saladin muncul kembali
membawa kegemilangan yang hilang
memimpin panji-panji kebenaran
bersama kawan mahupun lawan



...Yusuf bin Ayyub (1137-1193)...

17 comments:

bias® said...

penantian satu penyeksaan.

azzaliena suziantie said...

mcm kurma yusuf taiyob ;p

datang mu membawa kebebasan
datang mu memberi pedoman
pergimu mu dengan ketakwaan
pergimu bersama tangisan

ayat nih best woo

sharamli said...

tunggu selagi b0leh tunggu

sI tEDI said...

masih adakah saladin di zaman ini? yang sanggup berjuang?

abgBro said...

shah alam panas pgi tadi...

geng kapla lembu vs kjaan negeri sgor

mamai said...

bias:
tapi penantian itu juga indah

azzlina:
tu dah jadi taukey kurma...

sha:
aku takut pergi dulu sebelum saladin muncul

sItEDI:
aku akan terus mencari dan menanti

abgBRO:
aku tengok berita tadi si otak lembu tu wah bukan main samseng lagi..piraa dia.

nak bina kuil marah tapi masjid depan rumah kosong

Solehah said...

semoga sedikit hari lagi penantian akan berakhir.

maiyah said...

salam.. tiada lg penantian pdku cewahh!.. madah lak.. kang nganga kang hehe

J@J@ / Bini The Rock said...

aku suka ayat ni :-

"di sebalik ke ketegasan mu
tersimpan seribu kelembutan
bersama amarah mu
kau sertakan kemaafan
buat kawan mahupun lawan"

tp aku x tau kenapa aku suka!

mamai said...

soleha:
sidikit hari itu bila yer...

maiyah:
pasti ada pada setiap orang

jaja:
aku pun tak tahu kenapa

anaklaut said...

salam...bro.


best entri ni....pasti saladin akan tiba juga nanti..:)

mEiZ SHA said...

penantian saya bertahun itu indah bro...:)


syukur penantian dengan kesabaran memberi imbuhan..;)

~~~ kay ~~~ said...

patah tumbuh
hilang berganti
walaupun tidak sama...

en_me said...

doa dan tunggu jerr..

mamai said...

anaklaut:
mungkin tapi kita tak tahu bila

miez sha:
ya berkat kesabaran segala penantian pasti membuahkan hasil

kay:
yang menganti nanti mungkin lebih baik

en.me:
aku akan terus berdoa dan menuggu biar seribu tahun lagi

cookie devine said...

penunggu yg setia.

Sulela said...

Dia akan muncul nanti...kot...