sejak aku jumpa sue dan kawan aku tu masa berbuka pusa di rumah mereka tempoh hari, aku rasa macam dah tak ada privacy lagi ramai kawan yang call rumah dan juga call HP aku. Mereka ingin mendapatkan kepastian benarkah aku dan N sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. cuma mak, abah dan adik beradik aku saja yang belum tahu sedangkan kawan-kawan dah ramai yang tahu. mereka call kerana tak percaya dengan apa yang berlaku antara aku dan N kerana aku adalah raja cinta dahulu. Malah ada juga yang suka dengan apa yang berlaku sebab itu yang mereka mahu sejak dulu dan mereka puas bila perkara itu berlaku. cuma aku masih terasa kesal dengan N kenapa mesti terlalu awal di hebahkan perkara itu. menggapa tak tunggu seperti mana yang aku pinta dulu.
dan dalam banyak-banyak call itu ada satu call yang buat aku terharu bila dia juga kawan ku semasa di U. amat sedih dengan apa yang berlaku dan untuk menghilangkan sedih ku dia sanggup menjadi pengganti agar aku tidak sunyi.
Maafkan aku kawan bukan aku tak sudi, tapi aku tak mahu ada hati yang kecewa lagi nanti. aku tahu ada orang yang lebih menyangi kamu dan aku juga tak mahu menyakiti hati kawan ku. sudah lama dia cuba merapati mu tapi kamu seperti tidak tahu, kini kau sudah tahu jadi terimalah dia kerana aku masih mampu menjaga diri ku.
sebulan berpuasa amat cepat berlalu dan hari yang aku tunggu sampai juga. aku sudah nekad apa yang jadi pada hari itu aku akan terima. Pagi itu selepas balik dari sembahyang raya seperti biasa keluarga ku akan berkumpul dahulu dan saling memohan kemaafan didahulukan dengan mak dan abah dan dituruti abang dan kakak. seperti bisa kalau pagi raya minta maaf tak sah kalau tak ada air mata dan tak terkecuali aku pada pagi tu. tak pernah aku mengalirkan air mata pada pagi raya tapi hari itu amat lain. aku menangis tika minta ampun daari mak dan abah. semua orang jadi hairan bila aku menangis biasanya yang menangis pagi raya akak, adik dan kakak ipar ku sajer. yang laki-laki semua kedekut air mata.
"mak, kak long, kak teh, kak num ( aka ipar ku ) dan siti ( adik aku ) semua tolong masuk bilik kejap...ada benda aman nak cakap"...aku beri arahan selepas sesi bermaafan selesai.
"apahal lak nak masuk bilik nie..orang nak pie beraya kat umah nek la"...kak teh si lawyer bersuara.
"ala masuk ajer la...kejap ajer ada benda aman nak cakap nie..penting untuk masa depan"...balas ku
"dah cepat la masuk kang lambat nak pie beraya nie"...aku mengesa mereka semua..sambil aku bergerak masuk bilik di ikuti mak dan adik-beradik perempuan aku. saja aku tak ajak yang lelaki buang masa sebab aku dah tahu jawapan mereka.
"ha..cakap la cepat kita orang semua dah ada dalam bilik nie..apa yang penting sangat"..sergah kak long aku.
"..sabar yer semua daha adakan okay pertama sekali semua orang kena tarik nafas panjang-panjang." sambil aku mengayakannya
" bengong bandak nie...cepat la cakap orang dah kebulur la nak makan ketupat"...sampuk adik ku yang bongsu yang cuma beza setahun dari aku usianya.
"..okay semua orang dengar sini aman tak jadi kawin ujung tahun ini"..aku bersuara dengan lemah tapi tapi yakin.
"..apa kau cakap tak jadi kawin kenapa"..tanya kak long.
"..apasal lak tak jadi kawain kau tak ada duit ker atau ada hal lain...N tahu tak"..tanya si lawyer.
"...eh kau nie biar betul raman..jangan nak main-main dah tak lama lagi tau...apasal kau nie."...mak bersuara cemas dan semua soalan tu di tanya serentak
"..mak tadi aman dah minta ampun dan aman dan minta maaf kau kau orag semua..sekali lagi aman nak minta maaf." aku menarik nafas dalam-dalam dan suasana dalam bilik cemas seketika
"...aman dan N dan putus tunang.." aku jelaskan fuhh terasa lega rasanya bila dapat luahkan semuanya.
" kau dah gila ker apa nie raman...bila kau buat keputusan nie, kenapa tak beritahu mak, kau jangan buat macam nie raman"...dan serentak dengan itu satu tamparan hinggap ke badan aku. seperti ku duga mak tak akan dapat terima ini
"..nie mesti kau dah buat salah dengan N patut la dia tak telepon dan tak datang sini sebulan puasa hari tu...kau nie memang tak gunalah raman"...mak dah mula menangis dan tak cukup lagi dengan tu mak lepaskan geram pada aku...aku cuma mampu menahan pukulan mak dan aku redha semua itu.
"..cakap raman kenapa kau buat macam nie...mak malulah dengan orang kampung..semua orang dah tahu kau tu nak kawin ujung tahun nie...kenapa kau buat mak macam nie.." mak masih belum puas kali nie kaki mak pula yang singgah kat badan aku. dan satu ketika aku hanya mampu bertahan di balik pintu. tanggisan mak semakin kuat. menyababkan abang aku di luar masuk ke bilik. aku pandang abang sulung aku sambil mengelengkan kepala. abang aku tak jadi masuk syukur di faham masa itu.
"cakap dengan mak siapa budak yang kau selalu telefon tiap-tiap malam tu..nie mesti pasal diakan..yang kau layan budak tu kenapa kan kau dah jadi tunang si N..."leter mak bersama dengan air mata dan tangannya yang tak berhenti mencubit dan memukul aku.
"kenapa kau tak cakap dengan kak teh...kenapa kau tak beritahu kita orang awal-awal pasal nie...hey bodoh la kau nie"...si lawyer menyampuk manakala kak long dan kakak ipar aku hanya diam.
"sudahlah tu mak jangan la pukul abang andak lagi..bukan abang andak yang salah, tapi kak N yang salah..siti dah tahu semuanya lama dah..." adik bungsu ku mencelah dan aku terperanjat bila dia cakap dia dah tahu..habis rancangan aku kalau betul dia tahu.
"siti selalu nampak kak N kat KL dengan orang lain dan kawan-kawan dah cakap kat siti yang kak N dan abang andak dah tak ada apa-apa lagi...dia orang cakap yang kak N minta putus"...sah memang adik aku tu dah tahu macam mana aku boleh lupa yang adik aku juga satu U dengan aku dan kawan-kawan dia tu dah macam kawan aku juga dan lebih malang diakan roomate sue dulu....
keadaan jadi bertambah tegang bila kak teh pulak marah kat adik aku pasal tak beritahu apa yang dia tahu. ciss atas kebodohan aku benda mudah jadi bertambah kusut. dengan berat hati aku menjelaskan apa sebenarnya berlaku dan kenapa aku buat begitu. Kak teh orang paling tak setuju dengan cara aku pada dia "yang salah tetap salah"..aku faham sebab dia lawyer.
tapi aku bukan begitu..pasti ada sebab orang buat salah dan adakalanya bukan itu yang mereka mahu. wahai kakak ku tahukah kau memaafkan itu lebih mulia dari menghukum, ya memang aku salah tidak beritahu perkara sebenar tapi tahukah kau andai perkara sebenar itu di ketahui pasti akan memberi banyak tanggapan serong ke atas dia. dan dia seorang wanita sudah pasti akan lebih banyak menerima cemuhan berbanding aku lelaki. lumrah bagi lelaki kalau memutuskan hubungan tapi satu kejengkelan andai perempuan yang berbuat begitu pasti mak dan ayah dia menanggung lebih malunya nanti.
seperti ku duga mak dan kakak aku sukar untuk merima kenyataan dan lebih sukar lagi untuk mereka menerima N. marah mak pada N sehingga ke hari ini cuma sudah berkuranggan harap dia sudah memaafkan N.
untuk tidak menghampakan hajat mak melihat satu majlis kenduri kawin tahun itu. adik aku dengan suka rela jadi ganti lagipun dia dah ada calonya juga dari U dulu. untung la dia dapat guna semua barang-barang aku tu..tapi tak apa itu sebagai hadiah dari ku.
sedar tak sedar aku dah lama dalam kereta aku dan pada hari itu aku melangkah lemah menuju ke majlis persandingan itu. sungguh berseri ku lihat sepasang mempelai di atas pelamin duduk bersanding dan hati menjadi sayu bila warna baju pengantin itu sama warna yang aku rancang dahulu. ya warna light purpple idaman ku berserta songket emas memang nampak menawan raja sehari itu, sedang raja cinta melangkah tewas.
"man..N minta restu dari Man..doakan agar kami bahagia"...pinta pasangan raja sehari itu
"...bukan restu aku yang harus kau pinta..tapi restu dari ibu dan ayah..mereka lebih layak merestu kamu berdua"..balas ku.
"man...maafkan segala kesalahan kami ke atas kau"...pinta sang raja dari ku.
"kawan kamu tiada buat apa-apa kesalahan dengan ku dan tiada apa hendak aku maafkan kalau ada sekali pun dah lama aku maafkan"...balas ku sesungguhnya tiada benci di hati ku ini.
hari itu berlalu dengan cerah dan ceria dan si raja cinta melangkah pulang dengan longlai tewas di medan cinta. dan di pujuk hati yang lara melangkah bersama sejemput kasih, seuncang rindu, sebekas sayang dan sebeban duka berbalut nestapa.....selebihnya telah ditinggalkan pada cinta yang telah di pulangkan
tamat....
hey si raja cinta apakah kau sudah benar tewas....
PROSEDUR PENGESAHAN LAFAZ CERAI
6 hours ago
45 comments:
sadis..
kalo nur kan bro, nur geram.
tapi apa ubatnya bro begitu mudah utk memaafkan..
bagi petua kat nur agar nur bisa memaafkan....
dan dia seorang wanita sudah pasti akan lebih banyak menerima cemuhan berbanding aku lelaki. lumrah bagi lelaki kalau memutuskan hubungan tapi satu kejengkelan andai perempuan yang berbuat begitu pasti mak dan ayah dia menanggung lebih malunya nanti.
"si raja cinta,sungguh tulus dan murni cinta kau buat si gadis itu,berbanggalah kerana pengorbanan kau telah membuatkan insan yang kau sayang bahagia hari ini..."
luv ue story pakcik...
betul2 bagi aku kekuatan..
salut kat kau pakcik sbb sgt ikhlas slm menyayangi seorang wanita.....
tlg la sambung crite neh smp pakcik jmpe isteri pakcik plak..isk...sambunglah..plis.
wah!
ending yg begitu macho padaku.
huu
eh,
mana bleh raja cinta tewas dlm cinta utk slamanya.
kamu x tewas lg kan?
:)
cam x tamat lgik je nih...
huwaaaaaaa... cite dah abih.. sedeyy
nanti sambung part 2 ya.
adesss..kecian.smpikn mak guna kaki lak..huhuhu...
ala pak cik.. sdih la citer ni... dah la tgh dgr lagu jiwang ni...
so habis la part pasal N kan...
bila nk masuk part wife pakcik skrg.. tak sabo den ni.,,
nur:
ubatnya hati yang tabah
lumut;
hiss kena sambung lagi ker..nanti ada citer kejam
miss gaza:
kalau raja cinta tewas...taka ada la penyambungnya hahhahah
sha:
udah habis la tu...
che la:
part 2 kena tunggu
penulis:
terima kasih singgah...orang tua kalau dah marah memang macam tu
cahaya chenta:
dah abis part N cuma tinggal dalam kenangan...yang part wife tu hehehe malu
besar btol pengorbanan ko nih mamai..
pape pon tahniah.
ko ade hati yg sgt besar.
cte r lak cane ko jumpe cinta baru.
nk gak amek tips.
kami pon insan2 yg keciwa gak.huhu..
p/s:dak kechik tu,anak ko ke??cumel..
hebatlah mamai ni...
boleh sabar je ngan apa yg N tu buat..kalau saya la, tak ingin pg kenduri kawinnya.
tiba2 teringat lagu pelamin anganku musnah..:)
dosa kawan mu itu rampas tunangan orang..
wa bengang gile2 ngn N tuh
terasa amca ada sequel jek nie?
menyintai bukan bermakna kita akan memiliki, sebab kita tak tahu siapa jodoh kita...
tapi bro memang kuat semangat sebab masih mampu pergi majlis N
dan allah telah gantikan yang lebih baik dari N kan...
kau tahu aku memang tak setuju dengan kau dalam hal ni....
aku setuju dgn lawyer tu...yang salah tetap salah...
takut N dipandang serong?...tapi dia memang serong...
kau tak fikir ke...kalau tidak, kawan kau yang kau suruh berlakun jadi gf kau tu yang dipandang serong...padahal dia tak bersalah pun...mungkin kau kisah kalau dia yang pandang serong...asal N tetap nampak baik...huhuhu
en.beskot:
bukan pengorbanan satu pertolongan ajer
ya itu anak aku no 2..thank you
fadizah:
mengapa harus marah kalu itu memang bukan milik kita
azzalina:
jgn marah pada N dia hanya
melakukan kesilapan seperti kita juga
patungcendana:
aku tahu kau memang tak setuju tapi macam aku kata ada sebabnya orang melakukan kesilapan.
btw pasal Ina yang berlakun tu tak ada siapa yang tahu kecuali aku dan mak aku ajer dan aku dah jelaskan...
dan dia sudah pun berkahwin dengan tunang dia masa dia berlakun tu..
bias:
huhu macam nak kena buat ajer
ber_uwang:
jika Dia sudah takdirkan aku terima
Tamat... mungkin penamat yg terbaik. Allah beri petunjuk. Mungkin dia bukan yang sesuai untuk kita.
mungkin dia bahagia arini je bro..:)
jgn jd cam member aku..kawen tp sampai arini sebok daok msg dok call ex dia nie lagi...
itu ke bahagia yg dia cari?
better let it go skang kan..dari menyesal di kemudian hari...
berat mata memandang berat lg bahu yg pikul kan?
:)
ko lelaki..kena kuat semangat...;p
"lumrah bagi lelaki kalau memutuskan hubungan tapi satu kejengkelan andai perempuan yang berbuat begitu pasti mak dan ayah dia menanggung lebih malunya nanti."
ni aku x setuju sgt
x kire laki atau perempuan, masing2 ada mak ayah yg akan malu..jdnyer pk sebelom buat...bkn bile perempuan dia malu lebih..sbb aku pompuan gak!!aku x suke pompuan cam nie..
yg terang lg bersuluh!!
dah sah2 salah dia..
salam.. best life story nih, bleh wat novel.. wah.. menarik nih.. yelah story ngan isteri camna lak
Yes! akhirnya tau juga kesudahan cite, punyalah saya tertunggu2 bila cite nak disambung.. akhirnya mlm ni dapat juga tau..
Salute kt awaklah en mamai, tiada dendam tiada marah di hati walaupun org tersayang mengkhianati cinta. Emm ini baru betul, pencinta sejati... :)
InsyaAlah, segala kelukaan yg diterima, Allah gantikan dgn bahagia yg melimpah ..
da x ada jodh..huhu~
eny bila la nk jumpa jodoh..
slalu tewas=(
aku mmg pencinta wanita.eh silap, aku mmg pencinta lelaki.
part ko gn N dh abis kan....mesti ada part gn P, H ke R ke...hehhe...
a'way....ko kwin dulu ke..N yg kwin dulu?
hati yg tabah..
huhu...
perlu tabah..
sedih, terharu, kesian.....
itu yg aku dpt ulaskan cerita kau ni.
spt mana cerita Hindustan, pasti Hero nya x akan mati..dan ending nya jua amat membahagiakan...
so, aku suggestkan..ko smbg la cerita ni smpi Raja Cinta menemui kebahagiaan dlm kehidupannya!!
aku rasa blm habis lg cerita ni..Nur Kasih pon msh berjalan lg ceritanya..keh3...
**pesal tetiba masuk cerita Nur Kasih nie??
salam bro...
kini baru hang tau apa hikmah nya tak jadi kawen dgn N kan...kan..
ni btoi2 tamat ke ada samb lg...ekkekeke
fight!!
fight!!!
fight!!!!
tewas bukan beerti gagal bro..
re:kalau mau jenguk ladang aku..email sajer ok...nnt aku arramge kn...
hihi
menitis air mateku bce citer nie... hukhuk... kamu begitu kuat dan tabah... sggp lihat si dia kawen lak tu.. kalo sy, xsggp nk tahu pon apetah lg nk tgk...
SItEDI:
segalanya berkemungkinan
miez Sha:
terbaik untuk semua dari ada hat yang terluka di kemudian hari
adakalanya kita terleka sehingga kita membuat kesilapan maka kita maafkan
maiyah:
ada saper-saper nak terbitkan citer bodoh nie hehehehe...
citer ngan wife yer malu la pulak
cik skaf:
dendam tak bawa kita kemana-mana
jadi baik kita berkawan dari bermusuh
eny:
dah cuba mencari tak..tewas sekali kita cuba lagi
cookie devine:
dah ada calon ker kalau tak aku tolong carikan
intan:
yang lain-lain tu akan menyusul kemudian
nur:
ya kena tabah dan kita harus memaafkan jgn ada benci dan dendam
jaja:
hero hidustan menang saat akhir nie hero melayu kalah saat akhir hehehe
abg bro:
abis dah bahagian ini kalau ada masa sambung bahagian lain lak...aku nak follow kat bagan pinang pulak
@tune:
kalau ikut hati masa atas pelamin kau nak rampas hehehehe tapi nak wat apakan..
okay nanti aku roger kau yer
cinta lea Ixora:
kalau dah bkan jodoh apa guna kita akesalkan betul tak
Berundur bukan bererti tewas. Boleh mara kembali, kan!
mungkin Dia akan gantikan dgn yang lebih baik lagi dari dia ...!
part tu yg payah bro..
utk memaafkan..
urmm..
xpee ley tmbah rencah hidup pakcik..
sekrang pkcik bahgiakan dngn hidup
precious:
akan terus mara demi masa depan
al lavendari:
ia sudah di ganti dengan yang baik juga
nur:
memaafkan perlukan keikhlasan dan kita belajar memaafkan
niena:
pakcik semestiny bahagia dengan hidup ini
precious:
akan terus mara demi masa depan
al lavendari:
ia sudah di ganti dengan yang baik juga
nur:
memaafkan perlukan keikhlasan dan kita belajar memaafkan
niena:
pakcik semestiny bahagia dengan hidup ini
tak ikhlas lagi utk memaafkan...
jahatnya nur kan?
tamparan hebat bagi pasangan bercinta = perpisahan.
sengal la gurl tu...hurm..tak de jodoh nak wat cane.
xper... Allah nak uji hamba die sebelum die bg sesuatu yg lg bernilai... xperlu dikesalkan sebab Allah tahu ape yg terbaik utk hambanya dan ape yg die bg pade kite adalah yg terbaik... ;)
wahhhh...hebat!
gaya penulisan yg cukup menarik...
utk itu TAHNIAH.
(^_^)
nur:
tak jahat cuma berkecil hati ajer tu..mungkin satu hari nanti akan sedia memaafkan
si lampu neon:
itukan cabaran dalam bercinta..pasti akan ada kesilapan
cinta lea exora:
dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita jadi tak perlu dikesalkan
kay:
okay dah boleh buat novel la nie yer hahahahaha
dah ckp dulu lagik...
tengok WL sdg mengorak langkah ke mercu jaya, insyaallah.
buat apa nak pendam bakat yg ada, tidak semua org dianugerah bakat menulis.
(^_^)
gila tabah encek mamai...
siyes...
aduhai...
mcm2 dugaan atas muka bumi ni...
kuat n tak je nk hadapi...
hmmm~
sedihnye ...
tabah gle..
klu sizuka...
nth le...
xmungkin leh g kenduri kawen..
huk3..sgt2 tabah..
waaaa
Uikkk...mana ada tamat lagi, Mamai. Kau tak ceritapun pasal chenta yang sekarang neh...hehehehe
Aku macam mak kau. Bila orang dah buat camtu, amat sukar untuk aku maafkan...Kau memang penyabar la Mamai...
Sambung la ngan cite cinta sekarang neh, takleh ye? harharhar
kay:
kena cuba juga nie
sihasu87:
kita kena tabah hadapi dugaan terima kasih singgah
sizuka Chan:
wehh makan free tu mana boleh tak pergi
sulela:
aiks yang sekarang nie pun nak kena citer juga ker
sambunglah crite ni mamai....
ek..ekk..ekk..
lumut tggu ni.
Post a Comment