Wednesday, September 2, 2009

dalam kepala mu itu ada otak lembu



dalam kepala mu itu ada otak lembu, apa bezanya antara kamu dan mereka andai ini caranya kamu menyuarakan perasaan kamu. tahukah kamu bahawa agama mu tidak mengajar kamu melayan agama lain sedemikian rupa malah agama mu itu mengajar agar menghormati agama kaum lain. kenapa..itu kerana agama kamu itu suci dan benar tapi kamu telah mencemar kesucian agama kamu itu.

sekarang apa bezanya kamu dengan mereka, kamu marah bila mereka mencaci agama kamu..hakikatnya kamu serupa dengan mereka sebenarnya. agama kamu menyuruh kamu agar mengajar mereka dengan harapan agar terbuka hati mereka mengikuti agama mu. tapi nampaknya kamu yang mengikuti cara agama dan budaya mereka.....hmmm kesian kamu.

kamu malu kerana ada rumah berhala mereka yang akan di bina di sana, tapi kamu tak malu bila terlalu banyak masjid yang di bina dengan tiang berhias seribu, berkilau cantik dan megah di mata dunia tapi jemaahnya hanya satu....

kamu tak malu bila anak bangsa mu berpelisiran di taman bunga dan sibuk bercumbu, kamu tak malu bila anak dara kamu berbaju tapi nampak bulu. kamu tak malu bila anak lelaki mu berseluar tapi terkeluar anunya. kamu tak malu bila isteri kamu bertudung tapi terserlah punggungnya...

kenapa kamu malu untuk menegur mereka, kenapa kamu tak berdemo di depan mereka. kenapa kamu tak pijak kepala mereka, kenapa...ya kerana kamu tak malu akan itu.

kenapa kamu tidak hormat mereka sebagaimana kamu minta mereka hormat kamu...


p/s maaf kalau ada yang rasa terganggu tapi inilah hakikat kita ingin di hormati tapi tidak mahu menghormati.

34 comments:

lumut said...

dungu mereka itu...kesian.

IkanMasin90(IM90) said...

kureng doe pijak lembu suke2 ati

sharamli said...

manusia mmg mcm tu..

Cik Cookie said...

sedang mencari lembu utk raya haji nnt.

GRuNGe said...

Apabila fikiran jumud, maka terjadilah perkara-perkara sebegini.

Maiyah said...

salam.. bila manusia dalam pemikiran yg diluar batasan.. camtu ler jadi

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum.
Ramadhan Kareem.

kebodohan begini akan menyusahkan usaha2 utk membuktikan Islam itu agama kasih syg.

patungcendana said...

ya...perlu menghormati jika mahu dihormati...

re:...silver bullet masih dalam genggaman aku...huhuhu

AiE bAhRi said...

Itulah lumrah manusia.Mahu dihormati tetapi diri sendiri tak menghormati orang lain.

AiE bAhRi said...

itulah lumrah manusia.Mahu dihormati tetapi diri sendiri tak menghormati orang lain.

DaliaLiyana said...

kalau dalia...dalia akan hormat ngn sape reti nak hormat je..yang tak tu..babai...
out of topic--->nnt dalia bunje pakcik ayaq kosong na....hahaha...
slaam ramdhan...

LaraSuffi said...

salam bro mamai..

teringat pula fia cerita ayat-ayatcinta..

hmmm yela..

ISLAM mengajar kite berbaik sesama manusia.

even dengan binatang sekalipun..

ISLAM bukan paksaan..

Kay said...

"kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak ampak"...

(^_^)

mamai said...

lumut:
kesian kat mereka kan...

azzalina:
bukan suka hati tu tapi tak ada hati perut

sha:
ya mereka mmg begitu

cookie devine:
nak lembu korban banyak...

grunge:
kurang guna akal tu

maiyah:
terlebih dari batas tu namanya

yusuf:
ya saya bersetuju dengan anda...bagaiman kita hendak mengembangkan agama kalau begini caranya

patungcendana:
aku akan lebih menghormati kali ini..

simpan silver bullet untuk last shot

aie:
itu namanya sombong bodoh

dalia:
ya kita hormat pada yang hormat tapi memaafkan pada yang kurang..

air kosong perasa oren ada tak

fia:
islamajar kita agar kita lebih menyangi dan menghormati sesama mahluk

kay:

gajah depan mata susah nak nampak pasal tak pakai cermin mata...

abgBro said...

mamai..hang nak kenai, itu lah lembu jadi-jadian nak tunjuk hero, pijak kapla lembu ori...hah molek la tuu lembu..haha

Precious said...

Isu sensitip nih! Tapi dunia kita memang tengah nazak, kan!

anaklaut said...

salam...

memang sedih apa yg berlaku..mungkin ada tangan-tangan ghaib di sebalik semua ni bro..

Unknown said...

kalo nak di hormati, kena la belajar menghormati org lain dulu kan...

*kesian lembu tu kena pijak*

mamai said...

abgbro:
teringat pulak kat lembu korban yang 80 ekor tu

precious:
dah nak ujung-ujung dah nie

anal laut:
mungkin juga ada yang tukang jadi dalangnya...

Beruwang said...

bila bertindak mengikut emosi, akal fikiran dah tak berguna lagi...

jadi sama lah dengan yang jalan empat kaki serta punya ekor...

Basuh Baju said...

mana satu manusia mana satu lebu ek kat dlm gambar tu?

bias® said...

kebenaran itu pahit bukan?

Idalara said...

apa salahnya haiwan tu..bila terlalu emo begitulah jadinya..tk memikir perasaan org lain.
Islam menganjurkan berbaik sesama insan tk kira agama dan bangsa.

Idalara said...

p/s anak2 idalara bukan sekolah di seremban tp di bandar baru salak tinggi sepang..di taman seroja.tempat tinggal idalara..tq

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

dunia dlm ada mcm2 cerita...

al-lavendari said...

tepat dan panasss ... memang mereka telah tersilap memilih cara untuk menunjuk rasa. Setuju 100% !

Anonymous said...

Ape perasaan 'kamu' jika kaum yg mengagung2kan lembu itu sbgai 'binatang suci'...memijak kitab suci al-Quran 'kamu'???

Klu tak mahu 'mereka' buat 'kamu' begitu, 'kamu' kena hormat pd agama 'mereka'.

**harapan & doa aku..jgn lah jadi spt di India, yg bakar Al-Quran sesuka hati...Nauzubillah!

Sulela said...

Ntah pape la dorang tu. Pening fikir pasal perangai orang ni sebenarnya. Islam tak ajar kita buat camtu. Secara tak langsung aku setuju sesangat dengan apa yang ko katakan dalam entry ko kali neh. Akhir zaman...masjid sikit punya cantik de. Kos nak buat juta-juta tapi orang yang solat lak takde...huhuhuu. Kesian si lembu...

Rozita said...

ye..mereka semua mamai..
apa org lain buat mereka nampak..depan mata sendiri, buat2 tak nampak

mamai said...

ber_uwang:
mereka harus di tukar jadi itu lembu

basuh baju:
aku ingat itu tuan lembu la...

bias:
pahit bak hempedu...tapi yang pahit itu ubat

idalara:
itu yang islam pinta tapi lain pula kita amalkan..

o sekolah kat slak tinggi ingat kat seremban

akupentoi:
cerita dongeng sang kelembai

al-lavendari:
aku harap mereka mohon maaf

jaja:
ya aku juga tak mahu itu berlaku

sulela:
masjid cantik tapi tak boleh nak buat sembahyang jumaat jemaah tak cukup

rozita:
harap merela lebih celik di kemudian hari

@tune® said...

itulah kehidupan...

xfaham kenapa ade perasaan sebegitu.walhal..smua orang hya hamba di bumi ini

INTAN said...

aku x perasan gambo tu...jap aku tgok balik

Anonymous said...

ulasan isu yang bagus.dlm kepalanya ada otal lembu..phrase yg terbaik!!

mamai aku link blog kau kat blog aku k..

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

ilmu tanpa amal sia2..
amal tanpa ilmu gila..

depa tu kategori mana ek..