Thursday, July 30, 2009

aku masih melayu

pagi semalam sebelum aku pie audit supplier aku pie BF tempat biasa macam selalu yang tak jauh dari opis aku. oleh kerana lewat keluar sikit maka semua table dah penuh kecuali ada satu table yang cuma ada seorang pakcik berbangsa Melayu sedang menikmati sarapannya sambil membaca surat khabar.

"pakcik boleh saya duduk" aku minta izin sambil memberi senyuman...hormat la katakan aku nie orang melayu yang penuh dengan adap dan sopan.

"ya silakan" kata pakcik itu tanpa membalas senyuman aku...tak apa aku tak minta pun

aku duduk dan buat pesanan seperti biasa roti canai kosong dan teh o...biasa la sarapan rutin orang melayu...

"pakcik selalu minum kat sini ker jarang saya nampak" aku cuba membuka bicara untuk beramah mesra.

"tak, hari ini ajer sebab saya antar anak perempuan saya kerja kat sini tadi" balas pakcik tu sambil terus membaca suratkhabar.

"anak pakcik kerja kat mana sebagai apa" tanya ku lagi menghidupkan suasana

"anak saya kerja kat bangunan tu kat tingkat lima" sambil menunjuk ke arah bangunan tempat di mana aku juga berkerja di situ.

"dia kerja sebagai executive, besar gaji dia kat company tu" ada sedikit rasa bangga dengan kerja anaknya itu.

suasana sunyi seketika, kebetulan pesanan aku sampai dan aku ingin menikmatinya sebelum sejuk.

"makan pakcik" lawa aku masih lagi bersopan dan hormat...aku nikan orang melayu yang penuh dengan sopan santun dan menghormati orang yang lebih tua.

sedang aku menikmati sarapan aku tiba-tiba pakcik yang satu table itu meninggikan suara.

"kau tengok, inilah jadinya bila pembangkang jadi pemerintah semuanya dia nak bagi kat orang cina dan india. dulu PAS perintah Perak bagi tanah dan geran pada orang cina padan muka kena rampas semula dengan BN. nie Penang pulak nak bagi tanah kat orang India senang-senang ajer rang india dan cina dapat tanah. orang melayu apa dapat esok lusa semua tanah jadi orang cina dan india punya". dengan muka tak puas hati pakcik itu mencampak suratkhabar ke atas meja.

"apa salahnya pakcik bagi tanah pada orang cina dan india mereka pun rakyat Malaysia juga macam kita orang melayu. lagi pun tanah tu dia bagi kat orang cina dan india yang miskin ajer" aku menyampuk dengan penuh sopan lagi.

"mana boleh mereka tu keturunan pendatang sekarang nak jadi tuan kat sini. nenek moyang kita kesian bagi tumpang kat sini sekarang mereka dah pandai minta itu dan ini dasar tak sedar diri"...pakcik tu masih meninggikan suara lagi orang lain cuma memerhatikan kami.

"itu nenek moyang mereka dulu...tapi yang ada sekarang semuanya lahir kat sini bukan kat india atau cina pakcik" jelasku masih kekalkan adap dan sopan orang melayu.

"betul tapi mereka masih lagi keturunan pendatang mereka tak berhak..aku tak suka dengan orang cina dan india nie kau tengok berapa banyak kes rompak dan ah long melibatkan orang cina da india"..marah pakcik tu.. dalam hatiku apa kena menggena pendatang dengan kes rompak dan ah long pulak nie..

"macha, tolong kira semua nie saya bayar pakcik punya sekali ya" aku minta izin sajer nak bagi pakcik tu sejuk hati kalau tak aku pulak yang hangat hati..

"terima kasih belanja pakcik" pakcik tu senyum bila aku belanja dia...

"tak apa pakcik tak payah terima kasih kat saya, tapi pakcik boleh berterima kasih kat tokey cina yang bayar gaji saya dan anak pakcik yang bergaji besar tu"...aku minta diri untuk teruskan tugas aku...

"pakcik kenapa tak marah dekat orang melayu dan nenek moyang kita yang jual tanah kat orang cina dan india dulu"......sempat aku berkata sebelum berlalu pergi...dalam hati berkata "aku masih melayu kalau aku orang lain dah lama gigi palsu pakcik tu tanggal"..


pada aku melayu,cina dan india atau bangsa lain selagi dia menetap di Malaysia dan lahir di Malaysia mereka berhak dapat hak yang sama....salah ker kita menghormati antara satu sama lain dengan tidak ada perasaan prejudis

26 comments:

Beruwang said...

ye sokong .. sebab aruah mak anak cina so aku pun keturunan cina juga. aku mungkin dapat tanah kubur aje kot

LaraSuffi said...

'Assalamualaikum pembuka becira..

Apa khabar hari ni saudara...'

huhu... isu panas neyh..

xtau la nak komen ape..:p

masih x arif lagi bab2 politik nie..

huhu..

bro mamai thanxx ler slalu jenguk2 blog fia tue...

Kay said...

syabas mamai!
1-malaysia, it seems obvious that many malaysians are not ready to accept the idea...
(aku pun berdarah cina gak...)
hehehehe
(^_^)

myQza said...

ye lah.. kadang2 kita selalu bercakap tanpa berfikir.. hentam sana hentam sini.. bila ada apa2 bantuan... terima... tutup mata hulur tgn..

kalau nak ikutkan hidup kita ni sehari2 lingkungannya.. semua bangsa ada. tp bila nak cakap pasal hak pasal nenek moyang.. lupa semua...

sanggup hentak2 meja kalau tgk org lain maju lebih dr dia.. tp.. org lain berusaha.. dia setakat duduk kedai kopi 24 jam.. x mendatangkan hasil.
tgklah kedai2 kopi siapa yg banyak melangutkat situ...

kau baru belanja pakcik tu minum dah senyum lebih... kalau tak..

eh eh.. jauh dah aku sampai ni..
tp aku tetap org melayu walau ada jawa sikit.. ha ha ha

Anonymous said...

hmmm....

knp kau tak smbung ayat nie:

"Pakcik ni nmpknye sgt benci pada India dan cina..tp pakcik sedar tak, pakcik skrg mkn di warong sapa?"

Kacik Kamarudin said...

Minahku Mari

Minahku mari ke mari,
Ketiakmu berbau kari
campur sekampit bedak wangi.

Tapi aku tak paduli,
Dasarku tolak diskriminasi,
Tak pernah tolak rezeki.

Tak kira gulai atau kari,
Libas jer apa tuhan bagi.

TuYa said...

bro..
kalau dah masuk bab2 perkauman ni..Tuya x leh kata ape dah..
sama mcm ber_uwang..mak Tuya ayahnye cina..
bile dah ke bab politik yang semakin x sihat ni..Tuya kena dok diam..no komen..hehehheehe

bias® said...

true...true...

Idalara said...

kdg2 kita kena berfikiran lebih terbuka..
kadang2 mereka2 itu lebih baik budinya dr bangsa kita sendiri..

mamai said...

ber_uwang:
pasti kau nie hensem yer hehehehe

fia batrisya:
ini bukan pasal politik tapi pasal sikap kita angapan kita terhadap orang lain...

melawat halaman fia menjadi rutin tak jadi masalah pun

kay:
konsep 1Malaysia aku suka harap ianya tak disalah guna

SItEDI:
itulah kelemahan orang kita dibantu salah tak dibantu pun salah

jaja:
aku nak cakap tapi takut lak dia muntah kat situ nanti orang lain plak tak ada selera nak makan

kacik kamarudin:
terima kasih datang ziarah, aku setuju kita tak harus ada sikap diskriminasi tak kira bangsa atau jantina

TUYA:
adakala kita harus bersuara untuk memperkatakan hak kita.

bias:
teruma kasih kerana bersetuju dengan aku

idalara:
mencari orang yang berfikiran terbuka nie yang payah sikit

patungcendana said...

tanpa prejudis...aku suka...:-)

dkama said...

cayalah bro... Nik aziz pesan kalau cina ngan india beriman pada Allah lebih baik dari Melayu yang lupa diri... PEACE... wa sokong lu 100% bro...

aisha said...

btul ckp TED 2..lgpun..hitam ke putih ke coklat ke hijau ke kite sume kn org malaysia...:)

zia said...

tak minat politik la bro..zzzz...

mamai said...

patungcenda:
happy aku blila kau ada disini ya kita belajar supaya tak prejudis

dkama:
itu kerana mereka dengan ikhlas mencari agama

aisha:
yang beza cuma warna darahnya merah tetap sama

zia:
selamat kembali ini bukan pasal politik tapi persepsi kita

zia said...

owhh..hehehe

@tune® said...

kene berbalik pada yang asala...
smua ini bukan milik sesape..
smua yang ada dimuka bumi..milik Penguasa Alam..

so..xyah la nk berebut kn?
kite cuma akan ade 2 batu yang dalam nya 7 kaki...

yg akan mengiringi cuma amalan kite...

INTAN said...

aku no komen...

tp...ada point pakcik tu yg aku sokong n ada jugak point ko yg aku x sokong...

tiap org ada pendapat masing2

noorlara said...

kalau dah jadi buluh memang susah nak dilentur, kena gergaji jek hahahahha

enyheartsdiamond said...

td ustaz ada tny..

kenapa org islam x kaya..

tp org cina kaya..???

jawapan ustaz:sbb islam x menjanjikan kemewahan di dunia...

*uncle..kalo bangsa lain pegang malaysia ney..1 menda dyowang pasti buat ialah..

menghapuskan hak2 org melayu..huhu~

xnak..xnak...

***uncle!!!thx 4 da point!!!point yg ponteng tuh eny sgt setuju!!!!;)

great!!!thx so much!!!;)

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

assalamualaikum bro mamai..
moga sihat2 slalu bro di sana..
lama benorla rasanya ku tak menguutip ilmu kat sini.
alhamdulillah ada kesempatan skarang.
thanx bro sbb rajen mencuci dan mengemas blogku smasa ketiadaanku..
terharu benar ni!
gajinya nnt bro tunggula tauke blogspot ni bagi ya..
hee..


ku xtaw nak komen apa sal isu politik gini.
tapi ku stuju sangatla dgn bro..
xdak gunanya kita ber-diskriminasi2 ssama bangsa.
cina india ni pun makhluk tuhan yg dapat rahmat Dia jugak kat atas bumi ni..


bro,
ku berkawan dengan semua.
bergadoh pon ngan semua gak..
hehe

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

melayu, cina, india, benggali..

bersatu jiwa berkerjasama..

ooo...org kita...khtulistiwa...

hahahahaha....lu nak jadi D.O bro..

Sulela said...

Kau memang besopan santun orangnye...
Masa aku keje dulu, ada la jumpa segelintir orang cina yang fikirannya sama ngan pakcik tu sehingga sewenang-wenangnya menindas kaum lain. Aku kata segelintir tau, bukan semua. Jadi, aku rasa sikap macam ni akan ada dalam diri segelintir orang itu dalam perbezaan bangsa...

p/s: setiap orang ada pendapatnya sendiri, kan?

mamai said...

@tune:
ya akhirnya kita cuma ada batu dan tanah yang dalamnya 6-7 kaki

intan:
aku cuma tak nak berdiskriminasi cuma aku hairan kenapa kita perlu salahkan orang lain atas kesilapan kita sendiri

norlara:
lama tak nampak...ya buluh kalau dah tua di lentur patah

eny:
betul kata ustaz tu tapi kita kena usaha mencari kekayaan tanpa melupakan akhirat...

kita tak perlu salahkan orang lain jika kesilapan kita yang lakukan bila kita sendiri tak merebut hak yang sepatunya untuk kita

no problem just share my oppinion

miss Gaza:
tak jadi masalah saling ziarah menziarahi

akupentoi:
sedang berlating nak jadi DO hahahah

sulela:
setiap orang ada pendapatnya mmg betul aku cuma memberi pandangan aku tanpa menyalahkan orang lain...

Redynne™ said...

hmmmm...

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
kerana sorg je yg b'perangai x cantik, rosak anak cucunya..


*masing2 ada pendapat t'sendiri..kn lela kn? :)

misznarney said...

urm...no comment.