Friday, January 22, 2010

kasih sayang mana taruk

aku pinjam word nie dari brader yang baca puisi masa plore di CM bulan lalu. besar makna word nie pada aku especilly pada team paradoks.

aku dah lama tak baca surat khabar sealiran, tapi entah macam mana pagi ini boleh terbaca pulak surat khabar ini dan aku jadi marah dan sedih dengan berita ini



hati aku jadi sedih dengan makcik ini, aku tak tahu apa masalah yang dia hadapi dengan anaknya. dan apa pula masalah anaknya yang membuatkan dia bertidak sedemikian. walau apa juga masalah yang dihadapi tapi perbuatan anak ini amat aku tak boleh terima.

biar bertapa teruk atau hinanya ibu kita namun mereka masih lagi ibu, ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. ibu yang membesarkan kita dengan kasih dan sayang. ibu yang menghalalkan susu yang kita minum dari badannya ketika kita kelaparan.

ya mungkin kita berkata, bukan kita yang pinta untuk lahir ke dunia ini namun harus kita ingat tiada siapa dapat menentukan apa yang akan terjadi.

jika benar kita tidak minta dilahirkan ke dunia ini, mengapa tidak sahaja kita pisahkan nyawa kita dari jasad.



ini mak aku dan aku sayang mak aku, bila baca berita ini terasa aku ingin balik kampung sekarang juga, aku ingin peluk dan cium mak aku, aku ingin minta ampun dari mak aku atas segala kesalahan aku. kerana aku pernah terasa hati dengan mak masa aku remaja dulu.

aku ingin berterima kasih dengan mak aku, walau aku rasa aku bukan yang terpilih namun aku sedar mungkin itu perasaan aku sahaja dulu. berkat kasih dan didikan mak aku kini mampu berdikari, aku mampu menyara isteri bersama tiga orang anak yang aku kasihi. kini aku faham perasaan menjadi seorang ayah dan aku faham bagaimana menjadi seorang ibu yang sering mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

buat kamu yang bergelar perempuan kala kamu mengahwini seorang lelaki dan bergelar isteri maka terputus la hubungan kamu dengan ibu dan bapa kamu, benar kamu harus mematuhi perintah suami namun tidak bermakna kamu tidak boleh berbakti buat kedua ibu dan bapa kamu.

dan buat kamu yang bergelar lelaki kala kamu mengahwini seorang perempuan dan begelar suami maka bertambahlah tanggungjawab kamu. haruslah kamu ingat tanggungjawab kedua ibu dan bapa isteri kamu adalah di atas bahu kamu terutama bila isteri mu tiada adik beradik lelaki.

buat isteri ku, yang juga bergelar ibu ingin ku ucapkan terima kasih kerana kesabaran dan hormat mu ke atas ibu ku dan kasih sayang mu terhadap anak-anak ku.

buat mereka yang bergelar isteri, terima kasih aku ucapkan kerna kesabaran kamu dlam melayan kerenah mertua mu, harus kamu ingat hormat mereka sama seperti kamu hormat akan kedua ibu dan bapa kamu. dan pasti pengorbanan kamu adalah ganjarannya di kemudian hari...

dan buat lelaki bergelar suami, hormat la isteri kamu sebagaimana kamu menghormati ibu kamu.

35 comments:

enyheartsdiamond said...

saya tade suami lagi :)

patungcendana said...

kejam.

Situasi X said...

anak tak kenang budi tu..

lel said...

hari tu ada kes anak tinggal ayah kat bus stop kan?
haihh macam2 la manusia skrg

Unknown said...

tetibe rase nk balik kg gak jmpe mak..

Anonymous said...

hurm ada baca juga pagi2 tadi!
bagus la baca entry nie xselalu blogwalking tapi xsia2 lah baca banyak iktibar dan nasihat yg patut xperlu kut di ingati

hai.. harap2 la aku tak camtu!! jgn lah ahrta dan dunia me,butakabn hati

Frodo Baggins said...

yeahhhhhh ... itu dia!! ibarat membaca nasihat lukman hakim kat anaknya. Sangat mnyentuh hati bro mamai!!! very deep!!

Semoga kita jauh dr menjadi anak derhaka.

atie said...

Salam...Mamai..

Tah ape nak jadi la ngan dunia sekarang nie... anak dah lupa jasa2 mak.... saya ada mak lagi ayah dah tak de... kurang la pahala sikit kan tak dapat berbakti pada bapa...terima kasih menyanjungi insan yang bernama isteri...

iLhAm_bEcKs said...

aku pOn da puas maki hamun anak beliau..
nauzubillahiminzalik..
kami xmahu jadi DERHAKA

Yuki Yusuf said...

terharu baca

terima kasih pakcik
kerana meletakkan kaum perempuan di suatu tempat yang tinggi di hati pakcik

Cikgu Sarah said...

oh ibu,kau di siram bayu pagi...kehilangan terasa kini dan aku bagai tanah kegersangan..lalalala

Razman said...

perempuan tu akan sedar bila anak dia buat camtu nanti..

Amal said...

huhuhu.
mcm suwit pulak ucapan pakcik kat akak.
;p

ILA HonEyBuNNy said...

sedihhh...anak tu xpk siapa yg membesarkan dia...eeeeeeeeee geram....

mamai said...

eny:
nanti lepas bejar dah keja baru kawin yer jgn lupa jemput pakcik

pc:
mmg kejam

situasi x:
tiada hati dan perasaan

laila:
dunia semkin kejam

master teddy:
heheheh study dulu

boneka:
semoga kita di jauhkan dari bersikap sedemikian rupa

frodo:
sekadar mengigatkan diri sendiri

atie:
saya juga sudah tidak berbapa tapi masih kita boleh berbakti kepada mereka dengan hulurkan doa

ilham becks:
semoga kita dihindarkan dari perkara sedemikian

koyuki:
sesungguhnya perempuan tempatnya memang yang tinggi

saerah:
salalu la kita berdoa untuk mereka

razman:
pasti akan ada balasan

siv:
hehehehe pandai la kau

ila:
kita jangan jadi begitu yer

beskot said...

simpati buat ibu itu..
sgt jaoh perjlnn..
wahai anak,kejam dan zalim perbuatan kau itu..insaflah
ni yg tetb rs rindu kt fmly nih..

Maiyah said...

aduii.. ni yg xleh tgk

Paradoks said...

dunia punya cerita,,, ada macam macam bukan..

bias® said...

saya bangga jadi anak emak!

Azuan said...

nak balik kg jugak huhu

Anonymous said...

huhuhuhuhuhu~

sedihnye..
kenapa ye manusia ni tak pernah nak hargai apa yg mereka ada..beruntunglah dan bersyukurlah krana mreka masih punyai ibu bapa..tp kenapa layan ibu cmtu??

tak hairan ramai mak bapak skrg bunuh anak sendiri sbb agaknya depa tau dah kot anak depa akan jd camtuh..

mmmmm
saya harap suami saaya nnt dapat sama hormati ayah saya sbagaimana saya hormati suami dan keluarganya dgn pnuh ketaqwaan..

..sory pkcik pnjg komen..emo

Solehah said...

dah akhir zaman memang bnyk benda pelik kan..

GRuNGe said...

Mahalnya harga yang perlu dibayar atas sikap cetek akal fikiran dan tiada perasaan manusia.

Lepas ni, satu perniagaan yang akan mendatangkan keuntungan lumayan seperti di US adalah rumah orang tua-tua.

wanita mutalib said...

nak mami...

mamai said...

beskot:
kena balik rumah tu hahaha bukan jauh pun

maiyah:
tapi kena tengok juga

paradoks:
ya ada macam-macam...

bias:
heheheh lu anak mak ka

azuan:
jom balik kampung

jane:
semoga semuanya baik buat kamu

soleha:
sudah makin hujung dunia kita ini

grunge:
tak mustahil ianya berlaku

wanita itu:
kita balik kampaung

Unknown said...

jangan lah cakap pasal ibu..nanti saya sedih..dah lama tak jumpa ibu... :')

Lia3003 said...

mom is everything.....love my mom so much!

cintaleaixora said...

sdh plak bace entry nie... huwaa.. rindu kat mak.. dl selalu lawan2 ckp mak n gdh2 ngn mak.. bile dh dewasa sket nie br tahu perasaan seroang ibu n wanita... bsr2 ni br nk baik2 ngan mak... i love my mum.. entry ni wt ingt kg je.. huhu

beautiful_rose said...

salam...
blogwalking sambil bce entry ini.
sgt menyentuh hati.tergamak buat mcm tu? memg manusie kejam y tak berhati perut! sy benci org y mcm nieh.

huhuh lme giler x msuk blog pakcik mamai nieh.agak bz ohh.... =(

zia said...

ibu2..engkaula ratu hati ku..bila ku berduka engkau hiburkan ku selalu..hehehe..sayangilah ibu bapa kita..kekasih boleh dicari ganti tetapi ibu tetap satu..

zul efron said...

ni gua nak nangis nih..
aduh...

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Mamai,

"ada benarnya nasihat saudara itu, terima kasih atas catatan yang baik ini".

Idalara said...

masa baca kisah ni saya menitiskan airmata..teringat pada mak..rasa sekuman pun tk mahu lukai hatinya..

(tapi hati sy sebagi seorg ibu dilukai teramat parah oleh seorg anak..sedihnya hti hnya Allah yg tahu)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

beb...sebelum lupa...wa nak wish lu....HEPI BIRTHDAY.....wawawawa...slamat jadi tua.....hehe...mesti queen angin ngan gua...

Hujan said...

aku rindu mak aku...=(