suhunya dalam bilik hanya 18 darjah celcius diluar hujan gerimis menambahkan lagi kedinginan pagi,kala orang lain berjeket menahan kesejukan aku berpeluh kepanasan. ternyata kediginan pagi itu tidak dapat menahan kepanasan emosi aku biar puas aku cuba mengawal perasaan ini.
kala yang lain hanya diam membatu tanpa sepatah kata, tunduk membisu mengiakan apa yang dikata biar hati tidak bersetuju. namun aku bukan begitu menurut tanpa hala tuju prinsip aku bukan begitu. yang benar tetap benar dan salah tetap salah bukankah mudah begitu, tak perlu nak berdalih tak perlu nak berdebat.
kita belajar terima hakikat biar yang benar itu amat menyakitkan namun itulah ubat, untuk apa menipu diri hanya sekadar untuk merasa gembira sedang hati berkata ianya dusta. kelak nanti kita juga yang akan merana kerana kebenaran lambat laun terbukti juga.
andai salah kita terima hukumannya namun itu bukan penamatnya yang penting kita belajar dari kesilapan agar tidak mengulanginya,jika tidak sia-sialah hidup ini.
tidak bersetuju bukan bermakna kita tidak boleh bersatu, tapi itulah cara kita membina hidup yang lebih maju. hidup ini memang penuh dengan alasan namun akhirnya kita juga yang akan buat pilihan untuk kedepan, kebelakang atau tunggu untuk mati.
dalam sejuk menahan kepanasan, mulut ku tidak boleh ditahan sesuatu harus ku katakan, yang terpendam harus diluahkan. agar aku tidak bercakap-cakap di belakang, biar semua mata memandang namun itu bukan penghalang.
kini aku yang rasa kesejukan sedang yang lain merasa kepanasan, lupa ku katakan kepura-puraan itu lebih menyakitkan.
p/s: adakalanya bos juga perlukan bantuan sebab itu kita di ambil bekerja kerana percaya pada keupayaan kita. apa yang perlu jangan ambil kesempatan pada kelemahan orang lain.
Lirik lagu Flop - Benzooloo, B-Heart, Nakalness
4 hours ago
23 comments:
tidak bersetuju bukan bermakna kita tidak boleh bersatu, tapi itulah cara kita membina hidup yang lebih maju << mantap ayat nie huhu
hhuhuhuhuu very deep! agak susah nak cernakan n paham. apa pun, kita diambil bekerja tuk keje, di bayar gaji .. jgn curi tulang! kita work hand in hand!
>>____<<
salam bro
hakikat smmgnya pahit...tp itula hakikatnya
hehe
semoga sehat2 slalu
jimat la pakcik xyah nk beli sweater dah..ngeeeee~~
kalau panas..mandi :D
i support u... take as challange! for thing 2 change we must change 1st!
jangan ambil kesempatan dengan orang lain
jangan jatuhkan orang kalau nak berjaya
hehe
adakala bos juga perlukan kasih sayang..
salam bro...slalu bljr dari kesilapan adelah org yg sukses..tp saya ni asik wat kesilapan je tp x pnah bljr...
kalo kwn bleh kita beri teguran tp kekadang ngan boss ni.. dia akan sntiasa rasa dia betul.. yelah.. im the boss katanya, tp ada gak yg mesra pekerja
tak berapa paham! tapi bro mamai nampak yer seorang beprinsip teringt kata2 org bijak pandai
org yg memgutamakan kepentingan daripada prinsip akan kehilangan kedua2 nya :P
tb2 lak jadi bm!! google translator kut!!
bos pun manusia biasa gak...
(^_^)
aku benci bos aku... tapi aku hanya kuli. suka tak suka kena jumpa dia juga
tak kira benang basah atau kering, kebenaran mesti tegak!
btol tu aku stuju...
tp bos aku xpenah kisah pasal aku camne???
nak luahkan tu susah
byk hati nak kena jaga
=[
betul tu.belajar dr kesilapan sbb tu pelajaran yg plg berharga.btol x pakcik?
azuan:
biar tak sama pandangan tapi masih boleh bersamakan
frodo:
ya kerja seiklhas hati dan jalankan tugas
yusof:
kita harus belajar terima hakikat
imheppie:
panasnya sekejap ajer....
eny:
susah juga nak mandi kat opis nie
baginda:
terima kasih kerana bersetuju
koyuki:
nak berjaya kena berusaha buka jatuhkan orang lain
paradoks:
bos yang kesepian
hisham:
itu yang tak bestnya tu
maiyah:
tak mengapa janji kita sudah tegur sama ada dia nak dengar atau tidak bukan masalah kita
boneka:
kita mesti ada prinsip dalam hidup ini untuk jadikan panduan
kay:
ya mereka serupa macam kita tapi punya sedikit kelebihan
beruwang:
jangan takut dengan bos mereka sama ajer dengan kita
laki cikgu kimia:
ya kebenaran tetap kebenaran
O:
kalau bos tak pernah kisah tu ada dua makna, pertama dia tak perlukan kita kedua dia percaya kita pilih ajer mana satu
laila:
memang susah nak jaga hati semua orang tapi diri sendiri juga harus di utamakan
rebel bro rebel!
yes..tegur je klu ada kesalahan..tapi biar tahu cara menegurnya..di samping hadiahkan sebuah senyuman yg manis hehehe
tiba2 teringat sweater yg baru dibeli ahad lepas!
xD
master teddy:
ya kamu seorang yang pandai
mkadm:
ngah rebel nie
zia:
kena letak gula ker unutk nampak manis senyuman
jaja:
nak pinjam boleh
Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’
Post a Comment