Wednesday, October 28, 2009

sembang kedai mamak

pagi ini aku merajinkan diri minum pagi bersama anak-anak buah di kedai mamak yang tak jauh dari office aku, kalau jerit pun dia orang boleh dengar jika rehatnya terlebih masa. bestnya minum di kedai mamak yang satu ini bukan sebab roti canai atau teh tariknya yang sedap. tapi surat khabarnya boleh dibaca dengan free (ada sesetengah kedai letak tanda bayar dulu baru baca) sementara menunggu teh dan roti sampai. bertambah best surat khabarnya ada banyak pilihan dari berita yang meloyo kepada berita yang hairan ada juga yang beritanya bersinar tak kurang juga berita kosmopolitan dan metropolitan yang satu pejabat dan aliran. ada juga surat khabar satu malaysia yang aku tak reti nak baca kerana tulisanya tapi gambarnya cukup menarik.

sudah jadi kebiasaan aku baca surat khabar dari belakang ke depan ruang sukan memang jadi pilihan yang muka depan tu umpama cerita picisan. dah tiga hari berturut-turut cerita pasal kemenangan satria merah menewaskan setan merah masih hanggat diperkatakan aku baca sambil tersenyum. sambil anak-anak buah mencebikan bibir tanda meluat hahahaha pasal team pilihan mereka kalah.

"tak apa pagi nanti orang meriam akan bom satria merah" berkata seorang anak buah aku merujuk kepada game yang akan berlansung pagi ini.

"ohhh itu tidak mungkin terjadi walau dah ada history namun tak mungkin berulang lagi"....jawabku selamba kerana aku penyokong satria merah yang tegar.

sudah habis bahagian sukan aku baca, maka menuju muka depan yang tajuknya besar dari isinya..(untuk makluman ruang tenggah aku skip pasal biasanya banyak iklan walau ada sedikit cerita tentang agama). masih cerita yang sama di mana-mana akhbar sealiran. kes JAMBATAN RUNTUH...SPRM nak SiASAT..tapi kerap kali SESAT atau TERSEKAT....KERAJAAN SUMBANG DUIT RM10000.00 kepada keluarga mangsa untuk tampung kos pengkebumian, MURAHNYA HARGA SATU NYAWA...dan berbagai lagi baca ajerla sendiri.

tiba-tiba surat khabar sealiran dihempas atas meja oleh one off anak buah aku seraya berkata "cis ini cerita dalam akhbar semua nak menipu"...aku tak bertanya apa yang menipu cuma agak mungkin dia tak puas hati dengan tragedi JAMBATAN RUNTUH agak aku.

"dalam akhbar ada dua benda yang tak menipu"...sampuk another one off staff aku

"apa dia yang tak menipu tu"..aku berminat nak tahu

"WAKTU SEMBAHYANG dan RESULT NO EKOR"....jawab staff aku yang satu itu

terpegun aku mendengarnya sambil dalam hati berkata "aku tak pernah ambil tahu pasal kedua-duanya"...kenapa air teh nie rasa pahit....

29 comments:

noorlara said...

kawan hakak pegawai teknikal dari LAP kebetulan berada di tempat kejadian kerana membuat pemeriksaan rutin tangki air kat situ memaklumkan bahawa kualiti jembatan gantung tu memang mengundang maut...alangkah sedihnye hati ibubapa...apele punye cikgu yg nak bawak bebodak ke situ pehtu tak pantau bebetul..ermmm

ayampinko said...

haku setuju.4D dan 6D kompom betul punya...di jamin..hahahah.

Jalaks said...

hahahaha...tu pun lumrah jugak manusia nih..

caluk@cencaluk said...

lagi satu yg tak tipu iklan berbayar ha ha, aku dah malas nak baca surat khabar kalau baca pun part kartun aje kih2

Anonymous said...

mamak tu lupe letak gule lam teh uncle kot..tu yg rase pahit tu.heee.. =P

sue-ab said...

aku lagi dasat kiranya...aku baca paper bila perlu aje..bilangan perlu tu..kiranya dalam sebulan sekali tu pun nasib2 la sekali aje..kalau tak harammmm tak baca...bukan apa...aku dah bosan...

imHepPie said...

baru nk puji dia prihatin waktu semayang..tpi ape kes nombor ekor huuu

Yuki Yusuf said...

tak penah baca paper. Apa nak jadi??

hehe~

TuYa said...

salam bro..
Tuya ade g satu seminar ni..
ade satu penceramah ni kata "kalau nak maju,nak berjaya n nak percaya ngan diri sendiri,jangan baca paper".."cuba tengok tajuk2 kat paper,ade ke berita2 yang elok?"...

erkkk!!!

mamamin said...

kekekeke
tetiba jerk teh rasa pahit eh mamai..

adeh!! cemane pun, cara baca surat kabar sama dengan mama.. mula dari belakang dulu, mungkin dulu masa muda baca surat kabar jawi kot , tapi kalau mamai mama x tau nape?? tebiat ke?

hahaha

joegrimjow said...

haha
no eko ye?
hehe

klu da blaja tnpat org ni
baru tau bnyak kisah sebenar
xtau la nape nak sorok2

mamai said...

noorlara:
cikgu tu pun tak tahu yang jambatan itu tidak selamat kot

ayampinko:
aku baru tahu hehehehe

jalak lenteng:
lumrah dunia

caluk@cencaluk:
oleh kerana aku selalu skip iklan tu so aku tak tahu la dia tipu ker tak hehehehe

master teddy:
padai kamu memang dia lupa letak gula pun hempeh tulll

suhaila:
mak ehhh teruknya kau nie aku sekurang-kurangnya seminggu sekali baca la

imheppie:
itu yang buat terkedu dan pikir dua kali tu

koyuki:
kena baca sikit tak nanti lupa perkembangan semasa

YuYA:
mungkin betul juga apa yang di beritahu tu

Solehah said...

haha..alert dua2 tu..pakcik patut brain wash dia..yg no ekor tu insap2 la..huhu

Rozita said...

pendapat one of your staff tu mmg betul, tepat & jitu :)

kita hidup dlm 1 Malaysia :)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ada lg satu beb....harga paper yg tertera pn tak tipu...hehehe...

beautiful_rose said...

huhuhu sy mbace buku dr tengah ke blakg then br bce depn =P

triple x malaya said...

the cop memang gempakz bro..

sungguh murah nilai nyawa ye bro..mcm boleh di beli plak..haih dunia2..

Pisey said...

haha.
bagus benar itu kawan.
terperinci dia tahu yang mana tepat.

uhuk2

Anonymous said...

camana mamat tu tau nombor ekor tak tipoo???

Cik Cookie said...

Cik Cookie sokong apa yg staff pakcik cakap tuh.
mmg 200% btl.

Azuan said...

tarikh kat paper pun tk tipu huhu

adibah said...

aku dah lama tak baca suratkhabar yang dibeli sendiri.. duk tumpang suratkhabar orang lain..

aku lebih suka baca cerita artis2.. drama realiti..hahaha

Unknown said...

yg tu mmg takleh tipu pakcik.. kalo tipu mau kena bkr syrkat akhbar tu

mamai said...

soleha:
nak juga brain eash tapi kelu lidah sekejap tadi otak tak leh nak pikir

rozita:
aku tenggah pikir nie...

pentoi:
wah aku tak perasaan yang itu

joegrimjow:
biasa la bila dah keluar baru kita nampak kecacatan dan kelebihan kita ini

mamamin:
baca dari belakang juga ker hehehehe dah lama tak baca utusan melayukan

beutiful rose:
terima kasih ziarah...nie lagi pelik baca dari tenggah hehehehe

triple x malaya:
lepasn nie saper tak ada duit boleh naik jambatan gantung hehehe

pisey:
terima kasih ziarah...memang dia telah teliti setiap akhbar kot atau tiap-tiap hari baca akhbar

schakeyra:
hahaha itu kena tanyer dia

cik cookie:
betul ke nanti pakcik siasat

manusia:
ya betul tu api citernya ajer lambat seharikan

adibah:
aku baca akhbar free bab artis aku biasanya kurang ambil tahu

Maiyah said...

hehe.. tgk waktu solat

bias® said...

the gunners vs the reds. kita lihat!

dkama said...

no ekor tarak tipu tapi orang beli selalu tertipu... hahaha PEACE...

Beruwang said...

menipu untuk terus hidup..
cakap kat surat kabar nak bagi sepuluh ribu.. cek sampai satu ribu ..baki hanyut .. he he he

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

heheheheheh...
tak suka la bace paper..
bulan rasa.. gula sudah abih kot..
ingat kan nak tengok ape..
rupanya tengok no