Sunday, September 6, 2009

misi malam merdeka

"baik..semua orang berkumpul di tempat biasa petang ini jam 5.00 petang tepat, kita akan bincang kembali plan yang dibuat" arah man panjang selaku ketua operasi. man panjang memang seorang yang berkaliber dan pintar dalam membuat perancangan dan sering membuahkan hasil.

"aku mahu kau orang semua update tugasan yang telah di berikan kepada kamu semua..ingat misi ini penting dan kita tidak mahu gagal"...arah man panjang lagi
dan kami semua beredar untuk melaksanakan tugas masing-masing seperti yang telah di berikan.

seperti yang diarahkan petang itu tepat jam 5.00 petang kami berkumpul semula di tempat yang dijanjikan pagi itu.

"hmm semua sudah ada ke"..tanya Man panjang. selaku ketua dia harus ambil tahu teentang semua kedatangan ahlinya

"semua dah ada kecuali dak Nas..dia kata teruskan mesyuarat dulu sebab tugas dia berat sikit jadi dia mungkin lambat"...jawab Adi salah seorang ahli yang paling komited dan on time dalam meeting dan perjumpaan

"baik kita mulakan perbincangan aku mahu kamu semua update tentang tugas yang diberi dan apa risikonya..kita mulakan dengan Hijau dulu" arahan di beri kepada Hijau

"okay aku sudah tinjau semua jalan masuk dan keluar pagi tadi...semua clear tiada kawalan. kita akan masuk dari belakang dan keluar dari depan kerana mudah untuk menyelamatkan diri jika berlaku sebarang gangguan. cuma masalahnya laluan keluar sukar sedikit tebingnya terlalu tinggi, sebarang kesilapan akan menyebabkan kecederaan.".terang hijau selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk meninjau jalan masuk dan keluar.

"jalan keluar itu masalah jadi ada cadangan, kita tak boleh ada sebarang masalah masa kita amat singkat"...tanya man panjang.

"masalah itu boleh di selesaikan, kita boleh guna satu kawasan yang agak landai di situ sebagai jalan keluar tapi kita perlukan seorang untuk menunggu di bawah sekurang-kurangnya dapat menjaga keselamatan"..terang hijau lagi dengan penuh keyakinan.

"kita tak punya cukup orang team ini cukup-cukup ajer..seseorang harus buat dua kerja nampaknya"..kata man panjang.

"tak apa aku boleh jalankan tugas itu sebab aku kerja mudah sikit"..sampuk Adi dan masalah selesai.

"baik kita teruskan dengan dak Adi pulak"...pinta man panjang

"aku dah buat tinjauan juga pagi dan juga tengah hari tadi..kawalan keselamatan seperti yang di jangka rondaan di buat ikut masa seperti mana yang lepas-lepas dan aku akan berkawal kala kau orang jalankan operasi"...terang adi selaku pengawal keselamatan

"bagus..sekarang bagaimana dengan sasaran pulak man kecik sudah aku tanda semua sasaran"..pinta man panjang agar man kecik update tugasanya.

"ya boss aku dah tanda semuanya pagi tadi aku dah servey semua sasaran sedang cantik dan mengikut perkiraan kita akan mendahuli mereka awal sehari kawasan tenggah adalah paling sesuai"..terang man kecik sebagai pakar meengenal pasti sasaran.

"nampaknya setakat ini semuanya bagus cuma dak Naz belum lagi sampai untuk update kita dari aspek ancaman kita yang paling utama jony"...kata man panjang namun selalng beberapa minit dak Naz sampai dengan senyum.

"aku dah satttlekan semuanya Jony tidak akan menjadi ancaman pada kita malam ini aku dah uruskan dia...memang dah lama aku dendam dengan Jony"..kata dak Naz dengan bangganya dapat selesaikan misinya

"baik semuanya sudah selesai malam ini kita kan membuat serangan seperti dirancangkan..kita akan berkumpul dan mulakan operasi jam 11.00 malam dan tamat dalam masa 30 minit. jangan ada sesiapa yang terlewat dan terlebih masa kalau tidak misi tak berjaya sebarang kegagalan amat buruk padahnya. bleh malu satu keluarga dan sebaik selesai kita berkumpul di sini semula untuk meraikanya"..perintah man panjang dan perintah dari ketua harus di turuti.

dan malam itu kami semua seperti yang rancangkan memulakan serangan pada bahagian tenggah seperti di terangkan. dengan gaya ala ninja muka bertutup dan berbaju hitam memang sukar untuk musuh mengesan kami. dan batuan dari cahaya bulan pada malam purnama menyenangkan tugasan kami.

misi berjalan dengan jayanya pada malam itu tanpa sebarang ganggua. musuh tidak dapat mengesan kehadiran kami keluar dan masuk amat mudah dan hasilnya pada malam itu kami perolehi dengan lumayan.

"merdeka, merdeka, merdeka"...teriak kami kala jam tepat menunjukkan jam 12.00 malam kami meraikannya dengan meriah.

"huh mana jony yer selalu dia yag kacau daun bila tiap kali kita beroperasi"..kata man panjang pada dak nas

"aku dah tidurkan dia dengan racun tikus siang tadi..aku campur dengan telur dan campak depan dia nampak gelojoh ajer dia makan"...terang dan nas..

"hiss kejam la kau nie..tapi aku suka pasal tak ada la dia kejar aku lagi bila balik mengaji"..sambil gelak keringan

dan malam itu kami amat happy rancangan menjadi...enjoy sepuanya dan makan sepuasnya. dah pagi baru kami pulang.

"mannnnnnnnnnnnnn! kau curik tembikai dah ah fatt lagi yer"..jerit mak aku dari laman rumah,

"cisss macam mana lupa nak buang kulit tembikai malam tadi nie happy punya pasal la." getus ku dalam hati mata jadi tak mengantuk apa nak cari alasan nie....



p/s: walau dah 52 tahun merdeka tapi misi malam itu tetap dlam kenangan misi terakhir di ladang tembikai...rambutan tupai pun nampak sedap

26 comments:

Kay said...

kenangan tetap abadi
dan indah di ingatan...
(^_^)
ade x anak2 yg mewarisi.. hehehe...

sharamli said...

kecik2 nakal erk

Precious said...

Keh keh keh ... Kenangan di masa silam eh!

lumut said...

ooo..nakal ye...

Maiyah said...

salam.. laa.. tembikai ker :D

IkanMasin90(IM90) said...

mesti banyak tembikai di ladang itu..huahua...

rambutan tupai??apakah?

bias® said...

kenapa sumea anjing dekat melaka nama johnny?

al-lavendari said...

saspen ...saspen. ini misi tahun bila ni? Dah minta maaf dengan Ah Fatt lum?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hehe..
nice ending..
kelakar...
dpt bayangkan dgn muka ala2 ninja turtle.. hikhik!

u make me laugh bro..

anaklaut said...

salam...bro..

hahahahahaa...kata-kata mcm nak jalani operasi sangat penting..

abis tembaikai orang tu bro.

myQza said...

ha ha ha ha.. adehhh... tupai goreng sedap ke?

mamai said...

kay:
zaman kanak-kanak yang nakal tapi semuany indah

sha:
heheheheh baru belajar kenal dunia

precious:
ya sajer nak bekongsi..

lumut:
nakal sikit ajer tu

maiyah:
ya tembikai ajer...naper ingat musuh betul ker

azzaliena:
tembikainya banyak sebab tu selalu kena curi...hahaha

rambutan tupai akan menyusul

bias:
entah aku pun tak tahu tapi macam dah sinonim ajer

al-lavendari:
misi masa aku sekolah rendah lagi tahun 80an...ah fatt dah tahu dia pun tak kisah cuma kesian kat jony

nur:
ninja sazuka...masih ingat karetor cita ninja...masa tu ngah meletup citer ninja...

kerawa penawar duka kan

anak laut:
misi penting tu..dah lama merancang..
tapi tembikai dia terlalu banyak tak abis kami berempat makan pun

sItEDI:
nak tau tupai gorengs edap atau tak kau tanya dak utih

chipsmore:
kalau epal pakcik tak curi tapi nak pinjam hati dia hehehehehe

Kapten Luffy said...

sempena bulan puasa ni

baik ko mintak maap sama apek tembikai tu

hahaha

mak ah fatt said...

owh!kau laa curik tembikai anak aku ehh.mane rumah kau.aku nak jumpa mak kau!siap kau lepas nih! ;P

patungcendana said...

zaman kanak2 memang seronok kan.:-)
so...apa jadi pada johnny?

mamai said...

monkey d luffy:
aku tunggu raya la minta maaf kat dia

mak ah fatt:
alamak camner boleh ada mak af fatt kat sini abis rahsia dah bocor...rumah seberang jalan ajer makcik..

patungcendana:
johny..dah jadi arwah

Solehah said...

mamai, ingatkan misi ketenteraan apa la tadi..curik tembikai rupanya..hehe

fadzilah said...

nakalnya bro mamai masa zaman bdk2 ye..lps tu ader rancang misi lain ke?

mamai said...

soleha:
ya la tu misi malam meraikan kemerdekaan..hahahaha

fadzilah:
ada tunggu yer...

iLhAm_bEcKs said...

hahaha..
gilak!!
ape daaa..KAU MENCURI!!
dush2

Anonymous said...

kahkahkahh....

aku ingat kau & geng nak rompak kedai mas...mcm cerita "CILOK" tu..

xD

apepon tahniah la sbb akhirnya kau dpt juga mkn tembikai yg diidam2 kan tu...

S@Y@NGH@SNI said...

feh cerita........
ingatkan operasi apa ler tadi..

aku dulu curi jambu..
siang2 hari ..
lagi terer kan...

Sulela said...

Adoi la...aku ingatkan mission impossible la tadik...harharhar

farah said...

rambutan tupai camne?

salam singgah :)

mamai said...

ilkam becks;
oppss silap bukan curi aku terlupa nak mintak ajer

jaja:
itu misi sangat bahaya wooo mula dengan kecik-kecik la

sayanghasni:
kau memang berani buat kerja siang hari

sulela:
misi besar masa kecil aku tu

farah:
terima kasih singgah...tunggu rambutan tupai akan muncul

Aspalela said...

aku dulu kecik2 suka panjat pokok rambutan kebun jiran dgn cousin aku..

mgkn tn kebun tu geram..dia gantung memo kat pokok...mcm ni

"Jgn Makan Buah Ini..."

alahaiii, time tu bebudak..klu tulis kat papan hitam pon..ada aku kesah??

kwang kwang kwang!!