Monday, September 7, 2009

rambutan si tupai

pagi sabtu cuti sekolah hari tu aku bangun agak lewat pasal malam tadi aku meronda jadi jaga kampung. lagi pun hari tu aku tak perlu menolong abah menoreh getah atau ke kebun koko seperti selalu. abah tak sihat hari tu jadi dia perlu berehat dan aku juga hendak merehakan badan.

namun tidur ku terganggu bila aku dengar abah bising-bising kat dapur.

"apa nak jadi la dengan budak-budak kampung nie"...abah menyuarakan rasa ak puas hati pada mak yang sibuk menyediakan sarapan

"apa kenanya dengan budak kampung nie abah kau"..tanya mak aku...aku masihlagi mamai dalam kelambu tapi aku pasti akan perbulan itu

"nie kecoh kat kedai so'dah pagi tadi rambutan tupai kena geledah"..jawab abah aku

mendengar paerkataan geledah tu aku bingkas bangun dari tidur dengan keadaan mamai aku menuju ke meja. huh nasi goreng mak sedap tu..

"basuh muka dulu"..sambil mak menepuk tangan aku yang baru nak capai nasi goreng.
potong stim betul, akubangkit cuci muka tak gosok gigi.

"kau kemana malam tadi man..kol berapa kau balik"..tanya abah aku

"Hmmm kol 2 kot..malam tadikan meronda" jawab ku ringkas

"ada kau nampak apa-apa ker malam tadi"...tanya abah aku lagi

"nampak apanya bah..biasa ajer"..jawab ku sambil makan nasi goreng mak buat teh O kegemaran aku lak tu.

"malam tadi ada orang kerjakan rambutan tupai"..sambung abah.

"kerjakan macam mana tu bah..." tanya ku

"rambutan tak di curi tapi pokok rambutan tu di tebangnya"..jawab abah aku

"wah kes berat nie..saper punya kerja nie kena siasat cepat nie"..aku makan cepat-cepat dan tak mandi terus ke rumah man panjang chief aku tu.

"mannnnnnnnnnn"..aku jerit nama man panjang dari bawah rumah dia.

"man tido lagi la raman"...jawab mak man panjang

"mak long kejutkan dia ada hal penting nie"...pinta ku dari mak long aku tu

"kau naik la kejut dia sendiri dalam bilik tu"...suruh mak long aku

tanpa aku buang masa aku terus naik rumah menuju ke bilik man panjang. rumah dia dah macam rumah aku juga. aku gerak man panjang yang sedang lena tidur enak di buai mimpi sampai meleleh air liur basi.

"man..bangun la nie ada kes besar nie"..aku gerak goncang man panjang yang memang liat nak bangun tidur.

"oittttt bangun la kau dah mati ker"...jerit aku lagi bila man panjang tak mahu bangun.

"arggh ada apa pagi-pagi buta nie kau cari aku"...tanya man panjang dalam separa sedarnya.

"rambutan tupai...dah kecoh kat kedai so'dah pagi nie..abah aku bagi tahu tadi"..balas ku dan emndengar rambutan tupai man panjang bingkas banggun.

"macam mana boleh kecoh lak nie aku tengok elok ajer malam tadi"..jawab man panjang.

"kau pasti ker elok..saper yang kerja malam tadi"..tanya aku

"aku, dak nas dan hijau la dak adi kan ronda dengan kau malam tadi"...jawab man panjang.

"habis macam mana boleh kecoh lak nie"..tanya aku

"abah aku cakap buah tak hilang tapi pokok rebah"...sambung aku lagi

"memang la kami tak ambil buah pun cuma tebang ajer pokok tu tapi aku pasti aku dah ikat pokok tu elok-elok memang tak tumbangnya"..jawab man panjang.

"abis macam mana nie pokok dah rebah...tupai dah kecoh kat kedai tu"..terang aku pada man panjang.

"ahhh biar la yang dia lokek sangat pasal apa baru ambil dua tiga biji dah kecoh tuduh mencuri...ha padan muka dia"..jawab man panjang.

ya aku teringat peristiwa petang semalamnya bila mana sedang kami sedang sibuk berkubang kat sungai sebelah kebun rambutan tupai tu. aku dan geng telah terliur dengan rambutan tupai yang dok merah bergayut kat pokok tu. lalu dengan rakusnya kami memetik rambutan tu, alah bukan banyak pun cuma dua tiga tangkai ajer buat makan sambil berkubang.

malangnya tupai ada kat kebun petang tu dan entah apa angin dia petang tu kejar kami masa ngah dok ambil rambutan dia. akibatnya kami lari lintang pukang dan lebih malang bila man panjang ngah salin baju akibatnya dia lari telanjang.

lagi tak best bila tupai tabur kaca kat dalam sungai tempat kami berkubang. ini betul-betul buat man panjang marah...

padan muka tupai..nasib baik satu pokok ajer ditebang buat satu kebun tak ke haru...


p/s: tupai tu nama glamer apek tokey rambutan kat kampung aku dulu nama betul dia aku tak tahu...yang aku tahu dia selalu tembak tupai tapi tak pernah pulak aku nampak dia buang tupai tu...

29 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hehe..
beshnyer..
mandi kolam sumer..
kalo dak pompuan dok umah je la..
mcm nur ni dulu..
balik2 main masak2..

** SiZuKa ChAn ** said...

nakal sungguh..
tp pdn muke apek tu..
hik3

Beruwang said...

he he he ...

agak agak dia maafkan tak kalau mengaku sekarang ni

lumut said...

die makan tupai tuh..
tupai masak tempoyak...

taiko gak man panjang tuh...
hehe

bias® said...

haha. apek tuh makan tupai ke? gila horror.

sharamli said...

igtkn tupai bt0l...

fadzilah said...

kelakar betul la citer ni..
agak2nya korang masa ni umur berapa?
kanak2? remaja?

INTAN said...

citer masa budak2 ke masa remaja ni..kih3

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum.

hehe..ingtkn sape la tupai tuh
saspen..

mamai said...

nur:
bro pun main masak-masak juga dulu siap boleh jadi pengantin lagi

sizuka Chan:
memang padan muka apek tu//lokek

ber_uwang:
tak sempat nak beritahu tupai dah mati...

lumut:
aku rasa la dia makan tupai tu...sebab selalu bila dia tembak tupai mesti dia bawa balik

man panjang memang taiko tapi dia baik hati

bias:
aku rasa la...sebab semua orang cakap macam tu

sha:
tupai kepala hitam

fadizah:
zaman peralihan antara kanak-kanak ke remaja masa tu aku baru nak masuk tingkatan dua hahahaha

intan:
dua-dua...masa awal sekolah menengah hehehehehe

Solehah said...

wah..ganasnya sampai gi tebang pokok terus. sian si tupai, menagis x berlagu..

IkanMasin90(IM90) said...

apek apek...

rambutan..??
sedap kot..
huhu

tupai masak lomak lah lumut

anaklaut said...

salam..

kihkihkihkihkih..

cian kat tauke tupai tu...nak ambil rambutan, ambiklah..yg pi tebang tu,,tak patut..:))

mamai said...

solehah:
masa tu otak tak berapa nak cukup lagi marah punya pasal ahaks..

azzalina:
kau nak rasa ker tupai masak lomak tu hehehehehe

anak laut:
fikiran cetek masa tu sebenarnya marah kat tupai yang buang kaca kat dlam sungai tu

myQza said...

puas aku nak memahamkan cerita. rupanya tupai tu nama orang, hehehehehehe

Sufy said...

hehe..bestnya bila dapat ingat blik zaman dulu2..dan adaptasi kat blog..hehe, lama da tak nampak tupai..huhu

IkanMasin90(IM90) said...

hahaha...
blh gak..
tp pok cik makan luh k..
baru gua makan.. (kalo sodap)
hahaha

mamai said...

sItEDI:
hahaha kau ingat chipmunk tu ker

sufy:
tentu kamu juga ada citer menarik untuk di kongsi

azzalina:
weh mana aci pakcik makan dulu..tapi kalu goreng berempah macam ayam tu mungkin tak perasaan kot hehehe

Maiyah said...

sy dolu penah curi mangga.. hehe teringat lak

ILA HonEyBuNNy said...

hahhahaha...egtkn sapa la tupai tu...ihihihi

Kapten Luffy said...

ganas giler korang ni

Unknown said...

kalo tak buang maknanya dia makan ke tupai tu.. yuksss...

Sulela said...

Memula aku rasa korang nakal la sebab pi tebang pokok mutan orang tu tapi bila baca si tupai tu tabur kaca lak dalam tempat korang berkubang, aku rasa aku nak join pi tebang pokok mutan dia lak...harharhar

mamai said...

maiyah:
weh tak baik mencuri tau hehehehe

honey Bunny:
naper kau ingat tupai tu...tupai betul ker ahahaha

monkey D luffy:
tu baru sikit lom kira langar rumah orang lagi

cahaya chenta:
orang cakap dia makan dan dia cakap memang dia makan pun

Aspalela said...

hehehe...

aku baru nak tanye..Rambutan Tupai tu ape...nsb baik penghujung cerita kau bgtau.

dengki tupai tu kat korang erk!! tak dpt la kau mandi sungai lagi lepas tragedi buang kaca tu ye??

al-lavendari said...

kalau di tebangnya tiang rumah tupai tu, lagi haru. kira baiklah juga mamai n d geng ni.

MOMMY CGG said...

RAMBUTAN SI TUPAI??

padan muka apek tu!
hUHu:)

mamai said...

aspalela:
semangat tak pernah patah untuk mandi sungai

al-lavendari:
takut nak tebang tiang rumah dia pasal tupai ad senapang

Miez Hani:
ya padan muka dia dengki kat kami buat apa

Amal said...

heheh..
ingtkan nama tupai sbb gigi cam tupai..
=p