Thursday, September 10, 2009

run... black..run...

petang itu seperti bias black akan duduk di tepi padang membiarkan angin petang meyapu lembut mukanya sambil memerhati sekumpulan budak-budak bermain bola dengan riangnya. mereka ketawa dan menjerit di tenggah padang sambil mengejar bola yang sebiji. Ingin sekali black menyertai kumpulan budak-budak itu namun dia sedar kehadirannya tidak akan di terima oleh mereka.

pernah juga dulu black cuba untuk bermain bola dengan mereka namun akibatnya teruk black terima. persitiwa pertama yang black terima bila mana sedang dia duduk memerhati kumpulan budak-budak itu bermain bola. tiba-tiba bola yang di tendang salah seorang budak tersebut tersesat ke arah black dan dengan tanpa membuat masa black mengejar bola tersebut dengan harapan dia dapat menunjukan skill bermain bolanya dan sekali gus budak-budak tersebut akan kagum dengan kebolehanya dan seterusnya mereka akan mengajak black bermain dengan mereka.

percubaan pertama black memang berjaya bila mana dia berjaya menagkap bola tersebut, tetapi bila black cuba untuk menendang bola tersebut ke arah budak-budak itu. black lihat mereka semua melangkah pulang dengan longlai meninggalkan black. tinggal black sendirian bersama bola dan black masih menyimpan harapan esok mereka akan sudi bermain dengannya kerana bola bersamanya.

namun esok petangnya black rasa hampa bila kumpulan budak-budak itu datang bersama dengan bola baru. namun black masih tidak mahu berputus asa dan dia merasakan dia harus lebih mesra dan bertindak dahulu. dengan tanpa membuang masa black belaru meluru ke arah kumpulan budak-budak itu sambil menjerit riang meminta agar di berikan bola kepadanya. tapi perkara sebaliknya berlaku budak-budak tersebut bertempiaran lari bila melihat black sambil menjerit "lari! lari! lari! black kejar..." sungguh sedih hati black petang itu bila mereka semua lari pulang.

namun black tidak berputus asa petang esoknya black sekali lagi menunggu kumpulan budak-budak itu datang bermain bola. dia nekad petang itu dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bermain bola dengan budak-budak tersebut. sebaik sahaja mereka memulakan permainan black dengan segera berlari mengejar bola dengan penuh harapan. sekali lagi budak-budak tersebut bertempiaran lari bila melihat black sambil menjerit-jerit.

black tidak putus asa dia sudah nekad sejauh mana pun mereka berlari black akan turuti niatnya hanya satu mahu berkawan dan bermain bola. sedang black teruja mengejar tiba-tiba black lihat ada tiga orang budak berhenti dan memungut sesuatu di atas tanah. black rasa gembira bila melihat ada yang berhenti berlari "munkin mereka dapt menerimanya" bisik dalam hati black sambil berlari ke arah tiga orang budak tersebut.

sebaik sahaja menghampiri tiga orang budak tersebut black merasakan badannya sakit seperti di baling dengan batu. rupa-rupa tiga orang budak tersebut yang membaling batu ke badannya, black panik dan tak mengerti mengapa dia harus di baling dengan batu dia menjerit minta simpati namun tiga orang budak itu tidak berhenti dari membalingnya dengan batu malah makin banyak yang di baling ke badannya.

kerana tidak tahan dengan kesakitan black terpaksa berpatah balik lari untuk menyelamatkan diri. malangnya tiga orang budak itu terus mengejar dan membaling batu ke arahnya sakit badan black tidak terperi dan dia terus menjerit minta simpati sambil berlari sekuat hati menyelamatkan diri.

dan sejak dari peristiwa itu black sudah berkecil hati dan dia hanya menyimpan niat bermain bola di dalam hati.

sedang black duduk terkenang peristiwa tempoh hari sebiji bola bergolek ke arahnya dan di kejar oleh seorang budak laki-laki. black hanya memerhati bola bergolek di tepinya sambil membuat muka simpati.

"kau tu najis mana boleh main bola dengan kami"..kata budak laki-laki yang mengejar bola tadi sambil mengacah ke arahnya. black hanya berundur sedikit.

"wooittt man sudah la jangan kau kacau black tu dia dah insaf dah tu"...jerit kumpulan budak-budak di tengah padang...

"apa dosa aku mereka tidak mahu bermain bola dengan ku..tidak ku pinta lahir begini..sudah suratan aku hanya mampu berlari dengan empat kaki"...bisik hati black pilu...sambil lidahnya terjelir air liur meleleh...

27 comments:

IkanMasin90(IM90) said...

lah ingat manusia apeh..hahaha..
black black

Anonymous said...

kesian sunggoh black......
sampai hati kau man...tak nak ajak black join sekaki wpon dia ada lg 3 kaki...sampai terjelir2 dia tgk kau main bola tanpa mengajaknya..

sadis betol cerita ni...bak meh tisu sekotak...aku nak lap air liur black...

xD

lumut said...

die dikatakan najis?
padahal die lagi mulia sebab ikut perintah Allah utkmenjelirkan lidah..

tapi manusia?
ikut ke ape yg Allah dah suruh..
iskk..

sape lagi najis?
fikir2 kan lah.

tazkirah untuk diri sendir juge.

ILA HonEyBuNNy said...

pak cik...nak balik umah dah esok pg...ihihihii

Kay said...

hehehe...
best gak baca nih...
(^_^)

Maiyah said...

4 kaki?.. camne ek

Amal said...

hihihi
black tuh hanjing ye pakcik?
ingt kan kenape lah bebudak lain tamo kawan dgn die..
hehehe

sharamli said...

sian black..
dia p0n xmntak dilahirkan cmtu...

tu kn ciptaan Allah..

mamai said...

azzalina:
pasal dia black la orang tak nak main bola dengan dia

jaja:
bukan tak nak ajak tapi malas nak samak dua tiga kali

lumut:
dah memang hukum dia najis dan sudah ditakddirkan dia begitu...

kenapa allah katakan anjing itu najis...kita ikuti kisah pelayaran nabi noh nanti

honey Bunney:
weh cepatnya cuti pakcik kena keja seminggu lagi

kay:
best thank you

maiyah:
heheheheh memang sifat dia berjalan dengan empat kaki

miss siv:
ha ah seekor anjing

sha:
nak wat camner kecik-kecik mana tau tu semua yang tahu nampak anjing mesti kena baling

Solehah said...

kesiannya black..rupanya hati dia baik eh..huhu..

cintaleaixora said...

hehe... ingatkan black tu manusia... binatang rupenyer.. ;)

fadzilah said...

mula2 baca rasa kesian kat black..
bila ending citer baru tau saper black...x sangka dia ader hati nk join u all..:))

@tune® said...

black maria??

najis mughallazah ler tuh

al-lavendari said...

enggang sama enggang, pipit sama pipit ... mana boleh terbang bersama!

mamai said...

soleha:
hati orang lagikan kita tak tahu inikan pula hati binatang

cinta lea ixora:
kalau dia manusia dah lama dia menangis

fadzilah:
bukan tak nak bagi joint tapi malas nak samak

atune:
najis berat tu

al lavendari:
kalau terbang sama pasti pipit kena baham dengan engang

Aloy Paradoks said...

Marah black wings nanti..

Maiyah said...

sudi bik kad kat blog saya makasih

anaklaut said...

salam...bro..

suspen la bro ni..heheheehehehehe

tq so much..kerana selalu singgah anaklaut

mamai said...

aloy:
nanti raya aku minta maaf kat black wing tu

maiyah:
terima kasih nanti saya datang ambil

anak laut:
terima kasih juga kerana sudi melawat lama nie

noorlara said...

laaa pose-pose citer pasei main bola, penatleeee

abgBro said...

haha...aku ingat sapa la si black tu...rupanya black 4 kaki...bro idup lagi ke black tu

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hehehe
si doggie rupanya
beriya nur baca nih...
kira hebat la..
black pandai tendang bola

besh jalan citer ni
bro,nak request..
buat la cerpen..

mamai said...

noorlara:
masa main bola tak posa ahaks

abgbro:
black dah lama jalan dah...bertahun-tahun lalu

nur:
nak buat cerpen citer apa tu cikgu

Rozita said...

black ni anjing ke kucing?

Cik Cookie said...

erkkkk....

Redynne™ said...

hehe..

mcm syahdu je gitew dipermulaan crite...

at last.. tetap tipah gak yg tekena...:P

Sulela said...

Hehehe...anjing ropanya. Aku teringat kisah seekor babi dan seorang Tarzan dalam majalah Ujang...harharhar