Saturday, September 12, 2009

kerbau si kopek

"jom pie kedai kopek"...ajak man panjang chief of the group pada kami semua sedang kami duduk berehat di pondok bunga tanjung.

"nak buat apa...kau tak posa ker"...sambut dak Nas

"posa la aku tak tinggal lagi...kita main tikam-tikam nak kat kedai kopek aku ada modal nie"...balas Man panjang

"boleh juga aku ada 50 sen...mana tau dapat modal lagi"..sampuk dak Hijau kalau dah chief ajak semua kena setuju dan aku, man manjang, dak naz, hijau dan dak adi berbondonglah kami ke kedai kopek yang hanya beberapa ratus meter ajer dari tempat melepak.

"kopek nak main tikam-tikam"...jerit man panjang sebaik sampai di kedai si kopek

"hai ya..lu orang lagi ka...berapa papan mau main"...muka kopek sedikit kelat bila melihat kami datang. matanya yan sepet menjadi lagi sepet.

"apasal kopek..kau tak suka aku datang yer..kalau kami tak mainsaper lagi nak main tikam-tikam kau tu"...man panjang jerkah kopek

"kopek bawa satu papan...nak yan baru punya...jangan bagi yang dah main nanti kau tipu"..aku memberi arahan.

sebentar kemudian kopek keluar dengan membawa satu papan tikam-tikam baru..."ini tikam-tikam ada luit dengan melecun..balu punya"..terang kopek

aku lihat di atas papan tikam-tikam ada gambar hadiah mercun duit 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50, sen dan satu ringgit. memang lumayan hadianya.

"kopek satu 5 senkan"...tanya man panjang sambil mencabut helaian kertas di atas papan tersebut. dan dituruti kami semua.

"hai ya..solang-solanglah cabut..susah mau kila ini macam"...jerkah si kopek bila melihat kami berebut-rebut mencabut daun tikam-tikam tersebut. dan itu memang taktik pun agar kopek tak sempat nak kira.

"pek...nie aku dapat 5 sen..aku cabut lagi yer tak payah kira"..man panjang menunjukan daun tikam-tikam pada kopek

"wah aku dapat 50 sen"...jerit dak nas pulak

"kopek nie lagi 20 sen aku cabut lagi 4 daun kira tolak yer"..sampuk aku pulak.

"hai ya..lu olang satu-satu maaa..susah mau kila la.." kopek mula pening kepala bila setiap orang dah mula kena duit dan daun tikam satu papan sudah hampir habis.

"kopek ni last daun aku cabut nie...tapi tak ada pun hadiah merecun nan duit singgit yang kena...kau tipu yer semua duit 5 sen,10 sen, 20 sen dan 50 sen ajer yang menang"..man panjang bersuara tak puas hati.

"hai ya..mana aku tau ini tikam-tikam bukan aku bikin ma"..jawab kopek.

"ahh kau tipu la kopek..kau dah tukar semua niekan..dah aku tak nak main lagi"..man panjang masih tak puas hati.

"ya la kopek kau tipu nie aku pun tak nak main lagi dah"...sampuk dak adi.

"dah jom balik"..ajak man panjang..

"woit bulak.. bayar dulu ma ini sudah abis satu papan"..marah si kopek bila tengok kami mahu pergi.

"mau..bayar apa pulak kau tipu..itu tadi sudah tolak dengan yang menang"...kata ku dan terus blah.

"hai..ya wa sulah agak lu olang mesti mau main tipu punya"...sambil kopek marah-marah dan terdengar seperti dia memanggil sesuatu sebentar kemudian kelihatan seekor mahluk berwarna hitam berlari keluar.

"woit lari black keluar tu"..jerit hijau dan lintang pukang kami lari menyelamatkan diri, bukan pasal takut kat black tapi malas nak bayar...lagipun black tak berani nak kejar kami

"cilaka kopek dia tipu tak ada pun daun tikam-tikam yang ada satu ringgit"...man panjang bersuara sebaik sampai di tempat melepak kami.

"ah kita pun dah banyak tipu dia"..celah dah adi.

"aku tak puasa hati dengan kopek...apakata malam nie kita operasi"..saran man panjang

"nak operasi apanya.." tanya aku

"kita kacau kerbau si kopek malam nie...kita campak sarang kerengga kat kandang dia, pokok mutan kat rumah aku tu bnyak saran kerengga:"...man panjang bagi idea.

"cantik juga tu malam nie pun malam 7 likurkan pelita pun banyak senang nak operasi"..sampuk hijau.

"dah jom kita ambil sarang kang tak sempat dah"..saran man panjang dan kami semua bergerak ke rumah man panjang.

esok paginya satu kampung gempar bila kerbau-kerbau si kopek yang besar dan kecil berkeliaran di atas jalan. dan pagi itu pak ali yang selalu azan subuh di masjid tidak dapat berbuat demikian kerana jalannya terhalang dek kerbau pendek si kopek.

dan pagi itu kami hanya memerhati kopek dan anak-anaknya berserta black menghalau kerbau pendeknya ke kandang semula. menurut cerita kopek ada oran sabotaj kandan kerbau pendeknya dengan membaling sarang kerengga buka satu tapi tiga sarang yan dia jumpa. atas desakan tok imam kopek terpaksa menjual semua kerbau pendeknya.

sejak dari hari itu kami tak lagi bermain tikam-tikam di kedai kopek dan dia pun tak jual tikam-tikam. operasinya telah di ambil oleh kedai money...mangsa seterusnya...


p/s: jangan tanya kenapa nama dia kopek yang aku tahu dia selalu mengopek daun trup tu

26 comments:

lumut said...

haha..
nakal ye time kecik2..
tp best jugak nakal2 neh..=)

sharamli said...

cer tanya 0ghe klate...
k0pek tu apa...

hu3

IMANSHAH said...

Dalam bahasa kelantan kopek tu tetek

IkanMasin90(IM90) said...

hahaha..baru mahu taye nape name die kopek..wakekeke

Beruwang said...

kenangan zaman kanak kanak memang indah jika di ingat

LaraSuffi said...

waaa samseng kampung dusun..

heee:P

selamat berbuka yer pak cik mamai
:P

mamai said...

lumut:
nakal membina minda kita

sha:
pakcik tau dah heheheheh

imanshah:
takut hantu kopek masa kecik2 dulu

azzaliena:
sungguh aku tak tahu siapa nama sebenarnya

ber_uwang:
kala ini dah tak dapat buat macam tu lai kampun dah banyak berubah

fia:
selamat berbuka buat fia jua...bukan samsen k dusun tapi k merlimau pasir

Cik Cookie said...

haru haru...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

permainan ape tu..
nur tak penah dgr pun...
hukhuk..

imHepPie said...

abes pagi tuh pak ali x gi azan sapa yg gi azan???

bias® said...

kerbau pendek? babi kan?

mamai said...

cookie devine:
la nie aku kesian kat kopek tu

nur:
tikam-tikam tu sejenis permainan uji nasib macam jdu jua la adik beradik hahaha

imhepie:
subuh tu tak ada oran azan pasal pak ali bas tak berani nak pie masjid

myQza said...

ha ha ha ha... kerbau pendek warne pink rupanya...

kat mana kedai kopek tu??

Unknown said...

ooo... nakal gak ek pakcik ni ngan kawn2... ooo.. buat aniaya kat kobau si kopek.. dosa oo pakcik

Solehah said...

dulu ade kawan cakap lembu pendek, penat nak membayangkan pedek mana la badan cik lembu tu..tadi masa memula baca pun kerbau pendek, lupa pulak term tuk cik b***.
Eh, anak buah saya bagitau baru-baru ni..acik, sekarang tak dosa la cakap perkataan bab*. sebab kat tv pun dorg cakap selamba ja..owh, mungkin selsema tu...hiskkk..

mamai said...

sItEDI:
ya budak pink kaki pendenk hidung penyek...kedai kopek kat jalan batu gajah...sana

cahayachenta:
nakal sikit ajer..

soleha:
nak bersopan sikit kita niekan orang melayu hehehehe

DaliaLiyana said...

amboi...kemain time kecik...nakal...mst payah mak ayah nak jaga nie...:)

patungcendana said...

pasal black tak berani nak kejar kau orang?

enyheartsdiamond said...

cita hantu kopek sgt lucu!;)

Anonymous said...

ahahahahha.....

lawak tol cerita kali ni mamai...
jahaaaat kau yea!!

xD

pagi2 buta aku baca N3 kau nie...tergelak sorang2...

Tikam2 tu aku pernah join...plg tinggi nilai aku dapat 20 sen...hehehhe

mamai said...

dalia:
memang nakal sebab tu selalu kena perambat dengan batang senduduk..

patungcedana:
kena baca yang run black run

eny:
uncle tak pandai wat citer hantu...

jaja:
tikam-tikam tu selalunya menipu sebab tu kami tipu kopek

fadzilah said...

ingat kan kerbau pendek tu binatang pe..baru tau ia adalah binatang tu..
hahaha..

anaklaut said...

hahahaahaa.


bro..di kelantan "kopek" tu maksudnya lain bro..

cintaleaixora said...

aiyak... sebut kopek2 tu kalo kt kg sy org ingt gile seks lak... haha

sayu=pilu said...

wah bro mamai lu memang gempaq beb... boleh plak dapat idea macam tu eh memang kena la dengan geng2 lu..hahaha..
tapi lu tak bleh lawan pakcik sebelah rumah aku lagi dulu2 kalau anak2 dia balik time magrib sure kena ikat kat pokok pelam berspender or suar ketok tak berbaju then di taruk nya kerengga kat badan..wwwaaaaaaaaaa menjerit2 mamat2 tu wei gilo babas tol la..aku selalu skodeng tengak sian sesanagt nak tolong tak berani takut nanti tak pasal2 aku sekali yang kena lak huhuhuhu

Sulela said...

Nakal la korang masa kekecik...hahaha