Friday, August 7, 2009

tahun cemerlang sebelum waktu itu

hari bertukar minggu dan minggu lengkap mejadi bulan dan bulan yang berlalu itu menjadi tahun dan tahun-tahun itu silih berganti dengan cepat. perjalanan cinta contract aku dan N amat baik sekali cuma aku rasakan ianya berlalu dengan cepat sekali. seperti masa itu amat cemburu dengan kemesraan aku dan N. tapi yang sebenarnya aku yang cemburukan masa kerana tak menunggu kami yang asyik dengan mabuk cinta anak muda.

percintaan kami bukan lagi rahsia malah dah jadi buah mulut kawan-kawan gelaran merpati dua sejoli dah jadi trade mark untuk kami. Sue dan kawan aku pun dah tahu yang kami bukan sekadar cinta contract lagi tapi dah berjanji sehidup semati..fuhhh baiknya janji tapi boleh ker aku hahaha wehh aku takut mati aper.

di mana ada N di situ ada aku, di mana ada aku di situ ada N..kuliah aku dah jadi kuliah N dan kuliah N dah jadi kuliah aku. paling tak pun aku tunggu depan pintu bilik kuliah N. itu semua orang dah tahu bagi yang mengenali aku pada masa tu termasuk la adik-adik junior yang dok syok kat aku hahahaha apa kau ingat tak orang lain yang syok kat aku selain dari N ker. ingat ini raja cinta tau romeo di hutan belantara pusat rujukan mereka yang baru nak bercinta hahahaha itu aku tuju kat kawan-kawan aku ( cipet, ajax katek, mat nor buntang dan syed serta cyborg dan hehehehe yang pasti kawan aku tu). tak yah citer la bab nie nanti kawan-kawan marah la takut rahsia depa pecah dan yang pasti rahsia aku juga terus selamat.

tapi aku lega pasal abang senior dah tak jadi ancaman pada ku lagi pasal dia dah great dah...ciss cakap tak boleh belajar kalau N tak terima dia...tu boleh lak greet auta punya orang. cuma aku respeact kat dia pasal dia masih tidak putus asa untuk memenangi hati N di saat akhir.

"man, pernah tak dengar lagu nie"..N beri aku kaset dengan walkman pada aku, aku ambil dan dengar lagu tu ..

"nie lagu scorpion still loving you...kenapa"...fuhh aku memang minat dengan kumpulan scorpion nie setakat lagu scorpion kejam mata pun aku tahu syarat aku tak pekak la....

"lagu nie abang senior yang bagi kat N...man tahu lagu nie ker"...off course ler aku tahu setakat lagu dari scorpion, queen, eagle, tu aku boleh hafal aku nie memang minat rock dari slow rock ker heavy metal termasuk la trash metal..sampai pernah aku buat presantation untuk subject english aku pun pasal rock...lecture pun leh shock bila aku story pasal rock dan alirannya...tapi itu dulu la sekarang nie wa dah slow layan retro la pulak. tapi kalau sekali-sekala ajak wa head begging okay ajer.

"bila dia bagi N lagu nie...apa dia cakap kat N lagi pasal lagu nie"...aku mula buat soal siasat tapi tak adalah sampai nak campak dia dari tingkat 14 belas. paling tinggi pun tingkat 4.

"dia bagi masa dia nak balik kampung hari tu..dia tak cakap apa-apa cuma dia mintak N hayati lagu nie dan harap N masih beri dia peluang lagi"...jelas N menjawab soal siasat aku tadi.

"tapi N cakap tak mungkin sebab N dah ada man"....ya dia cuba memujuk aku tu..

well bro senior aku tahu kau pegang prinsip "best man win"....but I am the best wahahahaha...I am the king of lover.

aku dah tak perlu khuatir lagi... dia pun dah tak ada, tapi langit tak selalu cerah rupanya aku masih ada musuh lagi. kali nie dari dari mereka yang satu batch dengan aku, ancaman pada aku masalah kecil ajer setakat budak-budak lelaki kelantan ( actualy kawan sekolah N dulu ) yang tak suka bila budak luar kawan dengan mek kelantan. pernah sekali mereka datang jumpa aku di kolej, masa tu aku baru nak mula basuh baju yang dah direndam seminggu. biasa la budak lelaki basuh baju seminggu sekali. tu pun kira aku nie baik jika dibandingkan dengan roomate aku dan kawan aku yang boleh rendam baju sampai dua minggu, cuma tukar air dua hari sekali. bayangkan lah kalau ada tiga empat baldi baju yang berendam dalam bilik air tu...

okay kawan-kawan sekolah N ni datang jumpa aku dengan hasrat nak bagi tau aku yang mereka tak puas hati pasal aku kawan dengan N. ciss gaya mereka datang macam sarip dol dari kamoung dusun. siap nak gertak aku pulak tu hehehehe macm la aku nie takut dengan tari ulik mayang dan serapah dikir barat mereka tu. apa mereka ingat dondang sayang anak melaka tak cukup hebat ker.

tahun-tahun berlalu itu memang amat cemerlang buat aku dan N cuma pelajaran aku ajer yang tak cemerlang mungkin sebab aku terpaksa ambil dua course sekali masa tu. namun aku masih mampu menamatkan kuliah aku. Hubungan aku dan N juga sudah di ketahui oleh keluarga aku especilly mak aku, adik aku tu tak payah cakap la memang dia dah tahu pun. yang bestnya bila cuti semesta N bukan saja balik ke kampung dia tapi lebih banyak masa di habiskan kat rumah aku. semua orang dalam keluarga aku dapat terima N malah jiran rumah aku pun suka kat N. mungkin sebab N nie peramah dan hehehehe ada ala-ala gadis pinggitan gitu.

jika N balik kampung dia pasti dia akan call aku tiap hari, tak cukup dengan itu dia akan hantar surat kat aku dan aku..surat-surat tak main la aku pakai tape recorder beb advance sikit pada orang lain hahahahah...N juga pernah buat benda yang sama antar tape recorder kat aku. cuma aku terkilan bila kaset aku nie telah disabotaj oleh kawan-kawan aku bila mana akset yang mengandungi suara lunak N bertukar jadi orang mengaji dan berzanji...huh aku tau kerja sipa tu memang itu kerja si cipet,roomate,ajax katek, mat nor buntang dan mufti koala..depa tu memang jeles dengan aku. namun aku sempat juga balas dendam aku kat mereka semua sorry kawan lu orang cari pasal ngan raja cinta sapa suruh ( peristiwa guar napai yang tak dapat di lupa).

manakala sue dan kawan aku itu mereka semangnya amat serasi, cinta contract mereka lebih advance dari aku. mana tak masa tahun 3 sue dan kawan aku buat keputusan yang amat drastik aku juga terperanjat. Sue dan kawan aku ambil keputusan bernikah masa cuti semesta nikah gantung katanya. aku benar-benar terperanjat masa tu sampai hati kau sue, tapi aku tetap doa kau bahagia dan kau bahagia sampai sekarang dan dah beranak tiga.

aku teringat bagaimana aku terpaksa memujuk sue dan kawan aku nie satu masa dulu, bilamana kawan aku datang ke bilik aku dengan mata yang merah mengadu pada aku dan minta pertolongan ( sorry aku tak boleh cerita bab nie kerana menghormati kawan). tapi aku lega sekarang mereka dah bahagia biar ada cerita duka yang aku juga turut merasa. sejak sue bernikah dengan kawan aku tu maka tempat aku dan N berdating semakin mudah, sue dan kawan aku telah berpindah ke rumah kelamin untuk student yang dah berkahwin, so rumah sue dan kawan aku jadi tempat kami melepak tanpa ada rasa risau...


bersambung lagi aku nak balik melaka la dah lewat nie

22 comments:

sharamli said...

0k..lepas balik smbung blik

Kay said...

(^_^) have a lovely weekend!

myQza said...

leh wat cerekarama cita kau ni!! balik melaka? baik2 n hati.. kat sini jerebu teruk..

Sulela said...

Potong stim la kau neh...hahaha. Ok, sambung lepas balik dari Melaka ye Mamai. Aku setia nak baca neh...hehehe...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

salam bro mamai


nur kembali menjengah blog bro
huhu... tak sabar nak tau endingnya. bro memang pandai la bab bercerita.. buatkan pembaca seperti nur tertunggu episod seterusnya.

enyheartsdiamond said...

have a nice weekend uncle!!!

mamai said...

shah:
dah balik da nie nak sambung kelap lagi

kay:
have a nece weekend to you to

SItEDI:
aku nak tanyaer yusoh haslam or rashid sibir dulu..

sulela:
dah nak abis dah nie

nur:
dah okay nur...sabar yer akan habis dalam sidikit masa lagi.

Adinda Amy Sensei said...

salam.. (^_^)

mamai said...

eny:
thanks sweet...have a nice weekend to you to

cik amay sensei:
salam buat cik amy juga terima kasih kerana melawat

misznarney said...

nany cadangkan apak publish ceter nih..hik3. mcm bez jer...leh bt duit.

adibah said...

balik kampung.. nak recall memori ye..? mudah nanti nak sambung cerita.. ;-)

anaklaut said...

salam..

"bilamana kawan aku datang ke bilik aku dengan mata yang merah mengadu pada aku dan minta pertolongan"

ayat ni yang best..penuh suspens..sambung la cepat bro..:

mamai said...

nany:
boleh nanti apak tanyak saper yang nak tolong hahahah:

adibah:
mencari kenangan yang tertinggal sambil beramal di kampung

Aloy Paradoks said...

kalau tak puas hati dengan org,,,, lu ludah je muke die..

mamai said...

anak laut:
dah nak tamat camner nak sambung hehehe

aloy:
huhuhu ludah muka ganas tu...aku sembur ajer

abgBro said...

bro...pas still loving you ending musti hurricane! kan kan kan...khekhekhe

Precious said...

Woitt!! Tengah mengarang sambung citer, ker?

Precious said...

Woihh ... haku baru perasan ko balik Melaka. Haku dengar kat Melaka teruk H1N1 ... Ko pakai mask ke tak? Jaga kesihatan ko n famili tauuuu ...

mamai said...

abgbro:
bukan setakat huricane tapi berserta blackout lagi tu...

precious:
aku berehat jap ngah sibuk semalam...ya melaka teruk dengan jerebu dan H1N1

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

huh!
raja cinta ruponye..
hehe
cepat2la sambung ek..
syok ni!!
=P

INTAN said...

aku nak tgu part korang clash je

mamai said...

miss gaza:
halaman dah okay ker penat datang tapi selalu kena kunci ajer

intan:
tak baik aku yer