perkataan yang tak akan aku lupa, aku belajar dari seorang kawan di dalam blog juga, tapi sayang sekarang halaman dia dah kena kunci. mungkin tak bayar cukai tanah atau cukai pintu, entah aku pun tak tahu..tapi aku berharap dia kembali seperti dulu. jika dia tak kembali pun aku tak boleh buat apa-apa itu hak dia cuma aku doa dia bahagia dan damai selalu.
aku bukan nak bercerita pasal kawan aku tu kerana aku pasti dia dan dia lebih tahu...
aku cuma pinjam perkataan ini untuk mengambarkan diri aku sekarang nie petak kepala sebagai ganti aku yang mamai nie...
aku sedang petak kepala kerana keadaan kesihataan sekarnag nie yang kurang memuaskan selesema babi ( mungkin ada kata aku tak sopan ) makin menjadi-jadi angka korban saban hari meningkat. hari nie aku terima berita melaka mencatatkan kematian tertinggi di Malaysia dan kampung ku di Merlimau juga turut terjejas. Menurut kakak sulung aku, kebanyakan sekolah di Merlimau sudah di tutup bagi mencegah wabak selsema ini ( apakah ini masih lagi langkah yang bijak ). menurut kakak sulung ku yang juga seorang guru sekolah rendah kemungkinan semua sekolah akan ditutup.
sebentar tadi aku dapat sms dari abang sulung ku di puchong perdana " jadi balik kampung H1N1 teruk kat merlimau tengok awani 501"....lepas tu dapat pulak sms dari kakak aku..."kak long tunggu cikgu nora balik dari sekolah serkam khabarnya tak baik jangan balik kampung"..
kenapa aku tak boleh balik kampung aku rindu kampung aku dan aku dah lama tak jumpa mak aku...dekat sebulan dah aku tak balik kampung nie...aku juga rindu pada kubur arwah ayah aku yang hhanya satu-satunya kubur di tanah wakaf ditengah hutan. Tak salahkan arwah ayah sebab itu yang dia pilih dan dah diwasiat kan mesti dia ada sebab dan sekarnag aku mengerti..
aku serba salah sebentar tadi juga aku call mak aku bettanya khabar ya dah lama aku tak call dia...ada suara sedih bila aku nyatakan bahawa mungkin aku tak balik hujung minggu nie sebab anak aku yang bongsu baru baik demam takut keadaan di merlimau boleh memudaratkan anak aku tu...
"terpulanglah pada kau mak tak kisah"....ada suara sedih dari hujung telephon..aku memang jarang tak balik kampung berbanding adik beraik aku yang lain jika aku masih di senawang sudah pasti tiap minggu aku balik kampung. sekarang nie dah jauh sikit tapi pasti aku balik kampung bila hujung bulan
"nanti, man tengok keadaan dulu ya mak...man nak tanya kak teh, bangah dan siti dulu dia orang balik tak"....aku cuba memujuk
"mak ingat nak buat kenduri arwah abah kau bila kau oranag semua dah balik nanti"....ya aku tahu memang tiap tahun kami akan buat kenduri pada bulan tujuh tapi kali ini dah terlewat.
"biar aman tanya bangah dulu dia nak balik tak, lagi pun dia belum boleh berjalan lagi tu"....abang aku tu baru lepas buat operation ligamen dia putus last week macam owen kena masa main bola world cup...tu yang buat abang aku bangga walaupun dia bukan main bola..nak pulak dok kat pusat rawatan sunway tu dia rasa macam super star...
"bangah kau cakap dia tak boleh balik tapi dia suruh ateh, kau dan siti balik juga"...jelas mak aku
pelik juga aku kalau dulu aku yang akan suruh adik beradik aku balik kampung tiap-tiap bulan tengok mak dan ziarah kubur abah...sekarang nie aku pulak yang tak nak balik hanya kerana selsema itu...
"bukan wang ringgit yang kita bagi tiap bulan mak nak tapi apa yang mak nak kita semua ingat antara satu sama lain dan tak lupa dia"...itu yang aku selalu katakan, mungkin sebab aku tak berduit macam adik beradik aku yang lain yang beruwang. memang aku tak berduit pun nak belikan wife kereta pun cuma kereta saga BLM tu ajer yang aku mampu sedangkan aku pakai kereta wira buruk dah berumur 15 tahun tapi dia masih setia. nak ikut macam orang lain aku tak sanggup nanti tidur malam ku tak lena...
"kalau buat minggu depan tak boleh ke mak"...aku cuba mencari alasan lagi bertapa terukya aku
"minggu depan dah suntuk sanggat kak teh kau tak boleh balik katanya"....suaranya masih tenang tapi aku faham, sebab aku yang paling lama duduk dengan mak dari kecik sampai aku dah kerja, cuma bila dah kawin baru aku keluar..berbanding adik beradik aku yang semuanya dok asrama dari sekolah menengah sampai masuk u sampai la dah kerja jarang ada di rumah.
"mak, nanti man call balik, aman nak call bangah,ateh dan siti"..aku minta diri
sampai sekarang aku masih petak kepala sama ada nak balik atau tidak aku belum lagi call adik beradik aku yang lain..
perlukah aku balik sedangkan keadaan di sana tidak mengizinkan, bukan aku lupa pada takdir tapi mencegah itu bukan ker lebih baik dari merawat...
kenapa mesti ada selsema babi...memang betul babi la babi nie, menyusahkan orang ajer..tapi betul ker selsema babi tu di sebabkan oleh babi, kalau betul kenapa kita tak hapuskan ajer babi dalam kandang dan juga tokey babi tu...
aduh petak kepala aku...
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
allah nak tunjuk kt kita la tu..xleh jgk nak salahkan binatang yg 1 tu..ia p0n makhluk ciptaan allah kan
Bro, apa kata kau bawak mak kau datang KL, buat kenduri tu dekat KL. Memandangkan keadaan di kampung kau tak memberangsangkan.
Ko balik sorang tak payah bawak anak kau bro. Balik amik mak kau datang KL. Buat kenduri adik beradik pun aku rasa dah memadai.
H1N1..
hilang 1 naik 1..
;)
idup mati di tangan tuhan, kalau tak jumpa mak hujung bulan ni , buat nya dia pergi tak balik balik macam mana.. nanti menyesal seumur hayat.. balik aje selagi mak ada
seorg ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu...
“Redha ALLAH dgn redha kedua ibubapa dan murkanya ALLAH dgn murka kedua ibubapa”
Hanya ALLAH mampu melakar gelisah seorang ibu...
(^_^)
balik..tp pakai topeng...kesian pulak kat mak tu kan
Tersentuh jua bila dgr mak kau suruh balik krn nak wat kenduri arwah...maklomlah inikan bulan "Ruwahan"....
Klu aku, mgkn aku balik. Ditambah lagi dah nak dekat puasa mcm nie kan...
Tapi terpulanglah...
mgkn juga blh di tunda kenduri tu time lepas raya nnt..dan mintak2 selsema tu makin berkurangan..
wei mamai!!!
ingatkan saper ler mamai ni...
terjumpa lak kat blog kak Su....
btw, kalau nak tengok gambar xpdc gunung kinabalu, gi kat Mail nyer website or blog dia...
morelexspictures.com/blog
alahai anak mak, balik le, insyaallah berkat doa mak, anakda akan selamat!
sk datuk demang husin tempat anak buah aku belajar pun kena tutup 2 minggu nie..
tak boleh gi melaka ler time nie
aku pernah buat keputusan lari balik kg berganda bila rindu aku dan rindu mak aku pada tahap berganda ganda ..:(
so en. mamai
pulanglah ,dua dua dah rindu tu..jgn lupa pakai topeng,basuh tangan selalu dan dok diam2 dlm umah.
~~aku suka balik kg..hasilnya, berbaloi baloi ..:)
mamai, aku rasa tak salah kalau kau balik. Penyakit ni kalau nak kena, tak balik sana pun buleh kena. Impian mak kau tu patut kau dulukan. Dia satu2nya mak yang kau ada di dunia ni. Kau Redha je dengan ketentuan Illahi. Memang penyakit tu kau nak elakkan. Mana tahu, dengan izin Allah sebab kau ikut kata emak kau, kau anak beranak dipelihara dari penyakit tu. Allah bagi kau ujian ni mamai, untuk kau teliti dan bagi keputusan tepat.... Wallahualam
Tetiba je aku setuju dengan saranan GRuNGe...
Tapi kalau mak kau tak setuju, kau baliklah sekejap. Tawakkal je bro. Sian mak kau tu. Hati orang tua...bila dia kata tak kisah, sebenarnya ada nada rajuk di situ. Aku dah selalu kene ngan mak aku. Bila dah meningkat tua neh uhuk uhuk uhuk...baru aku faham apa dia rasa. Doa pada Allah agar kau sekeluarga dihindari daripada penyakit tu.
p/s: Tempat aku neh dekat ngan kandang babi. Risau gak aku...huhuhuuuu
la nih, di mana-mana pun tak selamat. tapi ape ke hal kena tang merlimau nihhhh..
ziarah ziarah ;p
okay guys keputusan dah di buat aku akan balik kampung juga tak kira apa nak jadi-jadilah aku redha..thanks to all of you
jebatsari:
kau tu la jarang balik kampung merlimau dah parah dengan selsema babi la....jom balik kg minggu nie
kalau encik rahman nak balik, nanti saya tak bawa anak2 saya datang rumah mak encik rahman.
saya faham encik rahman risau.
:P
anak2 saya kan anak melaka sejati, taku t menjangkit anak orang puncak alam pulak.
:P:P
nota kaki: balik je lah encik rahman.
wawa:
saya dah tentu baliknya...la bawa ajer la budak2 budak tu ke rumah mak saya tak ada halnya....
melawakje.
:P
insya allah semuanya dipermudahkan kan.
Sekarang ni tugas kita berdoa dan mohon pada Allah.
Allah kan Maha Kuasa dan Mengetahui akan segalanya.
:)
Lagipun bila balik bolehla dengar cerita kawan baru keluar lokap.
saya nak dengar gak cerita kawan lari dari ditangkap.
:P
huh...nani lgsung xpat blik.
sede nih... :(
kalo ikut kn hati nih, dh nangis dh...
Post a Comment