Monday, August 3, 2009

satu hari yang senak,benak dan benar

buat semua pembaca kita ada hak dan pandangan kita sendiri aku hormat segala pandangan dan pendirian semua orang. aku hanya meyuarakan pandangan aku dan apa yang aku rasa dan lalui. berbeza pendapat dan pandangan tidak bermakna kita tidak boleh bersama. biar mereka bertelagah tapi kita adalah orang dewasa dan buktikan bahawa perbezaan siasah bukan halangan untuk kita bersatu. kita cari titik keseimbangan agar antara majoriti mendapat hak tanpa meminggirkan yang minoriti....

1 ogos 09, sabtu :

satu hari dalam banyak perkara yang dilalui buat pertama kali dan mungkin bukan yang terakhir sekali.

jam 11.00 am:
masih menunggu panggilan dari kawan ku Jebatsari katanya ingin pergi berdemontrasi. aku dah ready dari pagi hati dah tak sabar lagi nie baju hitam dan pengikat kepala dah aku siapkan dalam beg. wife aku nampak susah hati tapi aku buat tak peduli kali nie aku memang dah nekad apa nak jadi-jadilah aku tetap redah.

jam 12.30 pm: pangilan dari Jebatsari "sepuluh minit lagi aku sampai"....nie mesti janji melayu la nie tak apa aku sabar. pasal road tax kereta aku mati kalau tak aku dah pie sendiri.

jam 01.30 pm: Jebatsari sampai nampak muka macam baru banggun tido dah aku agak aku kenal dia bukan sehari tapi dah bertahun-tahun kalau tido dia mesti susah nak bangun. terus masuk keta lupa pulak nak cium anak dan isteri rasa terkilan macam tak dapat makan mee magie yang isteri aku buat sebentar tadi. jebatsari pecut kereta dari puncak alam macam orang tak sedarkan diri dah lambat katanya...salah siapa kata ku. sampai fedral hiway jalan dah jem teruk jebatsari dah biasa mencelok akhirnya sampai bangsar tak leh nak move lagi.."jebat, baik kau parking keta kita naik LRT" aku beri cadangan. jebatsari setuju parking kereta kat LRT abdullah Hukum.

jam 02.00 pm:
beli tiket LRT nak ker pasar seni or masjid jamek.."maaf encik dua tempat nie tutup"...

"bagi 2 tiket ke dang wangi" minta jebatsari...dapat tiket tapi tak tahu mana nak masuk hehehehehe tak pernah naik LRT la nie..benak sungguh

dalam LRT sempat call Abol tanya situasi kat KL macam mana..."abol aku dalam kat pusat FRU cheras dah kena cekup kol 11.00 pagi tadi" jawab abol(adik kepada jebat sari) masih boleh ketawa..hati mula senak dan bergelora..."cilaka..beg aku tinggal dalam kereta jebatsari"....aku marah pada diri.

jam 02.30 pm: sampai dang wangi rushing menghala ker sogo sekejap berjalan sekejap berlari yang pasti lebih banyak belari...

"Kalam kau kat mana" Jebatsari menghubungi sahabatnya kalam mutiara..sebab kami dah berjanji nak jumpa sama..

jam 03.15 pm: sampai depan sogo masih mencari Kalam...aku lihat jalan dah basah mata mula berair kesan dari asap gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU awal tadi masih terasa...sedang aku dan jebatsari melilau mencari jebat sari tiba-tiba datang dua truck black maria..."jangan lari! jangan Lari! tangkap! tangkap! aku dan jebat sari panik sekejap sekelip mata aku lihat dua orang polis dah pegang jebatsari aku tegak berdiri memerhati dalam kekalutan itu...

"kanapa aku tak kena cekup sekali bukan ker aku berdiri sebalah jebatsari"....kata hati ku...aku lihat jebatsari dah dibawa masuk dalam black maria sedikit pun dia tak melawan. Masih tenang jebatsari bukan masalah dah biasa tapi dia memang berani.

sedang aku benak sekejap datang dua orang polis dekat aku sorang dah pegang tangan aku..

"encik buat apa kat sini"...tanya seorang polis masih ada sopan walau kasar sedikit

"kenapa...kenapa salah ke saya datang sini memerhati"...jawab ku tapi aku rasa muka aku dah pucat bertambah cuak ciss....

"tak salah tapi ini kawasan demontrasi haram..encik tak perlu ber ada disini"...
kata salah seorang polis itu..

"encik tangkap saya masa saya tengah berhimpun ke nie kalau ya sila tangkap yang ada dengan saya semua nie sekali"....jawab aku tenang..

tiba-tiba aku dilepaskan oleh dua orang polis dan mengejar seorang lelaki lain mungkin disyaki terlibat dengan demontrasi kerana aku lihat dia memeriksa beg pakaian lelaki tersebut...aku lihat polis mengeluarkan sehelai baju berwarna hitam dari beg lelaki tersebut....aku buat kesimpulan polis tangkap orang yang memakai baju hitam dan merah sebagai orang yang disyaki. Kerana jebatsari berbaju merah dan belang hitam dan kebanyakan mereka yang aku lihat dalam truck black maria adalah mereka yang berbaju hitam dan merah.

ada hikmah aku tak pakai baju hitam hari nie..mungkin baju oren meyelamatkan aku tadi. Aku bergerak kembali ke arah kumpulan demontrasi..sempat sms jebatsari.."apa aku boleh tolong kau"..ada sedikit kekesalan dalam hati aku.

"aku okay, kau jalan terus nanti cari kalam aku foward no dia pada kau"..balas jebatsari...baik kawan perjuangan harus diteruskan biar tinggal seorang..

tak sampai separuh jalan ke komleks campble aku lihat ramai orang bertempiaran lari ada asap berkepul didepan...seorang lelaki cina berteriak kearah aku "lari polis kejar"...sepontan aku turut lari juga otak benak tak boleh process data aku terus lari masuk dalam sogo. sempat lihat pengawal keselamatan menutup pintu utama.



bermula episod aku terperangkap dalam sogo selama dua jam setenggah tanpa aku ketahui dunia luar kerana semua pintu ditutup dan shuttle door juga diturunkan...
"kepada para pelangan sekalian harap maaf pihak syarikat tidak dapat membenarkan anda keluar disebabkan faktor keselamatan" suara pengumuman dari pihak sogo..

aku berligar dalam sogo tak tentu arah..perut aku senak, otak aku benak pergi ke Mc Donald cari sesuatu yang boleh dimakan..sambil menanti..

"kau kat mana" sms dari kalam mutiara.. mungkin jebatsari yang bagi no aku

"aku stuck dalam sogo tak boleh keluar kau kat mana"..balas aku

"tunggu kat sana dulu kat luar tak stabil lagi..aku kat pertama"..balas kalam mutiara

otak aku benak perut aku senak..benar..

atas nama demokrasi
aku dikejar pak polisi
kerana aku berdemontras yang tak dikasi

atas nama demokrasi
dalam sogo aku bersembunyi
umpama tikus bertempiaran lari
ciss rendahnya maruah diri
wahai pak securiti lepaskan aku dari sini
ingin aku berdemontrsi
itu hajat aku ke sini
bukan untuk bersembunyi
di luar sana sekumpulan kucing parsi
mencari makan untuk anak bini


nukilan yang sempat aku fikirkan kala otak aku benak..

"aku akan di bawa ke FRU cheras..kau jgn risau nanti aku sms lagi"...aku dapat pesanan dari jebatsari



jam 05.30 pm:
pihak security membuka pintu keluar..aku bergesa keluar kawasan sogo tenang tapi masih ada polis dan fru berkeliaran di situ..aku menuju ke dang wangi dengar cerita mereka berkumpul di situ..kau bergegas ke sana tapi hajat terhalang sekumpulan FRU telah sekat jalan. aku cari jalan alternative belum pun sampai FRU melepaskan water canon ke arah kumpulan demontrasi..bertempiaran lari lagi bila dikejar polis....kami menuju ke masjid jamek maka bermula lah episod main polis sentri aku cuma kali nie aku kena kejar dengan betul-betul punya polis.

jam 07.00 pm:
aku kembali ker sogo keadaan di sana sudah tenang tapi polis dan FRU masih berjaga-jaga dan masih terdapat lagi kumpulan anti ISA di sana berkumpul tapi tiada sebarang aksi provokasi berlaku.



aku membuat keputusan untuk pulang sahaja dah penat berlari, lagi pun aku tinggal sorang tak dapat jumpa dengan kalam mutiara pun petang tu cuma bersms sahaja bertanya lokasi dan keadaan. menapak semula ke LRT dang wangi berseorangan lagi.

jam 07.30 pm: sampai ke KL sentral ambil tiket komuter balik ke batu tiga, beratur sorang-sorang dicelah mereka yang bercople, anak melayu yang berpelukan tanpa segan silu walau bertudung tapi legan tak berbaju, berseluar tapi menampakan bentuk spenda dan lekuk punggung yang mengairahkan tapi aku dah tak bernafsu otak aku benak perut aku senak benar tengok aksi anak melayu...sedang aku tadi baru juga beraksi apa bezanya aku dan mereka....

Komuter sampai..belum pun sempat pintu dibuka semua orang dah serbu yang pak we sibuk lindung aweknya..tak payah bergerak pun orang dah tolok aku untung juga tak banyak guna tenaga. dalam komuter bersesak tapi masih ada lagi tak perihatin bila ibu yang mengandung di biar berdiri..aku tak boleh tanggung benak otak aku.

"adik boleh bangun bagi kakak nie duduk di pregnent"...kata ku pada sepasang kekasih yang dok bermadu...si lelaki bangun muka tak puas hati.."bro cukup baik aku minta cara sopan kalau ikut hati yang masih panas nie memang kau nak kena maki"...bisik hati ku.

jam 8.30 pm:
sampai ke stesen batu tiga call anak buah minta ambil aku sebab aku tak ada transpot nak balik. tapi hampa sebab anak buah aku kerja..terpaksa ambil cab ker puchong perdana sebab kat sana ada kereta wife aku yang anak buah aku pinjam hari tu.

jam 9.30 pm: bergerak balik dari puchong perdana ke shah alam aku teringat malam nie ada show dari team kulup sakah dan bro pyanhabib pun ada. sebab otak aku benak dan perut aku senak benar aku tersesat kat laman budaya kebetulan ada show juga. salah tempat la pulak




"man aku dah lepas sekarang otw balik"...sms dari jebatsari...lega hati aku

"aku ada kat dataran shah alam"....balas aku dan malam tu kami bersenang dan melapangkan fikiran dengan persembahan kulup adn the geng...sempat juga jumpa bro pyuanhabib.pukul dua pagi baru balik rumah dalam kepenatan untuk satu hari yang senak benak dan benar...

sepanjang perjalan balik aku terfikir apa yang aku lalui hari nie, aku terfikir betata benaknya mereka menangani masalah demontarsi hari ini. Perkara yang sepatutnya tidak huru hara jadi huru-hara.

mereka yang berdemontrasi ini umpama air yang mengalir tetapi dihalang oleh sampah sarap di sepanjang laluan. akibatnya air ini menyesak dan halangan tidak mampu menahan asakan aliran air maka terjadilah banjir dan limpahan yang mengakibatkan bencana. Seandainya air yang mengalir itu di biarkan berlalu dengan damai tanpa halangan aku pasti tiadak akan ada sebarang bencana dan kerosakan yang akan berlaku.

35 comments:

TuYa said...

nasib baik bro pakai baju oren..
kalau x mesti lagi panjang cite ni kan..
suka Tuya baca..

Anonymous said...

woyooooo....
kau mmg hebat bro!
sanggup main kejar2 dgn pak pulisi..

tp alhamdulillah la..kau selamat!

Sulela said...

Fuuhhh!!! Ngeri lak aku baca perjalanan ko neh...huhuhuuu

Anonymous said...

aku dah jwb TAG.....

adibah said...

satu pengalaman menarik.. yang boleh diceritakan pada anak cucu satu hari nanti..

INTAN said...

no komen...hehe

misznarney said...

ish...biau btol apak nih???

mamai said...

TuYa:

kalau tak citer kat dalam black maria la hehehehe

jaja:
terkenang zaman kecik-kecik dulu mainkejar-kejar syok juga...thanks jawab tag yer

sulela:
ngeri tak sengeri citer seram ko tu hehehe

adibah:
ya satu pengalaman yang best untuk di kongsi tapi aku harap tak perlu begini lagi

intan:
ya aku faham...

narney:
hai my lovely niece...bukan tak kenal apak nie macamanakan..hehehehe nothing to worried

imHepPie said...

aiyak...
sgt2 mnakutkan..
igt nak gi jgk ctu aritu tpi seb bek x jadik..huhu...

patungcendana said...

banyak nya info...otak aku tak boleh compute...huhuhu...

apa pun...happy you're ok...:-)

re:...silver bullet tu sebagai back-up...hehehe

mamai said...

imHeppie:
elok juga tak pergi nanti tkaboleh nak balik pulak...

patungcendana:
hahahaha citer satu hari dalam satu page mmg jadi sarat la gamaknya...

tapi experiance tu mmg best..tak rugi

IkanMasin90(IM90) said...

betul ka??
gile dahsyat ;p

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

wah bro..
entry terpanjang ni..
mcm diari sehari seorang bernama mamai...
apapun alhamdulillah bro selamat
ni kalo masuk perlumbaan sah bro yg menang.

mamai said...

azzaliena:
ya betul dik...cuma sebahagia ajer nie

nur:
ya mmg diari sehari dalam hidup mamai hahahaha...hope tak perlu berulang lagi...penat belari tanpa arah nie ahaks

Beruwang said...

demo tak kasi gi demo gi juga , nak buat lagu mana? kawe tak sokong mana mana...

enyheartsdiamond said...

wah..cam filem lak;)

*seyes..gila sesak kan?

byk roadblock jugak..

eny g pc fair..nasib awal..

kwn eny..stuck kat masjid jamek..

jebatsari said...

catatan yang baik dan jujur.

mamai said...

ber_uwang:
tak apa sekali dalam hidup nak juga merasa pengalaman tu...

eny:
lupa pada PC fair tak boleh juga pergi ke sana

jebatsari:
tunggu kau punya update...especially dalam black maria tu....aku masih risau pasal abol nie

bias® said...

pergh! dari pagi bawak ke malam? kalau hari-hari gini, mau taff jugak lah body. kan?

anaklaut said...

memang bro mamai seorang aktivis yang hebat.

bro, beratus-ratus polis berpakaian biasa berlegar2 berhampiran sogo dan jalan tunku abd.rahman, bro kira selamat kira ok..


bro..menmag hebat..!

triple x malaya said...

hebat lu bro..ni baru perjuang anak melayu berani mati kerane keadilan..berjuang kerane ingin menuntut keadilan,kebebasan bersuare..bukan di tangkap dan di pejare..

dkama said...

Sampah sarap menjadi penghalang... Ehm masih ada semangat atau dah habis bro... Gua caya sama lu... PEACE...

mamai said...

bias:
bukan taff tapi boleh tergolek sendiri..

anak laut:
memang ramai yang polis berpakaian awam dan sebenarnya mereka la yang mulakan aksi melarikan diri ini...

aku belum jadi aktivis lagi baru belajar mencari keadilan diri hehehehe

triple X malaya:
satu pengalaman yang berguna aku harap next time dirancang denagan sempurna

dkama:
masih bersemangat lagi nie aku cuba pendekaan lain la pulak lepas nie

org minyak said...

lu prasan tk sapa yg duk sebelah bro pyan masa lu gi samal dgn dia?

GRuNGe said...

Pengalaman kau mengingatkan aku masa zaman "Reformasi" tahun 1998. Basah lencun kena air.

Tapi tu semua memori. Sekarang dah semi retire dah (takdak geng).

mamai said...

orang minyak:
tak berapa perasan masa kat meja minum tu ker...yang aku tau malam tu aku jumpa kulup sakah ( fendi ) bro pyan dan osman kering aku rasa ada malam tu..AJ and emat

mamai said...

grunge:
ya 1998 antara yang havoc lari sampai ker bangsar hahahaha...tapi yang turun nie pun ramai budak2 reformasi juga

DaliaLiyana said...

alhamdulillah sume nye selamat..bahaya gak ek bro..main polis entry ke?? ala..yang polis entry w1 2 jaga..polis mati pencuri jaga....hikhikhik...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hehe...
macm main polis sentri dah
bro
masa lari tu teringat tak zaman kecik2 dikejar kawan yg berlagak polis?

igt lagi lagu polis sentri tu..

♪ polis sentri ♪
one two jaga
polis mati
pencuri jaga

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hahaha...kasi rasa....baru ada cerita...gua dah penah pecah kepala gara2 98'..buktinya sampai skrg..

LaraSuffi said...

Salam bro mamai...

ape pun.. take care yeah~~

bubyeee...:)

kalamutiara said...

nanti ada masa kita turun demo lagi!

abgBro said...

ya kita turun demo lagiiii!!!

mansuh ISA!

tumbangkan BN!

Prof. Era Pasca said...

hahaha kamu dok lam sogo ke? patut den tak nampak mu... hahahaha loteh den berlari2 anak slamat kan diri dari pulis... :)

den jumpe naruto dan TPU gari tu... :)

Prof. Era Pasca said...

pasni nak buat demo mansuh PDRM la pulak... ada brani join... ahahahha