Thursday, August 6, 2009

pagi yang cerah sebelum waktu itu

musim cuti telah hampir berlalu kini aku membuat persiapan semula untuk kembali ke U. sebulan cuti buat aku tak sabar nak balik semula ke U nak berjumpa dengan kawan-kawan aku. terutama pada buah hati ku itu sebulan tak berjumpa rasa macam setahun lamanya huhuhu adat orang bercinta la katakan ( aku sorang jer yang rasa macam tu ). tapi sekurangnya rindu aku terubat juga bila N sudi call aku masa cuti semesta biar pun dia call hanya nak ucapkan terima kasih pasal bantu dia sebelum cuti hari tu dan minta maaf kerana tak dapat joint aku balik masa tu. tapi itu tak kisah janji dia call aku dapat dengar suara dia pun dah cukup untuk aku.

sepanjang cuti semesta yang tak ada aktiviti tu aku ambil kesempatan bekerja tolong ayah aku dan kawan-kawan. selebihnya melepak dengan member satu sekolah dulu, member masa aku form six, melepak dari malam sampai ke pagi citer kisah lama. kisah kenangan masa form six yang tak kurang hebatnya dan port kami seperti biasa rumah Asmady tempat kami selalu buat group study. kawan aku nie juga dapat satu U dengan aku cuma bila dah kat sana kami berlainan kolej dan jarang bertemu. Pada masa cuti semesta ni juga la belaku satu peristiwa sedih dalam hidup aku bila mana aku kehilangan seorang sahabat yang juga sepupu aku, bila mana dia maut dalam kemalangan jalan raya hanya kerana nak merayakan aku yang dapat masuk U.

seperti biasa minggu pertama buka semesta memang sibuk dengan acara berluma daftar subject pasal masing-masing nak pilih lecture. ke hulu ke hilir dari satu sekolah ke satu sekolah nak daftar subject punya pasal dah tu berebut-rebut macam budak kecik, nama jer student U. sepanjang seminggu tu aku tak berpeluang nak jumpa N walau hati amat berhajat sanggat nak jumpa dia. yang aku kerap jumpa Sue dan kawan aku tu sebab kami dah plan nak ambil subject yang sama senang nak ulang kaji nanti. ada juga aku bertanya sue pasal N tapi sekadar bertanya ajer aku masih jual mahal lagi. dari sue juga aku dapat tahu yang permohonan N untuk tukar course telah diluluskan oleh HEP. itu sudah cukup mengembirakan aku sekurang-kurangnya satu ancaman telah tiada rancangan aku sdikit berhasil. tapi tukar course bermakna N terpaksa menambah satu semesta lagi untuk mencukupkan kreditnya dan secara tak langsung dia tak boleh great sama dengan kami oppps dengan aku la...

semiggu berlalu aku dah mula mengikuti kuliah seperti biasa bila dah pie kuliah mesti la jumpa dengan sue dan kawan aku tu...ciss kenapa mesti dia berdua ajer apa aku tak ada kawan lain ker. hehehehehehe bukan aku tak ada kawan lain ada tapi kau lebih rapat dengan mereka. lagi pun citer nie pasal aku N dan kawan aku so tak payah la aku nak citer pasal kawan aku yang lain, kalau ada pun citer yang akan datang..

"man esok pagi N nak jumpa kau"...sue informer aku bagi tau..yes ini peluang yang ditunggu.

"kol berapa dan kat mana sue"...sampuk aku dengan gelojoh...chehh sue senyum ajer

"esok khamis tak ada kuliah pagikan so N nak jumpa pagi..tempat biasa"....jawab sue

"tapi esok petang ada ko-k la sue"...jawab aku

"woit...ko-k petang N nak jumpa pagi la ngok"...kawan aku tu mencelah...wah sedap dia ngokkan aku yer tak apa..

"esok pagi tak nak jogging ker sue"....aku cuba control gabra nie hehehehe

"esok sue dengan kawan kau jer jogging. kau pie dating"...marah sue...alah sue kau bukan marah tapi sayang kat akukan..

"okay-okay aku pie esok..dah jom makan lapor dah nie"...malas nak cakap kang kena ngok la pulak..

malam tu tak leh nak tido lena dibuatnya, kepala aku dok pikir kenapa dia nak jumpa aku harap-harap tak ada berita yang tak baik untuk aku. Kenapa dia nak jumpa aku seorang ajer biasanya kalau nak jumpa pun mesti ada sue dan kawan aku tu. akhirnya aku terlelap sendiri dalam aku dok berpikir tu..sadar-sadar dah kol 7.30 pagi bila jam loceng roomate aku berbunyi. gerakan roomate aku suruh sembahyang subuh...hmmm apa kejadahnya subuh 7.30 pagi gila punya orang. lepas mandi dok termenung nak pie breakfast tak ada selera...tengok jam lagi rasa macam masa lambat sangat masa berlalu kenapa...

dalam dok termenung tu sekali tengok jam dah pukul 10.00 pagi ada setengah jam lagi untuk aku bertemu. segera aku bersiap.

"mate, mana perfume ko mitak sikit"...tu dia dating punya pasal sanggup pakai perfume

"kau gila apa..jangan kata perfume bedak pun aku tak ada"...jawab roomate aku hehehe roomate aku nie memang sempoi orangnya dia tak perlukan semua tu dan aku pun tak pernah nampak dia sibuk nak cari makwe walau dah nak masuk tahun empat. biasanya abang senior nie jadi red card pada awek-awek junior.

aku berlari ke bilik kawan aku yang hujung..."cipet (woit ini nama glamer dia yer)...mintak perfume sikit tak nak pinjam kalau pinjam kena pulang"...aku terjah bilik kawan aku nie dia budak batu pahat orang banjar katanya. aku tahu dia mesti ada perfume sebab dia selalu bau wangi bila pie kuliah...mungkin juga dia malas mandi.

"tengok dalam laci tu....apahal kau pakai perfume nie"....tanya cipet yang juga baru bangun tido

"pet tak ada pun...mana kau letak"..runggut aku..

"kalau tak ada tu maknanya si ajax katek dah ambil la tu..malam tadi dia keluar"...jawab cipet masih lagi mamai.

aku berlari pula ke bilik ajax katek...dan di sana aku berjaya mendapatkan perfume tu sembur ala kadar takut terlebih wangi nanti muntah la pulak N...

aku bergesa ke tempat yang dijanji tempat biasa kafe kolej eon, tepat jam 10.30 aku sampai tapi N tak muncul lagi lega sebab aku awal. aku cari tempat yang paling privacy yang aku rasa tak akan ramai orang lepak.

jam 11.00 pagi aku nampak N datang sambil dia melilau mencari aku, sebenarnya N nie rabun yang agak teruk juga kalau aku cabut cermin mata dia sah dia tak jumpa jalan balik bilik dia... aku melambai tangan bila aku nampak N memandang ke arah ku. dia dah nampak aku dan terus menuju ke arah meja tempat aku menuggu sambil tersenyum...huh manis sungguh senyumanmu N ...aduh kalau orang dah gila bayang dan dah cinta punya pasal awek rongak pun dikata cantik, awek sumbing pun dia kata senyum selalu, awek jongang pun dia kata ceria selalu..macam tu la aku masa tu..hahahaha.

"pagi man...dah breakfast ker"...sapa N sebaik sampai ke meja...dia ambil tempat betul-betul sebelah aku huh bestnya cuma aku jer yang tahu..

"pagi N...man dah breakfast dah cuma lunch ajer blom nie"...jawab aku..tiba-tiba perut ku rasa keroncong tu la menipu bila masa aku breakfastnya..

"sorry ya man, N ganggu man hari nie...tapi N memang ada hal nak cakap dengan man ni"....N minta maaf...itu tak perlu kalau dia suruh aku datang jam 11.00 malam pun aku datang punya..

"tak apa man pun bukan ada baut apa-apa hari nie..tapi kenapa N nak jumpa man nie"....tak sabar la aku nie

"tak N nak ucapkan terima kasih pada man kerana tolong N last semesta, tolong temankan N tukar course hari tu. N dah dapat tukar macam yang N nak hari tu"...terang N pada aku.

"Oooo tak apa sikit punya hal tu, lagi pun man dah tahu sue yang bagi tau"...jelas aku dan pagi tu kami berborak dan bercerita pasal hal-hal masa cuti dan pasal semesta lepas. alangkah seronoknya masa tu bila cuma aku dan N sahaja tika itu tanpa sue dan kawan aku menggangu...ya terima kasih sue...hari tu juga aku dapat tahu yang adik aku satu bilik dengan sue...aku lupa adik aku juga belajar satu U dengan aku cuma dia masuk melaui matrikulasi dan sebab dia nie pandai maka dia ekspress la sikit dapat sambung buat degree..

"man minta maaf yer pasal plan nak balik cuti dulu...N terpaksa balik dengan abang senior tu pasal dia merayu nak balik dengan N"....ciss aku ingat dah tutup kisah abang senior tu..

"tak apa....so apa citer dengan abang senior tu...apa yang pentingnya dia nak jumpa N"...aku berlagak mancho macam tak ada perasaan cemburu..

"dia nak sambung semula dengan N....dia kata yang dia tak dapat lupakan N dan dia dah cakap kat mak dan ayah dia yang dia suka kat N"....jelas n pada aku..

"so apa N cakap kat dia,...apa N masih suka kat dia lagi ker...kalau N rasa suka N terima la dia semula..rasanya dia pun ikhlas nak kat N tu"...dengan tenang aku berkata amacam mancho tak aku.

"N tak suka dia tapi N kesian tengok dia...abang senior tu cakap dia tak boleh nak belajar lagi kalau N tak terima dia"....ciss apa punya desprate la mamat senior ni

"N kalau sebab rasa kesian maka N nak terima dia,.. man tak rasa itu perbuatan yang bagus, dalam berkawan nie kita kena ikhlas bukan kerana terpaksa..kalau tak nanti kita yang merana kemudian hari"...baik punya nasihat dari aku

"N memang tak nak tapi N takut la"...dengan nada sedih ada air jernih bertakung di mata N....huh nangis lagi

"terpulang pada N...man cuma boleh tolong nasihat ajer lebih dari tu man tak boleh buat apa-apa lagi pun man dengan N bukan ada apa-apa pun"....rasa macam ada ayat orang merajuk tak..

"tapi N sebenarnya rasa lain dari apa yang man rasa...N sebenarnya rasa man orang yang paling ambil berat tentang N, dan N tak anggap yang man ini hanya sebagai seorang kawan sajer tapi lebih dari tu...N sebenarnya suka kat man"...aku bengong jap perut lapar jadi kenyang nie...woit kau orang dengar tak apa dia cakap...okay baca sekali lagi yer..

"N cuma malu nak cakap kat man...sejak dari last semesta lagi N dah suka kat man tapi N tengok man macam buat tak tahu ajer"....itulah gunanya jual mahal kau orang dengar tu.

"masa cuti semesta N selalu ingatkan man...dan N memang nak call man selalu tapi takut ganggu man... N rindu kat man"..kau orang dengar dia rindu kat aku dia suka kat aku yess...kalau tak kerana ada orang lain kat kafe tu memang dah sah aku berguling atas meja sambil menari macam filem hidustan siap buat kuak lentang lagi...

"sebenarnya N...man pun dah lama suka kat N tapi kita dah ada perjanjian dengan cinta contract tu....lagi pun N masih lagi suka kat abang senior tu kan"...aku cuba control perasaan..

"boleh tak contract tu kita jadikan permenant ajer" pinta N sambil tersenyum..

"kalau N dah cakap macam tu man tak tak ada masalah"....dan pagi itu dengan rasminya cinta contract aku bertukar status..sue tak tahu lagi tu kalau dia tahu mesti dia jeles dengan aku..dan bermula dari pagi yang cerah itu aku rasa hidup aku lebih mudah. kami menghabiskan masa hari tu dengan bercerita dah sah mamcam orang yang bercinta. dah masuk kol 3.00 petang kami baru beredar, itu pun pasal ada ko-k petang tu kalau tak sure aku sambung sampai ke malam. oh lupa hari tu aku makan bersua dengan N tanpa sue dan kawan aku..hahaha kalau la kerusi dan meja itu boleh bersuara pasti mereka dah maki aku sebab penat menampung berat aku dah muntah dengan ayat-ayat aku..

sebelum sempat berpisah aku dan N berjanji akan ketemu lagi pada malam hari kerana cerita kami tak habis lagi dan bermula dari hari itu aku dengan sah menjadi pak we N. hanya satu halangan aku abang senior, tapi itu bukan masalah besar kerana aku adalah raja cinta.....dan bermula dari hari itu juga perjalan cinta kami bermula dengan indah biar ada sedkit kecelaruan namun dapat di atasi...bila cinta dan berbunga di hati tiada apa mampu menghalangi





aku dah mulakan cerita ini dan aku akan tamatkannya juga nanti...sedikit hari lagi sorry kalau penat membaca ini hanya catatan seorang raja cinta...

27 comments:

sharamli said...

abg seni0r tu ensem ke?

sharamli said...
This comment has been removed by a blog administrator.
patungcendana said...

caya la...raja cinta...hehehe

sharamli said...

http://shaniraf.blogspot.com/2009/03/tak-heran-lagik-skali.html

http://shaniraf.blogspot.com/2009/03/tak-heran-la-weh.html

try utk memujuk diri sndirik

IdaAnuar said...

mamai...ni cerita betul ke mamai?best erk..cerita cinta ko tak macam aku...ni.kau kata aku bahagia tapi tak semudah itu aku nak kata ya...banyak lah sebab nya.

dkama said...

hahaha betul la altromen biasa kalah dulu... hahaha kompius aku sapa ayat sapa nih??? PEACE...

dkama said...

betul la cam altromen kalah dulu menang kendian... hahaha kompius aku... sapa ayat sapa nih??? PEACE...

Sulela said...

Whoaaaa...hatiku berbunga ceria...hehehe

Tak sabar nak tahu sambungannya neh...;)

Kapten Luffy said...

mcm sad ending je ni

huhuhu

TuYa said...

penangan cinta..sanggup tu dating nye pasal g carik minyak wangi abis satu blok..

next episode please!!!heheheh

anaklaut said...

salam..bro mamai,

pasti hebat ni..kalau tak tak kan dipanggil 'raja cinta"

wah..anaklaut tabik..pada bro.!

adibah said...

raja cinta? untunglah yang menjadi ratu kau tu... :D hehe

mamai said...

sha:
ensem hmmm kalau ensem aku melepas la...tapi dia kacak kot lg pun dia orang berketurunan baik2 huh..baik ker

aptungcendana:
adakala kena perasan jap hehehehe

idaNuar:
ya cuma kenangan aku ajer dulu...
kau bahagia ida jgn risau

dkama:
hero mesti la kalah dulu

sulela:
sabar lela yer....tapi dah nak habis nie

mamai said...

monkey d luffy:
endingnya dah ada pada awal lagi..

tuya;
sejak dari hari tu aku kenal apa itu perfume...dah nak abis nie

anak laut:
itu cuma gelaran yang di beri oleh kawan-kawan yang dengki tu ahaks

adibah:
bertuah ker ratu tu hehehehe entah la

abgBro said...

akhirnya ko brcinta juge yer man...ni mesti ko layan lagu "jgn pisahkan" deddy dores duet ngan sape tuu...aku xigt dah...hehe

enyheartsdiamond said...

slalunya abg senior hot;)

mamai said...

abgbro:
hehehe malu aku ngan bro...zaman muda-muda la bro

eny:
ya abg senior mmg hot...pakcik pun hot juga...dengan abang senior hehehehe

anaklaut said...

slam..bro, belum tido lagi?

tq singgah anaklaut.memberi komen yg 1..

DaliaLiyana said...

wah...best ni...encem tak abg senior tu??
hikhikhik....kalau encem kem slaam leh?? hahhaa...

bias® said...

gempak! ada petua nak kongsi tak?

kimisai said...

lu berncinta jangan sampai mamai dah la..hahaha..nama pun mamai, nt lagi teruk beb...

mamai said...

anak laut:
malam tadi tido lambat sikit...komen yang biasa-biasa ajer

daliya:
encem la tapi la nie dia dah kawain kot hehehehe

bias:
ada....tapi kalau le nak belajar pengerasnya...kau bawa N untuk aku

kimisai:
huh aku dah mamai pun nie...

Anonymous said...

alahaiii Mai....

tak kan kau dah nak abeskan cerita nie?? Nnt la dulu...
Panjangkan lagi crita ni boley tak??

Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! ;)

Kay said...

huh...hehehe
aku belum sempat nak baca...
bila free aku singgah baca.
(^_^)

INTAN said...

lepas ni..ko leh kuwarkan novel....aku pasti beli support kwn2..hehe

mamai said...

jaja:
kena la habiskan tak nanti lagi panjang pulak jadinya...empat tahunnyer citer tu

kay:
its okay take your sweet time

intan:
hehehehe malu ler aku nak buat novel...aku bukan penulis cuma catatan dari pengalaman

A.K.U.D.O said...

~"seperti dunia ini hai ana yg punye" yer en.mamai,heheh