"eh, man...mana N dah lama tak datang nie..".tanya mak aku pada petang sabtu kala aku sedang melepak merenung nasib ku di depan pintu.
"dia..sibuk tu mak"..jawab aku pendek dengan harapan tiada soalan lagi
"dah seminggu puasa...selalu dia datang sini bila hari cuti"...masih ada soalan lagi dari mak aku, maklum la biasanya N akan balik ke rumah aku bila cuti hujung minggu kalau aku tak menjenguk dia di sana.
"dia nak periksa tu..sebab tu la dia tak datang"..aku memberi alasan dengan harapan ada kepuasan di hati mak.
"kalau sibuk pun takkan telefon pun tak ada...dah lama dia tak telefon mak....kau pun tak ada mak nampak telefon dia"..ahh sudah masih tak habis lagi soal siasat nie. berputar ligat otak aku nak cari jawapan. nie la masalah kalau bakal menantu kesayangan yang dah tak jadi.
"biarlah...dia tahu apa yang dibuat..jangan mak kau risau"...tiba abah bersuara aku rasa seperti terkedu dengan apa yang abah cakapkan tu. aku memandang abah yang baring di atas kerusi malasnya sambil mengadap tv. abah balas pandangan aku dan tersenyum. ya abah memang suka senyum walau senyum abah seperti ada makna pada aku. apakah abah tahu apa yang orang lain tak tahu dan aku belum pun beritahu sesiapa.
ya sudah seminggu puasa berlalu dan bermakna sudah seminggu lebih juga aku dan N secara tak rasminya sudah putus pertunangan. dan aku masih buntu mencari alasan yang sesuai agar tak menyakitkan hati semua pihak. terutama hati mak dan abah dan begitu juga buat mek dan pak ya N...iaitu bakal mak mertua dan pak mertua ku yang dah tak jadi tu.
"mak..aman nak pergi pasar ramadan..ada apa-apa mak kirim ker atau mak nak makan, nanti aman belikan"..aku mencari alasan agar dapat melepaskan diri.
"baru pukul 4.00 pasar ramadan apanyer awal lagi"...balas mak aku.
"pergi awal la best mak dapat cuci mata tengok awek mana tahu sangkut nanti"...aku cuba berseloroh sambil menghidupkan enjin motor.
"awek yang sorang tak terjaga ada hati nak cari awek lagi"...huh rasa macam menyindir pulak kata-kata mak aku tu.
aku masih berjaya menyimpan rahsia buat masa itu, tapi aku kesuntukan masa untuk mencari alasan. aku tak mahu ada hati yang terluka tapi itu pasti akan berlaku cuma siapa akan merasa lebih bebannya. hanya satu saja jalannya dan aku nekad dengan pilihan aku itu. aku ambil hp yang baru ku beli seminggu lalu kerana aku tak boleh fikir sama ada waktu tu aku perlu atau tidak hp itu. aku dail nombor yang aku pasti dapat menolong aku dan kalau perlu aku merayu aku akan merayu.
"assalmualaikum...boleh cakap dengan Ina"...pinta ku sebaik sahaja talian telefon yang aku dail dijawab.
"mualaikumusalam...ina cakap nie"...suara lembut di hujung talian lagi satu
"ina...abang man nie"..aku mengenalkan diri
"abang man..mana nie"...tanya ina
"abang man la anak ustaz osman"...ciss macam mana boleh tak kenal aku yang glamer kat kampung nie
"OOOo abang man kecik..cakap la awal-awal"...sambil ketawa kecil..tahu la aku nie kecik ajer tapi hensem aper.
"ina..keja tak esok..abang nak minta tolong nie"...aku malas nak buang masa straight to the point
"ina...tak kerja esok kenapa abang man kecik nak minta tolong apanya dari ina nie"...tanya minah tu
"esok abang nak jumpa Ina kat jeti anjung batu pukul 11.00 pagi..boleh"...pinta ku
"nak buat apa jumpa Ina nie...macam ada hal penting ajer"...ada suara ragu-ragu darinya
"esok abang cerita kat Ina..okay tunggu kat anjung batu tau"...aku memberi arahan
"hisss malu la nak jumpa abang kat sana...dah tukan ker tempat Ina kerja..jumpa tempat lain tak boleh ker atau datang rumah ker"...pinta ina
"abis nak jumpa kat mana nak pie rumah ina...hiss malu ler ngan Pak Jelas tu..lagi pun abang tak mahu orang lain tahu"...gila mana boleh aku jumpa dia kat rumah dia nanti kecoh satu kampung.
"penting ker nie nak jumpa Ina"...tanya ina lagi
"penting sanggat cuma ina boleh tolong abang...okay Ina bagi tau kat abang Bad yang ina nak jumpa abang man esok, jangan bagi tau orang lain tau selain Bad"...pinta ku, actualy ina nie dah macam adik aku, sebab aku dan abang dia Bad memang berkawan dari kecil lagi dan Ina nie anak bongsu yang selalu ikut abang dia bermain dan dia dan abang dia belajar mengaji dengan abah aku kat masjid.
"okay la...kita jumpa kat pulau besar aje...nanti ina ambil tiket..tapi abang naik feri dulu"...syarat dan tempat diberi dan aku bersetuju dengan Ina.
seperti yang dijanji aku dan Ina berjumpa di pulau besar dan sekali lagi aku terpaksa naik feri nasib baik aku tak dapat feri yang pakcik hari tu tak pasti aku akan berenang balik ke jeti anjung batu. aku ceritakan pada ina tentang sebab aku berjumpa dengan dia dan kenapa aku meminta pertolongan dari dia. aku pun tak tahu menggapa masa itu aku meminta pertolongan dari dia cuma hati ku berkata dia bboleh tolong aku.
ina setuju nak tolong aku sebab dia kesian kat aku dan dia dah lama kenala aku dan keluarga ku. sebenarnya aku minta Ina jadi makwe contract aku untuk sebulan dan tugas dia senang sahaja dia cuma perlu berlakon jadi makwe aku dan setiap malam aku akan call dia dan kami akan berborak macam orang sedang becinta tapi tak lebih dari itu dan no dating. terima kasih ina kerana sanggup buat kerja bodoh itu.
malam itu aku call N beritahu dia yang masalah dia sudah selesai apa yang perlu dibuat cuma ikut cakap aku. dia tak perlu risau apa jua masalah aku yang tanggung nanti bila tiba masa yang sesuai aku akan beritahu N. yang dia boleh maklumkan pada mak dan ayah dia yang kami sudah berpisah ...(huhu macam dah kawin ayat berpisah tu)..dan kenapa kami berpisah. N tak banyak membantah dia hanya setuju dan ini demi kebaikkan dia jua.
seperti yang dirancangkan bermulalah episaod cinta contract kedua aku dan setiap malam aku akaan call Ina instead off call N dan aku akan pastikan yang cara aku bercakap dengan Ina seolah-olah kami sedang bercinta. dan aku pasti mak dan abah mendengarnya. Lokonan aku berjaya bila mana satu hari mak menyuarakan rasa tak senang dengan perbuatan aku. mak marah kerana aku menduakan N sedangkan kami sudah bertunang dan tidak lama lagi akan melansungkan pekahwinan. mak mula bising-bising setiap kali aku call Ina..."maafkan aman mak ini terpaksa dilakukan"..aku cuma dapat berkata dalam hati satu hari yang sesuai pasti akan aku terangkan kepada mak menggapa aku lakukan semua ini.
untuk mengelakkan dari mak berterusan marah aku selalu pulang lewat dari tempat kerja dan aku juga mula meluangkan masa malam minggu dengan melepak di pondok sri tanjung tempat di mana kawan-kawan sekampung ku menghabiskan masa lapang dengan berborak kosong di situ. satu perkara yang tak pernah aku buat dan aku harap sanggat tak buat ialah melepak kat kedai kopi dan aku belajar juga akhirnya cuma ia tak sehaluan dengan jiwa aku. perubahan atas diri aku bukan sahaja disedari oleh mak aku tapi kawan-kawan sekampung juga. hairan juga mereka dengan perubahan diri aku yang kalaau dulu jarang nak duduk melepak dengan mereka tapi kali ini aku yang jadi penunggu setia pondok sri tanjung.
mak bertambah tak senang dengan perubahan ini dan hari-hari aku kena leter dengan mak tapi aku anak yang baik mak beleter aku dengar ajer. dah jadi perkara biasa tu dari kecik mak beleter aku jadi tukang dengar. manakala abah tak kata apa-apa cuma dia cakap aku dah besar dan tahu apa yang aku buat.
sesungguhnya aku tiada niat nak menyusahkan mak dan kecilkan hati mak dengan tindakan aku itu. aku ada alasan aku sendiri cuma masa tidak sesuai untuk aku beritahu mak dan ahli keluarga ku yang lain. tapi masa itu akan tiba juga dan aku sudah besedia dengan apa jua yang menimpa kelak......
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
12 hours ago
33 comments:
Askmualaikum. buleh wt novel nih..hehe
sem0ga mak paham...
aku masih sebak dengan cerita man ni..huhu...
aku doakan ape yang man peroleh hari ini..setimpal dengan pengorbanannya yang lalu..
ada lagi tak lelaki mcm man kat dunia ni?huhu
salam perkenalan dari akak.. bleh ker komen kit hehe.. tak malu nih masuk umah main terjah jer.. kalo ada alasan yg munasabah takpe tipu sunat ekekeke.. memandai lak bg line.. maksudnya utk kebaikkan tapi tak eloklah kalo sampai jadi semakin sukar lak yg senang tu.. apapun adik lebih mengetahui..
berkorban apa saja,
harta atau pun nyawa
itu lah cinta
biarpun tetap di telan jua.
hhuhuuh...romeo yg berhati mulia....sob...sob...sob....sodihhh
salam abang man kecik..hehehehe..
sesungguhnye kan,bukan senang nak memuaskan dan menjaga hati semua orang..
apelagi hati org tua yang mengharapkan sesuatu yang kita x leh nak capai,sesuatu yang kita x dapat realisasikan..
bagai menarik rambut dalam tepung...rambut jangan putus,tepung jangan berselerak..
hurm, satu pengorbanan gak tuu..xpe, ada hikmah di sebalik semua kan..
ni kalau bagi alaf 21 terbitkan mau laku
huhu...
kuatnya bro masa tu
kalo nur la rasanya dah ckp terang2..
sbb nak pura2 happy pun rasa mcm nmpk plastik je..
huhu...
kuatnya bro masa tu
kalo nur la rasanya dah ckp terang2..
sbb nak pura2 happy pun rasa mcm nmpk plastik je..
selalunya mak&ayah kita tau sangat apa yang ada dalam hati anak.... sekilas tengok wajah anak.. dah tau dah anaknya tengah susah hati, kan?
*ina tu takdek bopren masa tu ke?
salam singgah..
ni citer betul ke?
man...bolan posa tak de trip kah?
cita apa lak nih?
hem macam besh jer citer nko nie..ader sambung tak..? sambung la..
yusuf:
nie aku buat untuk kawan-kawan nie
sha:
mulanya teruk juga
lumut:
lelaki ada tapi dah hampir pupus kot hahahaha
maiyah:
terima kasih kerana singgah rumah saya nie...itu sahja yang mampu di lakukan waktu itu
ber_uwang:
yang lain-lain kau boleh berkorban tapi bab nyawa tu hehehehe aku rasa tak sanggup ler
intan:
baik hati ada makna tu...hahahaha
tuya:
hahahaha jgn la kau panggil nama bang man kecik tu nama glamer kat kampung la.....aku cuma mencuba apa yang terbaik
sufy:
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya
che la:
wah kaya aku macam tu boleh la aku belanja kau nanti
nur:
tu la rahsianya muka plastik
adibah:
ya mereka akan dapat merasakanya...ina tu hahaha ada cerita di sebaliknya.
fadzilah:
terima kasih singgah..cerita cinta kenangan silam
akupentoi:
tak ada tekong dah patah kaki la...
cahaya kelip-kelip:
cerita lama yang dahn nak abis
hmm.. payahnya hidup.
ghitewww..
aku tolong ko buat novel nak.duit baik dua hehehehe
firasat mak n ayah selalu betul..
kau tabah sbb kau anak ustaz ...
Abeh tu, masa bila kau berterus terang dgn mak dan abah kau tentang 'putus' nya tali pertunangan kau tu???
sambung cite......
hehehehhe :D
ayampinko:
sambung untuk penghabisannya
ije:
hidup tak payah tapi yang payah menjalani kehidupan tu
en.me:
ya begitu kisahnya
ida:
okay juga tu...
akudo:
anak ustaz ker anak start ker sama ajer
jaja:
tunggu sambungannya
ala...kenapa kau buat macam tu...beritau je la perkara sebenar...
malas la aku nak baca lagi...
aku tak suka kalau orang yang jahat tapi semua orang ingat baik...dan terlepas begitu saja...
aku tunggu kau habis cerita ni baru aku masuk semula blog kau...huhuhu
Huuuuu...bersambung lagi. Saje je bagi aku tak senang duduk ye Mamai...huhuhuuuu
menanti sambungannya...oh man...ko mengharukan aku..
patungcendana:
adakalanya kita juga harus menjaga keaiban orang lain mungkin kita tak tahu apa nasib kita di kemudian hari...
tunggu la aku habiskan cerita nie nanti kau nilaikan yer..
sulela:
kalau aku tamatkan cepat sanggat banyak yang tertinggal ahaks
basuh baju:
dah kat hujung dah nie
huh, dapat jugak akhirnyer aku masuk blog nih....
0ooooooo sambungan citer...
(^_^)
aiyakkk...
cammaner boleh tertinggal banyak nie..
rasa cam selalu masuk sini..
bila baca balik suara hati N tu..
teringat lak surat exgirlfren hubby aku
"Zie maafkan Ani. Ani sayangkan Zie tapi Ani sayangkan Man jugak"
pooddddaahhh...
itu macam punya orang pun ada ka...
erm
ada yg manisnya disebalik pahit sesebuah pengorbanan tu..
kay:
ada sambung lagi nie rasanya boeh buat buku dah nie hahahaha
syanghasni:
kau dah lama menghilangkan diri tu la..
itu la ragam manusia
miss gaza:
ya ada manis dan pahitnya
oh begini rupenyer...
payah jugak situasi nie...
Post a Comment