Monday, August 24, 2009

di waktu itu..permulaan menuju akhirnya

Ku nyatakan sayang
namun bagimu
sayang ku tak seluas lautan biru

ku bisikan rindu
namun bagimu
rindu ku tak seindah langit nan biru

ku lagukan cinta
namun bagimu
cinta ku tak seindah melodi shahdu

ku puisikan kasih
namun bagimu
kasih ku umpama angin lalu

ku gubah kasih,sayang, rindu dan cinta
namun bagimu
gubahan ku tak seindah karang di lautan.


jam menunjukan pukul 10.00 malam, hujan turun renyai-renyai aku masih lagi bersendirian di tepi pantai di pulau besar berteman deru ombak yang mengulangi pantai yang sama tanpa rasa jemu. Angin malam yang betiup beserta rintik hujan buat aku kesejukan. aku mengelamun otak membawa aku kembali kepada kenangan lalu menysuri saat-saat indah waktu aku dan N di U dulu. Kembali ke alam realiti aku merenungi diri dimana silap diri ku ini, aku mencari setiap sudut apa kekurangan yang aku tidak perasaan sehingga N minta dilepaskan.

"Man...N..sunyi di sini"..kata-kata itu bermain dalam mindaku..ya mungkin ini silapku . aku tidak memberi perhatian pada N. Walau setiap malam aku menelefon N namun mungkin itu tidak mencukupi mungkin N perlukan aku sentiasa disisi menemani dan berkongsi masalah pelajarannya seperti mana dulu. tapi aku tak mampu berbuat begitu jarak aku dan N membuatkan aku tak bisa sering bertemu seperti dulu. mungkin setakat berkongsi masalah dengan N di telefon tidak mencukupi, N mungkin perlu lebih perhatian dari ku. Mungkin aku terlalu fokus pada kerja ku sehingga aku jarang dapat bersama dengan N. walau aku meluangkan masa di hujung minggu bersama dengan N namun mungkin ini juga tidak memadai untuk aku memahami masalah N.

ya aku tahu ini mungkin silap ku...tapi aku harus bekerja untuk masa depan aku dan N. masa depan yang aku rancangkan agar N bahagia seperti mana yang aku janjikan. namun aku juga sunyi kala N tiada di sisiku untuk aku berkongsi masalah tempat kerja ku. aku juga perlu tempat mengadu bila mana aku sering di marahi boss ku walau itu bukan silap aku. tapi aku lelaki...lelaki tak perlu tempat mengadu dan lelaki harus kuat menghadapi cabaran. N seorang perempuan dan sifat perempuan itu lemah dan perlu teman kala sunyi.

"ya aku yang salah...N demi sayang ini aku terima kesalahan ini"....bisik hati ku. tak mungkin aku menyalahkan N dan aku tidak pernah salahkan biar atas apa yang berlaku dan itu memang sejak dari dulu lagi dan biar ia begitu.

"dik! tak nak balik ke darat ker"...tiba-tiba satu suara menegurku dari belakang.aku menoleh kelihatan seorang pakcik di belakang ku.

"dah 11.30 malam nie, feri dah nak bergerak jap lagi....pakcik tenggok kau kat sini dari petang tadi termenung tepi pantai"...sapa pakcik tu lagi.

"nie feri last ke pakcik"...tanya ku

"ya! nie yang last...kalau tak esok pagi la kau balik tu pun pukul 10.30 pagi."...jawab pakcik...sebenarnya pakcik ni la yang bawa feri tu aku perasan petang tadi.

"ramai ke pakcik dalam tu"...tanya ku

"tak ramai cuma kau dan pakcik dan tekong ajer...kenapa"..tanya pakcik

"tak ada apa-apa"..jawab ku, lega pasal tak ramai orang sambil berjalan menuju ke feri.

"yang kau nie dok termenung sorang-sorang dalam hujan tu kenapa...putus cinta ker"...pakcik feri cuba nak berborak dengan aku semasa dalam feri.

"pakcik kalau saya berenang dari sini boleh sampai tak ke jeti anjung batu tu...agak-agak berapa jauh yer"...aku cuba alih topik..walau dalam hati ada niat aku nak berenang dari tadi lagi.

"tak jauh, ada la dalam 15 batu..tapi kalau kau yang berenang memang boleh sampai."...jawab pakcik ada sedikit tersenyum

"boleh sampai yer pakcik nanti saya nak cuba la"...kata ku cubaan alih topik berjaya

"Boleh memang boleh sampai pun...sampai ajal kau la"....ciss jawapan yang merendahkan diri ku. walau aku ngah frust aku masih mahu hidup lagi...dan aku rasa jawapan tu macam perli aku jer.

lebih kurang 30 minit perjaanan feri sampai ke jeti anjung batu, suasana jeti sudah sunyi dan jam sudah menunjukan jam 12.00 malam. aku ucapkan terima kasih pada pakcik feri.

"kau tu terus balik rumah jangan nak meyimpang lagi"...pesan pakcik feri..macam tahu-tahu aku tak nak balik lagi.

sampai di rumah semua orang dah tidur fuhh lega rasanya kalau tak sure ada banyak soalan terutama dari mak, maklumlah keluar rumah petang tadi tak bagi tahu sesiapa. aku terus ke bilik air membersihkan diri dari air hujan dan tempias air laut rasa segar badan tapi pikiran ku masih buntu.

siap mandi aku capai telefon terus call N, dengan harapan apa yang kami bicarakan siang tadi hanya satu ilusi sesungguhnya aku masih berharap begitu jauh di suduh hati ku. aku berharap dengan panggilan aku ini dapat merubah segalanya. dengan pantas jari ku menekan nombor telefon rumah N sememangnya nombor itu telah pun ku hafal dari dulu lagi.

"hello.." suara perempuan menjawab panggilan ku tapi aku pasti itu bukan suara N tapi suara housemate N.

"N ada tak tolong panggil dia kejap"..pinta ku dari housemate N. housemate N juga satu U dan satu course dengan aku dulu

"Man...N ada kat luar dengan kawan dia"...jawab housemate N

"lelaki ker perempuan"...tanya ku walau dalam hati aku sudah tahu pasti dia

"ala dengan N****DIN..." jawabnya

"man...kau bergaduh dengan N ke dari petang tadi dia menanggis lepas dia call kau"...sambung housemate N.

"selalu ker N****DIN datang jumpa N"..aku tak jawab pertanyaan housemate N sebaliknya aku yang menyoal dia. dan sangkaan ku betul..cuma sedikit terkilan bila dia masih mampu menemani N di pagi hari.

"tiap malam dia datang...tapi N kata kau tahu"...jawabnya ikhlas

"Hmm tak apa kau tolong panggil dia sekejap"...pinta ku dan dari dalam talian aku denga housemate N menjerit memangilnya.

"Hello..man...maaf N di luar tadi"...tanpa di pinta N memberitahu.

"tak apa man tahu...N dah makan ker"...jawab ku walau aku tahu pada waktu itu sudah pagi nak makan apanya yang tak makan cuma aku sajer...aku makana angin laut petang itu.

"man...N minta maaf yer pasal petang tadi buat man susah hati"...masih bersuara hiba lagi...

"tak apa..man okay..so macam mana sayang masih dengan permintaan sayang petang tadi ke"...aku bertanya dengan harapan jawapannya seperti ku pinta.

"Ya..man, dia tak dapat lupakan N dan sanggup berjumpa dengan man sekiranya man mahu dan dia sanggup merayu dari Man"...dan suara itu berserta dengan tanggisan lagi.

"bagaimana dengan sayang pula...apakah sayang juga tak sanggup kehilangan dia"...tanya ku

"Man...tolong jangan tanya itu pada N...sesungguhnya hati N ini terlalu menyangi Man..tapi hati N juga sayangkan dia..N tak tahu..tolong jangan seksa hati N ini"...N menggis bertambah kuat..."sayang tak mungkin aku akan meyeksa hati mu..biar hati ku yang terseksa tika ini..aku amat memahami hati mu"...aku berkata dalam hati

"sayang..dengan berat hati ini man lepaskan sayang...demi masa depan sayang"...aku berkata lemah. aku tahu kala itu aku orang paling bodoh melepaskan apa yang telah lama ku miliki demi..akulah si raja cinta yang bodoh masa itu.

"mannn...ampunkan N..." semakin menjadi tanggisannya...perempuan tadi kau yang pinta dan sudah ku berikan seharusnya kau gembira.

"sudahlah sayang...jangan menanggis lagi..sayang tahukan man tak suka tengok sayang menanggis"..aku cuba memujuk

"N..tak tahu macam mana nak cakap dan macam mana nak jumpa man nanti"...untuk apa jumpa aku lagi.

"kita masih lagi seorang kawankan jadi tak perlu nak malu...dan man tak marah pada N pun..man tahu ini semua silap man juga"...aku tetap berusaha memujuk dan aku tahu bukan senang nak pujuk N.

"man..tak silap yang silap N...N yang bodoh tak pernah mengenang jasa, man dah banyak tolong N tapi N lupa semuanya, N tak tahu nak buat macam mana"...N masih belum reda dari tanggisannya

"sayang..apa yang man buat selama ini adalah ikhlas dan tidak pernah man minta balasan dari sayang itu sememangnya sayang tahukan"...kata ku agar dia tak rasa terlalu bersalah

"man..N tak tahu nak cakap apa dengan makcik dan pakcik...dan juga kat mek di kampung tentang perkara ini"..suaranya sedikit tenang.

"sayang tak usah risau pasal tu...nanti man akan fikirkan...sudahlah sayang pergi la tidur dah lewat nie esok nak ke kelas. dan man ada meeting esok di KL dengan boss". aku cuba minta undur diri..

dan pagi itu aku tak dapat tidur masih memikirkan bagaimana harus ku jelaskan pad mak dan abah serta keluarga ku dan yang paling penting bagai untuk aku melepaskan N dari masalanya....

47 comments:

INTAN said...

tp...mmg x patut la N wat camtu kat ko...kes aku dulu lain skit....X aku dulu keje dlm laut...huhu....berbulan2 aku kena tinggal....n aku jumpa org yg lebih bagus waktu tu...

mmmm.....apa2pun...ko handle kejadian itu sungguh baik...betoi2 mcm romeo...kih3

Beruwang said...

sekurang kurang nya bro dah merasai saat indah bersama N. dan kenangan itu lah membuat kita masih boleh tersenyum dan berduka

Unknown said...

kisah benar ke ni... lor, ingat kan cerpen ke apa2... ishh.. tak paham... hari kata dh bertunang..ni pulak???

enyheartsdiamond said...

pakcik ney romantik laa...dok tepi pantai..melankolik sendiri;)

eny rasa..pak cik x salah dlm hal ini....

sharamli said...

p0mpuan kal0 dah nanges mmg ssh sket

IkanMasin90(IM90) said...

kesian gile lu mamai...
kalo gua jadi lu...
ntah lah

LaraSuffi said...

salam bro mamai.. pekaba hari neyh..

hmm nie cter flashback ke ???

sedih plak aii..

hmm macam mane la kesudahannye cerita nie..

hmmm abis tu sekarang nie isteri bro sape!~

erk... confius2 fia.. adeyy~

Sulela said...

Huuuuu...aku tak rasa kau yang bersalah dalam hal neh tapi aku salahkan diri N tu... Pendapat aku, dia curang...huhuhuuuu... Kesian kat kau...

Sambung lagi ye Mamai....

mamai said...

intan:
kalau dah jumpa yang lebih bagus tak salah rasanya

ber_uwang:
ya cukup untuk aku kenang sampai bila-bila

cahayachenta:
kisah hidup pakcik semasa jadi raja cinta dulu ler...

eny:
dulu la romatik la nie...pakcik rock

sha:
kenapa mesti nangis yer

azzzalina:
aku pun bengong juga masa tu...

fia:
ya citer flasback kisah dulu-dulu
nak tahu saper wife bro tunggu akhir citer

sulela:
aku tak tahu tapi aku rasa masa tu aku yang bersalah..nak kena sambung juga ker

GRuNGe said...

Ishhhh, misteri la kesudahan cerita hidup Raja Cinta ni.

Masih menunggu jawapan cerita ni. Masih samar-samar lagi cerita ni.

Cik Skaf said...

wah macho abes lah en mamai,sanggup melepaskan sidia tersayang demi kebahagiaan dia dan tak mahu dia tersepit dalam memilih cinta. Bravo bro..! hehe. Sebab tu la, sbb kebaikan budi dan hati tu lah, maka Allah kurniakan en mamai dengan seorang perempuan lain yg lebih menghargai dan lebih baik, kan?
(walaupun sy tahu, nak buang cinta lama, x semudah nak ucapkannya.. bertahun2 pun belum tentu blh lupa.... :(

myQza said...

kadang -kadang manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yg dia ada. tidak bersyukur.

baik2 ko duduk anjung batu tu.. ada lak yg ikut balik nanti :P

isha & ied said...

salam bro mamai,,sedih ar baca cite ko,,,sememang nya ko mmg sorg yg tabah,,

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

berair mata nur baca..
emm.. tersentuh jap
pengorbanan yg berbaloi kan bro?
at least bro dah bahagia dgn kehidupan skrg.
Allah gantikan dgn apa yg bro perlukan..

ni ada lagi ke bab seterusnya bro?

mamai said...

grunge:
jawapan pada cerita nie dah ada...cuma aku teruskan apa yang berlaku setrusnya pasal diri aku

cik skaf:
kadangkala kita harus tahu bila masanya kita harus berundur

sItEDI:
setiap diantara kita pasti ada sesuatu yangkit ainginkan...

budak kat anjung batu tu selalu ikut aku balik hehehehe

isha;
jgn la sedih cuma cerita cinta kenangan silam

nur:
iskh cikgu ribena nie citer lama ajer tu apa nak sedih...huhu nak kena sambung lagi ker dah tahu jawapanya

abgBro said...

donia penuh dgn sandiwara...

asyiknya chenta buat kita lupa segala!

selamat bersahur bro...:)

bias® said...

respek lah bro!!! toing!!!

Idalara said...

Pulau besar? anjung batu?
wah dah dekat sgt dgn rumah mak kak ida tu..

menarik kisah ni...kisah cinta separuh jalan..namun segalanya tggl kenangan.

cik bunga said...

style la pakcik...
cmni la bru macho....

yes2...
pkcik mmg raja chinta...

huhuuuu...
wajib smbg k...

HH said...

sajak ke lagu ke apa ke
sedap bahasanya :)

@tune® said...

dugaan tuh...

kalau aku...kene setia pada yg satu...

tp aku tau itu sukar...

Jard The Great said...

ke setuju dgn ber_uwang...
dah takde jodoh...... keep moving forward... yg lepas biarla yg lepas..

live for tomorrow.. ;p

Sulela said...

Uik...mestila sambung. Mana boleh tergantung camtu...hehehe. Sambung ek...;)

adibah said...

gempak giler ayat2 cinta kau..! kalau aku yang dapat ayat2 cinta tu.... dalam hati aku akan kata "ye lah tu..!" hahaha

Anonymous said...

Waduhh waduhhhhhh!!! kau main hujan ye kat Pulau Besar sana???

Aku respek kat Pakcik Feri tu pye jwpn....sekurang2nya pasti kau terhibur jua wlaupun kau sdg frust bercinta.

Aku baca cerita kau ni dari awal...dah nak ujung2 ni mcm ade tempias la kena kat aku...(seandainya aku jd N la..)..

sbb ape?? sbb menolak cinta org yg betul2 syg kat kita.

Tapi aku rasa aku tak salah menolak cinta nya sbb "dia" ade lah "matrempit dan Geng Mafia Muar".....

Alhamdulillah aku bersyukur krn dpt lari jauh dari "dia".

Anonymous said...

Mamai...

kau mesti smbg cerita kau, smpi aku puashati....hehehhe!!

Sbb aku ni alergic klu cerita tergantung! :(

Cikgu Ije said...

hmmm.. N***DIN tu lagi jauh lebih baik ke? erk..

patut la orang ckp, kita bahagia atas kesedihan orang lain. hmm

zaira said...

ooo.. cite benar ke rupa2nyer ni.. ingatkn cerpen saper.. huhuhu..

mamai said...

abgBro:
sendiwara duni centa benar la tu..permatang pasir apa citer sekarang

bias:
respect...aku rasa macam orang bodoh adalah masa tu

idalara:
rumah akt mana umbai ker wah boleh la datang beraya nanti

niena:
hahaha raja cinta yang tewas

harisah:
semua boleh tu ahaks

atune:
jgn setia pada yang satu nanti merana

jard:
kalau aku tak movie mesti aku d ah tak balik lagi dari pulau besar tu ahaks

sulela:
okay aku sambung tapi citer lepas tu semuanya hahahaha akulah raja

adibah:
kau lom kedna ayat lagi yer tunggu kau yer

jaja:
kalau keputusan kita benar tak salah kita meninggalkan demi kebaikan

jaja:
kena sambung ker tapi citer lepas tu hmm aku sedih la

ije:
susah nak cakap...tunggu ajer la

zaira:
la dah nak abis baru tau ker

lumut said...

thanx for dis story...
sgt2 bg semangat dekat lumut..
sambung lah crita ni...

crita kamu lebih kurang lumut.
so lumut jadi kamu,si pengkhianat cinta itu jadi N.

tp N kire ok lg..sbb die berterus trg.tdk memperbodohkan kamu mcm mane saye diperbodohkan dahulu..

lumut kagum ngan kamu.
tabah..
adakah lelaki mmg dilahirkan tabah..mcm mane pula perempuan?

tdk tertanggung aku kesedihan ni..

thanx mamai.
apprc8 cerita ni.
teringin gak nak kongsi cerita dkt blog.
tp aku rse terlalu sadis lah plak..
kang baru half way taip dah basah lappy neh.huhuhu

patungcendana said...

oh...aku tak suka N tu...mencemar nama kesetiaan...langsung tak tabah...malu aku...huhuhu

sorry mamai...:-(

Aloy Paradoks said...

N aje... M takde?

mamai said...

lumut:
cerita ini sekadar kenangan yang aku lalui dahulu...

semua orang harus tabah dalam menghadapi dugaan...kau juga harus tabah dan kuat

patungcendana:
bukan tak setia cuma tak kuat ajer hehehe bila hati telah di goda

aloy:
ingat aku nak letak A sampai Z mulanya tapi nanti orang cakap plaboy plak ahaks

Precious said...

Bukukan larrr ... Baca sikit2 camnir, rasa nak lepuk2 jer belakang ko ...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

uiks bro
cikgu ribena ni membaca dgn menghayati citer ni tau..
emm..ala2 kelas sastera lak siap hayati citer..hikhik!

ala bro sambungla..
even dah tau jawapanya tapi nak tau apa terjadi pd bro slps itu..

sambung ek
bro nmpk tak ni nur dah buat muka minta kesian mcm puss in boots dlm citer shrek tuu???

iLhAm_bEcKs said...

gle lah mamai..
ko mmg tabah..
pergh!!
rspect la lu mat...
woOoo

lumut said...

sambung crita ni..lepas terawikh trus tulis..ek..ek..ek..

penat tunggu ni..

huu

mamai said...

precious:
jgn la kau tepuk belakang aku kang gugur jantung aku...huhu nak buat buku cerita sekolah menengah boleh ker

nur:
nie yang kalah bila buat muka comel cam tu

ilham:
tabah huhu aku nak rebah la masa tu

Lumut:
isnyaallah aku sambung yer..

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

huh,
siannya kamu..
tp kamu kuat ya bro!
cayalaa..

Kojack de Alloohaa said...

woowwooo..sgguh syahdu crta ni..
uwwwaaarrgghh..sdihnya..

xpa2 org mcm MAN pasti akan dpt isteri y baik insyaAllah

A.K.U.D.O said...

putus chenta ni ada buat kontrak tak sampai bila?
...ada sambungan lagi kan..

Anonymous said...

nampak kijam di situ yaa..tp hati tak buleh tipu..

Anonymous said...

hebat la ko mamai.
cara ko handle prob ko ak kagum.
tabek r kt ko.
bkn senang nk lepaskn insan yg kita syg.
pape pon.gut lux bro.
mungkin cinta ko bkn ntuk N.
ayat jiwang la plak.
dr cte ko nih,ak blaja sesuatu.
tq 2x..

eiza in the house.. said...

bro..
selalunya bila kita syg..org akan kata lepaskn dia...kalu dia kembali kepada kita maknanya dia milik kita yg abadi..

semua org boleh menafsir..tp hati kita yg paham situasi itu kan bro..

mamai said...

miss gaza:
kuat tak kuat juga la tapi hampir rebah

kojak:
aku bercinta lepas kawin selepas pulak

akudo:
huh kena sambung juga ker tapi tak ada hak eklusif tau

fndrocka:
ya hati tak boleh tipu dari aku merana kemudian hari baik aku lepaskan

enbeskot:
tak hebat pun aku cuma fikirkan masa depan

eiza:
kita harus belajar melepaskan apa yang kita sayang agar kita tak merana kemudian hari

ms diaz said...

salam mamai, ku dah bace story mu itu..actually, kisah ku lagi teruk..kalo ko bace kisah cinta dlm blog ku, confirm ko akan rase ko lagi bertuah dari ku..dalam mase 8 tahun mencari cinta, ku selalu tewas dek cinta2 ku yg cam hampeh, tu sume dek lelaki2 yg ku kenal sumenye cam sampah..tapi ku bangga dgn tindakan melepaskan N tu..takde gunenye kalo nak pakse org sygkan kite..sbbnye kalo die sygkan kite die x kan cari yg lain..kononnye syg dua2 kan?porah la..ex bf ku pun camtu gak..syg dua2..em, penipu sume tu..kalo die betul2 sygkan kite, x de die cr yg lain..

** SiZuKa ChAn ** said...

berbeza nye "Man" yg ni dgn "Man" yg penah sy kenal dlu...
sgt berbeza...sgt beruntung kalau "Man" yg sy penah knl dlu,mcm "Man" yg ni...