diantara dua kehendak
yang manakan kau dahulukan
antara keperluan untuk kehidupan
atau demi gaya, mutu dan keunggulan
untuk kau memenuhi kemahuan
kau yang buat keputusan
antara kemewah dan kemegahan
terselit antaranya kekesalan dan keperitan
atau antara kepayahan dan kesusahan
di dalamnya ada senyuman dan ketenangan
kau yang tentukan
antara hilai tawa bermuka
bersamanya hadir duka nestapa
atau antara jerih dan luka
bersamanya bersulam bahagia
kau yang buat pilihan
antara keperluan dan kemahuan
kau letakan harga diri
aku hanya mampu memerhati
jauh di lubuk hati
tiada upaya menahan godaan diri
p/s: bulan puasa nie selalu juga salah buat pilihan....
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
7 hours ago
39 comments:
antara gaya,mutu keunggulan..
hehe..mcm iklan dlm tv dulu2...
tapi tak igt iklan ape.
emm..tapi kekadang org confuse antara keperluan dan kemahuan..
contohnya mcm sy..hikhik!
mahu hiaskan blog..alih2 tak leh sign in.. padan muka nur..
p/s: ni mesti pasal baju raya.. nur teka aje tau bro..
Aslmualaikum.
selalu salah pilih juadah berbuka..hehe
keperluan lebih penting..
tp bile ade lebih sket, selalu sgt kemahuan didahulukan..
=p
nur:
iklan rokok dunhill rasanya bro ciplak kat situ ahaks...
belum beli lagi baju raya nie ngah dok pikir
yusuf:
itu tiap-tiap hari kita buat hahahaha last makanna melambak atas meja
huhu..
normal lah kan kite selalu pilih salah...
nafsu nafsu...
huhu xD
ikut kemampuan.. volleee
dilemma ney;)
dilemma ney;)
nak wat pilihan beli juadah kat bazar @ masak sendirik ke?
aku dahulukan keperluan..
kalau kehendak tu banyak sangat. takut tak tertunai..
mis Siv:
keperluan penting tapi kemahuan di turutkan
azzalina:
kita yang akan tentukan
en.me:
masalah selalu over budget ahaks
eny:
ya dalam dilema nie
shah:
aku suka masak dari beli tapi masa pulak halangan
sItEDI:
tapi kemahuan kita sering turutkan yer tak
aku teringat subjek Ekonomi.. "keperluan & kemahuan"
keperluan :
Alhamdulillah hampir lengkap..
Kemahuan :
wowowo...byk yg aku nak list kan nie...terutama menu berbuka utk diborong time blk keje karang...
xD
kalu dulu aku suka kan kemahuan tp sekarang ni aku pentingkan keperluan...
keperluan la... kemahuan tu cuma nafsu sajer...
kperluan..
kehendak..
2-2 maw..
tapi belum tentu mampu..
huu
Salam..
Keperluan adalah lebih penting dari kemahuan..
Salam Ramadhan bro =)
jaja:
kau jgn jaja kang semua terbengkalai atas meja saper nak abis kan tu
jebat Durhaka:
aku juga pentingkan keperluan
naz:
anda benar nafsu mata lagi dashyat
miss Gaza:
dua-dua mau tapi kemampuan tak sampai camner
aie Bahri:
salam ziarah bro...ya memang benar kata mu utamakan keperluan tapi seringkali kita memenuhui kemahuan
nafsu mata? huhuhuhu.... kdng2 aku sendiri terlupa tentang bahananya...
bro dgr kabar liverpool kalah lagi...yer ker? hahahaa
aku pilih keperluan ar..sebungkus nasi n secawan air tembikai..cukup untuk gua..
sy pilih keperluan la pakcik... rs akan melengkapkan hidup bila suma keperluan cukup...
Bagi Cik Cookie keperluan adalah no 1.kerana keperluan menjamin kehidupan.kemahuan biasanya membawa penyesalan.
tapi kalau kemahuan nak beli kasut tu dah ada Cik Cookie xfikir panjang dah.
kkdg bkn salah wat pilihan....xde pilihan pun ye jgk
naz:
mata tu la bahaya pantang nampak
abgBro:
aku cuba untuk menidakannya akhirnya di ketahui juga...
triple X malaya:
itu seeloknya tapi aku dah bantai sebungkus nasi briani
cahayachenta:
pandai kamu yer sememangnya benar kamu katakan
cookie devine:
hahaha kasut itu keutaman tak ada kasut tak boleh jalan
intan:
kota cari pilihannya
salam ziarah. dalam hidup mmg sentiase ade pilihan, kite je yg kene pandai pilih path mane yg kite nak. hope that u cud choose wisely.
cheers.
keperluan!
Kalau nak dua2 sekali takleh ye? Makan tu satu keperluan dan tekak lak nak makan ikut kemahuan. Tingin nak makan itu, tingin nak makan ini... Tapi masih based on keperluan. Errrr...aku dah bengong ke ni...ekekekeke
betul. antara laksa buyung ngan laksa penang. serabut jugak nak pilih nyer.
ada yang diperlukan, tapi kita tak mahu.. ada yang kita mahukan, tapi sebenarnya tak perlu..
that's reality kan?
*arwah ayah aku dulupun peminat tegar liverpool dari zaman dia muda2 dulu..
ikut akal keperluan...
ikut nafsu kemahuan...
tp yang best dua2 la...keperluan dan kemahuan...:)
salam....bro mamai,
sangat menarik perhatian saya apabila membaca entri ini..penuh makna.
Hidup adalah sebagai madrasah tarbiyyah. saya percaya Allah akan bagi sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita mahukan.
Keperluan dan kemahuan. Dua perkara yang berbeza. Mungkin kemahuan kita bukanlah satu keperluan dan boleh jadi keperluan itu bukanlah sesuatu yang kita mahukan.
Pernah suatu ketika satu kemahuan saya dimakbulkan Allah. Bukan kepalang gembira hati ini bila hajatku tertunai. Bertahun aku gembira dengan anugerah ‘kemahuan’ yang tertunai itu, baru ku sedar, kemahuan yang tertunai adalah ujian dan pengajaran untuk saya membuka mata hati lebih luas lagi. Dia menunaikan kemahuanku supaya ku nampak kemahuan itu bukanlah sesuatu yang aku perlukan. Alhamdulillah, bila ku sendiri meraba2 dalam jangka masa 2 tahun, baru aku sedar kemahuan bukanlah satu keperluan lantas Dia menarik semula ‘nikmat’ kemahuanku. dan kemahuanku itu adalah satu keperluan untukku menyedari hakikat sebenar erti suatu keperluan dalam hidupku. Syukran ya Rabb.
ku hanya merancang,
Allah jua yang menentukan,
Kupasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk kufikirkan
-anaklaut-
p/s: bro terima kasih kerana sudi singgah di anaklaut
kalau dah tak di perlukan maka tak de la kemahuan...
cintaku tak di perlukan lagi ... tak de la kemahuan untuk menyintai
dafodil:
terimakasih kerana menziarah...
ya kita harus membuat pilihan dalam hidup ini cuma kita kerap buat salah pilihan
ije:
berapa banyak keperluan yang perlu kita ada
sulela:
kau betul la tu...hehehe rambang mata pie pasar ramadhan
bias:
buka ke dua-duanya laksa juga hehehe
adibah:
perlu tapi tak mahu mcammana pulak yer...
jgn la cakap pasal liverpool aku ngah sdih nie...
daliya:
mana boleh dua-dua tu tamak namanya hehehehe
hoo..iklan dunhill ek?
abis iklan ape yg kete hitam dgn pompuan seksi tu..?
yg tagline hitam itu menawan..
huhu...
iklan zaman nur skolah rendah..
huhu..terasa tuaaaaa
antara keperluan, demi gaya dan keunggulan..
pastinya kak ida pilih keperluan..
kepayahan dan kesusahan di dalamnya ada senyuman dan ketenangan itulah yg selalu bersama..
antara jerih dan luka bersamanya bersulam bahagia itulah pilihan..yg tiada pilihan..
uhuh..keperluan la....kehendk tu xksh sgt kot...hahhaha...bebila pn boleh..ihihi
salam mamai.. wah konfius betul nampaknya nie...
antara yang membezakan ketenangan orang kaya dgn org miskin adalah keinginan untuk memenuhi kemahuan masing2. Jika si miskin berasa cukup dengan keperluan dan tidak gile untuk memuaskan kemahuan sendiri, maka tiada beza bahagia si kaya dan si miskin.
anak laut:
sekurang-kurangnya kita saudah menikmati satu kemahuan itu biar hanya seketika...
ada diantara kita masih mencari...
ber_uwang:
cinta mu belum bertemu dengan kemahuanya lagi pasti akan ada yang memerlukan cinta mu satu hahri nanti
nur:
hitam itu menawan iklan rokok JPS la....dulu iklan rokok paling bestkan boleh cuci mata
idalara:
itulah kehidupan kita....syukur kita masih boleh menikmati keperluan itu
honeybunny:
nanti jangan sampai tersalah pilih yer hehehehehe
cik skaf:
antara skaf dan tudung mana satu pilihan mu
(^_^) aku yg ketinggalan...huhuhu
(pretty busy)
Post a Comment