Sunday, July 19, 2009

Kapal Karam



Sejenak berada di sini
buat aku terpaku
otak ligat memacu
mamai ku henti terpaku

berapa banyak nyawa nelayan hilang di sini
hanya kerana sesuap nasi
buat bekal anak bini di rumah menanti
sedang aku ke sini kerana hobi

di sini ada rezeki
mereka datang berulang kali
laut bergelora tidak di peduli
dengan tekad nyawa milik Ilahi.



aku bukan anak laut
tapi aku sering ke laut
laut itu ada seribu rahsia
bukan sekadar untuk bersuka

trip ke one phantom bank berakhir dengan separuh jaya. Walau tiada ikan besar yang berjaya di daratkan tapi selar dan kembung penuh tong.

cuma sedikit kekesalan masih ada lagi mereka tak amalkan tangkap dan lepas terutama ikan yang kecil.

juga dikesalkan masih ada lagi mereka yang suka buang sampah ke laut terutama plastik walau dah puas ditegur.

22 comments:

ber_uwang said...

Anto la sekilo dua ikan kembong kat sini, aku tak ber_uwang nak jadikan kelaut sebagai hobi

enyheartsdiamond said...

hehe..entry ney inspirasi dr keliwon ke??

laut hitam;)

NuR said...

terasa tenang bila tgk lautan yg luas...

sharamli said...

ikan kemb0ng wt laksa sedap

mamai said...

ber_uwang:
kau lambat semua ikan sudah di agih-agihkan kepada jiran tetangga di puchong perdana ikan selar ada lagi

eny:
sedikit dari keliwon tang lain kisah benar...

Nur:

ya laut memang menenangkan tapi ganas bila bergelora

zaira fitrah said...

adeyyy.. kaki memancing ker.. emm.. same r cm abg ipar sy. ske g laut.. hobi la kononnyer.. tp best gak, blh dpt ikan free..

anaklaut said...

slam...bro mamai,

terima kasih singgah memberi ulasan..ulasan bro sangat saya hargai..

P/s: entri yg bes..!!

Naz said...

laut memang sumber rezeki segelintir manusia. tetapi kebanyakan manusia jarang menghargai susah payah segelintir manusia tersebut.... aku tersentuh dengan entry ini...

abgBro said...

bro...rajin ko ke laut eh..

mamai said...

shah:
sayang aku tak reti buat laksa

zaira:
boleh ler aku berkenalan dengan bang par kau yer

anak laut:
sekadar renungan

naz:
ya laut tempat setengah orang mencari rezeki....

abgbro:
suka-suka...bro tak mau joint ker

J@J@ / Bini The Rock said...

bestnya keindahan di laut...

Aku teringin nak ke tengah laut, tp aku ni mabuk laut...baru gelomgang kecil....perot ku dah mulas2 bergelombang besar plk jadinya...haih!!!

Naz said...

bro... aku amat tertarik dengan poem Kapal Karam ko ni... mohon kebenaran dari ko utk aku buat lagu... tp dah siap pun malam td... :-D

mamai said...

jaja:
kau takut ombak yer ambil la pil tahan mamuk tu

Naz:
di persilakan tak jadi masalah

en_me said...

karam ghitewww..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

gua mabuk laut......

mamai said...

en.me:
karam di darat lemas di lautan

pentoi:
di darat lagikan kita mabuk inikan pula di lautan ahaks

<< s| tED| >> said...

pergi memancing ke? :)
salam bro..

mamai said...

qza:
sekadar hobi meluangkan masa ajer
terima kasih ziarah

Redynne™ said...

walaupun memancing bukn hobi, tp sy suka dok di rumah rakit pemancing..
nak pulak klu stay overnite..
beshnye..

mamai said...

redynne:
kau memancing kat rumah rakit kat mana tu bestnya. bila nak ajak aku nie

Naz said...

bro... lagu dah siap di haplod... ;)

Sulela said...

Owwwhhh...aku dah dengar lagu Kapal Karam neh. Hayati liriknya dalam keinsafan. Two thumbs up untuk ko dan Naz...