Thursday, July 23, 2009

titik keseimbangan



di atas adalah merupakan keluk permintaan dan penawaran mengikut prinsip ekonomi. Sudah berbelas tahun aku tinggalkan buku ekonomi walaupun aku student ekonomi yang major dalam subject ekonomi.

menurut hukum permintaan dan penawaran kita akan ketemu dengan satu titik di mana ujud kesimbangan antara penawaran dan permintaa antara harga dan barang. dengan kata lain persetujuan antara dua pihak yang bertentangan.

titik keseimbangan ini bermakna kedua-dua pihak mendapat kepuasan yang sama or kata orang putih win-win situation. okay itu dari sudut teori ekonomi realiti kita tak tahu berlaku atau tidak masa kini yang aku nampak SS ( simbol Penawaran.Supply ) itu lagi kuat kot. aku tak nak citer banyak pasal ekonomi saper-saper yang ada ambil subject ekonomi nak tau lebih lanjut boleh ler tanya aku atau baca buku ahaks.

apa yang nak kita fikirkan ialah tentang titik keseimbangan dalam hidup kita masa kini. bagaimana kita ketemu dengan titik keseimbangan bila kita hidup dalam masyarakat yang ada majoriti dan minoroti ( rujuk kembali pada entry majoriti vs minoriti ). bagaimana kita kekalkan titik keseimbangan ini sedangkan kita mempunyai kehendak dan ideologi yang berlaianan. Apakah andaian atau faktor penentu yang diguna pakai sebagai pengukur titik keseimbangan agar kita dapat win-win situation.

itu titik keseimbangan yang perlu kita cari dari sudut sosio politik or sains kemasyarakatan. Mungkin itu terlalu besar untuk kita pikirkan jadi kita pergi ke skop yang lebih kecil. Mencari titik keseimbangan dalam diri kita sendiri or hidup kita.

bagaimana dan di mana titik kesimbangan pada diri kita pula. antara hidup kita di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. apakah kayu pengukur yang kita gunakan untuk mencari titik keseimbangan ini. andai kita terlalu berat di dunia maka penawaran kita di akhirat menjadi berkurangan dan andai kita terlalu berat di akhirat apakah kita sanggup ketinggalan di dunia yang fana.

cukup sampai di sini entah apa yang aku merapu petang ini kau orang pikir sendiri.


....lagi tak ada motif...sukar sungguh aku nak cari titik keseimbangan yang selalu jumpa tong sampah.

24 comments:

sharamli said...

kal0 ketinggalan didunia xpe lgi k0t..

ber_uwang said...

titik keseimbangan antara dunia dan akhirat..bergantung pada tahap keimanan kita..dikuatkan dengan kepecayaan kita pada rukun iman. andai kita alpa dan kurang ilmu maka titik keseimbangan itu sukar kita temui.
pada pandangan aku la....

beramal mestilah ada ilmu....

patungcendana said...

aku takleh nak fikir sekarang...nanti aku komen semula...:-)

INTAN said...

isk...ko ni suka guna bahsa tinggi....aku dh lama tinggalkan dunia bahasa tinggi ni..hotak aku xleh nk cerna...

mamai said...

shah:
pastikah kita mampu tnggalkan dunia

ber_uwang:
ya tahap keimanan kita adalah titik keseimbangan tapi macam mana nak ukur yer

patungcendana:
jangan pening2 kepala citer nie tak ada motif hehehehe tapi kalau dah dapat jawapan nanti jgn lupa syer yer

intan:
mana ada bahasa tinggi biasa-biasa ajer. nie la masa nak asah minda kau lagi pun kau kan ngah berbadan dua elok kalau banyak membaca dan berfikir nie ahaks

arnamee said...

salam.

teruskan mencari titik.:)

DaliaLiyana said...

titik keseimbngn??
mmg sukar..selalu bila kite terlalu kejarkan duniawi...ukhrawi tertinggal...so, pikir2 la mane yg lebih penting..
ni lari tajuk sket---> kalau dah buncit camner nak jgn jd buncit...ape la...huhuhuhu

mamai said...

arnamee:
masih laggi mencari nie..

dalia:
oleh itu kau kena cari titik keseimbangan agar dapat dapat megempiskan peut yang buncit hehehehe

<< s| tED| >> said...

biar lebih permintaan.. jangan lebih penawaran.. nanti pembaziran akan berlaku.

bila kurang permintaan lebih pula penawarannya, rugi jadinya..

biar seimbang.. sama rata.. sama banyak...

seperti kita hidup di dunia. bekerjalah untuk terus hidup bukan untuk tidak mati... dan beramallah untuk kematian yang hidupnya belum pasti sampai bila..

jika aku salah topik.. aku minta maaf mamai!!

bias® said...

carik titik noktah jek lah senang.

zaira fitrah said...

adeii.. pning2.. err.. encik mamai.. da siapkn ke tag yg encik anak laut bg? huhu..

mamai said...

sItEDI:
dah betul la tu kau cakap tapi mana titik keseimbagannya.

bias:
hahahaha itu cara paling mudah yes bernas

zaira Fitrah:
pening aku ni lagi pening...ngah mencari idea macam mana nak jawab homework anak laut tu

Hasbullah Pit said...

P tu apa
Q tu apa

~~~ kay ~~~ said...

salam pagi Jumaat....

RE: yup, setelah kita mempunyai keyakinan yang teguh dan keyakinan itu kita realisasikan dengan usaha, usaha itu pun kita hiasi dengan doa, maka yang terakhir adalah bertawakkal kepada ALLAH.

thanks, sudi singgah ke teratak yg tidak sptnyer tuh.

(^_^)

mamai said...

hasbull:
P= Price
Q= Quantiti

Kay:
jangan lupa dengan sabar

mamai said...

hasbull:
P= Price
Q= Quantiti

Kay:
jangan lupa dengan sabar

IdaAnuar said...

ko macam cikgu ekonomi aku lah mamai...aku faham maksud ko sebab aku memang terer ekonomi.dalam mana-mana situasi pun nak dapat kan titik seimbang tu memang payah dan sukar.kalau diaorang berjaya..bermakna orang tu memang terer...aku pun tak seimbangan mamai.aku kurus 43kg ke.tinggi aku 165cm..BMI aku tak seimbang langsung

J@J@ / Bini The Rock said...

Titik pusat je aku tau

keh3....

triple x malaya said...

terhenti permikiran gua seketike...tulisan lu membuatkan gua berfikir panjang..dan akhir nye gua hampir2 nak faham..

mamai said...

ida:
wah kau juga pelajar ekonomi yer best nie...

jaja:
titik itu la kesimbangannya

triple X Malaya:
hehehehe aku pun lom paham lagi nie

noorlara said...

apapun kalau tak seimbang bila bila boleh tumbang

mamai said...

noorlara:
kena pakai tongkat kalau takut tumbang

Sulela said...

Hmmmm...puas kutenung dan kupandang, makin kurenung makin tak faham. Aku bukan pelajar ekonomi tapi bagi aku untuk capai titik antara dunia dan akhirat, aku hanya lakukan yang terbaik...yang termampu. Selebihnya tawakkal sahaja...

Redynne™ said...

aiseeeyy..

makin fenin lak kepala sastera haku jadinye..

incik mamai guna bahasa tinggi daaa... :P

*Hanya Allah yg lebih mengetahui ttg yg ghaib lagi nyata..