Monday, July 13, 2009

11hadiah gores dan menang dan mentaliti lama



Hari nie nak cerita pasal politik sikit maklum la esok dah nak pilihanraya kecil MU.
cuma aku terasa bodoh pasal bab politik ni.

11 july 09: PM umum 11 hadiah untuk rakyat malaysia senarai hadiah tu ada kat atas aku curi dari d'anje.

memang la aku tak pandai tapi bila sampai bab hadiah nie aku buka mata sikit saper tak nak barang percuma yer tak.

Bila aku tengok senarai hadiah dari PM jadi marah pulak...terasa macam kena tipu dengan amoi gores dan menang ajer. " abang menang hadiah istemewa tapi abang kena bayar sikit"...huh hadiah aper kebendanya kalau kena bayar.

Okay ada satu lagi hadiah untuk mereka di Manek Urai yang juga di khabarkan oleh TPM kita pada mereka di manek Urai.

Jambatan baru untuk penduduk jika BN menang..hehehehe aku tak tau siapa la yang bodoh nie rakyat or pemimpin rakyat.

Tuan TPM segala kebajikan rakyat adalah tanggungjawab pemerintah tak kira sesiapa pun. kalau nak dapat jambatan baru kena sokong BN baik tak payah. Sokong PAS or PR pun boleh buat sekiranya mereka yang memerintah lebih-lebih lagi kalau memerintah kerajaan pusat kot. Aduh kenapa la masih lagi pakai Otak Lama tu.

Lagi banyak aku ikut politik nie lagi mamai aku dah malas ler nak tulis...
selamat mengundi penduduk Manek Urai anda berhak pilih sesiapa pun cuma pikirkan siapa yang bakal anda pilih...


PS :
Hadiah Pertama diskaun touch n go....berapa ramai yang ada touch n go or smart tag nie...berapa ramai orang kampung yang kerap guna hiway.

tapi last saturday aku angin satu badan pasal cari tempat nak reload touch and go dari Karak ker Kuantan tak ada satu tempat pun yang jual reload.

18 comments:

IdaAnuar said...

bertambah lah mamai kita semua dengan senario politik negara yang semakin maju dek penipuan terlampau...

sharamli said...

jgn lupa sapu sampah skali erk..

GRuNGe said...

Bro, politik ni terlalu kotor. Aku setuju dengan apa yang kau cakap, pembangunan adlah tanggungjawab pemerintah. Tapi banyak pula diguna pakai dan di war-warkan sebagai hadiah. WTF (Sorry, terkasar dan teremosi bila menukilkan comment ni). Dari dulu aku sakit mata bila tengok pembangunan dan papantanda yang tulis satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia. Bukan ke Barisan Nasional adalah parti. Manakala kerajaan pula adalah mereka yang bertanggungjawab untuk membangunkan negara. Two different things which could not mix together.

Anonymous said...

Aku pon naik meluat 2 3 ari ni si TPM tu dok cakap....
"klu nak jambatan baru sokong lah BN..klu tak nak takpe, apa blh buat org tak sudi nak sokong kita.." kata TPM kat berita pg td...

Aduhaiii....kotor betol permainan politikus nie..

ish! blh jadi hangin 1 bdn aku dibuatnye. xC

mamai said...

ida:
mereka perlukan undi supaya terus dapat menipu

Sha:
hmm memang banyak samapah nak kena sapu nie

Grunge:
aku pun sakit hati juga....kemakmuran dan kebajikan rakyat adalah diutamakan..oleh pemetintah bukan jadikan modal nak raih undi

Jaja:
itu la namanya orang tak cukup akal bila bercakap apa ingat nie zaman 60 or 70an ker boleh elentong orang

Atan said...

he he he kalau nak beruwang (berduit) masuk politik.

adibah said...

Teringat dialog Pak Ali dan anaknya Rohani dalam cerita MaduTiga,

Rohani:Pak.. Baik CikJamil tu ye pak...

PakAli: Baik.. baik ada makna....

INTAN said...

la....esok ke pilihanraya MU tuh?...aku ingat dh lepas lama....huhuhu

enyheartsdiamond said...

sy tidak paham ttg ini..

mamai said...

atan:
gembira kamu disini....aku takut masuk politi. nanti kena balik kasut

adibah:
selamat datang terima kasih
ya baik ada makna tu

intan:
kau lama sangat cuti pasal tu la kau tak tau hehehehe:

eny:
rasanya elok tak yah ambil tahu nanti kau mamai lak ahaks

abgBro said...

yey yey dapat adiah...suker suker...undi bn baru dpt jambatan? itu mcm ka 1Malaysia? hehhee

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

huhu..
politik..tiap hari benda yg sama

percaya atau tak
nur tak daftar lagi jadi pengundi..
had umur dah terlebih dr cukup
oh... alangkah kejamnya sy sbg rakyat malaysia..
tak mengeluarkan suara
tapi sy tak suka politikkk

@tune® said...

huh...malas nk komen..
nk kate derang nih xberpelajaran..
smua da jadik menteri..

eh..terkomen jugak

DaliaLiyana said...

tul tu..ade ke 80x baru dpt discount? ntah ape2....hehhe..(kena ISA tak kak ni..?)huhuhu...

mamai said...

abgBro:
aku suka juga dapat hadiah tapi aku tak undi BN hahahahaha

Nur:
politik tu tak kotor orang yang berpolitik tu kotor...

elok daftar sekarang suarakan hak anda

@tune;
mereka bukan tak berpelajaran tapi kurang cerdik ajer

daliaLiyana:
tak ada sebab mereka nak ISA kan kita, Kita cuma menyatakan pandanagan kita kalau itu pun tak boleh susah la

Cikgu Ije said...

macam2 la sekarang ni. naik menyampah lak. uhu

Sulela said...

Aku sama dengan eny, tak faham tentang ni dan aku juga sama dengan Nur...tak suka politik...hehehe

aisha said...

politik sgt busuk..

btul kak dibah ckp..baik ada makna..

yg pling x thn 2..dierg ckp sume bnde2 sengal ni ngan mke x brsalah..mcm la rakyat ni bodo sgt. dierg expect rakyat akn telan bulat2 pe dierg ckp 2??

ntah la..sy hanye bdk kcik yg msih x pham permainan politik mereka