Wednesday, January 27, 2010

GOLF

sebentar tadi selepas main badminton aku dan kawan aku pie melepak sambil makan di restoran geng, biasa kalau dah melepak pasti ada banyak perkara yang nak diborakkan dari yang serius kepada yang tak serius, tapi dalam banyak-banyak perkara yang dibualkan tadi aku suka dengan topik nie.

Kawan aku: man, kau dah lama kerja tak teringin ker nak buat business.

aku: nak buat business apa, aku bukan pandai.

kawan aku: banyak business kau boleh buat la

aku: tau la tapi nak business nie bukan senang, lagi pun aku bukan ada pengalaman

kawan aku: kaukan selalu meeting dengan customer punya big bos dah tentu kau ada banyak contact.

aku: so, apa relatednya dengan meeting aku dan big bos customer tu.

kawan aku: kau gunakan la peluang tu untuk risik-risik mana tau ada peluang nak buat business ngan mereka.

aku: aku tak reti nak mengambil kesempatan macam tu masa meeting.

kawan aku: kau ajak la dia orang main golf, sure dia orang nie suka main golf, lepas tu kau tanya la pasal peluang business, lagi pun dia orang nie mesti ada contact dengan dato-dato, so boleh la minta tolong kenal-kenalkan dengan kau. mana tau ada peluang yang boleh kau dapat buat business. kau tahu tak orang kata kalau nak cari peluang business pie la main golf.

aku: kenapa mesti golf, tak bola sepak atau badminton or futsal.

kawan aku: mana ada orang businessman main bola sepak or bandminton or futsal, permainan nie tak ada standard. lagi pun tak mencabar mereka.

aku: apa yang mencabarnya main golf, setakat pukul bola jauh-jauh lepas jalan cari bola lepas tu pukul lagi jauh-jauh lepas tu cari lubang untuk masukkan bola. mencabar apanya tu...

kawan aku: tapi itulah permainan yang mendatangkan duit pada mereka, kat padang golf la mereka buat business. sain kontrak juta-juta, sebab mereka dapat contact orang dalam.

aku: tapi pada aku golf ini hanya untuk Golongan Orang lemah Fikiran ajer. kalau setakat nak dapat business dengan kenal orang dalam, pasal ada contact dengan dato-dato. rasanya tak apalah biar aku kerja makan gaji jadi, kuli.

kawan aku: tapi bukan ke 9/10 rezeki tu datangnya dari peniagaan. boleh cepat kaya tau kalau berniaga nie.

aku: memang betul tu, tapi kerana rezeki dari perniagaan itu jugalah ramai yang darinya adalah penghuni dalam neraka.....



p/s: aku lebih rela berniaga nasi lemak tepi jalan dari aku pergi bermain golf hanya untuk dapat peluang perniagaan....btw sesiapa yang minat golf tu maafla yer kalau aku terkutuk.

29 comments:

Faizal Aziz said...

men golf leh dpt skandal cm tiger woods..hehe

Naz said...

x semua org berniaga suka main golf. aku sokong pendapa ko tu. hanya org yg lemah pemikiran saja yg nak related dgn somebdy... contohi Ramlee burger tu. sempoi... ;)

Beruwang said...

mende golf tu..? kat kampung mana la ade

Yuki Yusuf said...

amat setuju dengan p/s pakcik tu..
baik berniaga nasi lemak..
saya tak pandang lah kalau main golf...nak muntah!!

p/S::tak ada kena mengena dengan tigerwoods..hehe

JMR said...

seb baik aku xmnt men golf...hehehhe

enyheartsdiamond said...

badminton lah syok!

Unknown said...

my fren jual nasi lemak je tp by age 25 da pkai mercedes hsil jual nasi lemak ;)

sharamli said...

ctrer kit0rang p0nsuka main g0lf sampai sanggup batalkan kelas

Aloy Paradoks said...

betul tu,, hidup biar bermaruah... tapi ada sikit je la gua nak betulkan.. main golf susah beb.... Tangan lu kene kuat... bola tu kene sampai tempat target.. byk lagi la kalau nak cerita,,, lu belanja la gua set golf satu..

abigemok said...

aku terasa coz aku main golf... hehe
takde la, gurau je...
tak pnh sentuh pun golf.. :D

Everything Beautiful

tunbegia said...

dulu pernah tB cuba main golf games dalam pc, tapi tidak minat juga,

salamm,

Azuan said...

tak pernah try main golf..cam best je tengok orang maen haha

Rozita said...

pandai ke main golf? rupanya org yg main golf ni ada udang di sebalik mee yea?

caluk@cencaluk said...

meh meniaga kat tapak bazaar aku, ade yg jual jagung dlm cawan aje, pakai nissan livina he he

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

rase cam tak berpeluh je main golf ?......patut la orang kaya2 suke main golf ....

Cik Cookie said...

apakata suh dia ajak main golf ngn Tiger Wood.
jangan kata bisness,
perempuan pun blh dapat.

zia said...

betul2..saya sokong pendapat pakcik..hehehehe-->buang kayu golf

mamai said...

basikaltue:
kalau yang tu tak apa juga

naz:
ya itulah golongan yang main golf tanpa ada semaggat kesukanan

ber_uwang:
ada tebas rumput ajer

koyuki:
main golf untuk kepentingan memang amat memalukan

jmr:
aku ada juga belajar dulu tapi kurang minat

eny:
bad ke or bed

master teddy:
kalau ada usaha pasti berjaya

sha:
mau buat report tu

aloy:
wa ada juga dulu belajar main tapi rasa macam tak best ajer...

kyuubi:
seakrang nie temgok pun malas

tunbegia:
sama la kita

azuan:
kalau minat kena main sa professional

rozita:
tak pandai dan tak minat pun

caluk:
aku berminat sebenarnya dengan bazar tu..nanti aku contatc kau

mawar berduri:
macam mana nak berpeluh bukan kena berlari pun, kalau malas ada orang tolong bawakan barang naik keta

cik cookie:
tak nak main golf nak scandal ajer

zia:
bukan kayu la tapi iron stick...

Naz said...

betullah... kebanyakan yg main golf x der semangat kesukanan... lebih kpd kepentingan peribadi dan biz jers...

Unknown said...

sy pndai main golf... tp yg cmpter games punya la...

Kay said...

Golongan
Orang
Lupa
Family

(^_^)

(x tau naper sejak awal pagi try nak masuk komen x boleh...selalu macam tuh)

Unknown said...

btol tu...kalo nak berniaga biar la btol jalannya

Maiyah said...

main golf ni best ke.. cam boring jek.. main besekal sambil wat bisnes lagi best heeeeee

A.K.U.D.O said...

main golf sbb nak berbisness atau berbisness mesti main golf...

noorlara said...

setuju tu, rezeki ada di mana-mana
kalau rajin tentu Allah bagi jugak, Insyaallah

Unknown said...

main bowling gheti la :D

mamai said...

naz:
sebab itu golf di salah gunakan

raihan:
pakcik yang kat computer pun tak pandai hehehehehe

kay:
ada maksud baru hehehe betul la

O:
ya kita kena ikhlas dan jujur dalam berniaga nie

maiyah:
main beskal sambil buat business hahahaha macam jual asikirm

AKUDO:
dua-dua la tu

noorlara:
benar kata mu sahabat

cik epal:
jom main bowling pakcik pun suka

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ajak layan joran je beb....mesin gua dah karat.....huh.!

crazy_labelle said...

ahli perniagaan biasanye tua2...
org2 tua bdan xfit....
lgpon golf rilex... ade byk masa utk berfikir, or nak mengayat2...
xkan sambil main futsal propose proposal pla kan... xseswai...