bukan dia tidak mahu disayangi dan bukan juga dia tidak mahu menyangi,tapi kasihnya pada saudara dan sahabat mengatasi kepentingan diri. pernah juga dia dicintai dan mencintai tapi hatinya telah dikhianati. hanya kerana dia bukan orang yang terpilih dari darah daging sendiri. namun dia tidak pernah membenci dan menyesali jauh sekali membenci. kerana sedar siapa dirinya, tidak sehebat saudara-saudaranya oleh itu dia bukan keutaman. biar begitu kasihnya pada saudara tidak pernah luak biar sering ditolak walau nyawa jadi taruhan.
dalam dia keseorang menjalani kehidupan, datang seorang gadis yang simpati dengan kehidupanya memberi hati dan harapan. dia merasa sedikit kebahagian kala sepi hidupnya dihiasi kerinduan si gadis. namun bahagia tidak berpanjangan sayang orang yang simpati tidak menjanjikan keikhlasan. lalu cinta si gadis beralih arah pada saudara sendiri bila kemewahan menjadi habuan.
biar janjinya dikhinati namun dia tidak juga berpatah hati, dia rela kerana sedar dia bukan orang yang diutamakan. biar sedih menyelubungi diri dia masih tabah menjalani hidup ini. segala gundah dan gelisah, segala keluh dan kesah dia ceritakan semuanya pada sahabat sejati yang sering di sisi. sahabat yang sama-sama membesar dari dia kecil lagi. seorang sahabat yang dia anggap lebih baik dari saudara sendiri. dan sahabatnya itu juga yang sering memberi dia semanggat dan kesabaran dalam menghadapi liku hidup ini. dan dia pernah berjanji demi sahabatnya, dia sanggup bekorban diri.
ketabahan dia melayari liku hidup ini, membuatkan seorang gadis menaruh hati padanya. lalu si gadis menyuarakan hasrat di hati dengan penuh keikhlsan. disebabkan pengalaman cintanya yang tidak kesampaian membuatkan dia berhati-hati. namun keikhlasn hati si gadis membuatkan dia tidak dapat menolak perasaan cinta itu. kini bahagia sekali lagi kembali dalam hidupnya. ke hadiran si gadis dalam hidupnya membuatkan hari-hari yang berlalu dalam hidupnya seindah warna pelangi.
biar seindah mana warna pelangi munculnya hanya seketika, hilangnya mentari maka hilang la pelangi. tidak diduga bila sahabatnya juga menaruh hati pada si gadis pujaan hatinya. lalu dia menjadi tidak tentu, dia tidak ingin melihat sahabatnya menderita andai tahu yang sigadis itu adalah kekasih hatinya. kerana dia pernah berjanji untuk melakukan apa sahaja demi shabatnya, dan dia tidak akan memungkiri janji itu, kerana dia tahu hanya itu sahaja sahabatnya.
demi sahabat dia rela hatinya luka, demi sahabat dia rela hatinya kecewa dan demi sahabat dia rela melukakan hati si gadis. biar itu yang paling berat untuk dia lakukan. dan demi sahabat dia rela korbankan kebahagian diri kerana dia sudah biasa menjadi orang yang bukan diutamakan.
dia tidak menyesal dan tidak pernah rasa kesal malah dia redha pada tuhan. kerana dia tahu pasti ada bahagia di hujung jalan...........
p/s: kasih yang tersisih adalah sedikit kisah dari perjalanan hidup seorang yang bernama sahabat, semoga dia ketemu bahagia di pertengahan jalan bukan di hujung jalan...
cuma pesan ku tidak menggapa andai kita bukan orang yang diutamakan tapi kita harus utamakan diri kita. tidak salah untuk berkorban asal jangan kita terkorban
Lirik lagu Jaga Orang Pu Jodoh - Zulie & Hairie
7 hours ago
30 comments:
bertapa besarnya pengorbanan seorang sahabat..
~kwn ketawa berlambak2 tapi kwn menangis begitu susah nk ketemu..
mcm drama lah :)
sungguh mulia hati sahabat tue..
janji tetap janji...semoga dia bertemu bahagia..
ssh nk dpt sahabat camni skrg.. mmg mulia pengorbananmu ;)
hurm..complicated gak nih..smg dpt diambil pngajaran...:)
sedih kisah nih ......
sape la yg begitu baek sekali....
isk,
muga dia terus bersemangat..tapi, sampai bilakah harus berkorban..ermm.
ohh...
T______________T
hisham:
sahabat yang sering disisi
eny:
ya macam drama tapi ini ialah realiti kehidupan. mungkin satu dalam seribu
imam:
demi kebahagian sahabat sanggup berkorban
maiyah:
demi sebuah kebahagian
sufy:
rasa macam tak percaya tapi hidup mmg macam nie
abe long:
mereka yang mempunyai hati pasti baik hati
nursarah:
ya sampai bila mungkin sampai dia ketemu kebahagian
mis siv:
apa tu hahaha
sedih............
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
tetibe sy sedih uncle..huuuuuu
ia mngingtkn sy tntg seseorg
gle uh raja cinta..syahdu aku bce..haha
kadangkala kita berkorban n org tu xnampak pon pengorbanan kite.. xhargai pon.. so for me kdg2 kite kena pentingkan diri jgk.. ;)
apa yang penting kasih berpada2...
diri saya sendiri pun belum tentu leh jadi sahabat cenggitu..huhu
semoga ditemui bahgia yg dicari
jgn mengalah..cer tanya gadis tu yg mana satu dia sayang..keputusan di tangan si gadis hehehe
wa da biasa..tp cerita nih mmg sampoy bro...bleh bikin drama bersiri nih...gua baca..wa pulak yg emo...hik..hik..(pnjg skit komen gua)
kebahagian sahabat itu..kebahagian kita juga kan...moga ada peganti yg terbaik utknya..mmg hebat sahabat nie bro..
macam novel cinta gadis desa lah pulak?
mama mia:
ya sedih juga
caluk:
sahabat sejati sukar untuk di cari
jane:
kita perlu hargai kebahagian yang kita ada
razman:
lu kalau sedih mmg tak senget la bro hahahaha
cinta lea ixora:
tak mengapa kalau tak dihargai pengorbanan kita yang penting kita ikhlas
sharingfoz
kasihkan diri kita sendiri
finaz:
sekurnag-kurangnya kita menjadi sahabat yang memahami
O:
pasti dia temui kebahagian nanti
zia:
semoga keputusannya mampu membahagiakan semua orang
pentoi:
wa paham...lu mmg sahabat yang baik
eiza:
ya dia sahabat yang hebat sukar di cari
bias:
novel apa tu...
mmg sedih oh bce..
tp e2 lah sahabat sejati yg sanngup berkorban demi sahabat..
sdh oh bce..
tp e2 lah shbt sejati yg sukar dicari..
bro tanam pinang rapat2...haa smbung lak...hehe
kadang2 kita perlu pentingkan diri...dan bertanya...'what about me?'
bahagianye org yg dpt sahabat cmtu.bkn sng nk jmpe sahabat cmtu skang n mulianye hati sahabat tu..
basikaltue:
pasti ada mungkin 1 dalam seribu
abgBro:
sanggup ke nak bawa lari hahahaha
patungcendana:
ya what about me...aku nak bahagia juga
masterteddy:
untuk dapat sahabat sejati kita kena jadi sahabat sejati dulu
salam...mamai..beruntong badan..jika dapat sahabat..ketawa dan menagis bersama..
tp pernah kah dorg phm kite lak bro??
salam perkenalan
Post a Comment