Friday, November 6, 2009

ada kisah dari zaman sudah

ada sebuah kisah dari zaman sudah tapi tak ada yang nak ambil kesah. kerana dia hidup susah yang berkuasa juga buat tak endah. sudah hidup dia susah maka pagi-pagi dia toreh getah sebelum pergi sekolah. tapi dia tak pernah mengalah penat lelah dia tetap redah. cuti sekolah dia kerja kat kilang buat sarung tangan getah tapi tak apalah asal dapat duit sudah. biar dia susah tapi dia belum mahu mengaku kalah kerana itu untuk orang yang lemah. berkat doa mak dan abah dia berjaya dapat segulung ijazah, alhamdulillah.

walau ada ijazah dia tak kesah kerja kilang walau gajinya murah, kerana hajat hati cuma nak bantu mak abah. dari bawah dia kerja sikit-sikit lama-lama nanti naiklah sebab semanggatnya tidak pernah punah. dia tak pernah nak marah kerana dia susah sebab dia tahu rezeki dari allah.

allhamdulillah sekarang dia sudah rasa sedikit mewah dengan rezeki allah. mungkin juga berkat doa mak dan abah. walau dia berjaya sudah tapi orang bawah tak pernah dia dilupkanlah. sebab dia pun pernah jadi orang bawah sebab dia pun pernah rasa susah. dia tak suka nak marah-marah orang bawah walau kerja tak pernah sudah walau orang bawah sering bagi masalah.

tapi hari ini dia ada sedikit marah dengan orang bawah, dia dah penat nak bagi nasihatlah ada sahaja masalah. bila ambil tindakan dikata tak adillah tak berperikemanusianlah, lupa daratanlah, hai macam-macamlah. dia dah malas nak susah-susah nasib kamulah kalau dah tahu susah tak payahlah nak hidup cara orang mewah.

bersyukurlah dengan rezeki allah, kalau nak lebih kena usahalah. kalau nak harap rezeki datang bergolek wahhhh payahhhhh. bukan susah nak senang tapi memang senang kalau nak cari susah, dah berkali-kali pesanlah.

30 comments:

sayu=pilu said...

adeh lah...mata bling2 dah lah byak sungguh lah lah lah di setiap ayat lah...

betul tuh pokcik bukan senang nak jdi senang tapi memang senang nak jd susah...

Cik Cookie said...

menunggu yg xkunjung tiba.
hurmmm...

Yuki Yusuf said...

manusia mmg mcm ni
nak senang sekelip mata saja
tapi usaha hanya setitik
nak harapkan kejayaan sebesar gunung?

pastu mula la pening, kerja tak sesuai lah, nak cari kerja lainlah

tak tau BERSYUKUR

amacam??

kalau sudah tak kental nak kerja tu, jangan lah nak bising2. Kaji usaha anda yang tak seberapa itu, padan tak dengan habuan yg anda dapat?

nak cekau banyak, tangan kecik

((sori pakcik, terpanjang pulak la kan))

Cikgu Ije said...

=)
senang kalo nk cari susah? hehe.

myQza said...

bila kita pernah rasa bersusah payah dr bawah .. baru kita dapat rsa betapa nikmatnya bula sudah hidup selesa

sharamli said...

staff wat hal lgik?

A.K.U.D.O said...

kerja itu ibadah.kena jujurlah.rezeki bertambah, mari bersedekah selebihnya ke mekah .

Abe Long said...

pergh...nasihat yg bernah..
tp ayat xleh blah..
coz sume ayat berakhir dgn AH...
boleh lah....

Daun said...

kisah sapa ni mamai/

Rozita said...

wah..mulia nya org tu nyahhhh
mmg payah nak komen nyahhhh
semua nya berakhir dengan yah...yah..
mujur nama akak bukan mariyah, atau kamsiyah :)
tata~

enyheartsdiamond said...

syukran..syukrann;)

mamai said...

sayu=pilu:
hahahahaha sajer buat camtu bagi orang susah

cik cookie:
kena terus menunggu nampaknya kalau tak terus blah

koyuki:
tak apa, tak apa teruskan dengan komen kamu lagi panjang lagi bagus ada orang akan baca

ije:
tak susahkan

sItEDI:
kita belajar dari bawah

sha:
biasa la dah kerja

akudo:
camner nak saving kat tabung haji

abe long:
hahahahahah memang tak boleh blah

che lah:
nak buah bidara lemak dan manis

rozita:
mungkin boleh tkar jadi kamriah or zanariah hahahahah

eny:
ya kita harus belajar bersyukkur

adibah said...

nice one... :-)

mawar_berduri said...

bila kit alupe bersyukur macam2 boleh jadi.....

Beruwang said...

anda antara orang yang beruntung punya ibubapa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anda

abgBro said...

bro, sabo je la ekk...:)

mamai said...

adib:
thank you

mawar berduri:
sememangnya begitu kita lupa bila kita mewah

ber_uwang:
ya terima kasih namun aku juga sudah kehikangan kasih seorang abah tapi aku pasti bersyukur

abg Bro:
turun tengok bola ka bro esok

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

adakah orang yang dimaksudkan adalah ......

beskot said...

pesal bc entri ni cm menyanyi eh??
susah nk senang..tp senang nk susah..

imHepPie said...

besh btol pokcik susun ayat..siap ber ah segala smua ayat tu..huhu...

boss ke??

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

kisah baguslah..
bravolah!
=)

Naz said...

wahh... ayatnya penuh bermadah...
buat aku tercengang x sudah...
cerita ni ko karang kah??
kalo jadi org bawah memang selalu kena marah...
jadi org atas pun kdng2 naik darah...
selalulah bersyukur dng rezeki yang dilimpah...
semua manusia sama di sisi Allah...
bila mati masing2 ditanam dalam tanah...
:)

Maiyah said...

kalo usaha dgn penuh ikhlas Insyaallah akan membuahkan hasil :)

Anonymous said...

susah dlu br senang because that when you will appreciate your precious ones.btol x pak cik?

mamai said...

bulan:
siapa tu....

beskot:
leh buat lagu ker hahahahaa

imheppie:
sajer ajer...pakcik kuli jugalah

miss gazah:
lama tak nampak kamulah

naz:
wah kamu juga sudah pndailah hahah idea sepontan

maiyah:
selagi ada usaha pasti akan aa jaya

master teddy:
ya betullll

Ibu Ammar said...

best ah baca nih..hehe,

sabar lah bah dengan kerenah org yg bawak masalah,

kesabaran yg tak pernah punah pasti diberi ganjaran oleh Allah.

=)

cintaleaixora said...

wahhh.. terer la mamai mengayat... huhu..
nice story

Solehah said...

ya ka pakcik..banyak-banyak bersabar ok..

mamamin said...

mamaiku:
1. Alhamdulillah kerana belajar dari susah.. Berjaya berkat Usaha..

2. Orang bawah kalau nasihat pun x ikut jugak tu sama lah dengan "Bagai Mencurah Air Di Daun Keladi"

Memang payah kalau begini...!!!

mamai said...

nursarah:
pakcik berusaha untuk terus bersabar

lea ixora:
terima kasih just nak redakan hati ajer tu

soleha:
ngah bersabar nie

mamamin:
memang payah mama ada orang bawah yang tak dengar cakap nie